|
P.Ramlee The Musical..The Life, The Loves & The Inspiration
Tan Sri P.Ramlee telah mengabadikan hayatnya berkecimpung di dalam dunia seni semenjak belasan tahun lagi.
Bermuladi Pulau Pinang, beliau menerusi lagu ciptaannya 'Azizah' telah membukamata B.S.Rajhan dan Shaw Brothers untuk menawarkannya menjadi artisrakaman suara (playback singer) di Studio Jalan Ampas, Singapura.
Azizah sebagai inspirasi Ramlee ketika mencipta lagu Penghijrahan beliau ke sana telah membuka lembaran hidup baru untuk menceburi bidang perfileman secara langsung.
Perjalanankerjaya di Singapura telah meletakkan beliau sebagai seorang senimanserba boleh, menyanyi, mencipta lagu, menulis lirik, lakonan, penulisanskrip dan pengarah filem dan seterusnya dianggap sebagai penghibur danseniman yang teragung di rantau ini.
Babak yang memaparkan P.Ramlee sebagai pengarah dalam filem
sulungnya Penarek Becha Likuhidupnya ditempuh dalam era peralihan pada pertengahan tahun 60-an yangbermula di Singapura dan berakhir dengan era kejatuhan pada awal tahun70-an di Kuala Lumpur.
Seluruh perjalanan kerjaya beliau dikongsibersama tiga orang wanita yang menjadi pasangan hidupnya iaitu Junaidahisteri pertama, Norizan kedua dan Saloma yang meniba kematiannya.
| | Aksi yang mencuit hati penonton dalam babak P.Ramlee bercanda dengan Saloma | Dari situ tersingkap penceritaan nostalgia tentang seorang Seniman Agung bernama P.Ramlee yang juga bernama Remy.
Antarapelakon yang turut menjayakan muzikal ini adalah Douglas Lim (RunmeShaw), Ched Eddie Yusoff (Sukardi), Joseph Gonzales (B.S Rajhan),pelakon kanak-kanak Mikhail Merican (P.Ramlee waktu kecil) dan kumpulanInfinatez (paparazzi).
Liza Hanim jelmaan Saloma "P.RamleeThe Musical..The Life, The Loves & The Inspiration" muladipentaskan pada 18 Oktober hingga 3 November ini di Istana Budaya.
Tiket-tiketberharga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200 boleh didapatidengan menghubungi 03-20911666 atau tempahan secara online denganmelayari laman web www.ticket2u.biz.
sumber: mStar online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|