|
adwim : aku terasa lain.... hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
1) Antara orang yg betul2 mengorek rahsia pasal tempat ini ialah Merah Silu dan aku aja. Kat blog dan forum lain tu banyak copy & paste drpd apa yg kami tulis.
2) Pengalaman aku dgn tempat ini pun ada misteri sendiri. Aku dan pakcik aku drpd KL (nama dia Nik ***) saja2 nak tengok tempat ni. Setibanya dekat2 Danau Tok Uban, kereta kami dikejar oleh sebuah motosikal yg aku sangka orang gila atau ala samseng Kg Dusun. Rupa2nya lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai A****, katanya dia pernah menemui salah seorang Wali 9 (Songo) dalam mimpi dan separuh sedar di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu, dan sejak semalam gerak hatinya merasakan ada 'orang jauh' akan datang dan beliau diarahnya untuk 'menyambut' tetamu dari jauh itu (aku dan Pak Cik aku). Pakcik aku seorang yg gifted dgn mistik. Built in. Aku bukan orang mistik, aku seorang yg saintifik, 24 jam main Blackberry, balik kerja lepak di The Curve atau Hartamas. Jampi2 ni bukan aku laa.
3) Apa yg diceritakan oleh Pak Cik aku selepas kami tiba di rumah nenek di Kota Bharu:
- Tempat itu sudah wujud kota purba sejak ribuan tahun lalu. Sebelum zaman Nabi Muhammad lagi. Tetapi mereka tinggi ilmu spiritual dan menyembah tuhan yang Esa. Ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman. Jin, sihir, ilmu ghaib, itu semua tamadun diorang.
4) Zaman berganti zaman sehingga zaman Islam datang.
5) Short cut cerita. Inilah perkampungan WALI 9. Mereka mudik kapal mereka melalui Sungai Kelantan dan berlabuh di tepi Bukit Panau. Sila rujuk peta. Bukit Panau sebelah Danau Tok Uban.
6) Di sinilah kota di mana Sayyid Hussien Jamadil Qubra dan adiknya Sheikh Tanauddin bermastautin.
7) Di sinilah di mana Hang Tuah berjalan 7 hari 7 malam daripada Kota Melaka untuk berguru dengan Adi Putera di Bukit Panau.
8) Bumi Kelantan bumi cucu cicit Nabi. Dua2 Sultan Muhammad V dan Tok Guru Nik Aziz adalah keturunan Sayyid Hussien Jamadil Qubra yakni cucu cicit Nabi Muhammad SAW.
semua ni ada jigsaw puzzle. Susah nak cerita. Tapi Kelantan adalah pusat kepada segala-galanya. Panji2 Hitam dari Timur di akhir zaman? Org Kelantan lah kepalanya. Dari sana kerajaan Islam bertapak kembali dan merebak ke negeri2 dan negara lain pada akhir zaman. Kuncinya: Danau Tok Uban. Kalau Zionist tahu, mereka akan tukar Danau Tok Uban jadi kolam kumbahan tahi babi. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka ada topik pasal danau tok uban kat bod nih
tempat ni menyimpan banyak kenangan dan nostalgia silam aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa Nusantara (melayu) yang berasal daripada Asia Tengah telah berkerajaan dan berpusat di kasawan Bukit Panau ini, sebelum tersebar ke Jawa dan seluruh Nusantara. Dulu pulau Nusantara tiada, lepas gempa bumi yg maha dashat, barulah terbentuk Selat Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
typo: dulu Pulau Sumatera tiada, ianya sebahagian daripada Semenanjung. |
|
|
|
|
|
|
|
MOUNT OPHIR tu adakah BUKIT PANAU yg di sebelah Danau Tok Uban? Bukan Gunung Ledang. siapa yg kaya emas? hehehehe..... Pasir Emas, Tanah Merah.... bukan ker clue kepada EMAS? siapa yg pakar pertukangan emas kalau bukan orang Kelantan? Cuba siasat dan korek. |
|
|
|
|
|
|
|
near my house.. hmm nothing much to say.. there is a mosque.. and best part.. tak ada yang mistik atau paranormalnya.. so hopefully there is no exaggerated things. |
|
|
|
|
|
|
|
semua ni ada jigsaw puzzle. Susah nak cerita. Tapi Kelantan adalahpusat kepada segala-galanya. Panji2 Hitam dari Timur di akhir zaman?Org Kelantan lah kepalanya. Dari sana kerajaan Islam bertapak kembalidan merebak ke negeri2 dan negara lain pada akhir zaman. Kuncinya anau Tok Uban. Kalau Zionist tahu, mereka akan tukar Danau Tok Ubanjadi kolam kumbahan tahi babi.
