CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leenn

KOLEKSI PETUA KECANTIKAN & KESIHATAN....hujung rambut ke hujung kaki..

[Copy link]
Post time 15-5-2009 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by leenn at 3-2-2009 20:12


dami.....cebok tu hat kat bawah tu ke.........
yg tu pun ada kakleen dengar dan baca dari sebuah majalah.....malah katanya dengan air sireh tu
untuk awet muda walaupun untuk cuci bahagi ...



Sireh memang bagus utk cuci....."tut". Terutama kalau ada sesiapa yg. gatal2 tu dibhg "tut"  bolehle...ambik seikat daun sireh, kemudian rebuskan dgn. air biasa. Minum air tu...setiap kali lepas kencing dan cuci dgn. air tersebut.  Dlm seminggu insyaallah sembuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2009 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by finest_solution at 15-5-2009 20:12
lada hitam tu blend ker biar jer terapung dlm air???


lily biar je die trapung kat atas air tue.. pas minum je mesti bepeluh nye.. mmg nmpkla kesannye kat perut..

lagi 1 majalah yg lily refer ni majalah in trend, bukan majalah eh.. hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 08:29 PM | Show all posts

Balas #100 suka-suka\ catat

Suka2,leh tak explain camne awak pakai mask carrot ni?
cara pakai,berapa kali seminggu.etc
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 08:05 AM | Show all posts

Balas #102 lily_bobo\ catat

bole try nieee... terapung tu maksudnya telan dia bulat2 la ek?? mcm makjun yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 04:47 PM | Show all posts

PETUA MENGHILANGKAN KEDUTAN

Kedutan berlaku apabila kulit menipis dan hilang keanjalannya. Kulit yang hilang keanjalannya akan membentuk kedutan walaupun ekspresi wajah adalah normal.

Kedutan adalah sebahagian daripada proses penuaan; proses ini tidak dapat dielakkan semasa kita semakin ditelan usia. Tanda-tanda kedutan awal terbentuk pada tisu-tisu di bahagian mata. Ia diikuti di bahagian pipi dan bibir.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan kedutan ialah diet dan nutrisi, bentuk otot, ekspresi muka, stress, penjagaan kulit, pendedahan kepada pencemaran alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok.

Faktor terpenting dalam pembentukan kedutan muka ialah pendedahan kepada sinar matahari; pendedahan kepada sinar matahari bukan sahaja mengeringkan kulit malah ia menyebabkan pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Sinar matahari adalah musuh utama kulit. Pendedahan kepada sinar matahari berlebihan menyumbang 90 peratus kepada proses penuaan; malah 70 peratus kerosakan kulit adalah kerana pendedahan kepada sinar matahari atau ultra violet (UV) semasa melakukan aktiviti seharian seperti memandu, berjalan menuju atau dari kereta. Sinar ini menghilangkan keanjalan kulit dan menyebabkan kedutan berlaku.

PEMAKANAN TAMBAHAN YANG BOLEH DICADANGKAN

SUPLEMEN
MAKLUMAT
DOS YANG DICADANGKAN
Minyak EPO(Evening Prime Rose)
Bagus dalam merawat masalah berkaitan kulit, jerawat. Ia mengandungi asid linoleic yang diperlukan oleh kulit.
1000 mg
3 kali sehari
Vitamin A
Diperlukan untuk merawat dan membina sel-sel baru kulit.25,000 IU sehari selama 3 bulan. Kemudian kurangkan dos kepada 15,000 IU sehari. Jika anda mengandung jangan ambil melebihi 10,000 IU sehari.
B Complex
Vitamin anti stres dan anti penuaan
1,000-2,000 mcg sehari
Selenium
Anti oksidan yang bekerja sama secara sinergi dengan Vitamin E.200 mcg sehari. Jika anda mengandung jangan ambil melebihi 40 mcg sehari.
Vitamin C dengan bioflavanoid
Penting dalam pembentukan kollagen, sejenis protein yang memberikan keanjalan kepada kulit. Ia juga melawan radikal bebas dan menguatkan kapilari darah yang bekerja di bahagian kulit.
3,000 – 5,000 mg sehari dalam beberapa dos.
Vitamin E
Melindungi sel-sel dari radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan menyebabkan proses penuaan.400 IU sehari. Perlahan-lahan tambah ke 800 IU sehari.
Zink &
kuprum
Untuk merawat dan menguatkan sel-sel. Kuprum diperlukan untuk pembentukan kolagen dan kulit yang sihat. Juga diperlukan untuk menyeimbangi zink.50 mg sehari (zink). Jangan melebihi 100 mg sehari. 3 mg sehari (kuprum).
Kalsium &
magnesium
Kekurangan mineral ini menyebabkan kerosakan (kerapuhan) kulit. Magnesium diperlukan untuk menyeimbangi
kalsium.
1,500 mg sehari (magnesium). 750 mg sehari (magnesium).


