|
Jom Kongsikan Jdrama Yang Paling Akhir Anda Tonton
[Copy link]
|
|
Thanks sis for info...I tak pernah research pulak pasal surgery ni...tapi tu lah bukan hal technical sgt yg buatkan I malas nak layan doctor X ni...tapi menyampah dgn Yonekura yg sebenarnya...sheols kan asyik dapat watak sama je setiap drama tu yg jadi bosan...ntah lah mcm I cakap lah mungkin sebab I lelaki susah sikit nak layan drama yg strong female lead ni....no 2 reason yg malas nak layan pasal season dah byk sgt...sampai 7 kau...tu tak kira spin off lagi dgn doctor Y lah apa lah....haha skang uols tau kan kenapa I tak minat anime....walaupun I suka tgk BlackJack kalau kebetulan time I tgk tv anime tu tgh main...
Kalau pasal medical ni zaman I muda2 minat je drama jepun yg medical...antara medical yg underated yg I rasa best adalah Doctors the series...lakonan Sawamura Ikki...cuma tu lah byk sgt special sampai takda org nak sub...selain dpd tu Iryu Medical Dragon pon antara yg I paling minat...so I ok je dgn medical mungkin tak berapa fan dgn strong female punya drama...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg lagi vavik tu NHK pun takda dalam mana2 pakej...yg kuriya ada pulak masuk sekali pakej...bengong lar astruk..last2 skang I ambik yg pakej basic je...jimat duit I... kalau dorg masuk waku2 atau gem kan best...I malas plak nak subscribe unifitv semata2 utk Gem pasal family member masih layan astruk punya program mcm GV ke Mask Singer ke MLM...
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh ya...selamat berpuasa kepada semua umat Islam....maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar penulisan dalam mana2 post I kat thread ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AeriSha at 3-4-2022 05:27 PM
Suke-dono replied at 2-4-2022 07:39 PM
Thanks sis for info...I tak pernah research pulak pasal surgery ni...tapi tu lah bukan hal technic ...
Eh teringat pulak iols penah baca 1 website yg buat analisis pasal medical drama, rasanya Doctors the series yg uols sebut tu lah kot dapat markah penuh dlm ketepatan fakta cerita semua dlm drama.. Iryuu pun tak penuh markah, kurang sikit sbb god hand tu lah..
Kagum tengok drama medical Japan, rasanya sbb dorg amek doktor pakar betul kot untuk tulis cite tu..
Lagi 1, baru teringat anime Cells at Work pun hari tu kena puji dgn saintis ke doktor pakar Jepun betapa tepat info fakta saintifik dlm penceritaan anime tu.. Tengok anime tu mcm anime utk budak2 je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suke-dono replied at 2-4-2022 08:01 PM
Yg lagi vavik tu NHK pun takda dalam mana2 pakej...yg kuriya ada pulak masuk sekali pakej...bengon ...
Uols ni kenapa mcm meluahkan isi hati iols? Sama sgt kita dlm hal ni uols, rumah iols ni pun dah tukar pakej basic, nak terminate terus mak dgn adik iols layan cite2 yg uols sebut tu lah.. Bestnya kalau boleh amek UnifiTv ada Gem & Animax..
Astrok mmg vavik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suke-dono replied at 2-4-2022 08:03 PM
Oh ya...selamat berpuasa kepada semua umat Islam....maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar penu ...
Selamat berpuasa jugak uols, minta maaf pada uols sbb iols dah tukar thread ni jadi tempat berborak..
Dan minta maaf jugak kepada semua yg baca ni kalau iols ada terkasar bahasa tersilap kata, kadang2 bila marah, semua terkeluar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye lah jdrama ni biasanya bab research dia mmg power...sebab tu byk cerita pasal sektor pekerjaan, baik yg professional ataupun kerja2 yg pelik.
Anime Cells at Work? Tak pernah dgr...baru ni I google...hehe nampak mcm unik dia punya premis..mungkin kalau ada masa boleh try ushar nanti2
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena hadap hakikat yg 1 dunia dah dijajah oleh kuriya... Nasib lah malaysia ni rileks2 je bab streaming underground ni...hehe dapatlah layan jdrama dgn aman...
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru habis tgk drama ni beberapa hari lepas.
Judul: Saka no Ue no Kumo
Episod: 13
Tahun: 2009 - 2011 (disiarkan dalam 3 musim, M1: Ep1-5, M2: Ep6-9, M3: Ep10-13)
Stesen: NHK
Sinopsis:
Mengisahkan kebangkitan negara Jepun ketika era Meiji, dari negara pertanian kepada industri, seterusnya menjadi kuasa imperial signifikan dunia pada awal kurun ke-20 setaraf dengan imperial barat seperti Inggeris, Perancis, Jerman dan Rusia. Drama ini diceritakan menerusi sudut pandang 3 watak utama yang berasal dari Iyo-Matsuyama dalam daerah Shikoku, iaitu Akiyama Saneyuki, yang merupakan Laksamana Muda/Madya (ntahlah susah plak nak convert ke sistem malaysia ) Tentera Laut Diraja Jepun, abang beliau, Akiyama Yoshifuru, Jeneral Angkatan Berkuda Diraja Jepun, serta kawan karib beliau Masaoka Shiki, seorang penulis puisi yang mempopularkan penulisan Haiku dan Tanka.
