|
::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT
[Copy link]
|
|
Balas #102 rindacapri\ catat
lom lg yang....
hihihhi
kang asy msk erk... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #104 rindacapri\ catat
jap lg erk....
asy nk pi unisel jap...
balik kang asy mskkan....
sabau erk... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat silent dan semua kawan-kawan kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #106 alia_hus\ catat
selamat hari raya juga buat alia.....
selamat hari raya bagi sume readers kt sini....
buat rin n amandaatika....
asy upload ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
smbgn...
kaulah segalanya episod 7 part2
"Fiz, you ni kenapa asyik diam je? Sejak I balik, you macam tak suka I balik ni kenapa sayang? " tanya Anis manja. Hafiz hanya mendiamkan diri. "Fiz! You dengar tak, I cakap dengan you ni."jerkah Anis. Geram melihat Hafiz tiada respons ketika bersamanya. "I tak apa-apa, just penat jer"jawab Hafiz acuh tak acuh. Fikirannya menerawang kepada gadis yang pernah dicintai dan disayanginya dahulu. Asyrani kian menawan. Dia menyalahkan diri kerana tidak menunggu Asyrani. Memang diakui Hafiz seorang yang playboy
dan mata keranjang di sekolahnya. Namun setelah berjumpa dengan Anis, dia merasakan perwatakan Anis serupa dengan budak perempuan yang pernah berada di hatinya. "Fiz! You ni nak keluar dengan I atau tak? " jerit Anis. Lamunan Hafiz beterbangan. "jomlah." kata Hafiz sambil lewa aja. Anis berasa geram. Dia berasa aneh, sejak dia bercuti Hafiz kelihatan risau. Dia asyik termenung sahaja. Dari fizikal memang tampak sihat tapi dalamannya hanya dia sahaja yang tahu. "kalau macam nilah sikap you kat I, baik you balik sekarang, hilang mood I nak pergi shopping."kata Anis geramnya tak terkata. Dia menghempas pintu biliknya. Hafiz ditinggalkan terpinga-pinga di ruang tamu.
"amboi Shawal, kenapa dengan kamu ni, asyik menyengih aje sejak balik dari Port Dickson."usik Encik Ruslan. "mana taknya bang, dia pergi jumpa mata air dia."usik pula ibunya. "mana ada apa-apa mak, Wal ok aje."jawab Shawal. "yakah, biasalah tu kalau orang angau. Semuanya ok. Macam mana pertemuan kamu dengan Asy?"ujar ibunya. Ketika itu Shawal sudah berada di dalam biliknya. "oklah mak, Cuma dia masih tak jawab. Wal dapat jumpa family dia. Pak cik Yassin kirim salam kat keluarga kita. " jawab Shawal terang-terangan. "oh baguslah macam tu, sekurang-kurangnya keluarga mereka kenal kamu dari awal lagi."kata ibunya. "ni satu lagi, kamu jangan desak dia terima Shawal. Mak tak nak nanti dia tak bahagia. Dia budak baik. Shawal kena slow sikit."nasihat ibunya. "baiklah mak, Wal ikut cakap mak."ujar Shawal sambil memeluk tubuh ibunya.
Sebulan cutinya berlalu, Asyrani kembali ke universitinya. Semester barunya, dia masih lagi ditempatkan bilik bersama Anis. Asyrani perasan akan perubahan sikap Anis yang agak muram dan pendiam. Dia tidak lagi periang seperti dulu. Suatu hari Asyrani mencari ruang untuk bercakap dengan Anis. "Anis, aku tengok sejak kebelakangan ni, kau sedih memanjang kenapa?"tanya Asyrani sambil mengusap kepalanya. Anis masih membatukan diri. "Nis, kalau kau ada masalah, bagitau kat aku. Mana tahu aku boleh tolong."ujar Asyrani. Kelihatan mutiara jernih gugur ke pipinya. "Hafiz dah tinggalkan aku. " kata Anis tersedu-sedu. Asyrani terkejut. Dia mengusap belakang Anis. "dia kata, dia dah ada orang lain. Aku rasa macam orang bodoh aje. Bertahun aku bercinta dengan dia macam nak rak, tak sangka berakhir begini."ujar Anis terhengguk-henguk menangis. Asyrani hanya mampu menyeka air mata Anis di pipinya. Asyrani berasa bersalah dia merasakan dialah punca perpisahan Hafiz dengan Anis. Asyrani hanya mampu meminta Anis bersabar.
