CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dn_vision

Misteri Terowong Masa

[Copy link]
Post time 30-11-2010 02:55 PM | Show all posts
best laa baca thread ni..tiada siapa ka yang mau up kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2012 10:32 AM | Show all posts
Sapa pernah baca petikan ni..saya dapat dr Makmal Senjata Massa Nabi Sulaiman...
Ada yg tau thread asal tak...

"ada satu thread yg aku baca dalam cari com my dlm board Misteri.. ada budak tu citer .. yg pakcik dia n the geng g mancing satu kawasan di johor .. tempat tu org asli je tau nak pegi situ .. org asli tu yg tunjuk jalan menaiki bot .. org asli tu pesan ikan mmg banyak kat situ .. tapi syarat dah dapat ikan yg diorg nak .. balik la .. jgn tunggu2 lagi ..
kawasan tu di bawah bukit .. dan bukit tu mcm ada pintu gua atau terowong yang di jaga askar2 .. sampai di kawasan tu .. makin lama makin gelap sebab akar2 kayu dan pokok yg menutup sungai tu.. sampai satu kawasan yg betul2 gelap .. jam 2 ptg .. seperti tgh malam ..
berlampu kan torch light diorg suluh di sungai .. mmg nampak ikan2 berkeliaran .. start mancing .. sejam je dah penuh bot dgn ikan .. so dorg pun kemas2 .. tapi diorang tukar plan .. nak menyusuri sungai lagi ke bawah .. makin lama makin dalam .. dan sampai sana(mcm kuala) diorang nampak kapal2 zaman dulu kala yg besar.. dan kawasan tu mcm dunia lain .. pelik sket .. terus diorang patah balik ke hulu sungai .. ada la diorang nampak mcm2 tapi penulis tu tak citer detail sbb dia kata mcm melibatkan rahsia kerajaan .. tah la aku tatau .."

Anybody can help....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 10:13 PM | Show all posts
Pernah mengalaminya....
Pergi kerja jalan kaki kul 7.50 sebab umah dekat. Tapi sampai2 jam punchcard masih lg kul 7.50. Misteri betul.
Rupanya jam punchcard lambat 6 minit. Hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 09:36 AM | Show all posts
tpi klaw betul mcm mne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 07:00 PM | Show all posts
Misteri Masa Berputar Kembali Yang Tidak Terjawab.
(Kredit: http://www.pondokblog.net/2012/12/misteri-masa-berputar-kembali-yang-tidak-terjawab/)


Adakah anda percaya bahawa seseorang manusia itu boleh merentasi masa hadapan?
Secara logik akalnya ia adalah satu perkara yang suakr untuk dipercayai.
Walaubagaimanapun, kisah Isra’ Mikraj membuktikan tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang merentasi perjalanan yang sangat jauh sehinggakan ia hanya berlaku dalam satu malam. Kisah misteri yang KisahBest.My mahu bawakan kepada anda adalah tentang misteri kapal terbang yang hilang secara tiba-tiba dari radar. Bagaimanapun kapal terbang terbang tersebut muncul kembali selang beberapa minit.



Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang ajaib. Walaupun di zaman teknologi yang pesat membangun, namun fenomena ‘Masa berulang’ ataupun ‘Waktu berputar kembali’ sukar untuk dijelaskan. Secara teori misteri Waktu Berputar Kembali diertikan sebagai waktu yang telah berlalu berulang kembali. Kembali ke masa lampau bukannya sesuatu yang mustahil, walaupun tiada orang mengalaminya secara sengaja setakat ini. Menurut teori Albert Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu benda bergerak dengan kecepatan 300,000 km/saat ataupun atau 186,000 batu sesaat, maka ruang dapat dipendakkkan, dan waktu dapat diperlambatkan.



Ada sebuah kisah… Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.
Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”.Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.

Meskipun jarang tapi ada kejadian yang serupa.. Menurut catatan, pada 1970, pernah juga terjadi kejadian mirip kejadian di atas. Ketika itu, sebuah pesawat penumpang jet 727 yang sedang melakukan penerbangan, juga telah ‘hilang’ selama 10 minit dalam perjalanannya ke lapangan terbang Miami, AS. 10 minit kemudian, pesawat tersebut muncul kembali di tempat yang sama dimana ia dilaporkan ‘hilang’. Pesawat tersebut tiba dengan selamat. Seluruh penumpang pesawat tersebut tidak percaya apa yang telah terjadi, sehinggalah mereka sedar bahawa jam mereka masing-masing terlambat 10 minit.
Menurut para ahli saintis satu-satunya penjelasan tentang fenomena ini adalah : “dalam sesaat ‘kehilangan’ itu, waktu ‘berhenti’ tidak bergerak, atau dengan kata lain waktu berputar kembali.”