cmf_WonBin Post at 8-10-2010 23:22 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Di dalam hadis yg lain mengata panji2 hitam nih datang dari arah khurasan,
hadis yg lain pula mengatakan, Dajjal akan keluar dari tanah/kawasan yg dikenali khurasan.
hadis yg lain pula mengatakan, panji2 Al mahdi akan dipegang oleh pemuda Tamim yg datang dari timur.
soal nya .. khurasan nih terletak dimana???
Arah timur yg dimaksud pula dimana??? |
|
|
|
|
|
|
|
tiada apa yang misteri pun... cuma sebahagian dari masyarakat kita suka melebih2kannya dan menghebahkan akan kemisteriannya...
yang ber"nasib" baik tu... ermmm diam2 sajalah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 103# cmf_WonBin
hang dah tulis kat sini...satgi zionis baca...
Kalau Zionist tahu, mereka akan tukar Danau Tok Uban jadi kolam kumbahan tahi babi. |
|
|
|
|
|
|
|
habisla ginie..Geng Pathmanabhan tau nanti buat ladang hewan dan sembelih ore... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_WonBin at 27-7-2011 00:54
Sehingga sekarang kami akan singgah di Danau Tok Uban setiap kali balik ke Kota Bharu daripada perantauan. Dan Masjid Sultan Brunei ini adalah tempat kami sembahyang sunat dan 'berkumpul'. Tempat ini mengingatkan kami bahawa takkan nenek moyang kami merantau jauh meninggalkan tanah suci Mekah hingga sampai ke tempat ini (Kelantan),kecuali sudah ditakdirkan bahawa di sinilah Islam akan bangkit kembali. Akan kami pastikan agama Islam akan terus bertakhta di negeri ini, doa kesejahteraan daripada kami kepada saudara kami Sultan Muhammad V dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selau pemegang amanah di negeri Kelantan yang makmur ini. Kami juga adalah pemegang amanah dan tidak akan selesai tanggungjawab kami sehingga Islam bangkit kembali di akhir zaman ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada yang tak reti bahasa atau keras kepala tak mahu tunduk kepada sejarah negeri Kelantan, Ini sekali lagi JAWAPAN KENAPA SULTAN BRUNEI bina masjid di Danau Tok Uban:
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing ke TIMUR.
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersma tujuh saudaranya belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dipanggil 'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk' (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Subhanallah! Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.
Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan menakjubkan. Hal ini menuimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan 'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.
Selepas peristiwa cahaya 'Tudung Saji' itu, YM Syed Hussein JamadilKubra telah meninggalkan enam orang saudaranya di Bukit Panau itu untuk menjaga 'keberkatan negeri Kelantan' yang baru 'disucikan' oleh YM Syed Hussein JamadilKubra supaya menjadi negeri yang berkat, aman dan berdaulat.
Kemudian beliau dan beberapa orang lain telah belayar ke Champa dan kemudiannya berkahwin dengan empat orang puteri Raja Champa yang mana keempat orang puteri raja itu telah melahirkan empat dinasti kesultanan AhlulBait yang utama di Nusantara ini iaitu kesultanan Pattani-Kelantan, kesultanan Mindanao, kesultanan Brunei (Borneo) dan kesultanan Demak (wali songo).
Beliau kemudian wafat di Kalimantan dan dimakamkan di sana.Daripada beliaulah lahirnya titihan keturunan Raja-Raja Melayu di Nusantara ini. Manakala adiknya yang ketiga iaitu Syeikh Thanauddin atau dikenali sebagai 'Sang AdiPutera' merupakan guru kepada Hang Tuah yang tersebut di dalam sejarah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
My Uncle dan Danau Tok Uban
Pak Cik Aku dan Ustaz Wan Khairi Kg Kutan/Pasir Pekan merupakan 2 orang yang paling 'mistik' pernah aku temui. Ustaz Khairry masih muda lingkungan 35-38 tahun tetapi ilmunya seperti orang tua ... Setelah diingati semula susur galur mereka berdua, - sorang ni Nik dan sorang lagi Wan ... kedua-duanya berdarah Saiyid Hussien Jamadil Qubra.
