|
Originally posted by alyana at 10-10-2008 11:34 AM
kan dah kata kat gua di Babil, cuba you cari kat Google Earth
Klu guna Google, leh nampak x malaikat yg tergantung tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alyana at 10-10-2008 11:39 AM
tp kalau mcm tu, nanti as if manusia itu pun force of nature jugakah?
See? Kan dah confuse?
Sebab itu aku ckp kat aiz, kita kena hati2 dgn apa pun huraian yg kita berikan, kerana bukan semua org blh sampai ke tahap level frekuensi manusia2 yg dah sampai 'ke sana'. Utk yg x sampai lagi, silap2 huraian yg kita berikan, blh buat mereka confuse dan silap2 blh membawa kpd larinya akidah. Itu bahaya. So kita kena hati2 dgn pendapat kita, coz x semua blh terima/faham, especially apabila ia berkaitan dgn soal akidah.
Mcm ni la, senang cite. Malaikat itu secara ringkasnya dibuat dari cahaya. Mereka adalah penjaga kpd alam ini. Maksudnya, ada di antara mereka yg ditugaskan menjadi penjaga kpd air, tanah, api & angin. Mereka bukanlah alam itu sendiri, tapi CUMA penjaga. So sesiapa saja yg mempunyai ilmu berkaitan alam, maka mereka boleh memanipulasi alam, x kira sama ada mereka itu Muslim/non-Muslim. Malaikat itu tugasnya hanya menjaga, utk lbh senang paham, mereka menjaganya supaya ia sentiasa berjalan mengikut hukum yg Allah dah tentukan. Peluang utk memanipulasi alam, terbuka kpd sesiapa saja yg mempunyai ilmu, regardless of his race/religion/faith& belief. Allah itu Maha Adil. DIA x diskriminasi sesiapa pun. Hatta, walau pun org yg berilmu itu ialah seorg Atheis/pagan.
Manusia pula ialah makhluk yg dibuat dari tanah. Manusia pun bukanlah forces of nature. Tapi ada kaitan dgn forces of nature kerana asal manusia yg dibuat dari tanah (salah satu dari 4 unsur - api, air,udara, tanah). Senang cite, forces of nature ialah ALAM itu sendiri. Api, air, udara, tanah. Malaikat ialah malaikat, manusia ialah manusia. Both are not directly forces of nature, but related to it.
Hope dah paham & x confuse lagi.
[ Last edited by mac_taylor at 10-10-2008 05:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mac_taylor at 10-10-2008 05:13 PM
See? Kan dah confuse?
Sebab itu aku ckp kat aiz, kita kena hati2 dgn apa pun huraian yg kita berikan, kerana bukan semua org blh sampai ke tahap level frekuensi manusia2 yg dah sampa ...
so context force of nature adalah berasingan dr kontext manusia, malaikat dan jin itu sendiri , is that what u mean?.
maknanya isi alam, bahan alam, atau jisim alam.
manakala, jin , malaikat dan manusia itu adalah hidupan, yakni makhluk yang terbina dr unsur2 force of nature...... begitukah?.
lagi satu, berkaitan memanipulasi alam, Peluang utk memanipulasi alam, terbuka kpd sesiapa saja yg mempunyai ilmu, regardless of his race/religion/faith& belief. Allah itu Maha Adil. DIA x diskriminasi sesiapa pun. Hatta, walau pun org yg berilmu itu ialah seorg Atheis/pagan.
ni i paham, tetapi untuk memanipulasi alam kita perlukan tool biasanya, tetapi bagaimana agaknya logicnya terdapat org yg boleh memanipulasi alam tanpa tool, contohnya orang yg mempunyai telepati, telekenetic, psikik etc mcm si Peter Petrelli, Hiro Nakamura, Sylar, Claire ? adakah gelombang aura dan gelombang otak, boleh menjadi sebegitu kuat sehingga boleh menjadi deria tambahan kepada manusia eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alyana at 10-10-2008 05:23 PM
mula2 kalau dah confirm lokasi, kena google-Earth dulu, lepas tu, bila dah cam, maybe uols kena beli HD Camera yg boleh tangkap jisim force of nature
boley?
ni kena tanya uncle seekers nih..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cinta_ungu at 10-10-2008 04:24 PM
nie plak soal jawab...rasenye agak lengkap dah penerangan nie..
sori yek ayat al-quran tue takleh appear betul2...