Laporan Rahsia Sulit NATO (North Atlantic Treaty Organization)


Mungkin fenomena kembali ke masa lampau boleh dikatakan sebagai mustahil serta ianya hanyalah suatu kebetulan oleh sesetengah orang. Namun seorang ahli fizik telah membocorkan rahsia yang sangat sulit dari NATO. Dalam fakta yang digambarkan dalam laporan tersebut beliau menceritakan, “Dalam suatu latihan terbang dari Eropa Timur pada tahun 1982, seorang pilot NATO melihat ratusan ekor dinosaurus. Juruterbang tersebut telah melalui daratan Afrika zaman prasejarah“. “Dalam suatu penerbangan yang lain, seorang juruterbang telah ‘tersesat’ ke zaman Perang Jerman (Perang Dunia ke-2). Pilot tentara Sekutu dan pesawat tempur Jerman melihat-nya, dan hanya dalam waktu satu minit kemudian, ia kembali ke alam nyata.

Apakah Waktu Boleh Berputar Kembali???

Secara realitinya, kecerdasan manusia masih belum cukup untuk menghalang
berlalunya waktu. Secara teori, tidak mustahil untuk kita kembali ke masa
lalu.Menurut teori Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu objek bergerak dengan kecepatan 300 ribu km/detik, maka ruang dapat di perpendekkan, dan waktu dapat diperlambatkan.




Seorang ahli fizik dari Universiti California menganggarkan bahawa manusia memerlukan 200 ribu tahun untuk sampai ke Andromeda (Galaksi yang paling hampir dengan galaksi kita). Jika kita menaiki sebuah kapal angkasa yang berkecepatan cahaya pula, masa yang diperlukan ialah 20 tahun. Tetapi adakah akan wujud kenderaan yang berkepantasan begitu nanti. Seperti kapal angkasa dalam cerita Star Trek? Yang diketahui hanyalah para malaikat serta jin yang memiliki kepantasan seperti kepantasan cahaya.

Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya. Menurut kajian, apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti bumi, daya tarikan medan graviti diubah menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.

Pakar-pakar dari NASA telah membentuk “teori resonansi medan waktu”. Teori ini dibentuk berdasarkan “teori medan kesatuan” Einstein dan searang ahli fizik Jerman sebagai dasar teori. Intinya adalah, dengan bantuan elastisik perkembangan bersama elektromagnet, gravitasi, kecepatan cahaya dan ruang, sesaat melintasi ruang angkasa.


Segitiga perkaitan antara masa dan ruang serta kecepatan cahaya



Sehingga kini, fenomena ‘Masa berulang’ tidak lagi merupakan sebuah rahsia besar yang terlalu misteri. Apa yang diperlukan untuk kita kembali ke masa silam ialah sebuah mesin yang boleh bergerak melampaui kecepatan cahaya. Mungkin juga seperti mesin dalan cerita ‘The Time Machine’ ataupun ‘Back To The Future’. Kedengaran seperti khayalan, namun siapa yang tahu apa yang akan dicipta pada masa yang akan datang? Tiada yang mustahil di zaman ini. Sama-samalah kita renungkannya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 02:26 AM | Show all posts
.....aku rase konsep time tunnel/time machine cam back to e future mmg x wujud....tapi extra dimension/parallel world/ extra terrestrial tu mmg ade....contohnye macam cite philadelphia experiment yg popular tu & area 51....x lupe juge misteri bermuda triangle....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2013 01:42 AM | Show all posts
untuk kita bertukar ke dimensi lain mmg logik klo kita guna teori kecepatan cahaya...

rasulullah saw bergerak laju ke byk tempat dlm satu malam adalah disebabkan kecepatan buraq bergerak yang mejangkaui masa di bumi.
tapi teori rasulullan pergi ke masa depan mmg tak logik.

ada satu imam (lupa plak nama dia) dia ty soalan akt anak murid dia , apa yg plg jauh dari kita...
anak murid dia jawab bermacam2, mostly jawapan adalah kepada tempat...
tp dia jawab, benda yg plg jauh dari kita adalah masa lampau...
tak kira apa pun kita buat, kita takkan dpt kembali ke masa lampau...
ini dikuatkan lagi ketika iblis dilaknat kerana dia tidak mengetahui masa depan.

malaikat juga tidak mengetahui masa depan kecuali apa yang telah disampaikan oleh Allah SWT.
hanya al-quran yang mengetahui masa depan yang diceritakan didalmnya tentang keadaan yang bakal terjadi.

jika bergerak ke masa depan dan masa silam adalah perkara mudah, byk perkara yang akan dipikirkan.
di dalam islam sendiri. kita sentiasa diikut oleh malaikat, jadi bagaimanakah malaikat akan mengikut kita ke masa silam dan bertemu dirinya sendiri di masa silam kita.

syaitan juga mendapat kemudahan dari Allah yng apabila mereka menjadi tua, meraka akan muda kembali...
jadi apalah maknanya jika mereka dgn mudah boleh bergerak melalui ruang masa
(kerana jin dan syaitan mempunyai jisim yang halus, disebabkan itu mereka boleh bergerak cepat , menembusi benda.)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069094 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list