Sudah menjadi kebiasaan di hujung minggu, jika Asyrani tidak pulang ke kampung halamannya pasti dia habiskan masanya bersama Shawal. Hubungan mereka bertambah baik dan makin erat. Minggu ini Shawal mengajaknya ke gelanggang futsal. Asyrani hanya duduk diluar melihat Shawal bermain futsal. Futsal memang sukan kegemarannya. Setiap minggu dia akan datang bermain bersama teman-teman rapatnya. Selesai bermain, Shawal duduk di sebelah Asyrani. "hebat tak Shawal main?"tanya Shawal sambil mengesat peluhnya dengan tuala yang dihulurkan oleh Asyrani. "boleh tahan. " jawab Asyrani. "boleh tahan je? orang main macam nak rak tapi kata boleh tahan je. Team saya menang tau. Sebagai hadiahnya kiss me."usik Shawal. Asyrani membeliakkan matanya. Lantas dia mecubit lengan Shawal. Dia mengaduh kesakitan. "hoi, korang ni kalau nak bermanja pergilah tempat lain. Geli-geleman aku tengok."kata Ebi sambil mengesat peluh dilehernya. Asyrani hanya senyum sahaja."aku lengsing kang baru tahu."kata Shawal sambil mengangkat lengannya. "aku nak pergi minum, kau nak ikut?"tanya Shawal. "tak kacau ke korang nak berdating ni?"usik Ebi lagi. "eh mamat ni orang dah ajak ni seribu rahmat tau. Dah la jom ajak kawan-kawan yang lain. " ujar Shawal. Ebi, Afiq,Faizal, dan Ryzal membontoti Shawal ke restoran mamak berdekatan. Di restoran mamak, masing-masing memesan makanan. Asyrani agak kekok kerana dia dikelilingi ramai lelaki dan tidak mengenali rakan-rakan Shawal namun Shawal berkeras ingin membawanya. Sementara mereka berborak, Asyrani meminta diri untuk ke bilik air. Sesudah keluar dari bilik air, dia tersempak dengan seseorang yang amat dikenalinya. Matanya terpaku pada raut wajah lelaki itu. 揵enarkah dia?攄esis hatinya.
Hampir setahun mereka tidak berjumpa. "assalamualaikum, Asyrani " sapa lelaki itu. "waalaikumsalam."jawabnya tersekat. "lama kita tak jumpa kan?"kata lelaki itu sambil tersenyum padanya. Shawal yang sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya mengalihkan pandangannya. Dia melihat Asyrani berbual dengan lelaki yang dia tak kenali. Shawal lantas bangun dan berjalan ke arah mereka berdua. "rancak berbual nampak."sapa Shawal. Mereka berdua memandang Shawal. "hai, saya Badrul sepupu Asyrani. " kata lelaki tegap di hadapannya sambil menghulurkan tangannya. Mereka berjabat salam. Rasa cemburu membuak-buak di dadanya. "mmm, tak apalah, saya pergi dulu Asyrani."kata Badrul. "Bad sampaikan salam saya pada mama awak...tak apalah biakan ajalah. bye."kata Asyrani. Shawal berasa aneh. Dia melihat Asyrani tidak begitu mesra dengan lelaki yang sudah pun berlalu. "nanti Asy ceritakan pada Shawal. It's long story."ujar Asyani tanpa disoal Shawal. Shawal hanya mengangguk kepalanya.
"Lepas arwah mama Asy meninggal, abah Asy kahwin dengan umi tapi adik beradik mama Asy tak setuju. Bagi mereka tiada sesiapa yang dapat mengantikan tempat kakak mereka. Tapi Asy masih ingat lepas mama tak ada, tak ada sesiapa yang mempedulikan kami sekeluarga. Macam keluarga terbuang rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
smbg sket....adiah utk kmo sume....
Asyrani masih lagi teringat kenangannya apabila keluar bersama rakan karibnya, Liyana,Amna dan Shakirah semasa cuti mereka yang lepas. Masing-masing menceritakan kisah masing-masing. Begitu juga dengan Asyrani. "Asy, kau pasti ke perasaan kau pada mamat tu? " tanya Liyana. "entah aku pun tak tahu, tapi aku sentiasa teringatkan dia." jawabnya. "tapi macam mana dengan Hafiz? " tanya Amna pula. "Hafiz dah jadi kenangan silam. Dia sudah ada teman wanita iaitu kawan karib aku di UNISEL."jawab Asyrani lagi. Sebak dadanya mengingat perkara tersebut. "tak apa lah Asy, awak fikir yang mana patut. Asalkan tidak menganggu pelajaran awak."nasihat Shakirah. "saya tak nak awak dikecewakan lagi." katanya lagi. "thank you all semua. Apalah aku dah bagi mood sedih. Dahlah jom kita pi kedai buku, nak beli buku baru la."kata Asyrani. Cuba menceriakan suasana. Mereka keluar dari restoran lalu berjalan menuju ke kedai buku. Lama juga mereka keluar. Masing-masing melepaskan rindu kerana sudah lama tidak bersua.