Kisah Harut Dan Marut
Assalamu'alaikum warahmatullah Ustaz. Mintak ...
Yang dimaksudkan apa yang diturunkan kepada dua malaikat didalam ayat tersebut ialah ilmu sihir yang diturunkan melalui mereka supaya mereka ajarkan kepada manusia bertujuan untuk manusia dapat membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman. Maka apa yang berlaku kepada Nabi Sulaimanitu bukanlah sihir akan tetapi mukjizat kenabian daripara ALLAH swt. Dua malaikat tersebut iaitu Harut dan Marut telah mengingatkan manusia terhadap sihir tersebut, ALLAH berfirman :[/quote]
i tak paham konsep ini.
kalau base on terjemahan akal i, adakah ia bermaksud,
1. ilmu sihir diturunkan melalui 2 malaikat , untuk manusia..................... dgn objectif 'supaya manusia dapat membezakan sihir dan mukjizat'.
[quote]
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihiryang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan NabiSulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitanitulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yangmengajarkan manusia ilmu sihir
dan
apa yang diturunkan kepada dua malaikat:Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidakmengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya denganberkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihiryang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahalmereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan)dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allahdan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakanmereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnyamereka (kaum Yahudiitu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itutidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnyaamat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah merekamengetahui."
quote kat atas ini pula ade 2 warna merah dan hijau. I pun tak paham, adakah ia bermaksud
1. Sihir itu ade 2, yakni yg melalui Syaitan, sepertimana yg i warnakan Merah? dan sihir yg apa diturunkan kepada Harut & MArut yakni Malaikat, sebagaimana yg i colorkan hijau?
2. Kemudian dlm terjemahan "Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua" siapakah yg dimaksudkan dgn Orang-orang itu?
3. Jadi adakah ini bermaksud, sihir pun ada 2 jenis????? yakni
3a. Sihir dr syaitan?
3b Sihir dr Malaikat ?
dan ia sememangnya adalah berbeza dr
3c. Mukjizat
3d. Karamah
Maka kalau tak silap i, i pernah dgr masa Zaman Nabi Sulaiman, ada seorg Arifin yg boleh memindahkan Istana Balqis dlm sekelip mata. Maka kebolehan ini jatuh dlm kategori mana? ilmu mana?. so bolehkah i kategorikan sebagai ??????
3e. ilmu X ?
Kemudian bolehkah kita juga simpulkan untuk kategori manusia biasa , ada kategori tambahan yakni ?????
3f. Psikik
3g. Ilmu Silap Mata
3h. ilmu science
untuk kategori 3f, adakah ianya terbit dgn cara mempelajari ilmu (dapat memanipulasi force of nature) atau mmg sedia ada dlm diri manusia yg istimewa dan terpilih, umpawa bezanya insan yg ada IQ 450 dgn insan biasa yg hanya IQ biasa2 ??????
maka jika 3f, terbit dari ilmu, maka, adakah ia mempunyai kaitan dgn 3e, yakni ilmu X, atau adakah ilmu 3e yakni ilmu X ada kaitan dgn ilmu 3b ?????...
ada yg mengatakan dgn ilmu dan amalan dr ayat al-quran, dgn kehendak yg Maha Esa, maka boleh menerbitkan daya, contohnya, dgn mengamalkan ayat2 tertentu maka kita akan dapat manfaat seperti ini dan itu, haruskah I kategorikan ini sebagai
3i. yakni memanipulasi sesuatu melalui ilmu dan amalan dr ayat2 al-Quran, atau ilmu yg didecrypt dr AlQuran? ???
dan bagaimakah harus kita bertaklid tentang ini?.
so berbalik kepada Arifin zaman Nabi Sulaiman itu, adakah dia dari kategori 3i jugak????
so bagaimana pula dgn Kisah Nabi Khidir, bolehkah I kategorikan sebagai ???
