Reply 85# cmf_shalom
Hahaha…saya cuba melembut? Saya tidak merasakan sedemikian. Apa yang saya lihat adalah kamu kehabisan modal sehingga sekali lagi kamu melihat Islam dengan cara melihat perilaku individu terpencil. Satu tindakan yang salah. Kenapa pula kamu tidak mahu melihat kristian kamu melalui tuduh menuduh antara kelompok protestan dan katholik? Seperti kata kamu kita harus adil dan jujur dalam berhujah. Tetapi kelihatannya kamu sendiri yang tidak adil dan jujur dalam menegakkan hujah kamu. Kerana dalam kristian hanya melihat agama kristian itu saja dan kamu tidak mahu melihat tuduh menuduh antara protestan dan katholik. Tetapi dalam Islam pula kamu bersungguh melihat tuduh menuduh antara Sunni dan Syiah, tetapi tidak mahu melihat agama Islam itu sendiri. Ternyata tiaa kejujuran dalam kamu berhujah. Bagi saya, saya melihat Islam itu melalui Islam itu sendiri, bukannya melalui perlakuan kelompok tertentu. Saya tidak terpegaruh dengan individu-individu terpencil yang mengatakan mereka Islam namun menuduh begitu dan begini ke atas kelompok Islam yang lain. Dan situasi ini tidak berkaitan langsung dengan Islam. Ini hanya melibatkan perilaku seseorang individu, bukanlah melibatkan Islam. Kerana Islam itu adalah damai. Bukannya tuduh menuduh atau bertelagah. Kambing memakan beberapa surah dalam Al-Quran, satu hujah yang amat lemah kerana yang menulis Al-Quran itu bukan seorang sahaja, malah Al-Quran bukan hanya ditulis, tetapi juga dihafal. Jika setakat seekor kambing yang memakan beberapa catatan surah Al-Quran, namun banyak lagi catatan Al-Quran oleh individu-individu lain, malah situasi ini tidak memberi sebarang kesan kepada catatan-catatan yang telah dihafal oleh ribuan umat Islam ketika itu. Al-Fatihah, bismillah dan dua kalimah syahadah, saya tidak menjumpai mana-mana permasalahan berkaitannya. Perdebatan ke atasnya adalah perkara biasa untuk memperolehi pencerahan atas sesuatu yang berkaitan dengan perkara tersebut. Namun perdebatan tersebut bukannya bertelagah. Tiada bukti bahawa ianya adalah suatu pertelagahan. Justeru apa masalahnya jika debat itu diadakan jika ianya adalah untuk berbincang? Tentang hadis, sememangnya sentiasa ada perdebatan untuk mempastikan umat Islam lain tidak terjebak ke dalam hadis-hadis palsu yang sengaja diada-adakan oleh kelompok tertentu yang tidak senang melihat kebenaran dalam Islam. Perdebatan mengenai hadis sememangnya sentiasa ilakukan supaya sesuatu pengajaran dapat diperolehi dalam setiap hadis shahih. Namun perdebatan itu bukannya pertelagahan. Tiada bukti ianya adalah pertelagahan. Versi Ubay yang berbeza, apa yang peliknya? kerana Al-Quran berkenaan ditulis oleh Ubay untuk kegunaannya sendiri. Dalam sesetengah surah, kemungkinan kes Ubay ini sama dengan Ibnu Mas'ud di mana dalam sesuatu surah semasa diturunkan, beliau tidak bersama dengan Nabi Muhammad dan wahyu berkenaan tidak disampaikan oleh seseorang kepadanya menyebabkan beliau tidak menuliskan surah berkenaan di dalam Al-Qurannya. Kalau berbeza dari segi beberapa ayat, itu juga tidak menghairankan kerana berbagai ayat boleh digunakan untuk menyampaikan satu makna yang sama. Samalah dengan contoh yang telah saya berikan terdahulu di mana satu ayat juga boleh dituliskan dalam 3 ayat, namun makna ayat tersebut tetap sama. Yang penting adalah makna yang disampaikan dalam wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad itu. Justeru apa yang peliknya? Harus difahami bahawa umat Islam itu satu iaitu golongan yang beriman kepada keesaan Allah dan keRasulan Nabi Muhammad serta percaya kepada Al-Quran. Dan Al-Quran pula adalah satu. Justeru sebenar-benar syiah dan sunni yang benar-benar Islam, mereka hanya berbeza kerana hanya melibatkan pendapat yang berbeza ke atas tokoh-tokoh Islam tertentu. Syiah mengatakan diri mereka sebagai kelompok syiah kerana mereka adalah lebih menghormati Saidina Ali dan keluarganya , namun mereka tetap berRasulkan Nabi Muhammad dan bersumberkan Al-Quran seperti juga kelompok sunni. Justeru saya melihat dakwaan kononnya kajian ilmiah syiah mengatakan sumber sunni adalah salah, dan sebaliknya adalah usaha kelompok tertentu yang hanya ingin memecahbelahkan perpaduan Islam. Apa yang perlu kita fahami adalah jangan disebabkan oleh perlakuan seseorang individu yang mendakwa dirinya syiah ke atas segolongan Islam yang lain, maka semua orang syiah dianggap bersikap seperti individu tersebut. an begitu juga sebaliknya. Kita semua dapat melihat jelas, umat Islam di Iran yang majoritinya aliran syiah, mereka tidak punya masalah untuk bergaul dengan umat Islam di Malaysia. Kenapa? Kerana umat Islam itu satu, bukannya Syiah dan Sunni. Lagi satu adalah melihat perdebatan sebagai suatu pertelagahan adalah suatu pandangan yang amat bersalahan.
Bijak pandai Islam bukannya bertekak, tetapi mereka berdiskusi, berbincang dengan aman, kerana masing-masing sedar bahawa Islam itu adalah damai. Tiada bukti mereka bertekak. |