|
|
|
|
|
|
|
|
TQ's tp nak lagi hehe.....makin lama makin ramai pula jejak yg muncul nie ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #112 rindacapri\ catat
tu la sume kerana kmo sume...
asy appreciate sgt....
bru first time mnulis tp ade org bc...
maceh sume....
syg uollzzz:kiss: :kiss: :kiss: :kiss: :kiss: |
|
|
|
|
|
|
|
smbgn kaulah segalanya
episod 8 part1
Hari demi hari bulan demi bulan hubungan antara Shawal dengan Asyrani bertambah baik. Mereka saling bertolak ansur. Shawal tahu bahawa Asyrani agak sibuk dengan pelajarannya manakala Asyrani pun memahami kerja Shawal yang memang meletihkan. Shawal juga kerap membawa Asyrani pulang ke rumahnya. Keluarganya amat menyenangi kehadiran Asyrani. Pada hujung minggu itu, ayah Asyrani ingin mengadakan kenduri tahlil kepada arwah mama serta arwah datuknya. Dia mengajak Anis namun Anis menolak kerana berasa kurang sihat dan ingin berehat. Dia juga mengajak Shawal sekeluarga datang. Shawal berjanji akan datang ke rumahnya. Pada tengah hari sabtu itu, Shawal sekeluarga pun tiba di rumahnya. Mereka di ajak bermalam di rumah Asyrani. Shawal datang bersama ibu dan ayahnya serta adik bongsunya. Ketibaan mereka disambut mesra oleh ibu bapa Asyrani. Shawal melihat rumah Asyrani yang simple tu. Rumah teres setingkat yang berwarna putih diluarnya. Di dalam rumah, di suatu sudut terdapat sekeping gambar pemandangan Masjidil Haram di Mekah yang digantung. "assalamualaikum."lamunan Shawal tersentak. Asyrani menyapanya. "oh mak, terkejut Shawal waalaikumsalam. Cantik rumah Asy. simple tapi comel. Belum masuk bilik Asy lagi."usik Shawal "dah jangan nak mengada, Shawal tak boleh masuk bilik Asy . Shawal tidur di bilik abang Khairul. Ayah dan mak Shawal boleh tidur di bilik Asy."kata Asyrani. "ala, tak aci la macam tu."kata Shawal sambil memuncungkan bibirnya. "aci tak ada kat sini, aci kat India. Pergilah berehat kat dalam tu, awak tu driving jauh-jauh mesti penat."bebel Asyrani. "yelah nenek."usik Shawal. Dia meletakkan begnya di dalam bilik abang Asyrani. Asyrani pula menunjukkan biliknya kepada ibu dan ayah Shawal. "minta maaf la mak cik, bilik saya ni sempit sikit katil sorang je. Saya ada letak katil tarik bawah katil ni."kata Asyrani sambil menunjukkan tilam itu. "tak apa Asyrani, terima kasih banyak bagi kami tidur kat sini. Nanti, kamu tidur dimana?"tanya Puan Aishah. "oh, mak cik jangan risau, saya tidur di bilik kakak saya. "kalau ada apa-apa yang pak cik dan mak cik perlukan beritahu saya ya."kata Asyrani. "baiklah. Terima kasih ya Asyrani."kata
pula Encik Ruslan. Asyrani pun meminta diri. Dia sibuk menguruskan pinggan mangkuk yang ingin dipakai. "cantik jugak bilik dia bang, siap ada loteng lagi ni."kata Puan Aishah sambil melihat sekeliling biliknya. Cukup tenang suasana bilik itu.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Di buka daun pintu, dilihat Shawal tersengih. "Shawal apa kamu buat kat sini? Ni ..kan bilik Asy."kata ibunya. Shawal masuk ke dalam bilik itu. "mak, lawanya bilik dia comel."kata Shawal. Shawal melihat suasana bilik Asyrani. Di atas meja terdapat gambarnya semasa kecil dan besar. Wajah Asyrani ketika kecil seakan-akan anak cina. Comel. Terdapat dua rak yang penuh dengan buku yang tersusun rapi. Asyrani memang gemar membaca. Setiap kali ke kedai buku, ada sahaja buku yang dibelinya. "dahlah tu pergi balik ke bilik kamu."arah ibunya. Shawal hanya tersenyum dan kembali ke biliknya. Selepas berehat, Shawal keluar dari biliknya dan membantu. Dia menolong Khairul memasang kanopi. Begitu juga ayahnya. Asyrani yang melihat segera berkata "pak cik, tak payah buat kerja ni. Pak cik berehat la, biar Shawal yang buat."kata Asyrani. "tak apa Asyrani. Pak cik dah biasa dah."kata ayah Shawal. Asyrani hanya tersenyum. Kalau boleh memang dia tidak mahu meyusahkan keluarga Shawal. "Asy, pergilah buat kerja, anak dara tak boleh malas nanti susah nak kahwin."usik Shawal mengenyitkan matanya. Asyrani memandang geram. "dah la abang, jangan kacau dia."tegur ayahnya. Asyrani tersenyum kambing lalu berlalu.