3j. ilmu Y , yakni kategori ilmu yg nabi khidir dapat????? dan apakah bezanya ilmu Y(kategori 3j) dgn ilmu X yakni (kategori 3e),
Adakah ilmu kategori ini juga dikirakan sebagai wahyu? atau ia adalah ilmu?. dan adakah wahyu itu adalah subset kepada Al-Quran? atau adakah wahyu itu boleh jadi terasing dgn sendiri? yakni selain yg dinyatakan dlm al-Qurann???.
Lepas tu apakah sifat2 dan beza sifat kategori 3a (sihir syaitan) dan 3b ( sihir Malaikat) ? jika penaakulan 3a dan 3b ni betul? yakni wujud 3a dan 3b?.
Kemudian bagaimankah dgn ilham? yakni ilham yg tidak semestinya dimeterai dr ilmu sains yg bersifat abstrak?. maka dgn ilham ini, tiba2 as if kita dapat petunjuk what will happen in future, and dgn ilham ini, seorg ibu mempunyai naluri ttg something happen with her son/daughter?....
sebenarnya my question ada panjang lagi...
sebab itu bila masuk thread ini,, hatta bod ini
kepala i jadi sngt pening, sampai nak meletup , it hurt my brain very badly.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thessailly at 10-10-2008 05:55 PM
kata siapa? huhu.. sy kurang berminat pasal benda2 aneh ni.. biasa la tuh benda aneh..dah banyak sangat, sampai jadi macam biasa jek..tapi kekadang nak tahu jugak...
DAN sepanjang penga ...
jika bijak , pandai, bodoh tak wujud, maka bagaimana boleh ada emperik, ukur nilai, science dan matematik?.
maka dgn adanya insan bijak , pandai , kurang pandai , samalah dgn adanya insan yg boleh lari 100M dgn 9.55s dan ade insan yg hanya mampu 18 saat.
so ini adalah terang lagi bersuluh. jadi bagaimana harus sy bertaklid dgn logic ini sedangkan sudah nyata si Y dapat berlari dgn 9.55s, manakala kita hanya mampu 18s.. adakah 9.55 saat itu adalah sama dgn 18 saat?
alamak i makin pening , CPU ku makin overheting, and core dump ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alyana at 10-10-2008 05:33 PM
so context force of nature adalah berasingan dr kontext manusia, malaikat dan jin itu sendiri , is that what u mean?.
maknanya isi alam, bahan alam, atau jisim alam.
manakala, jin , malaikat dan manusia itu adalah hidupan, yakni makhluk yang terbina dr unsur2 force of nature...... begitukah?
Jin, malaikat & manusia dicipta dari JISIM yg berbeza & menghuni alam yg berbeda.
Jin dicipta dari api, malaikat dari cahaya, manusia dari tanah.
Tapi api, air & tanah itu sendiri ialah unsur2 yg ada dlm forces of nature.
Forces of nature (lihat perkataan nature itu sendiri) ialah api, air, angin, tanah.
So Jin, malaikat & manusia mmg tercipta dari unsur2 forces of nature.
As a side info, diberitakan bahwa api yg ada di dunia ini adalah api yg diambil dari api neraka dgn saiz sebesar zarah, yg telah Jibril A.S sejukkan dlm 70 buah sungai di syurga dgn sebanyak 70 kali celup di setiap sungai tersebut. Api yg kita gunakan skg ini adalah SISA dari hasil celupan berkenaan. Jika sekiranya kita menggunakan api neraka di dunia ini walau sebesar buah kurma sekali pun, nescaya cairlah 7 lapis langit & 7 lapis bumi akibat kepanasannya. Wallahua'lam...
