Post Last Edit by ana_una at 12-11-2009 15:18
Selamat berkenalan kepada semua warga bod perak....
savvy_optra Post at 10-11-2009 09:02
Adalah saya dengan hormatnya memohon perhatian puan kepada tajuk di atas.
Dimaklumkan bahawa sekiranya soalan tersebut merujuk kepada individu2 yang dinyatakan dibawah, jawapannya adalah seperti berikut:
a)Mak : Kaki sakit ..(..sian mak... )
b)Abah : Batuk - almaklumlah cuaca bolak-balik
c)Anak : Dua2 sihat.. terutamanya Una.. tambah kembang..
d)Kakak : Dua2 sihat..
e)Abang : Dua2 tatau perkhabarannya sebab lama dah tak contact
f)Cina sebelah kiri umah: Popo dah lama sakit.. so dia dok umah anaknya di Ipoh
g)Cina sebelah kanan umah: Pagi tadi tgk sihatla.. skang tatau la plak..
h)Aci dok blakang umah: Subuh kol 5pg tadi dgr dia batuk berkahak.. rasanya tak sihat la tu..
i)Makcik yg dok selang 2 umah : Ntahla sebab tak sempat jumpa dia dah minggu ni.. Balik kang akak tanya ye..
j)Pakcik Hamdan yg berniaga ikan dipasar : Dah nak pegi haji hari Sabtu ni... harap2 dia sihat...:pompom:
Sehubungan dengan itu, sekiranya tajuk di atas merujuk kepada penulis surat ini, saya ingin menyatakan bahawa saya dalam keadaan sihat walafiat dan selamat berkenalan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
ana_una
-----------------------Surat ini adalah cetakan komputer jadi tayah gatei2 nak tandatangan-------------------
p/s..kepada mod bolehkah saya buat thread macam ni?(saya budak baru belajar)
hmmm... anak sape la yg baru nak blajar ni... rajin bebenor...
|