Pernah aku bersilat dengan pak cik aku. Mak oiiii dia bergerak secara zig-zag macam huruf Z. Gila huh aku tak boleh serang sebab gerak aku dah macam terkunci. Aku cuma bertahan dengan gaya Tomoi - angkat keting dan guna dua-dua lengan untuk cover muka. Sedar dah melambung ke belakang. Aku kenal itu adalah Gayong tetapi bukan sepertimana yang aku pernah lihat dalam silibus yang Dato Meor dan Cikgu Majid ajar. Bukan Seni Yoi . Bukan jugak Tomoi walaupun pakai siku dan lutut tapi bertapak seperti Silat.
Bila aku tanya, Uncle ini silat apa? - Ini Gayong.
Tapi kenapa Uncle pakai keting dan banyak main siku macam Tomoi? - Sebab nenek moyang kita Fakeh Ali Malbari berasal daripada keturunan putera Raja Bugis, dia merantau ke Kelantan (adik beradik dia ada yang lain berpecah menuju ke selatan, barat mengikut firasat masing-masing) kawin dengan anak raja Kelantan-Patani keturunan Wali 7 (aku sebut Sayyid Hussien Jamadil Qubra, orang tua-tua Kelantan panggil Wali 7 sahaja), keturunan dia tak pakai title Tengku tapi pakai title Nik dan Wan. Dia jadi Panglima Agong Patani lawan orang Thai (bukan orang Siam). Semasa zaman dia, orang Patani tak pernah tewas kepada orang Thai, namum selepas generasi berikutnya orang Patani tewas juga . Uncle belajar Gayong di Kelantan pada tahun 1970an. Dato Meor hantar Cikgu Majid dan Cikgu Awang ke Kelantan, bukak gelanggang di kuaters Kerajaan di tepi Stadium Muhammad ke 4. Zaman itu takda silibus macam sekarang. Cikgu Awang ajar tumbuk, ajar tapak, ajar cara tangkap. 1 buah Cikgu Awang ajar, Uncle pecahkan jadi 7. Uncle cuma ikut gerak automatik. Ilham datang tanpa pernah uncle fikir. Siku, lutut, gerak badan, gerak tapak semua gerak sendiri seperti kamu automatik tarik tangan kamu jika terpegang cawan panas. Uncle masa muda memang nakal, tak sembahyang pun. Tapi SAKA ni tetap kuat. Benda ghaib datang. Uncle sparring dengan Cikgu Awang. Dia memang pukul betul2. Uncle pun betul juga. Selalu seri. Oleh kerana uncle ni pelik sangat, Cikgu Majid tak bagi Uncle pakai bengkung. Pernah Uncle sparring 1 lawan 2 - Uncle lawan Cikgu Majid dan Cikgu Awang. Mereka 2 orang tak boleh tangkap uncle. Seri. Pelbagai jenis 'orang ghaib' datang menawarkan uncle supaya 'bawak' silat mereka. Uncle cuma pegang 2 sahaja iaitu Ibu Gayong dan Gayong Fisabilillah (Silat Sabil). Silat Sabil ni hanya via 'invitation' secara ghaib oleh wali-wali Allah sahaja. Kamu boleh tiru buah dan gerak uncle tapi kamu takkan dapat 'membawanya' sebab benda ini hanya datang secara 'built in'. Ianya kurniaan. Setiap generasi belum tentu ada 1 orang yang menerima kurniaan ini. Selang 3-4 generasi baru akan ada 1 orang.
Memburu Kebenaran...
Aku telah mendapat phone number orang kanan Cikgu Majid beberapa tahun lepas. Kami berdua bercadang untuk ke Gurun, Kedah. Nak jumpa semula selepas 30 tahun berpisah tapi sampai sekarang tak menjadi kenyataan.
Aku juga suka ke Danau Tok Uban. Kalau ada nampak orang pelik di sana, mungkin slaah seorangnya aku. Jawapan harus dicari.... gerak hati berkata di sana ada warisan yang aku berhak ke atasnya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa Andi' Ali a.k.a. Andiq Ali a.k.a. Nik Ali a.k.a. Faqih Ali Al Malbari Panglima Agung Patani yang dikatakan anak raja berasal daripada Bugis di Sulawesi? Adakah daripada keturunan beliau asalnya SILAT GAYONG?
