ye sebab pada mas itu orang melayu tuan, banyak tanah dan harta, mereka peribumi yang la ...
aiskrimvanilla Post at 3-6-2011 08:33
Secara praktikal yerp, kerana penjajahlah nenek moyang kita dapat sedikit harta, walaupun kita terpaksa membayardengan harga yang sedikit mahal. Sistem tradisional yang diamalkan pada masaitu cuma menguntungkan nenek moyang kita sekiranya mereka dilantik menjadiPembesar atau paling cikai sekalipun Penghulu atau Ketua Kampung. Kalau kitatengok sejarah sekali pun, yang menentang British, mereka yang mempunyaikepentingan terhadap sistem, bukannya kebangkitan dari rakyat secarakeseluruhan. Tentangan terhadap Malayan Union tidak boleh di kira, sebab sistemyang dibawa oleh British sudah diguna pakai di hampir keseluruhan jajahanmereka di Tanah Melayu. Dan sepatutnya kita kena berterima kasih kepadaBritish, kerana sistem mereka itulah yang memberikan pencerahan dan kesedarankepada rakyat jelata terhadap kepentingan politik untuk sesebuah negara. Baca semula sejarahSarawak, yang menentang Pengiran Indera Mahkota, Governor Sarawak yang dilantikoleh Sultan Brunei ialah Datu Pattingi Ali, berbangsa Melayu dan disokong olehbangsa Melayu sendiri yang tertindas oleh pemerintahan Pengiran Indera Mahkota.James Brooke menang disebabkan Datu Pattingi Ali tahu perjanjian Pengiran MudaHashim untuk melantik James Brooke sebagai Governor Sarawak sekiranya berjayamenghentikan revolusi tersebut. Malahan Empayar Brooke lah yang banyakmelindungi Melayu dan penduduk pribumi Sarawak yang lain dengan mengamalkansistem paternalism, untuk mengimbangi kekuatan kapitalism yang di kuasai olehbangsa China. Kalau Rosli Dhobi masihhidup, adakah dia akan bersetuju dengan gagasan Malaysia pada masa itu, sedangkansebelum penyerahan Sarawak terhadap Crown Colony, Sarawak adalah sebuah negaramerdeka dan berdaulat, yang di iktiraf oleh Brunei, British dan kalau taksilap, USA, Belanda dan Spain pun mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah negara. Empayar Melakasebenarnya Empayar Maritime, dimana mereka tidak menguasai sepenuhnya jajahanmereka sebaliknya berasaskan kepada kekuatan central location, dalam kesMelaka, ialah Kota Melaka. Mereka mengawal jajahan mereka melalui penguasaanmereka terhadap laluan air, iaitu sungai dan laut. Sebagaimana Majapahit,Srivijaya, jajahan Melaka jatuh apabila Kota Melaka di serang dan di taklukioleh Portugis. |