CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

AFF Suzuki Cup 2008

[Copy link]
Post time 9-12-2008 11:12 AM | Show all posts

Balas #100 sha02\ catat

:@ :@ :@ :@ :@
dorang nieyh homesick kowt.
adoi,...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 11:27 AM | Show all posts
keratan berita harian.

'Helmi macam budak sekolah'



Dia penjaga gol terbaik negara, tapi hari ini dia mengecewakan: Sathia

TIGA kesilapan 'budak sekolah' penjaga gol, Helmi Eliza Elias menyaksikan Malaysia dirundung malang apabila kecundang 2-3 kepada Vietnam di Stadium Surakul, sekali gus menyempitkan laluan ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF, malam tadi.

"Ia memang kesilapan penjaga gol. Dia (Helmi) adalah penjaga gol terbaik negara ketika ini, tetapi hari ini, dia jelas mengecewakan.

[ Last edited by  aleep90 at 9-12-2008 11:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 11:55 AM | Show all posts

Balas #102 aleep90\ catat

bukan dia bawu kawin ker aritu..ingat bini kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 12:05 PM | Show all posts

Balas #103 sha02\ catat

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 12:15 PM | Show all posts
ada hikmhanya kalah..mau bungkus terus cpt sket sathia berambus
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 12:22 PM | Show all posts

Balas #105 Nikotina\ catat

sian lak ak tngok sathia tuh..
bru je dpt naek kn ranking malaysia.
pastu,nak kna buang lak.
pasni spe la tok dalang nak jage rimau2 nieyh
bg ak sathia da wat yang terbaik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2008 12:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 01:09 PM | Show all posts
Silap penjaga gol bawa padah



PHUKET - Kesilapan penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias menyaksikan Malaysia berdepan dengan prospek pulang awal daripada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF apabila tewas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Surakul di sini, semalam.

Pada perlawanan itu, Malaysia bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 tetapi kesilapan Mohd. Helmi keluar dari garisan empat minit sebelum wisel penamat membawa padah kepada skuad negara.

Pemain gantian, Nguyen Vu Phong menghukum kealpaan Mohd Helmi dengan melakukan lambungan ke gawang kosong untuk gol kemenangan Vietnam minit ke-86.

Berbekal dengan hanya tiga mata selepas mengatasi Laos 3-0, Malaysia kini menghadapi laluan sukar ke separuh akhir apabila terpaksa mengutip mata penuh ke atas tuan rumah Thailand, esok.

Indra Putra Mahayuddin menjaring kedua-dua gol pasukan negara pada minit ke-19 dan 83 tetapi usahanya itu tidak membawa makna apabila Vietnam mengutip mata kemenangan, sekali gus menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Vietnam, yang sebelum ini tewas kepada Thailand 0-2, dijangka tidak akan menghadapi masalah mengutip mata penuh ke atas Laos pada perlawanan akhir kumpulan.

Malaysia mempunyai peluang untuk membuka jaringan tetapi Mohd. Safee Mohd Sali terlambat sedikit untuk menyambung hantaran Mohd. Zaquan Adha.

Semasa serangan balas, Vietnam berjaya mengambil kesempatan untuk membuka jaringan pada minit ke-15 apabila Mohd. Helmi bertindak lambat untuk menyelamatkan tendangan Pham Thanh Luong.

Empat minit kemudian, Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Indra Putra yang menyambar bola muntah tampanan penjaga gol Vietnam, Duong Hong Son, hasil rembatan Mohd. Safee.

Jaringan itu mendapat bantahan keras pemain dan jurulatih Vietnam, Henrique Da Silva Calisto, yang mendakwa Indra Putra berada dalam keadaan ofsaid tetapi pengadil P. Pandian tetap dengan keputusan membenarkan gol penyamaan itu.

Pengadil juga mengarahkan Calisto untuk duduk di bangku penonton berikutan bantahan keterlaluan jurulatih itu.

Namun, itu tidak menghalang Vietnam kembali mendahului menerusi pemain gantian, Nguyen Vu Phong pada minit ke-71 dan 86.

Calisto yang duduk di galeri awam, hampir mencetuskan kekecohan apabila beliau melompat ke kawasan yang diduduki media Malaysia dan menjerit selepas Vietnam menjaringkan gol kemenangan.

Jurulatih negara B. Sathianathan menyalahkan Mohd. Helmi atas kekalahan itu dan memuji pemain lain kerana menunjukkan komitmen dan sikap tidak menyerah kalah.

Sementara itu, pertemuan terakhir skuad negara dengan Thailand akan diadakan di sini seperti jadual asal selepas Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) menerima bantahan Malaysia.