Salinan asal disiarkan dalam Utusan Malaysia
Faqih Ali Al-Malbari moyang dan ulama raja-raja Melayu
Ikhwah2 sekalian, Ust Wan banyak meninggalkan manfaat pda kita ummat Islam nusantara.
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Faqih Ali Al-Malbari moyang dan ulama raja-raja Melayu
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
TOKOH yang diperkenalkan ini berbeza dengan beberapa tokoh bernama Ali yang pernah dibicarakan sebelum ini, iaitu Syeikh Wan Ali bin Ishaq al-Fathani, Syarif Ali Brunei dan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani.
Faqih Ali al-Malbari yang akan diperkenalkan dalam rencana kali ini juga bernama Andi’ Ali. Terdapat percanggahan pendapat mengenai negeri asalnya kerana ada pendapat mengatakan beliau berasal dari negeri Malabar (India) dan pendapat yang lain pula mengatakan berasal dari negeri Bugis (Sulawesi Selatan, Indonesia).
Dalam zaman yang sama, terdapat seorang lagi tokoh yang bernama Syeikh Faqih Ali yang berasal dari Patani yang dikatakan orang yang sama dengan Faqih Ali al-Malbari atau Andi’ Ali, kerana sama-sama menjalankan aktiviti di Sulawesi Selatan, Johor, Kelantan dan Patani.
Namun demikian, penulis tidak dapat memastikan tentang perkara tersebut, apakah benar orang yang sama atau tokoh yang berlainan. Tetapi dapat dipastikan bahawa tokoh yang akan diperkenalkan ini adalah seorang tokoh besar dunia Melayu yang mempunyai zuriat yang ramai menjadi ulama dan raja dalam beberapa kerajaan di Patani dan Kelantan, bahkan terdapat juga di beberapa tempat-tempat lain dunia Melayu.
Asal Usul
Dalam buku yang bertajuk Ringkasan Cetera Kelantan oleh Datuk Nik Mahmud, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, ada menyatakan seperti berikut, “Syahdan pada suatu masa, bulan sedang mengambang, di tepi langit, tersebutlah anak raja Bugis lari daripada saudaranya. Menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri di rumah Laksamana Kota Tinggi. Dipanggil orang ‘Andi’ Ali’. Tatkala Laksamana memandang kepadanya, berasa kasihan belas, dan dipeliharakannya sebagai anak sendiri. Tidak berapa tahun kemudian daripada itu, dijodohkan dengan anaknya yang bernama ‘Wan Tija’.
Tidak berapa lama lepas itu, Andi’ Ali serta dengan isterinya pun beredar ke Patani. Menumpang di rumah Mekong Damit, Kampung Bira, pada tahun Hijrah 1049 (kira-kira 1640M). Maka kerana lemah lembut tingkah lakunya, dan berpelajaran, orang di Patani memanggilnya Faqih Ali. Di situ ia beristeri Cik Dewi anak Seri Biji Diraja. Faqih Ali beroleh beberapa anak laki-laki dan perempuan dengan kedua-dua isterinya (Wan Tija dan Cik Dewi)…”
Dalam salah satu salasilah yang penulis peroleh dari Terengganu ada tertulis seperti berikut, “Faqih Ali Malbari, asal anak raja Bugis keluar daripada negerinya pergi ke Malabar kerana menuntut ilmu agama dan tinggal di sana dengan menyembunyikan bangsanya. Dan menamakan dirinya Faqih Ali, kemudian masuk ke Johor dan ke Patani. Anak cucunya di Patani, di Kelantan, di Terengganu, dan seluruh negeri Melayu.”
Riwayat yang lain pula berdasarkan beberapa silsilah terutama yang ditulis oleh Haji Nik Ishak, Tingkat, Kelantan, yang menyatakan bahawa Andi’ Ali itu namanya juga ialah Syeikh Ali al-Malbari. Namun begitu, riwayat tokoh ini masih kabur kerana dalam versi yang lain dikatakan beliau berasal dari negeri Bugis dan ada pula yang menyebut dari Malabar. Malahan yang lebih menyukarkan apabila dikatakan salasilah yang ditemui di Patani menyebut bahawa Syeikh Shafiyuddin Datuk Pujuk Pemerintah Patani adalah anak Faqih Ali al-Malbari.
