Menurut Setiausaha Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Depok, Khaerullah Ahyari, Komar muncul pertama kali pada tahun 2010. Aliran tersebut merupakan metamorfosa dari aliran Al-Qiyadah yang didirikan pada tahun 2007 oleh Ahmad Musadeq. Pengikut aliran Komar ini diindikasikan berkembang di Kalimantan. Selain itu, aliran ini pernah memenuhi panggilan saat MUI ingin melakukan tabbayun. Bahkan mereka melarikan diri saat MUI pergi ke kediaman salah seorang pengikutnya. Khaerullah mengaku bahawa MUI menemui kesulitan untuk mengetahui lebih lanjut tentang ajaran mereka. Seperti yang diketahui, Depok merupakan wilayah yang luas bagi perkembangan isme-isme. Apatahlagi, Depok daerah penyangga ibukota dan masyarakatnya terbuka. Aliran ini juga sudah mempengaruhi pelajar golongan belia. Pengikut Komar umumnya diikuti masyarakat biasa dan tidak kelihatan mencurigakan. Berdasarkan laporan warga tempatan, salah seorang pengikut berlatar belakang pengangguran dan ekonomi lemah. Hal ini menjadi dugaan bahawa dalam kondisi labil seseorang dapat dipengaruhi dengan mudah untuk dimasukan kedalam ajaran sesat lagi menyesatkan itu. Sementara itu, Wakil Walikota Depok, Idris Abdul Shomad mengatakan bahawa ajaran tersebut terindikasi sesat. Namun, MUI sedang mengkaji ajaran ini dengan lebih mendalam. Idris meminta agar aliran ini dikaji lebih terperinci bukan hanya dilakukan MUI Depok, tetapi diturut serta oleh MUI Pusat. Aliran tersebut dikatakan sesat kerana menganggapan nahawa orang yang belum dibai’at adalah kafir. Dalam ajarannya, mereka hanya melakukan solat malam sahaja, tanpa solat lima waktu. Namun pada dasarnya mereka mengakui bahawa mereka adalah pengikut Nabi Ibrahim. Mereka telah mencampuradukkan tiga agama tersebut dan menganggap semua ajaran agama benar dan sama. Khaerullah sendiri mengaku mendapatkan pengaduan dari masyarakat setempat bahawa separuh daripada mereka telah tekait dengan ajaran sesat tersebut.
|