|
Edisi PRK DUN GALAS - mengundi hari ini. pas atau umno yg menang?
[Copy link]
|
|
dulu masa toyol jawa pegang selangor pun dia cakap PRU12 tahun pembangkang sifar... betul2 sifar dapat kat toyol tuh...
tiap kali buat ceramah mu sogok rm50 ngan beras sekampit, mmg laa ramai yg datang dengor ceramoh mu tuh wak sembab... mu tunggu jerk laa masa ngundi nanti nak tau langit tinggi rendoh.... ore bagi beras-hambik- org bagi pitis-amik-ore bagi gulo-hambik.. pakoh tetap pah gok... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuesday, November 2, 2010
Coretan Coretan di DUN Galas
Bagi PAS, Jika PAS bagi rasuah, ia adalah halal
Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.
Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".
KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
Kata PAS: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"
KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
Kata PAS: Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? "
KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.
Kata PAS: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".
Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"
KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".
Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..
Kata PAS: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"
KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
Kata PAS: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".
KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
Kata PAS: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".
KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)
Kata PAS: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".
KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.APA KATA ANDA?!
Kata PAS: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
Kata PAS: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
Kata PAS: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"
KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".
PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"
KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.
PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"
KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.
PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
ADAKAH ANDA JUGA TERMASOK DALAM GOLONGAN PELUPA DAN LALAI ? |
|
|
|
|
|
|
|
Pas bukan parti alternatif Islam
HARI demi hari orang Melayu disajikan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti Pas, hal ini bukan sahaja berlaku setiap kali menjelang sesuatu pilihan raya bahkan berlaku sepanjang tahun.
Daripada perbuatan khianat, berbohong, sanggup menjadi pecacai DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain hatta sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik!
Lihat sahaja 'tingkah laku islamik' yang dibawa oleh Pas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas.
Itupun nasib baik PKR, sibuk berkempen di Batu Sapi, jika tidak, aksi kolaborasi Pas dan PKR setiap kali melakukan jimak politik akan menyaksikan kebangkitan yang akan memberahikan penyokong-penyokong mereka yang mampu mencetuskan politik ala rimba!
Ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas, jiwanya sakit, hatinya penuh dengan dendam malahan nafsu Qarunnya semakin membuak-buak.
Malangnya sebagai sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, Pas mengubati jiwa, hati dan nafsunya dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik syaitannya yang suatu ketika dahulu hendak direjam oleh Pas sendiri menyebabkan sehingga kini Pas kabur akan identitinya.
Kalaulah Pas masih di bawah jagaan Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Noor, Pas masih lagi sebuah parti Islam dan bukannya bertukar menjadi sebuah parti kebajikan sehingga para pemimpinnya sanggup menjadi boneka kepada sebuah parti yang terang-terang anti-Islam.
Almarhum Ustaz Fadzil pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa!
Kalaulah Pas mendalami apa yang telah digariskan oleh para fuqaha Islam berkaitan sistem politik dan pemerintahan Islam, tidak mungkin Pas akan menderhaka kepada ketua agama Islam dengan membiarkan penyokong-penyokongnya menimbulkan huru-hara sehingga mengaibkan ketua agama Islam demi mengembirakan hati rakan-rakan politik kafirnya!
Kalaulah Pas berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar, mana mungkin ada pemimpin bukan Islam sebuah parti politik yang cukup tebal semangat anti-Islamnya berani mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memburuk-burukkan saudara seislam yang lain yang berbeza pandangan politik! Pasti terkencing pemimpin-pemimpin bukan Islam itu diherdik dan disergah oleh ulama-ulama besar Pas kerana sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan ayat-ayat suci demi kepentingan politik.
Kalaulah Pas mendalami pengertian bahawa seorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang kafir anti-Islam sebagai khalifah setaraf Khulafa al-Rasyidin! Sanggup Pas menyamatarafkan Khulafa al-Rasyidin dengan seorang khalifah kafir yang 'memerangi' dan menganiaya umat Islam bahkan sanggup menyuap dan menutup mulut orang Islam dengan hasil sumber judi!
Kalaulah Pas masih perjuangannya berlandaskan Islam, mungkin runtuh bangunan ibu pejabat Majlis Peguam Malaysia diserbu pejuang-pejuang Pas kerana kedegilan majlis itu untuk terus menganjurkan Forum Memeluk Islam 2008. Sebaliknya Pas membisu membiarkan Majlis Peguam terus-terusan mempertikaikan hal ehwal berkaitan agama Islam sehingga menyebabkan perasaan masyarakat Islam negara ini amat tersinggung!
Kalaulah Pas ada sedikit lagi perjuangan Islamnya, tidak akan ada ahli politik anti-Islam nombor wahid yang berani mencemarkan ruang solat umat Islam. Akan turun berduyun-duyun kader-kader Pas berdemonstrasi mengutuk tindakan ahli politik tersebut memperlekehkan institusi masjid dengan nilai bantuan RM1,000 sahaja!