Waktu maghrib sudah hampir masuk, Asyrani siapkan diri. Dia memakai baju kurung sutera hijau dan tudung berwarna hijau muda. Shawal pula memakai baju melaju berwarna hijau pucuk pisang. "wei, kau dengan Shawal ni janji ke pakai colour sama?"usik kakaknya. Asyrani hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Ramai tetamu sudah mula tiba. Dia mencari kelibat rakan-rakannya. Amna, Shakirah, Farah, Amyra dan ramai lagi sudah tiba. Abangnya melaungkan azan manakala datuknya menjadi imam. Setelah solat mereka mengadakan bacaan Yaassin. Selepas itu mereka solat isyak dan menjamu selera. Ramai sanak- saudara datang namun keluarga arwah mamanya tidak jua tiba. Puas dia menunggu. Asyrani bertanggungjawab untuk mengangkat lauk ke tempat makan. Shawal pula ringan tulang membantunya. Ramai yang bertanyakan siapakah lelaki yang bersamanya itu. Namun dia hanya menjawab kawan sahaja. Malam itu dia amat sibuk melayan tetamu yang hadir. Begitu juga dengan orang tuanya. Kira-kira 200 orang telah hadir. Shawal berasa kagum kerana rupa-rupanya keluarga Asyrani memang dikenali ramai. Malam merangkak gelap. Sudah ramai tetamu yang pulang. Masing-masing sibuk mengemas perkakas masuk ke rumah. Memang memenatkan apatah lagi Asyrani belum menjamah apa-apa makanan sejak petang tadi lagi. Perutnya memang terasa sakit namun dia terlalu sibuk hingga membiarkan sahaja sakitnya begitu sahaja.
Setelah selesai kerja-kerja membersih dan mengemas, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Shawal melihat wajah Asyrani agak pucat. "Asy kenapa ni pucat je muka? " tanya Shawal. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Shawal agak risau. "kenapa ni adik? Gastrik ke?"tanya uminya. Asyrani hanya mengangguk kepala. " siapa suruh tak makan, dari tadi abah pesan makan dulu sebelum buat kerja. Ini tidak."marah ayahnya. Asyrani hanya mendiamkan diri. "sudahlah, lepas ni adik pergi makan pastu makan ubat."perintah ayahnya tegas. Disebabkan masing-masing sibuk Shawal diarahkan agar menemani Asyrani makan dan memastikannya makan ubat yang diberikan. "kesian Asy, kena marah dengan abah Asy." kata Shawal sambil melihat Asyrani menyuapkan makanan sedikit demi sedikit. Dia tiada selera kerana perutnya sudah masuk angin. "kalau Shawal tahu Asy ada gastrik dah lama Asy pastikan Asy makan tau."kata Shawal lagi. "tak pa Shawal, Asy memang da biasa macam ni. Lagipun Asy selalu makan ubat tapi hari ini aja lambat sikit."kata Asyrani. Setelah selesai makan, dia menyambung kembali membuat kerjanya namun Shawal melarang. "Asy, ni kerja lelaki, Asy pergilah berehat. Takkan nak Shawal dukung lagi."usik Shawal. Asyrani tersenyum hambar. Shawal tahu sebenarnya gadis itu menangis di dalam hati. Kegusaran nyata jelas di wajahnya. Dia menunggu kunjungan saudara-maranya terutama neneknya tapi tidak juga tiba. Namun Shawal hanya orang luar. Dia tidak mampu menjernihkan hubungan keluarga yang sudah lama renggang itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh trima kasih lah untuk entry yang panjang |
|
|
|
|
|
|
|
selamat bercuti
selamat berhari raya
selamat semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #119 amandaatika\ catat
selamat hari raya...
rase2nye
tade n3 kot spnjg cuti neh...
hihihh
nnti kalu ade ms...asy upload erk...
selamat malam...
pssttt....yipppi udah smpi umah.... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|