Sekiranya Syeikh Shafiyuddin yang dimaksudkan adalah yang bergelar Tok Raja Faqih, maka cukup jelas bahawa ia tidak tepat. Namun jika yang dimaksudkan adalah orang lain, masih boleh diambil kira sebagai satu catatan salasilah yang betul.
Adapun gelaran Tok Raja Faqih yang dimaksudkan tersebut adalah seorang tokoh Patani yang bernama Faqih Ali, iaitu putera Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Tarikh Patani dalam bahasa Melayu yang berdasarkan karya datuk/neneknya Syeikh Shafiyuddin yang ditulis dalam bahasa Arab. Faqih Ali ini adalah seorang pembesar Patani yang digelar Datuk Maharajalela. Beliaulah yang mencari bantuan kerajaan Bone di Sulawesi apabila terjadinya peperangan antara Patani dengan Siam tahun 1632 M.
Diriwayatkan bahawa beliau wafat di Sulawesi dan juga dikatakan beliau pulang ke Semenanjung dengan menggunakan nama Faqih Ali al-Malbari atau Andi’ Ali itu. Namun, masih sukar untuk dipastikan apakah yang bernama Faqih Ali itu hanya seorang atau dua atau tiga orang yang bernama sama tetapi hidup sezaman. Oleh kerana Faqih Ali al-Malbari tidak diketahui nama orang tuanya, maka masih belum boleh disimpulkan pendapat bahawa tokoh yang dimaksudkan hanya seorang sahaja, iaitulah Faqih Ali, pembesar Patani tersebut. Nama orang tuanya ialah Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin, iaitu Tok Raja Faqih.
Terdapat pendapat yang lain pula, dikatakan bahawa Faqih al-Malbari adalah saudara kandung Ibrahim Datu Kelantan VI (1632-1637 M) yang digelar dengan Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrp yang menjadi raja di Campa tahun 1637 – 1648 M. Namun masih timbul keraguan kerana dikatakan bahawa ayah Faqih Ali dan Ibrahim bernama Mustafa Datu Jambu bergelar Sultan Abdul Hamid Syah atau Ong Tpouo atau Po Rome yang kemudiannya bergelar Raja Sri Sarvasades, iaitu raja Campa tahun 1577 – 1637 M.
Ayahnya pula bernama Abdul Muzaffar Waliullah. Berpunca daripada Abdul Muzaffar inilah menurunkan ulama-ulama dan tokoh-tokoh besar Patani, Kelantan, Terengganu dan lain-lain termasuklah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani dan ramai lagi.
Namun dalam penemuan penulis yang berdasarkan silsilah yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani di Makkah, nenek moyang mereka ialah Syeikh Ibrahim bin Abar al-Hadhrami. Perkara ini pertama kali penulis perkenalkan dalam Konvensyen Sejarah Kedah pada tahun 1996, dengan kertas kerja yang berjudul ‘Hubungan Ulama Patani dan Kedah: Kekeluargaan, Pertalian Ilmu dan Karya.’
Apabila dibandingkan dengan catatan-catatan yang lain, beliau juga bernama Syeikh Ibrahim al-Hadhrami bin Saiyid Jamaluddin al-Kubra. Di Patani, beliau memperolehi lima orang anak yang menjadi tokoh dan ulama. Bermula kelima-lima anak beliau itu lahirnya ulama Patani dan Semenanjung yang sangat ramai.
Beliau pergi pula ke Kemboja dan memperolehi beberapa orang anak, salah seorang daripadanya ialah Raden Rahmatullah atau Raden Rahmat yang kemudiannya lebih masyhur dengan gelaran ‘Sunan Ampel’, iaitu salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan di Jawa.
Adapun Abdul Muzaffar Waliullah pula adalah bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah atau lebih terkenal dengan gelaran Sunan Gunung Jati yang menyebarkan Islam di Jawa Barat. Melalui beliaulah berkembangnya ulama-ulama dan sultan-sultan Banten. Beliau juga adalah termasuk salah seorang dalam Wali Songo atau Wali Sembilan. Saudaranya pula ialah Sultan Babullah (Sultan Ternate). Ayah Abdul Muzaffar Waliullah, juga ayah kepada Sunan Gunung Jati dan Sultan Babullah ialah Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau Wan Abu atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau Maulana Israil iaitulah raja Campa tahun 1471 M. Manakala ayahnya pula ialah Saiyid Ali Nur Alam.
