|
Kafe tema komik manga
Dengan kebanyakan pelayannya memakai pakaian seperti pembantu rumah Perancis, apakah yang menyebabkan kafe yang memainkan peranan lelaki begitu popular di Jepun?
ANTARA pelayan yang sedia bertugas untuk melayan pelanggan wanita di kafe tersebut.
Di sebuah sekolah di Edelstein, pelajar lelaki menyapu pengilat bibir dan hanya terdapat satu subjek yang diajar iaitu bagaimana untuk melayan pelawat wanita.
Namun, jangan terkejut kerana ia bukanlah sebuah sekolah berasrama yang sebenar. Sebaliknya ia merupakan sebuah kafe sekolah lelaki pertama di Tokyo.
PELAYAN di Edelstein bersedia menghidangkan minuman untuk pelanggan.
Edelstein adalah sebuah kedai makan atau kafe terbaru di Jepun di mana pelanggan dan pelayannya memainkan peranan atau tema daripada komik manga.
Untuk mengekalkan tema sekolah lelaki, pelayan dengan tangan yang dirias dan suara lembut berpura-pura menjadi pelajar remaja dan menghidangkan minuman untuk pelanggan.
Pada hari Sabtu dalam bulan Januari, kafe tersebut yang dibuka sejak akhir tahun lalu, sentiasa dipenuhi pelanggan.
"Kebanyakan pelanggan kami merupakan pekerja wanita dalam lingkungan usia antara 20 dan 30 tahun, wanita yang mengikuti perkembangan fesyen," kata Emiko Sakamaki, Pengurus Edelstein yang berusia 27 tahun.
Edelstein merupakan lokasi menghimpunkan peminat salah satu komik klasik pada tahun 1970-an mengenai percintaan di sekolah Jerman.
Semua pelawat bersatu di Edelstein kerana keghairahan membawa pelbagai watak seperti dalam komik boy-love manga (Yaoi) - komik mengenai percintaan lelaki bagi pembaca wanita.
Kebanyakan komik boy-love manga menampilkan angan-angan, wanita yang mempunyai karakter lelaki.
Idea yang sama memberi panduan kepada Sakamaki apabila dia memilih pelayan yang bercakap mengenai tugasan pura-pura mereka dan belajar di Edelstein.
"Saya berada dalam kelab penyusunan bunga," bisik seorang lelaki yang kelihatan seperti wanita dengan rambut panjang sambil mendongak daripada buku sajak Jerman yang dibaca.
Kafe yang memainkan peranan untuk lelaki telah lama popular di Tokyo. Kebanyakan pelayannya memakai pakaian seperti pembantu rumah Perancis.
Menurut ahli antropologi, salah satu sebab bahawa kafe sedemikian amat popular di Jepun kerana mereka membenarkan orang untuk mengelak daripada kawalan sosiol ekstrem dan norma-norma dalam kehidupan harian.
Pasaran untuk peminat manga yang juga digelar otaku, daripada filem animasi kepada permainan komputer dan aksesori berjumlah 187 bilion yen pada tahun 2007, menurut firma penyelidik hiburan, Media Create.
Tetapi baru-baru ini, perniagaan tersebut telah menemui satu lagi jenis free-spending pengguna Jepun: Daripada otaku lelaki kini otaku wanita cenderung untuk menjadi lebih menarik - mengikut fesyen dan lebih sosiol berbanding rakan sejawat mereka termasuklah lelaki.
Salah satu takrifan terhadap otaku wanita ialah cinta mereka untuk buku komik manga terutamanya boy-love manga.
"Terdapat dua sebab mengapa tempat ini begitu popular. Pertama persekitaran kafe seperti ini untuk wanita tidak banyak di Tokyo dan kedua kerana kini, terdapat ramai wanita yang menggemari filem animasi dan komik," jelas Sakamaki.
Lebih kurang 150 majalah dan komik boy-love manga diterbitkan setiap bulan di Jepun, menurut Eureka, sebuah majalah sastera.
Di seksyen wanita dalam kedai buku Aoyama, tidak jauh dari Edelstein, komik boy-love manga keluaran terbaru elok disusun di antara majalah-majalah hiburan yang ada.
Mereka yang mudah terkejut harus mengelak daripada melihatnya dengan lebih dekat.
Generasi baru boy-love manga seperti All about J dan Don't Say Anymore dan Darling' menampilkan aksi-aksi melampau hubungan seks.
Sakamaki melihat genre tersebut sebagai satu bentuk eskapisme.
"Orang jenis ini secara realitinya tidak wujud. Mereka hanya wujud dalam komik," katanya merujuk kepada manga dan suasana yang cuba diciptanya di Edelstein.
Dalam sebuah kolum terbaru yang dimuatkan di akhbar Yomiuri Shimbun, Kanta Ishida, seorang wartawan yang 'pakar' dalam manga berkata, genre tersebut turut menawarkan alternatif kepada peranan tradisi gender utama di Jepun.
"Komik tersebut merupakan gambaran perhubungan bertahun-tahun dengan peranan boleh ditukar ganti yang bebas daripada idea tetap mengenai gender atau jantina," tulisnya.
- Reuters / Kosmo - |
|
|
|
|
|
|
|
Off topic sat....
PutraMahrean, Pinkie, HangPC2...korang dok japan ek? kat mana... ? natsu tak balik msia? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #70 RedDevils's post
Al Islam pun terlalu banyak artikel kontroversi semata2 nak lariskan jualan. Contohnya wanita Islam tak perlu bertudung, hudud tidak wajib dilaksanakan... sanggup tu gadai agama semata2 nak lariskan majalah. |
|
|
|
|
|
|
|
waaa.... macross!!! robotech!!... voltron.. defender of the universe!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Koleksi anak orang kaya
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kebanjiran patung permainan lucah yang dijual di beberapa pusat beli-belah sekitar ibu kota dikesan dibawa masuk peniaga tempatan semata-mata bagi memenuhi minat dan hobi aneh terutama golongan anak orang kaya yang menggemarinya.
Perkara ini didedahkan Ketua Unit Penguat kuasa Pusat, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohd Rizal Abidin selepas melakukan beberapa serbuan ke premis menjual permainan, susulan pendedahan Harian Metro berhubung penjualan permainan lucah 4 Ogos lalu.
Menurutnya, rata-rata peniaga ditemui mendakwa hanya menjual patung terbabit terutama kepada golongan anak orang berada |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la kutuk2, aku baru nk terfikir buat bisnes, Tokyo Park. kat situ ada Maid Cafe, Figurine Shop, Manga Shop, Doujin Shop, Anime Shop. Bisnes Otaku untuk Otaku. Skang aku tengok da ramai da Otaku kat Malaysia ni termasuklah aku.
p.s Berangan je lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
diarang neh pernah dengar tak "BIG BOYS TOYS" ? |
|
|
|
|
|
|
|
mendap.................... |
|
|
|
|
|
|
|
giler la..
malaysia pun dah nak buat macam amerika!:@
pihak berwajib tolong pantau!!:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
sgt pervert lah manusia yg beli figura tu utk menempiaskan nafsu!!~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|