CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

Ceritera Cinta ke AJL 22 || Satu Harapan kecundang :(

[Copy link]
Post time 19-11-2007 12:32 AM | Show all posts
CONGRATS!!!

Duet Jac & Lah memang best. Harap2 Jac bleh rangkul trofi Vokal Terbaik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2007 09:54 AM | Show all posts
UNTUK YG TERLEPAS

JAC & LAH VE - CERITERA CINTA
http://www.youtube.com/watch?v=u5mNv_rZ2sk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 10:03 AM | Show all posts
JAc mmg da bomb... dah agak la jac punyer peluang lagi cerah dari ct.. tapi memikirkan ct langsung xdapat mmg pelik..... media punyerlah cakap laluan mudah utk ct.. dll.... last2 ct gak yang malu...hehe

hope Jac menang best vokal peformance tahun ni.,... jgnler wat ad-lib banyak sangat macam AJL dulu melalui gemilang.. jadi xbest
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 10:41 AM | Show all posts
suka sangat sore Jac....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 11:13 AM | Show all posts

Reply #104 badiuz's post

samelah.. tapi sedihla lagu hilang dari dayang xdapat masuk semi.. best tau lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 12:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2007 12:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #107 badiuz's post

wow.. ni mesti lepas perform kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 01:28 PM | Show all posts
Fazli memukau, Faizal tepati ramalan
Oleh: Razif Rosdi


kredit to : www.murai.com.my


SHAH ALAM, 19 NOV 2007: "Persembahan artis pada malam ini sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan juri. Namun, pemilihan kami tetap pada impak dan kreativiti lagu berkenaan.

"Apapun, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza melalui lagu Bisakah tak mencapai standardnya dalam pertandingan Juara Lagu sebelum ini. Impak Siti tak sampai," jelas Azhar Borhan selaku ketua juri dalam sidang media selepas pengumuman keputusan Muzik-Muzik kategori Balada dilakukan.

Azhar turut menjelaskan ketiadaan Siti ketika pengumuman keputusan dibuat bukan kerana dia sudah mengetahui keputusan itu terlebih awal. Sebaliknya, beliau terpaksa pulang cepat kerana terlibat dengan persembahan lain.

"Lagi pun, Siti sendiri meminta pihak kami mempercepatkan gilirannya walaupun dia sepatutnya berada di giliran ke sembilan," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Azhar turut memberitahu, tiada syarat mengatakan penyanyi asal tidak boleh menyanyi di final walaupun pada peringkat separuh akhir, ianya disampaikan penyanyi lain.

Namun, ia terpulang kepada penyanyi dan komposer lagu berkenaan untuk memberikan laluan pada penyanyi asal menyanyikan semula lagu itu. Walau bagaimanapun, ia satu kejutan kerana sebelum ini, umum mengetahui bahawa dalam syarat pertandingan Juara Lagu sebelum ini, artis gantian haruslah membuat persembahan pada peringkat akhir.

Salah seorang yang terkena tempias ini ialah Sahri yang menggantikan Kaer yang sedang menuntut di Jakarta menerusi lagu Izinku Pergi ciptaan komposer Azlan Abu Hassan dan lirik Sulu Sarawak.

Ketika pengumuman lagu itu berjaya melangkah ke peringkat akhit dibuat, Sahri nampak kelihatan begitu gembira sekali namun terkejut sebaik saja memdengar kenyataan Azhar itu.

Bagaimanapun, bintang Akademi Fantasia Musim Pertama ini tidak kisah sekiranya Kaer sendiri yang mahu menyanyikan lagu itu pada peringkat akhir nanti.

"Mengenai perkara ini, saya akan bincang dengan Kaer. Sekiranya Azlan mahu Kaer yang nyanyi, terpulanglah. Saya cuma bertanggungjawab menyampaikannya dengan baik. Berat juga beban nyanyi lagu orang, apatah lagi bila nanti ada yang cuba membuat perbandingan di antara nyanyian saya dengan penyanyi asal," kata Sahri.

Selain Sahri, bekas kumpulan VE, Lah Ahmad juga turut diberikan tanggungjawab sama. Beliau yang menggantikan tempat penyanyi Indonesia, Rio Fabrian berpadu suara dengan juara Malaysian Idol (MI) pertama, Jaclyn Victor.