Kalaulah Pas masih kental jiwa Islamnya pasti bergegar bumi Tanah Melayu ini dek gara-gara tuntutan hak menggunakan nama Allah oleh penganut agama Kristian. Laungan Allahuakhbar pasti bergema di seluruh pelosok negara membantah ahli-ahli politik Islam yang bersubahat; 'melacurkan' nama Allah demi untuk meraih sokongan politik!
Kalaulah Pas masih sayangkan Islam, kewujudan negara Islam adalah keutamaannya. Walaupun digertak oleh DAP, Pas tidak akan gentar melafazkan negara Islam adalah matlamatnya sebagaimana beraninya Tun Mahathir mengisytiharkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam!
Tetapi kalaulah Pas masih mempunyai roh Islam, mahukah DAP menjadikan Pas kuda kayu tunggangannya?
Sayang sekali Pas kini tidak seperti dahulu lagi, ia kini dalam genggaman DAP! Pas tidak lagi berani memperjuangkan Islam malah langsung tidak berani mengaku keislamannya di hadapan DAP. Malahan kadang- kadang apabila Pas terlupa menyembunyikan keislamannya, DAP dengan pantas menyentap 'kerandutnya', Pas akan serta-merta menikus kembali!
Hakikatnya Pas kini bukanlah parti alternatif kepada orang Melayu sebaliknya adalah sebuah parti yang kebingungan.
NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah |
|
|
|
|
|
|
|
Sokonglah UMngok demi Islam: |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu awal nilai sokongan pengundi Cina di Galas
Terlalu awal nilai sokongan pengundi Cina di Galas: MCA
GUA MUSANG: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata masih terlalu awal untuk menilai sokongan kaum Cina terhadap parti mana pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan datang.
Beliau berkata, lebih 2,000 pengundi Cina di kawasan itu kini mengambil sikap "tunggu dan lihat" pendekatan yang diambil parti politik bagi membela nasib mereka.
"Masih awal untuk kita buat penilaian sokongan pengundi Cina ini untuk menyokong parti (mana) yang bertanding tetapi apa pun MCA sudah mula menggerakkan jentera di DUN Galas.
"Sebahagian besar pengundi Cina ini sebenarnya adalah ahli MCA yang juga perlu diberi perhatian pucuk pimpinan bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka," katanya selepas bertemu masyarakat Cina di Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Bazlan Baharuddin.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan jika ada pertandingan, tarikh pengundian adalah pada 4 November ini.
Dr Chua berkata, masyarakat Cina yang bekerja di kawasan perindustrian itu mahukan sistem jalan raya yang sempurna dan berharap pihak berwajib dapat membaiki atau menaik taraf jalan berkenaan.
"Mereka mahu ada pihak yang membaiki jalan atau menaik taraf jalan utama di kawasan ini yang tidak sempurna seperti jalan yang berlubang yang menyukarkan mereka untuk bekerja," katanya.
Katanya, MCA akan berusaha memenangi hati pengundi Cina agar menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu nanti.
"Ketika ini kita tidak menjanjikan apa-apa peruntukan kepada masyarakat Cina dan hanya mengadakan beberapa siri pertemuan dengan mereka," katanya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat modal disaat akhir, PKR dan PAS pun dah pandai berjoget se |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau keputusan x diumum live kat tv PR menang. |
|
|
|
|
|
|
|
nurul izah patut menari mcm amoi kat jamuan mkn mlm mca.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada geng CI di gua musang nak buat live update dari sana ka?.. |
|
|
|
|
|
|
|
edisi batu sapi x de? |
|
|
|
|
|
|
|
gua harap pas menang di galas,,,,,,gua cukop benci meluat tgok umno-beend bodoh tu menang,muahahahahhahahahaahahha |
|
|
|
|
|
|
|
kucen nak hilang kan masalah dlm pala otak ni,,,so kucen nak porum ngan cara kasar,muahahahahahahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Harap calon Lobai selekeh PAs yg gendut dan takde selfconfident mata tengok bawah masa kena basuh dgn org asli tu kalah lah |
|
|
|
|
|
|
|
umno kalah,,,harap2 begitu,,semoga tuhan allah taala haposkan umno dari muka bumi kerana dalam umno itu tersemat kehitaman yg pekat di hati koldu mereka,muahhahahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pasti kalau bukan UMNO yg menang, PIS yg menang. |
|
|
|
|
|
|
|
harapan tggi rakyat malaysia mahu lihat pas menang,,,,,,yg harapkan umno menang cuma 2 3 org sahaja ,,tu pun bukan warga mesia,muahhahahahahahahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|