Pertanyaan lanjut berkaitan diatas sila hubungi penulis di (019)261 4742 (Zamzuri) atau email penulis di [email protected]
Artikel berkaitan kesihatan layari http://aqifstrategi.com

[ Last edited by  zamzuri at 18-5-2009 08:13 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 05:23 PM | Show all posts
sape ade petua untuk putihkan ketiak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2009 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by finest_solution at 17-5-2009 08:05
bole try nieee... terapung tu maksudnya telan dia bulat2 la ek?? mcm makjun yerrr


lily x telan lada itam tue.. lily biar semua sebati dlm air.. lily letak air panas, so lily tunggu air tu suam, pastu minum airnye saje.. kalu nk senang tapisla dulu... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by Crayola at 16-5-2009 20:29
Suka2,leh tak explain camne awak pakai mask carrot ni?
cara pakai,berapa kali seminggu.etc
thanks


Mula2 Suka2 guna tepung ubi kayu + garam + telur putih (Mask Telur). Gaulkan rata2 lepas tu....tempek kat muka.  Lepas tempek kat muka ambik tisu......letak kat muka. (1 helai aje...yg. nipis. Selalunya tisu kotak tu...1 set ada 2 helai...guna 1 aje.....) . Relax tunggu sampai mask telur tu...betul2 kering. Dulu Suka2 pakai waktu mlm. Esk pagi terus buka aje. Bila dah betul2  kering tarik tisu tu....masa proses ni..le segala jerawat yg. bermata,white,black....& macam head akan terkeluar.Kalau mask Telur ni..tak kering bila tarik tak rasa apa......Kalau kering tu....bila tarik, baru best ...terkeluar .....segala jerawat & black head tu...... Basuh muka dgn. air biasa dan lap hingga kering lepas tu...tempek dgn. carrot yg. di sagat  dan relax. (Carrot ni...bila waktu malam sagat siap2 kemudian masukkan dlm freez.Kalau yg. ada jus extr. tu...lagi bagus...Lepas buat jus carrot tu...ambik hampasnya simpan dlm freez) Tunggu dlm 30 min...boleh cuci muka. Kalau rajin amalkan 3 x seminggu. Kalau malas seminggu sekali.  Kalau byk jerawat elok 3 minggu sekali............Cubale...hasilnya muka susah utk didekati jerawat..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 04:07 PM | Show all posts

Balas #95 lily_bobo\ catat

saya beli jgk..igt nk try..tp malas n takut..hehe

klu betol berkesan,saya nk buat laa this week
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 12:45 PM | Show all posts
Cara Alami Dan Murah Untuk Raut Wajah Berseri

Salam untuk semua. Dah lama Ani tak join forum ni. Dah dalam 2 tahun. Cari punya cari belum ada yg bukak topik macam mana nak jaga muka kita dgn bahan alami. Ni Ani nak kongsi petua. Petua ke???!!  Mesti ada yg dah penah dgr ataupun penah try cara2 berikut. Ani dah try so far alhamdullilah muka dah tak berjerawat dan dah mula berseri. Muka Ani dulu jenis yg combination skin dan ada masalah berjerawat. Lagik2 time dtg bulan. Cam cendawan tumbuh. Dah macam2 produk Ani try. Yg murah yg mahal semua dah try. Yg branded yg brengsek semua la pendek kata. So skarg ni Ani nak share ler petua camne nak jaga muka kita supaya tak berjerawat dan bertambah berseri. Tak yah nak tampal mekap tebal2 atau pun yg mahal2.