Originally posted by alyana at 10-10-2008 05:33 PM
ni i paham, tetapi untukmemanipulasi alam kita perlukan tool biasanya, tetapi bagaimana agaknyalogicnya terdapat org yg boleh memanipulasi alam tanpa tool, contohnyaorang yg mempunyai telepati, telekenetic, psikik etc mcm si PeterPetrelli, Hiro Nakamura, Sylar, Claire ? adakah gelombang aura dangelombang otak, boleh menjadi sebegitu kuat sehingga boleh menjadideria tambahan kepada manusia eh?
Pernah x baca psl kisah seorg ahli kitab yg telah memindahkan istana Ratu Balqis dlm sekelip mata, di zaman Nabi Sulaiman? Jin Ifrit pun kalah kpd manusia ini. Bagaimana agaknya ahli kitab tersebut melakukannya tanpa sebarang tools/equipment?
Sebenarnya, diriwayatkan apabila manusia lahir ke bumi ini, kita dilengkapkan dgn indera ke 6 yg dipanggil juga dgn The Sixth Sense. Tapi apabila manusia semakin berkembang, deria ke 6 ini semakin lama semakin hilang kerana manusia sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap penggunaannya. Cuba baca psl kisah Edgar Cayce, bagaimana beliau semasa kecilnya dpt melihat aura manusia. Kalaulah manusia ini tidak bersifat jumud dlm bnyk hal, manusia skg tidak perlu menggunakan telefon utk berinteraksi kerana sebenarnya kekuatan/kehebatan otak manusia mempunyai kekuatan yg lebih kuat/hebat dari kekuatan gabungan 1 juta super komputer. Malah, kehebatan otak manusia ni xde siapa yg dapat menilai kecuali Allah.
Kekuatan manusia sehingga mampu menjadi invisible (related to atom/particles), mampu terbang, mampu kebal, mampu menggunakan kuasa psychic, telekinetic/kinesis, teleportation, & bnyk lagi yg x masuk dek akal, kerana kita telah dilatih utk lebih percaya kpd apa yg kita lihat dgn mata kasar sahaja. Sebab itu kekuatan manusia menjadi terbatas, & kuasa The 6th Sense hilang bersama generasi... Utk yg mengetahui psl cakra, bolehlah aktifkan mata ke 3 anda utk dptkan benefits...
Again, as a side info, diriwayatkan bahwa kulit manusia asalnya adalah berwarna sprt warna kulit kuku, iaitu pinkish. Tapi bersama masa, bersama evolusi, genetik manusia berubah & x mustahil akan terus berubah bersama masa & generasi...
Kesimpulannya, bak kata Einstein, manusia hanya menggunakan x sampai 5% dari kekuatan minda, sepanjang hidupnya. Dan dgn kuasa minda yg x sampai 5% ini pun, manusia telah sampai sejauh ini, mampu menghasilkan kuasa teknologi yg canggih sprt telefon, tv, radio, satelite, etc. Bayangkan, bagaimana pula kehidupan manusia sekiranya manusia mampu mencapai even 50% dari kuasa minda tersebut? Dan dgn penggunaan x sampai 5% ini, manusia mampu melakukan telekinetic/sis/portasi, psychic powers, OBE, pyro kinetic, etc... Bayangkan dgn kuasa minda 50% or 100%? Maybe kita x dpt pun bayangkan...
So yer, memang manusia dianugerahkan dgn kekuatan minda yg x terjangkau dek akal. Sebab itu manusia boleh jadi khalifah di bumi ini. Tapi majoriti manusia berfikiran jumud. Ckp sikit psl hal ini, katanya, 'ah, itu semua xde dlm hadis & quran. Lupakan! Bersihkan pemikiran! Tumpukan pd beribadah utk akhirat! Tinggalkan yg lain!' Bla bla bla... Sebab itu pada hari ini, kita boleh hitung dgn jari, berapa ramai Saintis Muslim yg ADA SUARA di peringkat antarabangsa. Berapa ramai yg dah menang Nobel Prize? Berapa ramai yg dah berjasa kpd bangsa manusia & Muslim amnya?
