Edited by nona84 at 25-10-2024 04:57 PM
Kesihatan pelakon Roslan Salleh terjejas
[size=14.399999618530273px]Foto ketika Roslan masih sihat di sisi isteri. Foto Ihsan Roslan Saleh
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Isteri pelakon veteran Roslan Saleh, 68, iaitu Zainun Majid, 55, memberitahu kesihatan suami agak terjejas dipercayai akibat faktor pemakanan. Zainun yang dihubungi BH Online berkata, kesihatan Roslan atau mesra disapa Pak Lan tidak banyak berubah sejak terlantar di rumah akibat penyakit diabetes kronik, kira-kira empat tahun lalu. "Kesihatan suami menurun sedikit. Beliau tidak boleh silap makan, misalnya, kalau ambil makanan berangin, suami sedu dan muntah. "Suami juga sudah tiada gigi sebab kencing manis, jadi agak sukar hendak makan. Namun, beliau suka dan mahu makan, jadi saya masaklah makanan seperti nasi impit.
"Suami sekarang lebih kurus selepas terlantar di rumah. Pak Lan juga sudah tidak boleh melihat dan berjalan, hanya terbaring di katil," katanya sambil menambah suami perlu dibantu untuk menguruskan dirinya. Zainun memberitahu Pak Lan menerima ramai kunjungan teman pelakon dan penggiat seni di belakang tabir.
"Alhamdulillah ramai yang datang menziarah selepas kunjungan TV3, tempoh hari. Kawan-kawan termasuk kru belakang tabir ramai yang datang. Antara yang datang adalah Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, ramai lagi. "Suami kenal mereka dan seronok bercerita apabila kawan-kawan datang. Rakan seperjuangan dia ketika dia menjadi guru pun datang. Ramai juga yang menelefon dia bertanya khabar," katanya. Zainun berkongsi Roslan suka mengikuti perkembangan semasa melalui laporan berita televisyen (TV). "Pak Lan suka dengar berita sebab hendak tengok pun, mata sudah tidak nampak. Begitulah cara dia mengikuti perkembangan semasa," katanya. Roslan sudah lebih 30 tahun terbabit dalam dunia lakonan. Beliau membintangi banyak drama dan filem popular antaranya Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda. Roslan bagaimanapun tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis dan diabetes.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1315796/kesihatan-pelakon-roslan-salleh-terjejas
|