Lakonan:
Motoki Masahiro sbg Akiyama Saneyuki
Abe Hiroshi sbg Akiyama Ysohifuru
Kagawa Teruyuki sbg Masaoka Shiki
Kanno Miho sbg Masaoka Ritsu (adik Shiki)
Matsu Takako sbg Akiyama Tami
Ishihara Satomi sbg Akiyama Sueko
My Review:
Keseluruhannya drama ni mmg gempak habis...bajet pun agak besar. Byk ilmu pengetahuan dan pengajaran yg boleh diambil walaupun cerita ttg sejarah negara Jepun. Antara fokus utama drama ni ialah utk memaparkan bagaimana kehidupan ketika zaman awal2 Meiji dulu dan disusuli penglibatan Jepun dalam dua perang besar iaitu Sino-Japanese War 1 dan Russo-Japanese War.
Antara perkara2 penting yg I rasa sgt berinformasi dan memberi kesan:
- Bagaimana kehidupan anak2 samurai yg lahir selepas Restorasi Meiji yg menjadi terumbang-ambing tanpa hala tuju yg jelas.
- Masa awal2 status samurai dihapuskan, pengaruh kedudukan tu masih ada antara samurai atasan dan samurai bawahan....jd samurai bawahan masih ada rasa obligasi utk mengikut arahan samurai atasan.
- Konsep meniru barat oleh org Jepun. Ini yg menyelamatkan Jepun dari dijajah kuasa barat. Mereka meniru dgn cepat dari aspek pendidikan sehinggalah ketenteraan.
- Konsep meniru "sistem ketenteraan Barat" yg sgt proaktif oleh org Jepun. Mereka mangambil pegawai tentera Jerman utk melatih taktik2 dan disiplin tentera moden. Pegawai2 tentera Jepun pula dihantar ke negara2 luar utk mendalami ilmu ketenteraan dan membawa pulang ke Jepun.
- Bagaimana sesebuah negara yg masih mengamalkan sistem lama akan menjadi mangsa kuasa barat. Korea misalnya menjadi sasaran Rusia pada akhir kurun ke-19, dan China di bawah dinasti Qing yg sepatutnya melindungi Korea juga masih mengamalkan sistem yg lama...kuasa2 selain Rusia pula sibuk mengintai2 daerah dalam negara China utk dijajah...Jepun yg merasakan bahaya jika Korea dimiliki kuasa asing telah mengambil langkah proaktif (ala2 US) sehingga terjadinya perang China-Jepun yg pertama.
- Jepun secara diplomatiknya sgt aktif berbaik2 dgn kuasa barat. Mereka sudah ada kementerian luar pada ketika ini utk kerja2 rundingan antara negara. Antara yg mengejutkan ialah bagaimana Jepun dapat membuat perjanjian persefahaman dengan British melalui Anglo-Japanese Alliance sebelum berlakunya perang Rusia-Jepun...di wikipakdia ada juga nyatakan bagaimana British di Malaya ketika itu telah membantu Jepun utk mencuri info2 dari komunikasi spy Rusia....jadi tak hairanlah jika ada org Jepun yg sudah menetap di Malaya lama sebelum perang dunia ke-2 lg....utk rekod Jepun beli kapal perang canggih dari British. Jepun juga sgt baik dgn US masa awal kurun ke-20.
- Bila tgk cerita ni barulah I faham kenapa daerah Manchuria ni menjadi kawasan rebutan antara Jepun dan Rusia
Sebenarnya ada byk lagi pengajaran, tp atas faktor penuaan I takleh nak ingat semua... Selain daripada itu, adegan2 perang dalam drama ni juga sgt2 gempak dan nampak agak high budget...mmg I belum pernah tgk lagi jdrama yg tahap action perang dia mcm dalam drama ni...
Mesti ada yg skeptikal yg drama ni akan berbaur propaganda. Jgn risau kerana aspek2 yg tak popular juga turut ditampilkan...bukan setakat masuk bakul angkat sendiri seperti drama sejarah sesetgh negara lain....antara perkara tak popular ialah bagaimana 2 org Menteri Jepun yg mencetuskan perang China-Jepun pertama walaupun PM ketika itu sgt2 taknak perang...keganasan tentera Jepun di Manchuria semasa perang tersebut...kelemahan beberapa pegawai tentera Jepun dalam menyusun taktikal ketika perang Rusia-Jepun yg membawa kepada byknya askar Jepun yg mati katak. Drama ini juga tidak merendah2kan negara lain atau menggambarkan musuh sebagai arch-villain.