Ok. Selalunya mesti org start dgn cleanser dulu kan. Cara Ani lak cuci muka dgn madu. Madu je. Tak yah yg mahal pun takper. Kalau nak yg mahal lagik bagus la. Tapi Ani pakai madu biasa je. Bagi yg takut melekit ke atau berkecah ke nanti, try time nak mandi. Amik madu skit, pastu lumurkan kat muka, leher dan atas dada skit. Oh ya mesti dah basahkan muka kita la. Jadi lumurkan madu biar bercampur ngan air kat muka kita 2. Yg rajin leh la gosok2 ke. Ani ni malas skit jadi Ani cuma lumurkan pastu biarkan selama 5-15 mins ikut time masing2. Then cuci la muka kita atau mandi terus.

Ok itu part cleanser kan. Lepas tu cara toner lak. Ingat lagik tak dgn Apple Cider Vinegar yg bau busuk 2? Amik 1 sudu teh letak dlm bekas. Campur ngan air 1 sudu teh jugak. Pas2 amik cotton ball ke atau pun yg pad. Pakai cam makeup remover. Jadi la toner kita. Warning!!!! Muka akan rasa perit skit atau jadi merah. Blood circulation ngah berjalan dgn lancar sekali!!! Bagi yg muka sensitive, leh ler tambah air lebih skit jgn ikut cam Ani nyer 1-1. Try la 1 ACV 2 air ker atau lebih. Dah sapukan kat muka jgn dibilas. Biar kering. Ingat jgn dibilas. Kalau dibilas tak glow ler muka kita nanti. Er dan jgn terperanjat la kalau muka kita merah sekejap jer tu. Dah kering semua leh la kita letak plak moisturizer.

Moisturizer lak Ani cuma pakai Virgin Coconut Oil. Colet skit jer kat tapak tgn. Pastu lumur kat muka atau rata kan kat muka. Jgn banyak2. Skit jer dah memadai. Selalunya rutin ni Ani buat time b4 nak tido jer. Pasal time ni la paling senang. Kalau nak pakai time siang macam2 leh berlaku. Baunya nanti mendatangkan keheranan org2 sekeliling lak. Lagi satu VCO leh buat kulit kita terbakar kalau berdiri bawah matahari. Jadi praktikkan time malam jer.

So bila dah pagi bgn dan cuci muka ngan madu lagik. Yg takder time bilas ngan air jer dah ok pun. Pas2 sapa yg nak pakai mekap pakai ler cam biasa. Ani selalu dah bilas n mandi dah ok dah. Tak macam dulu2 nak kena mekap segala. Cuba la praktikkan. Insyaallah kulit muka kita mesti licin, lembut dan berseri. Nanti Ani kasi petua untuk lebih melicinkan muka dgn exfoliator muka yg alami lagik murah. Mesti tak caya nyer. Kalau ada apa2 komen sila la. Kalau Ani leh jawab Ani jawab la. Semoga petua ni dapat menolong kaum ku semua yg ader masalah kulit muka cam Ani. Insyaallah mujarab.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:24 PM | Show all posts

Balas #22 leenn\ catat

leenn, klu blom kwen xpe le kot buh marjerin ni....klu dh ada sleeping partner kat sebelah tetiba kang tgh2 mlm dia nak kiss rase masin igt ayor lior basi pulak....tak pasal2 terbantut segala yg dah ternaik...wakakakaka! so sy mmg apply madu je time rajin mlm2....bila babang rase dia kata emmm....manisnye....hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:24 PM | Show all posts

Balas #110 anikarma\ catat

x penah guna madu sbg cleanser lg.....sbbmcm melekit...buh kat rambut ada le....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:34 PM | Show all posts
Dulu Ani pun tak brani try sebab takut melekit. 2 pasal guna time nak mandi jadi tak ler berkecah. Dalam bilik air so kira ok la. Dah try cam teruja lak pasal kulit muka licin n gebuz jer.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:39 PM | Show all posts
slm...berapa lama ye nampak kesan cuci muka dgn madu tu...'she' ni dkt2 nk period keluarlh jerawat2 tu.. parut leh hilang tak...kat badan if pakai madu ni jadi camne ye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:51 PM | Show all posts

