CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syari_khal

FARAH ASYIKIN - PRINCESS OF MODERN ROCK

[Copy link]
Post time 24-4-2008 03:57 PM | Show all posts

Reply #100 tomatomam2222's post

bukan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 01:08 AM | Show all posts

Reply #101 Syd's post

tak reply pon mesej iols.. mesti tu jawapannya kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 07:22 PM | Show all posts
pasal mertua kew??
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 05:17 PM | Show all posts
Apalah fitnah kau ni cik andalusia oii. Aku baru cakap ngan suami si farah ni. Baru la nak kenal2 suami dia, through sedara aku jgklaaa. Dia terkejut beruk bila aku tanya dia pasal hal ni. Dia kata memangla tak duduk sebumbung tapi mereka masih berjumpa hampir setiap hari. Farah plk kalau tak ada kerja, dok rumah aje atau lepak rumah family. Dia takkan keluar tanpa family members dia. Mana2 dia pergi ngan family. Fariz plk akan teman jika tak keja. Masa shooting video clip haritu pun family farah ikut sama. Fariz datang setengah hari pastu balik sebab panas sgt. Budah hero remaja tu pun budak lagi la. Farah pertama kali tepon budak hero remaja tu beberapa hari lepas depan suami dia utk bagitau video dah siap nanti dia akan bagi 1 copy kat budak tu. Apa la fitnah yg kau taburkan. Farah ni baru nak naik, kau tau tak berapa lama dia suffer dlm industri ni? Bila org tanya si Farah tentang masalah rumahtangga dia, dia pun menjawabla kan apa yg perlu. Menurut Fariz, Farah ni teramatlah ikhlas dan jujur, itu yg kdg2 termkn diri sendiri. Fariz's advice is to stop fitnahkan isteri dia. Masalah diorang tu biarlah diorang yg tanggung dan bak kata Farah biar Tuhan yg menentukannya. Sometimes, some people are just great to be as friends. Lagi satu Fariz explained, bab pakaian tu, dress Farah pakai mlm ABP tu dia hanya dpt pakai mlm tu, dia tak sempat buat final fitting sbb last fitting ketat kat dada, dia mintak longgarkan dan tarikkan ke atas supaya tak nampak lurah dendam. Baju tu pulak mula2 takde lengan sebelah, Farah mintak tukar design tambahkan lengan sbb taknak org berkata mcm2 plk. Fariz kesian betul isteri dia kena lalui mcm2. Fariz dan Farah masih rapat dan takde konflik antara mereka berdua. Yang mengada-ngadakan konflik  adalah press dan org2 mcm cik andalusia kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:53 PM | Show all posts

Reply #104 nakamichi's post

detail btol penjelasan...awk ni tuan punya badan ke???
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by nakamichi at 1-5-2008 05:17 PM
Apalah fitnah kau ni cik andalusia oii. Aku baru cakap ngan suami si farah ni. Baru la nak kenal2 suami dia, through sedara aku jgklaaa. Dia terkejut beruk bila aku tanya dia pasal hal ni. Dia ka ...

wah..explanation yg bagus..!!
at least dapat kurangkan spekulasi pasal rumahtangga farah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2008 09:44 AM | Show all posts

Reply #104 nakamichi's post

hmm..
semalam pun farah ada called
tanya pasal nih..
faiz yang update dia
pasal gosip-gosipan ngan hero remaja ke apa

dia tanya aku sape andalusia tu?
apa yang nakamichi ckp tu
sama mcm apa yang aku
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:44 AM | Show all posts
waahh.. bagus laa kalo dah suami farah sendiri yg jelaskan... biar kan lah rumah tangga dia org aman damai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 08:50 AM | Show all posts
farahasyikin.blogspot.com.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #104 nakamichi's post


Kesian Farah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 10:50 PM | Show all posts
itulaa houdini... aku tak larat nak baca org percaya fitnah yg dilemparkan pada dia. we all know she's innocent and she's not what people think how she is. bagus jugak dia tulis blog. harap more people will go to her blog and understand her better
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 10:54 PM | Show all posts

Reply #111 nakamichi's post

thx for the info on her blog.
bila baca..bru aku tau sedikit sebanyak  isi hati dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 06:39 PM | Show all posts
ur wellcome. never judge anyone without getting to know her closely
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 11:25 AM | Show all posts
Episod Ramadan baru Farah Asyikin...
08-09-2008 10:21:22 AM
oleh WAHIDA ASRANI

MASIH terasa lagi kemanisan hidup sebagai suami isteri di dalam diri penyanyi kecil molek ini. Malah, kehadiran Ramadan kali ini juga turut mengimbau semula keseronokan tatkala menyediakan juadah buat sang suami tahun lalu.