Kesimpulannya, kalau ada masa dan kesempatan dan jika anda meminati sejarah, anda sgt2 digalakkan utk menonton drama ni. Hampir kesemua watak dalam drama ni adalah org2 dan tokoh2 sebenar yg ada dalam lipatan sejarah Jepun....jd senang utk cross-check ttg individu2 tersebut
|
|
|
|
|
|
|
|
BORDER
Released 2014
Rewatched 2022
Oguri shun, aoki munetaka, haru
Sinopsis: (netflix)
After a near-death experience, a stoic cop is suddenly able to see the dead, adding a new dimension to his investigations.
Review:
Rewatched sebelum tengok sequel.dan sebab ada ogushun
Cite ni fast-paced, tak banyak episod (9 jer), satu hantu (jenayah) per episod, takde fillers yang draggy, bukan drama crime/ investigation/ procedural yang biasa, more to psychological-thriller yang kita boleh relate irl. Bos yang korup, anak politician yang hmmm
Hantu2 dia 'friendly', tak macam sadako Satu episod tu, hantu tu sangat annoying, suka ikut Ishikawa nak siasat kes dia tapi sedih sangat. "I can't remember how I died."
Kind of expected ending twisted camtu, kena tengok dari awal jangan ff, jangan 2x speed kalau nak tau apsal ML break jadi tooooot...
Recommmended untuk yang dah bosan tengok cite detektif K dan T yang meleweh
Sadly, could relate to the last scene
Welcome to the other side... (spoiler intended )
Welcome to the world full of zeros and ones!
Meet Japanese Simon and Garfunkel, Sai-kun dan Ga-kun
Ada sequel - BORDER Shokuzai (Redemption), prequel - BORDER Shoudou (The Urge Medical Examiner Mika HIGA). Dalam prequel, takde ogushun, jangan cari watak dia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Suke-dono replied at 4-4-2022 04:45 AM
Baru habis tgk drama ni beberapa hari lepas.
OT: kamakura-dono no 13-nin dah sub sampai episod berapa? Tak nampak lagi watak yoshitsune, yoshitoki baru nak berpakat dengan yoritomo
OT: watak hidetoshi nishijima dalam shinhannin flag tu cam dalam Crisis ker macam dalam what did you eat yesterday? |
|
|
|
|
|
|
|
Suke-dono replied at 23-3-2022 06:50 PM
Rasanya ada dalam Hakozume jugak aoartment tu.
Drama slump ni kena tgk drama yg impac ...
Dalam cite BORDER dan our sister's soulmate. Ataupun apartmen kat jepun banyak yang sama camtu sebab ada dalam tonbi, gourmet detective goro akeuchi, chūgakusei nikki tapi cite2 ni lokasi kat prefectures lain. Hakozume tak tengok lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ooh kalau dari segi architecture mmg camtu lah patern apartment dorg yg dipanggil Apato....jenis tangga mengiring... dan bahagian sinki mengadap ke koridor sebelah pintu, ada tingkap yg org boleh intai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hantu2 dia 'friendly', tak macam sadako Satu episod tu, hantu tu sangat annoying, suka ikut Ishikawa nak siasat kes dia tapi sedih sangat. "I can't remember how I died."
Haha sgt impactful episod yg tu...yg jadi hantu tu Kudo Kankuro...dia punya lakonan mmg mantap kalau jadi watak camtu...sama cam drama Quartet yg Dougnut Holes tu...time dia punya episode (dia jadi suami Maki Maki) mmg best gila2...sampai I rasa episode lain tak best
|
|
|
|
|
|
|
|
Suke-dono replied at 6-4-2022 11:56 PM
Haha sgt impactful episod yg tu...yg jadi hantu tu Kudo Kankuro...dia punya lakonan mmg mantap kal ...
Tu satu2nya episod yang takde watak orang jahat durjana. Ada ralat sikit dalam review tu. Memula lawak, geram, nyampah pastu aaa sedih bila dah tau camne okabe mati
Yes, kudo kankuro (dalam review tak letak banyak details cam tt) banyak collab dengan nagase tomoya. Yang paling terkesan ore no ie no hanashi. Memang takkan rewatch dah |
|
|
|
|
|
|
|
Suke-dono replied at 6-4-2022 11:49 PM
Ooh kalau dari segi architecture mmg camtu lah patern apartment dorg yg dipanggil Apato....jenis t ...
Thanks!!! Patut sepesen jer, lokasi lak lain2. Buat penat musykil jap dengan pengetahuan geografi sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe tu dah kira okay dah tu review siap ada gambar lagi
i pun tak berapa ingat episod2 yg lain, tp lepas baca review uols terus terbayang muka seposen Kudo Kankuro tu...haha
Ore no Ie no Hanashi mmg best...rasanya mungkin senang sikit nak rewatch kot pasal dah tau spoiler...kalau first time tengok tu taktau lagi apa akan jadi kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|