td ada scha, lyana ngan yana kat hot fm kan. tp aku smpt tgk dorg 30 minit terakhir je kat 8tv. nasib bek tertukar cenel 8tv td sbb aku ni jenis tak dgr radio kalu awal2 pagi ni.
haha.
mayb aku tgk histeria ujung minggu ni. korg dah tgk ke?
haha.
aku tunggu review korang lah ... best ke cerita ni ... tapi banyak good review dari yang dah tengok preview hari tu ... seram nak tengok tapi sal scha ada nak berani kan diri gak tengok ....
Untuk Awan Dania, Astro akan memaparkan 3 episode yang istimewa untuk semua peminat drama ini.
3 episod ini adalah 'Making Of' yang akan menemurah artis-artis yang terlibat dan juga memberi peluang kepada peminat drama ini untuk melihat bagaimana drama ini dijayakan. Ia akan disiarkan selepas tamatnya episod 13 untuk 3 minggu berturut-turut. Setiap episode akan memaparkan artis yang berlainan.
Dengan ini, Astro ingin menjemput semua untuk menampilkan soalan-soalan yang kawan-kawan semua nak tanya kepada artis-artis drama ini. Artis yang akan dipaparkan adalah Scha Al-Yahya, Irma Hasmie, Ummi Nazeera, Vanidah Imran, Farah Alya, Remy Ishak, Zizan Nin dan Hans Isaac. Turut bersama artis-artis ini adalah pengarah drama ini iaitu Azizi 'Chunk' Adnan dan Yusmal Ghazali.
Soalan yang terpilih akan dibaca di udara dan dijawab oleh artis kesayangan semua. Berikut adalah syarat-syaratnya :
1. Sila sertakan soalan-soalan anda yang berdasarkan drama siri ini. Contoh: jalan cerita, cara berlakon, cabaran penggambaran, suka-duka di lokasi, apakah cerita seterusnya?, watak yang dimainkan dan sebagainya.
2. Jangan sertakan soalan yang berbentuk peribadi, gosip ataupun yang bukan-bukan. Soalan-soalan berbentuk demikian tidak akan dilayan. Contoh soalan demikian adalah : Scha suka makan apa?, Boleh kita gi dating?, Boleh dapatkan nombor talipon?, Bila nak kahwin? dan sebagainya.
3. Anda boleh menujukan soalan itu kepada artis itu sendiri ataupun watak yang dimainkan.
Sila emailkan soalan-soalan semua ke : [email protected] sebelum 23hb Disember 2008.
Sila nyatakan siapa yang anda mahu tujukan soalan itu di dalam email anda. Contoh, Irma : Bagaimana Irma mendapatkan ilham untuk memainkan watak **** ini? Tanyalah soalan kepada sesiapa saje...jangan Scha seorang saje! Kesian yang lain.
Pihak Astro berharap semua peminat drama ini (dan artis artisnya!) dapat menjayakan 3 episod yang istimewa ini and kita sama-sama enjoy. Share lah peluang ni dengan kekawan yang takde di forum ni.
Selamat bertanya soalan dan moga-moga berjaya dibacakan di udara.
Cheers,
Chee Yeong
Penerbit Eksekutif (Drama)
Astro Entertainment Sdn. Bhd.
umah lama sentiasa jengguk tiap hari ... jengguk dari luar je ... tetamu ramai yang dah masuk .. tak lah sunyi sangat umah tu ... aku masuk nak tinggalkan belanja makan minum je....
Gadis ini memang cantik, peramah dan paling saya gemar mengenainya adalah sikap telus dan tidak hipokrit. Dalam kebanyakan hal peribadi yang saya ajukan kepadanya, terutama tentang hubungan baik dengan pelakon Fahrin Ahmad, pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau Scha ini tidak menipu.
Tanpa memberi jawapan klise yang menjengkelkan, selamba dan penuh jujur dia menjawab, Fahrin adalah lelaki yang paling dekat dengan dirinya. Bukan dengan status teman tapi mesra, tapi ya kata Scha, Fahrin ada dalam hatinya.
"Tapi bukan bercinta ya. Cuma memang dia lelaki yang paling hampir dengan saya sekarang. Perancangan masa depan tu jauh lagi," luah Scha.
Kemudian saya beritahu Fahrin pernah menyenaraikan azam 2009nya adalah untuk berkeluarga. Jika dia melamar Scha berkahwin, bagaimana, gadis berusia 25 tahun ini senyum.
Dia kemudian menjawab: "Saya menjawab secara rambang. Jika bukan Fahrin, katalah lelaki-lelaki lain barangkali yang ajak saya kahwin tahun depan, saya boleh kata saya belum sedia sekarang.
SCHA mengakui bahawa dia sebenarnya tidak berhasrat untuk terjun ke bidang glamor.
"Tapi jika tiba masanya tahun depan, saya mungkin boleh menyediakan diri untuk menjadi seorang isteri."
Usai dia menjawab soalan secara rambang itu, saya desak agar jawapannya menjadi lebih spesifik. Dan hanya merujuk kepada Fahrin. Anak kedua daripada empat beradik ini diam. Seminit kemudian dia memulangkan jawapan kepada saya.
"Tengok timing dan duit dulu," ringkas namun cukup memberi tanda positif bahawa tiada masalah jika Fahrin mampu mengimbangi masa dan ekonominya.