Terdapat Dua Kerajaan Patani
Yang dimaksudkan “terdapat dua kerajaan Patani” ialah sebuah Kerajaan Patani terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu (sudah diketahui ramai) dan sebuah lagi yang terletak di Pulau Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia. Sekiranya benar Sultan Babullah (Sultan Ternate) adalah putera Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin (Cam) yang asal usulnya dari Patani maka tidaklah mustahil bahawa kerabat Diraja Patani di utara Semenanjung Tanah Melayulah yang mengasaskan Kerajaan Patani di Ternate (Halmahera).
Dengan informasi di atas dapat dipastikan bahawa sejak lama ada hubungan antara Patani, Cam/Campa/Kemboja, Jawa, Ternate, dan tempat-tempat lainnya. Sehubungan dengan wujudnya dua Kerajaan Patani (di Segenting Kera dan Ternate) telah disebut mengenainya oleh Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi di dalam Pendidikan Islam di Malaysia (manuskrip) katanya, “…sebuah negeri bernama Patani di Halmahera, dalam daerah Tidore, di Timur Laut Semenanjung Halmahera berbatasan dengan daerah Maba dan Weda…” dan juga telah disebut oleh Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama(Dr.) Haji Awang Muhammad Jamil Al-Sufri di dalam bukunya Tarsilah Brunei tertulis …” Sheikh Amin dan Sheikh Umar menyebarkan agama Islam di Halmahera Belakang, Maba, Patani dan sekitarnya…”. Dengan terdapatnya informasi ini maka masih dapat diambil kira bahawa ada hubungan antara Patani (Segenting Kera) dengan Patani di (Ternate), dan dapat diterima akal bahawa melalui jalur dari Patani ke Cam sehingga melahirkan sekurang-kurangnya tiga orang bersaudara, iaitu: Abdul Muzaffar Waliyullah, Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) dan Sultan Babullah (Sultan Ternate). Ketiga-tiganya adalah cucu Saiyid Ali Nur Alam, yang dibesarkan di Patani dan ramai keturunannya di sana. Baik salasilah Faqih Ali mahu pun salasilah Saiyid Ali nur Alam yang menurunkan tokoh-tokoh yang tersebut bercampur aduk dan membaur, masih sukar mencari titik temu secara pasti. Salasilah pila terdiri berbagai-bagai versi ada yang sama dan ada yang sangat jauh perbezaan antara satu dengan lainnya. Banyak faktor yang menyebabkan demikian di antaranya ialah kadang-kadang seorang tokoh mempunyai dua nama atau tiga nama gelar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 115# cmf_WonBin
macam tu rupanya asal-usul Kelantan. menarik betul ceritanya. rasa nak tau lebih dalam.
pernah ke pasir mas dulu ternampak sign board To' Uban. Masa tu first time dengar nama tempat macam tu...terus rasa macam ada something yg menarik dgn To' Uban. tapi tak pernah tau pasal kewujudan masjid sultan brunei ni.
boleh bagitau tak nak masuk ikut jalan mana nak ke masjid ni? rasa macam nak pegi dalam bulan puasa nanti. tengok masjid tu rasa tenang je, tak macam masjid2 yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Ini aku salin tulisan orang lain tetapi aku boldkan satu ayat yang penting.
BAPA PENGASAS RAJA-RAJA MELAYU - KETUA WALI 7 DARI DELHI INDIA.
500 Hijrah(950M) formula B3 (BERILMU-BERAMAL-BERAKHLAK - dijadikan Motto Sekolah Menengah Teknik Tertua Malaysia - Kuantan) dicipta oleh Imam Al-Ghazali r.a, melalui kitab masyhurnya Minhajul Abidin/Jalan Mukmin atau Jalan Ahli Syurga (seorang ulama masyhur dunia Islamdi Thos Iran) dalam usahanya untuk menggabungkan 2 ulama yang berbalah iaitu ulama tasauf dan ulama fekah. Maka terkaranglah Bidayatul Hidayah dan Minhajul Abidin menghuraikan dengan terperinci teknik-teknik segala ilmu ahli syurga tanpa hisab atau para Wali-Wali Allah itu dengan cukup sempurna.