Balas #114 she77\ catat

selalunye guna bahan2 asli ni lambat kesannye....tuk parut boleh guna madu + serbuk kayu manis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 05:03 PM | Show all posts
(Originally posted by damiqula at 3-2-2009 11:26 AM
petua yg haku rajin amalkan,cebok ngan daun sirih ngan manjakani je
yang lain tarak
tp yg pastinye,sejak amalkan,mslh jawat ku dah berkurang,alhamdulillah)

sorry..cebok camne tu utk kurangkan masalh jerawat...x faham..tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 05:28 PM | Show all posts

Reply #114 she77's post

Insyaallah leh ilang parut ngan jerawat. Tul tu pakai bahan asli memang ler lambat tak ler pakai besok terus dah nampak perubahan. @ least seminggu. Madu 2 untuk lembutkan kulit dan seratakannya. Juga untuk kurangkan bakteria kat muka kita.

Tang parut 2 kena guna toner ACV tu. Leh ilangkan parut, sun spot (melayu cakap apa eh) dan blackhead. Tapi mesti guna moisturizer pas2 k. Takut ader kulit kering lak kalau terlebih gosok atau cuci.

Kalau nak kasi ilang parut ngan cepat. Jeng jeng jeng. Guna exfoliator semula jadi. Amik baking soda skit. Dalam 3 sudu teh. Campur ngan air 1 sudu teh. Buat dia jadi paste gitu. Letak kat muka cam mask. Biar kan 5 min. Kalau kulit tebal leh ler letak lama skit. Tapi jgn over 15 min. Pasal benda ni strong gak. Yg brani kalau dah kering leh la gosok2 cam scrub kalau Ani cuma bilas ngan air jer. Cara ni cukup memuaskan kalau nak ilang kan parut dan tanda2 kat muka.

Kalau nak pakai kat badan pun leh. Madu cleanser 2, VCO dan baking soda scrub. Cuma baking soda 2 tak leh buat hari2. Jgn pasal nak ilangkan parut cepat kita buat hari2. Buat paling banyak 2-3 kali seminggu. Ani cuma buat hari minggu jer. Tu pun dah cukup. Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 07:20 PM | Show all posts

Balas #108 suka-suka\ catat

tq
nanti kalau kita dah pakai,kita akan bagi feedback ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 07:22 PM | Show all posts
Moisturizer lak Ani cuma pakai Virgin Coconut Oil. Colet skit jer kat tapak tgn. Pastu lumur kat muka atau rata kan kat muka. Jgn banyak2. Skit jer dah memadai. Selalunya rutin ni Ani buat time b4 nak tido jer. Pasal time ni la paling senang. Kalau nak pakai time siang macam2 leh berlaku. Baunya nanti mendatangkan keheranan org2 sekeliling lak. Lagi satu VCO leh buat kulit kita terbakar kalau berdiri bawah matahari. Jadi praktikkan time malam jer.

terima kasih sebab luangkan masa post petua yg panjang2 ni
nak pakai berapa minit VCO pastu bilas?
saya xdak VCO,pakai minyak zaitun leh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 07:42 PM | Show all posts

Reply #119 Crayola's post

VCO leh pakai sampai pagi. Tak yah bilas lepas pakai. Bangun pagi baru bilas. Moisturizer semula jadi yg bagus dipakai, minyak kelapa dara, minyak zaitun atau pun shea butter. Minyak kelapa dara bau kelapa, minyak zaitun bau buah zaitun (yg extra virgin tau) dan shea butter bau kacang. Pilih yg sesuai k. Tak tau kalau kat sana ader jual unrefined shea butter. Benda ni cukup bagus pasal senang serap dan tak ler berminyak nah cam VCO / EVOO. Sebab 2 Ani kata colet skit jer dah leh pakai satu badan buat moisterizer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.069439 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list