Kalau Ibnu Al-Syatir, Al Khawarizmi, etc. masih hidup pada hari ini, mungkin mereka sendiri akan rasa KECEWA kpd bangsa Muslim yg majoritnya berfikiran ORTODOKS. Selamanya kita akan tetap di takuk lama kerana kita x mencuba utk keluar dari kotak yg kita sendiri bina. Even the sky is not the limit. Tapi kita sendiri yg membataskan pergerakan kita kerana kita terlalu malas berfikir & takut pada bayang2 sendiri. Sebab itu juga, org2 Barat non-Muslim menguasai hampir kesemua ilmu yg suatu waktu dulu, mereka ambil dari ilmuwan Muslim...
Something to ponder on.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mac_taylor at 10-10-2008 06:21 PM
Jin, malaikat & manusia dicipta dari JISIM yg berbeza & menghuni alam yg berbeda.
Jin dicipta dari api, malaikat dari cahaya, manusia dari tanah.
Tapi api, air & tanah itu sendiri ialah ...
i akan take note, and cuba pahamkan ur writing mlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alyana at 10-10-2008 06:13 PM
quote kat atas ini pula ade 2 warna merah dan hijau. I pun tak paham, adakah ia bermaksud
1. Sihir itu ade 2, yakni yg melalui Syaitan, sepertimana yg i warnakan Merah? dan sihir yg apa di ...
Erk.. panjang sgt soklan & x teratur...
Cuba susun elok2 soklan tu..
Baru senang nak menjawabnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alyana at 10-10-2008 06:16 PM
jika bijak , pandai, bodoh tak wujud, maka bagaimana boleh ada emperik, ukur nilai, science dan matematik?.
maka dgn adanya insan bijak , pandai , kurang pandai , samalah dgn adanya ...
heheh...lupakan je la..sy pun ckp ikut sedap je sebenarnya...nnt kl da leh elaboratekan, sy postkan balik... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thessailly at 10-10-2008 06:30 PM
heheh...lupakan je la..sy pun ckp ikut sedap je sebenarnya...nnt kl da leh elaboratekan, sy postkan balik...
ok u elaboratekan bila senang,
so akan akn cuba analysze. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alyana at 10-10-2008 06:16 PM
jika bijak , pandai, bodoh tak wujud, maka bagaimana boleh ada emperik, ukur nilai, science dan matematik?.
maka dgn adanya insan bijak , pandai , kurang pandai , samalah dgn adanya ...
Kata orang bijak pandai, there are two sides to reality.
There is what is, and there is what you want to believe.
So, it depends on what/how u perceive the reality.
Contohnya, A mgkn berpendapat bahwa manusia ada yg dilahirkan kurang sempurna berbanding manusia lain.
Ada manusia yg super genius, genius & kurang genius.
A kategorikan manusia2 tersebut mengikut kebijakan mereka.
Dgn itu, timbul terms sprt pandai & bodoh.
To A, this is how A perceives REALITY.
B pula berpendapat bahwa setiap manusia dilahirkan dgn kelebihan & kekurangan masing2.
Tidak ada manusia yg lebih bijak atau lebih bodoh.
Manusia semuanya sama, bezanya, hanya pada kelebihan/kekurangan tertentu.
X semestinya bila manusia itu pandai dlm suatu hal, maka dia juga pandai dlm semua hal lain.
X semestinya bila seseorg itu lulus intelligence test, maka kita boleh katakan dia sebagai manusia genius.
Dan org yg x lulus pula, kita kata stupid people, or unintelligent people.
Suatu kelebihan yg ada pd seseorg manusia, mungkin boleh menjadi kekurangan pd seorg yg lain. And vice versa.
To B, this is how B perceives REALITY.
The truth? The real thing of Reality?
Who knows? Only Allah knows....
All in all, Allah mencipta setiap manusia itu ada keistimewaan/kelebihan/kekurangan masing2.
Tergantung la kpd kita, bagaimana kita mencari & melihat keistimewaan/kekurangan tersebut.
Because end of the day, kesemua itu tidak penting & bukan menjadi ukuran utk Allah menilai amal/hati kita.
End of the day, yg menjadi nilai di sisi Allah, ialah amal/iman/hati kita jua...