Mereka mara ke peringkat akhir selepas pihak juri memilih lagu Ceritera Cinta ciptaan Ross Ariffin dan lirik Habsah Hassan untuk bertandingan bersama empat lagu lain dalam kategori balada.

Apapun, pujian harus diberikan buat Lah kerana vokalnya jauh lebih baik daripada Rio. Malah, dia turut menyampaikan lagu itu dengan corak vokalnya yang tersendiri.


Mengenai ketiadaan Rio, Jac mencelah, penyanyi dari seberang itu tidak dapat hadir kerana terbabit dengan komitmen lain. Selain itu, pihaknya juga  perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membawa penyanyi itu  ke sini.

Namun ramalan bahawa Fazli Zainal dan Faizal Tahir akan melangkah ke peringkat akhir pertandingan ini memang sudah dijangka dari awal lagi. Hal ini, berikutan masing-masing mempertaruhkan dua lagu.

Fazli  yang juga finalis MI bagaimanapun lebih berjaya memukau mata penonton menerusi lagu Harapan ciptaan Hazami sepenuhnya. Pun begitu, persembahannya menerusi lagu Sejuta Nafas Cinta ciptaan Hazami dan lirik Loloq juga tidak kurang hebatnya meskipun ia kurang berjaya memikat hati juri.

"Malam ini, kedua-dua lagu nyanyian saya dihasilkan oleh  pencipta yang sama. Cuma yang berbeza hanyalah pada liriknya saja. Alhamdulillah, satu lagu ke final sudah cukup menggembirakan saya. InsyaAllah saya akan buat secara 'all out' lagi pada malam juara lagu nanti," kata Fazli.

Turut mara ke final, bintang kelahiran One In A Million, Faizal menerusi dua lagu iaitu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok, lirik Shah Shamshiri dan lagu Kasih Tercipta ciptaan komposer terkenal Ajai dan Habsah Hassan. Antara lagu yang tewas malam tadi ialah Paluan Rindu (Idayu/M Nasir/Keon), Bisakah (Siti Nurhaliza/Aubrey Suwito/ Tessh RS), Andainya (Nieyl/Hadi Hassan/ J.Looi) dan Hilang (Diddy/Audi Mok/Bash).
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 01:32 PM | Show all posts
jac mmg perform plg gempaq smlm..performance terbaik semifinal balads.aku tgk live smpai mengalir air mata.mmg betol2 merusuk kalbu vokal jac.tp Lah tu problem skit.suara dia x clear sgt.hrp dia blh wat lbh baik final nnt utk juara balads..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 01:35 PM | Show all posts

Reply #109 badiuz's post



ct xsampai standard
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by khairz at 19-11-2007 01:32 PM
jac mmg perform plg gempaq smlm..performance terbaik semifinal balads.aku tgk live smpai mengalir air mata.mmg betol2 merusuk kalbu vokal jac.tp Lah tu problem skit.suara dia x clear sgt.hrp dia  ...


bestnyer dapat tgok live!!! pinguin mmg teringin nak jumper jac live.. setakat ni ct penah la
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by khairz at 19-11-2007 01:32 PM
jac mmg perform plg gempaq smlm..performance terbaik semifinal balads.aku tgk live smpai mengalir air mata.mmg betol2 merusuk kalbu vokal jac.tp Lah tu problem skit.suara dia x clear sgt.hrp dia  ...


bestnyer dapat tgok live!!! pinguin mmg teringin nak jumper jac live.. setakat ni ct penah la
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 01:44 PM | Show all posts
join la Jac Fan Clun kak pingu.... bole jumpa Jac selalu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 01:52 PM | Show all posts

Reply #114 badiuz's post

macamana nak join?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2007 01:54 PM | Show all posts

Reply #110 khairz's post

jac sang it beatifully.. rasa nyaman jek dgr smlm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 02:11 PM | Show all posts

Reply #116 jac_diehard_fan's post

nyaman..............

jac makan clorex sebelum perform
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2007 02:12 PM | Show all posts

Reply #117 pinguin's post

tadela vokal jac smalam terkawal dgn baik low note die membuai2
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 02:48 PM | Show all posts

Reply #118 jac_diehard_fan's post

haah..... jac is way better now.. perasan tak jac tarik mic xjauh macam selalu.. mungkin kesan teguran hetty kot...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 02:53 PM | Show all posts
tu la, ad lib pun over sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058913 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list