1250M apabila tentera moggol diketuai Hulagu Khan menyerang dan membakar Baghdad, lebih 300 kitab karangan Imam Al-Ghazali turut lenyap, kecuali hanya 30 karya yang sempat diselamatkan dari khutub khanah Baghdad itu. Empayar Islam Umayyah dan simpanan baitul Mal paling kaya waktu itu, yang dikumpul selama lebih 500 tahun ranap/hangus dari bumi. Islam kembali mundur/menderita/diperhamba.
1260M Bani Hasyim (nenek moyang) diketuai Maulana Syeikh Sayyid Abdul Jalal atau Syeikh Jalaludin Al-Kubra(dicatat dalam sejarah Delhi) yang terselamat dan sempat membawa sebahagian kitab-kitab karya agung itu berpindah ke Delhi dan disambut oleh Sultan Muhamad Tughlug serta dilantik selaku wazir/menteri kesultanan Delhi dan kitab Minhajul Abidin, Al-Hikam, Hadis Sahih Muslim dan sebgainya diterima dijadikan silibus wajib kerajaan Islam Delhi waktu itu. Syed Husin Jamadil Kubra(nenek moyang kesultnan Melayu dan Wali Songo Indonesia) dalam latihan praktikal para ahli hakikat dan makrifat(Wali-Wali Allah – tamat belajar – guna Ilmu untuk kuasai 7 petala langit dan 7 petala bumi dengan kalam Allah atau PatiNya 99 asma Al-Azim) lalu diarahkan oleh ayahandanya mencari lokasi yang dimaksudkan oleh hadis sahih “Bumi Timur Hijjaz” (Hijjaz adalah Tanah Suci Makkah sebelum 1933 – Era Saudi Dapat nama) bertolak ke Asia Tenggara bersama 7 beradik atau disebut Wali 7 dalam sejarah Islam Asia Tenggara, dan mendarat serta membina Masjid Kampung Laut(sekarang di Nilam puri) pada 1350M.
Dalam erti kata lain, dia mencari Bumi Timur Hijjaz yakni SERAMBI MEKKAH- YAKNI NEGERI KELANTAN SEKARANG.
Jika Monggol tidak hancurkan Kota Baghdad, pastinya Sayyid Hussien Jamadil Qubra tidak akan sampai ke Tanah Melayu (Kelantan) ..... dan pastinya tiada Wali Songo .....
|
|
|
|
|
|
|
|
1909 -1946 Selepas Kelantan sahih tamat perang dengan Siam dan Jepun, dengan campurtangan kuasa Kristian British, dijemput bersama ke dalam Persukutuan Tanah Melayu. Tokoh Genius Majapahit II/Kelantan Datuk Perdana, Datuk Perwira, Datuk Syed Kadok, Nik Ahmad Kamil dan ramai lagi pimpinan Bani Hasyim era tersebut adalah yang bertanggungjawab membawa Kelantan ke dalam Malaysia dan mengemudi Tanah Melayu merdeka dari naugan Gereja Vetican dan Empayar Kristian British. UMNO dilancar di Istana Johor setelah disiapkan oleh pakar undang-undang British Majapahit II(Kelantan) – Tan Sri Nik Ahmad Kamil. PATI RAHSIA asma 99 Nama Allah dan Teknik-Teknik khusus penggunaannya untuk mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi, dilancar di Kota Bharu oleh Majlis Gama Islam diketuai Datuk Perdana.
Nota kaki:
1) Tok Kenali dan Dato Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud ada kaitan, di mana Tok Kenali berguru dengan ayah kepada Dato Perdana yang bernama Khadi Nik Ismail. ......
2) Uncle aku yang 'disambut' sebagai 'tetamu khas dari jauh' oleh seseorang yang 'mendapat isyarat' daripada Wali 9 semasa beliau datang ke Danau Tok Uban adalah sedarah dengan Dato Perdana Menteri Nik Mahmud juga ....
3) PATI RAHSIA asma 99 Nama Allah dan Teknik-Teknik khusus penggunaannya untuk mengawal 7 petala langit dan 7 petala bumi adalah ilmu yang diwarisi daripada Wali 7 Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Mungkin ini kah ilmu Hang Tuah yang dipelajari daripada Sheikh Thanauddin (Adi Putera) ? Ini kah ilmu Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong?
4) Wonbin ada mewarisi senaskah buku Pati Rahsia tulisan Jawi zaman 1960an pemberian Dato Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud kepada anak cucu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|