Satu memori yang sukar dipadam di dalam diri Farah Asyikin, meskipun dirinya kini kembali menjalani kehidupan harian secara 'solo' semula setelah mahligai yang dibina bersama bekas suami, Dr.Fariz Yahya, 30, kecundang di tengah jalan.

Akui dirinya cukup merindui saat-saat manis itu, kata Farah bagaimanapun dia bersyukur kerana masih memperoleh ketenangan di bulan mulia ini meskipun tanpa kehadiran orang yang bergelar suami di sisi.

"Tipulah kalau saya katakan saya tidak terasa apa-apa. Baru tahun lalu saya cuba adjust hidup sebagai isteri dan berpuasa bersama suami, tetapi tiba-tiba tahun ini rutin kembali seperti zaman sebelum berkahwin semula.


Farah 'berehat' seketika sepanjang Ramadan bagi menumpukan perhatian pada penghasilan album keduanya

"Memang saya akui, rasa lainlah sedikit puasa kali ini. Saya rindukan tanggungjawab saya sebagai isteri dulu...rindukan suasana berbuka dan bersahur bersama.

"Tetapi alhamdulillah, saya masih ada keluarga. Sekarang ini saya sering pulang ke rumah ibubapa saya untuk berbuka bersama mereka," ujar Farah menceritakan kisah Ramadan dirinya kali ini.

Farah mendirikan rumahtangga bersama Fariz pada 12 Mei 2007, namun hanya mampu bertahan tidak sampai setahun.

Kata penyanyi berusia 28 tahun ini lagi, dia akui pastinya kehadiran lebaran tahun ini juga akan mengundang suasana yang berbeza.

Namun tegas Farah, seperti mana umat Islam yang lain, dia tidak mahu kisah 'sedih' dirinya menjadi penghalang untuk dia turut bergembira meraikan kedatangan Syawal nanti.

"Tak kisahlah apapun yang terjadi sebelum ini...saya tetap bersemangat sebenarnya nak sambut raya. Cuma mungkin kali ini saya ingin beraya secara sederhana saja.

"Persiapan raya pun biarlah ala-kadar saja. Rasanya saya hanya pakai baju-baju raya tahun lalu saja. Insyaallah, seperti kebiasaannya, saya sekeluarga akan pulang beraya di kampung kami di Pekan, Pahang," tutur Farah dalam nada ceria.

Mengalih topik kepada perkembangan seninya, kata penyanyi yang pernah dinobatkan Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008 ini, dia sedang sibuk menyiapkan album keduanya yang kini sedang di dalam pembikinan.

"Single pertama saya berjudul Hello akan mula dikeudarakan di stesen-stesen radio tidak lama lagi. Lagu tersebut merupakan ciptaan Audi Mok dan liriknya hasil nukilan saya sendiri.

"Lagu ini agak istimewa buat saya kerana kita turut memasukkan elemen 80an di dalamnya. Sebenarnya, ketika album pertama dulu, kami pernah masukkan elemen yang sama untuk beberapa buah lagu, cuma mungkin tidak ramai yang perasan.

"Untuk album kedua ini nanti, kami akan tetap selitkan formula-formula baru sebagai kelainan.

"Insyaallah, jika lagu-lagu daripada album pertama dulu peminat boleh terima, saya yakin lagu-lagu kali ini juga mampu dapat sambutan," kata Farah yang kini bernaung di bawah pengurusan syarikat F-Ter Six.

Menurutnya lagi, setakat ini, hanya dua buah lagu saja yang sudah siap dirakamkan.

"Kami memang sengaja tidak mahu terkejar-kejar untuk siapkan album ini. Saya sendiri inginkan album ini mempunyai kualiti yang bagus dan tidak menghampakan peminat-peminat.

"Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar, album ini akan berada di pasaran pada tahun ini juga," kata Farah yang akan sibuk dengan road tour jenama jam tangan Roscani selepas Hari Raya nanti setelah dilantik sebagai duta jenama itu baru-baru ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 09:31 AM | Show all posts
pelik laa kenapa album farah ni susah nak dpt.. lagu-lagu dia semuanya best!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 09:33 AM | Show all posts

Reply #114 Syd's post


Apsal rasa macam pernah tengok je gambar tu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2008 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by zehra2 at 9-9-2008 09:31 AM
pelik laa kenapa album farah ni susah nak dpt.. lagu-lagu dia semuanya best!


Susah dapat ke sekarang ?
Agaknya diorang keluarkan sikit je kot

Nasib baik beli awal-awal dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.190450 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list