- Bernama / Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 01:13 PM | Show all posts
pas ni klu gan thai klah gak..aku x tau nak cakap pe dah

aku harap fam wat lah perubahn paling drastik...

helmi x dapat makn lemang kot time2 raye kne plak main bola.....

aku rase sungguh bengang sekali di petang raye....

gol yang ke 3 tuh mmg aku x sangke yang helmi bleh ade kat jauh dari pintu gol tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 01:13 PM | Show all posts
Mesti perkasa



Daripada Sufian Thauri Muhammed di Phuket,Thailand



PEMAIN bola sepak dari Asia Tenggara berkeupayaan bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) andai memiliki kudrat fizikal yang kuat.

Itu pandangan Peter Reid selepas melihat keupayaan pemain Asean dari dekat menerusi tugasnya sebagai jurulatih Thailand.

揔emahiran pemain Asean bagus, bentuk fizikal juga sesuai, tapi alangkah bagus jika mereka memiliki kudrat lebih kuat untuk bersaing dalam bola sepak Inggeris yang lasak?

揝aya percaya jika pemain Manchester United, Park Ji Sung, boleh melakukannya, mengapa pemain Asean tidak boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 01:15 PM | Show all posts
Helmi kuak pintu pulang



Daripada Sufian Thauri Muhammed di Phuket

[email protected]



SILAP penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias. Itu rumusan jurulatih kebangsaan, B Sathianathan mengenai kekalahan 2-3 anak buahnya di tangan Vietnam pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Surakul, semalam.

Helmi menjadi dalang kepada kekalahan negara apabila Sathianathan menyifatkan ketiga-tiga gol Vietnam hasil kesilapan penjaga gol Kedah itu.

揔ami bermain lebih baik berbanding Vietnam. Kekalahan ini berpunca daripada kesilapan penjaga gol (Helmi) yang menyebabkan Vietnam memperoleh tiga gol.

揇ia penjaga gol terbaik negara tapi prestasinya tidak menjadi hari ini. Kami mempunyai banyak peluang di separuh masa kedua dan pemain lain bermain dengan baik, tapi masalahnya penjaga gol kami membuat kesilapan,
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:15 PM | Show all posts
aku rasa klu sathia kna sack sbb prestasi ni...mmg beban tu kat helmi la.

Td berita pun ade ckp, 10 org dh bermati2an..tetiba yg sekoq ni pulak buat slack.

Rasa mcm ade setuju jgk dgn aleep tu.Sathia tak boleh disalahkn totaly.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by aleep90 at 9-12-2008 11:27 AM
keratan berita harian.

'Helmi macam budak sekolah'

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Sukan/20081209003026/mainpix

Dia penjaga gol terbaik negara, tapi hari ini dia mengecewakan: Sathia
...


.. pedas btol tagline die.. tp mmg btoi pn.. men cam haram ja..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #112 edmundo's post

apsal xde org slhkan mamat yg x reti nk clear bola utk gol no.2 tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:29 PM | Show all posts

Reply #114 maxomeara's post

sebab kebodohan keeper malaysia mengatasi segala galanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:45 PM | Show all posts
penjaga gol tu leh tahan ensem tp hampeh....

tp kejam sgtt bila dlm Harian Metro kata dia Penjaga Gol paling BODOH kat malaysiaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 02:46 PM | Show all posts
come on laa..even VDS, cech pun penah jadi bodo di padang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by edmundo at 9-12-2008 02:15 PM
aku rasa klu sathia kna sack sbb prestasi ni...mmg beban tu kat helmi la.

Td berita pun ade ckp, 10 org dh bermati2an..tetiba yg sekoq ni pulak buat slack.

Rasa mcm ade setuju jgk dgn aleep ...


mmg bukan totally salah dia.. tapi after 2 years dia in charge, dapat apa? cuma menang pestabola merdeka, tournament grade C, ajer...
aku mmg tak berapa gemar dengan dia since 1st day dia jadi national coach
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 03:33 PM | Show all posts

Balas #112 edmundo\ catat

thnkz edmundo..
kalau nak tngok la kan..
prestasi meningkat,tp x kosisten.
time lawan friendly aritu,nampak semangat je.
men pown clean.tpi maybe malaysia tak ready lagi kowt.
perfomance certain match je bley dianggap ok n memuaskan.
itu pendapat aku je la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 03:43 PM | Show all posts
petikan dlm comment video dlm utube.

spy13arena (45 minutes ago)
ade kajian mengatakan bahawa Penjaga gol Malaysia ( Helmi ) di ikat oleh hantu Vietnam. Saya selalu ikut perkembangan Helmi semasa dia (helmi) masih kecil lagi. Cuba korang pikir secara logik?.



adoiyai..

[ Last edited by  aleep90 at 9-12-2008 03:44 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.224942 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list