Wallahua'lam....
'One man's justice is another's injustice; one man's beauty is another's ugliness; one man's wisdom is another's folly.' - Ralph Waldo Emerson |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun hairan kenapa manusia berminat dgn benda2 pelik nih ...
sedangkan rahsia solat 5 waktu pun manusia x dapat memahami lagi ...
kenapa subuh tuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat , maghrib tiga rakaat dll ...
yg sedihnya, ummat islam menganggap zmn2 cendikiawan islam di baghdad itu sebagai zmn kegemilangan islam walhal org islam pd zmn tuh lah yg kena takluk dgn penuh kehinaan oleh kaum barbarian dari monggol yg x cendekiawan pun ....
tidakkah org 2 islam menyedari bahawa zmn kegemilangan islam itu ialah zmn generasi pertama yaitu para sahabat RA yg telah berjaya mengalahkan musyrikin makkah yg berkali ganda bilangannya dg nusroh ghoibiyah ( pertolongan yg ghoib ) dari ALLAH SWT ...
malah, empayar rom & parsi pun jatuh di bawah tapak kaki para sahabat RA yg x cukup makan & minum pun serta kurus kering siap ikat batu kat perut lagi tuh ...
serta baytul maqdis jatuh di tangan sahabat yg pakaiannya terdapat 14 tampalan ( sayyidina umar RA ) ....
ummat islam skrg lebih suka membaca kisah2 sufi dan cendikiawan2 islam silam dari baghdad dan terus melupakan kisah2 para sahabat RA penuh kegemilangan yg sepatutnyalah kita ambil iktibar dan kita contohi itu ....
malah menganggap keimanan & keyaqinan kpd ALLAH SWT itu serta berpegang teguh dgn ALQURAN & ASSUNNAH di anggap perkara jumud, taqlid, pasif serta tidak berfikir out of the box ..
ma sya ALLAH !
benarlah kata sayyidina umar RA : " dahulu kita ini hina dan ALLAH SWT memuliakan kita dgn islam ... barangsiapa yg mencari kemuliaan selain islam, nescaya akan di hina oleh ALLAH SWT ... "
walaupun ummat islam ada kecanggihan nuklear & atom sekalipun, nescaya mereka akan kalah & di hinakan oleh org2 kafir jika ummat islam itu mengabaikan hal2 keimanan & keyaqinan kpd ALLAH SWT ...
kejayaan ummat islam itu sebenarnya bergantung sejauh mana keimanan & amalan mereka di sisi ALLAH SWT serta bersatu padu di dlm menegakkan & mendakwahkan agama ALLAH SWT ...
sebab apa ummat islam skrg, walaupun mereka mengkaji ALQURAN, tetapi mereka tidak dapat merungkai segala rahsia kandungannya ?
sebab mereka KEHILANGAN KEBERKATAN WAHYU ...
KEBERKATAN WAHYU ITU HANYA AKAN DI DAPATI APABILA UMMAT INI MELAKUKAN DAKWAH, AMAR BIL MA'RUF NAHI A'NIL MUNGKAR ...
PERKARA INI ADA DI SEBUT DI DLM HADIS ..
BERIMAN & BERAMAL SERTA BERPEGANG TEGUH DGN SYARIAT & SUNNAH ITU BUKANLAH JUMUD, TAQLID @ TIDAK BERFIKIR OUT OF THE BOX .... JGN SALAH FAHAM ...
INILAH SATU2NYA JLN KEJAYAAN UMMAT ISLAM .. CONTOHI GENERASI PERTAMA ...
SERTA RENUNG2KANLAH KALIMAH AZAN " HAYYA A'LAL FALAAAH " ( MARILAH MENUJU KEJAYAAN ) ...
NANTI KITA SAMBUNG BAB PERBEZAAN WAHYU & ILHAM ( WALAUPUN IANYA OUT OF SUBJECT THREAD NIH ... )
SAMA2 NIAT MUZAKAROH ....
WALLAHU A'LAM ...
[ Last edited by sirri_khafi at 10-10-2008 07:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|