CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MakLum

Sihir Menggunakan Quran Syirik Atau Tidak?

[Copy link]
Post time 4-2-2012 06:40 PM | Show all posts
sebenarnya istilah pelaris itu dah lama ada. Tetapi rasulullah tak pernah ajar kita amalan untuk pelaris. Amalan pelaris, seri muka, kebal, pengasih, pelembut, penerang hati dan penunduk tak pernah diajarkan oleh Rasulullah.

ada sebab nya Rasullulah tak ajar benda2 macam nie. Sebabnya mudah, ilmu ini semuanya bertujuan duniawi semata-mata.  Zaman rasullulah pun dah ada pun kedai dan perniagaan, tetapi Rasulullah tak pernah ajar kita amalkan ayat 100 dinar untuk melariskan jualan.

wallahu aklam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 06:43 PM | Show all posts
Mengamalkan ayat seribu dinar untuk berdoa memurahkan rezeki adalah berbeza dengan mengamalkan ayat  ...
800wg Post at 4-2-2012 18:33



    saya tidak nampak apa masalahnya disini. pelaris ini jika tuan kata sebagai menarik org ramai kekedai, dan pelaris ni adalah konsep sihir yg mana kaum lain amalkan. saya tidak nampak apa kaitannya dalam soal ikhlas, ayat al quran dan memohon pada Allah semata. kaum lain mereka tak guna al quran, tak mohon pada Allah, mereka pohon pade tuhan mereka ikut kepercayaan mereka. jika kita tak mengikuti cara mereka, bagaimana kita bole dikata salah.?

baiklah, sekadar perbincangan petang ni, jika sesiapa membaca seribu dinar misalnya, dengan niat ALLAH murahkan rezeki. jadi jika dia bukak kedai makan, sudah tentulah cara murah rezeki tu dtgnya dari ramai pelanggan yg masuk kedainya. jadi apa isunya? saya tak nampak apa salahnya disini, jika dia bermohon murah rezeki, kemudian Allah menjadikan org ramai dtg kedainya sebagai asbab murahnya rezeki dan memakbulkan doa hambanya tadi.

mana mungkin kita bole samakan dgn kaum lain dlm hal ni? dan satu lagi, maksud topik kita adalah murah rezeki dari segi pelaris, so ia adalah berkaitan ekonomi, walaupon konsep rezeki bole jadi kesihatan yg baik, umur yg panjang, petunjuk dan hidayah dan macam macam lagi bentuk rezeki. jadi kita taksah melencung sehingaga off topik. kita tidak bincangkan topik "apakah bentuk bentuk rezeki dari Allah".
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by 800wg at 4-2-2012 18:56

amalan ilmu pelaris yang haq dan sebenarnya ialah mudah, kalau ada kedai makan...amalan pelaris yang haq adalah seperti berikut:-

1) Cari tukang masak yang handal dan sediakan makan sedap-sedap.
2) Layanan kepada pelanggan yang baik iaitu cepat, mesra dan berbudi bahasa.
3) Sediakan tempat makan yang cukup dan bersih.
4) Letak harga makanan yang munasabah dan jangan cekik darah.
5) dan lain-lain amalan perniagaan yang baik.
6) Berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki dan ditambah sales dan pelanggan.

wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 06:51 PM | Show all posts
salam tuan saat,

silalah tempek maksud ayat 1000 dinar itu sendiri sendiri. Nanti kita bincangkan maksud ayat itu, sama ada kena atau tidak dengan istilah pelaris.

Saya harap tuan dapat tangkap maksud yang saya nak sampaikan. Pelaris itu sendiri adalah sejenis ilmu dimana pelanggan ditarik masuk kedalam kedai dan melariskan jualan.  

Ada hadis yang bermaksud  jika kita amalkan amalan sesuatu kaum, maka kita tergolong dalam kaum itu sendiri.

anyway saya dah explain sebaik mungkin. Saya belajar hal dan selok belok ilmu bathil a.k.a sihir dan minta maaf, pelaris adalah sejenis ilmu sihir. Short cut nak mudah faham.

renung2 kan dan selamat beramal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 07:00 PM | Show all posts
salam tuan saat,

silalah tempek maksud ayat 1000 dinar itu sendiri sendiri. Nanti kita bincangkan ...
800wg Post at 4-2-2012 18:51



    tuan, ayat seribu dinar sebagai murah rezeki bukan saya yg cipta, ia adalah daripada para ulamak. sila rujuk pada kitab kitab yg tuan ada. kita ini adalah umat akhir zaman, para ulamak telahpun sepakat dan tidak ada perbalahan dalam soal ayat seribu dinar ni. untuk pengetahuan tuan, ayat al quran ni tidak semestinya hikmahnya tertulis nyata dalam tafsiran. ada banyak juga ayat al quran yg tidak ada maksid tafsiran bagi sesuatu perkara. hal ini bertanyalah kepada yang lebih arif. al quran mempunyai tafsiran zahir dan batin.

kalau kita nak tafsirkan sebijik bijik kemudian nak relatekan dgn maksud doa kita, maka kita akan khilaf jadinya. kerana kita hanya tafsir mengikut bahasa dan maksud secara zahir semata. hal ni kita tak perlulah sampai kesitu.

tuan mengatakan ia tetap sihir walaupun dgn bacaan al quran, hal ini saya tidak ada masalah, malah saya hormati keputusan tuan, tetapi begitu juga tuan hormatilah pendirian orang lain. maka itu, silaturahim tetap terpelihara, beza pendapat ada rahmat dan hikmahnya tapi dgn syarat jgn menghina dan menganggap org lain sesat dan salah.

allahu wa alam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 07:08 PM | Show all posts
Reply 105# Saat


   salam tuan saat,
saya tidak menuduh sesiapa pun sesat. Saya hanya explain tentang amalan pelaris yang biasa diamalkan masa kini. Bagi saya amat mudah, amalan yang tidak ada dalil, sebaiknya dielakkan. Saya hormat pendirian tuan, tentang amalan ayat al-quran sebagai doa. bab itu terpulanglah kepada individu tersebut.

saya hanya menerangkan hakikat ilmu pelaris itu sendiri. Tak ramai yang sedar ilmu pelaris itu sendiri adalah amalan sihir. nak doa pakai ayat quran tu boleh silakanlah, tetapi bagi saya amalan untuk ilmu yang tiada didalam islam dan diajar oleh Rasulullah sebaiknya dielakkan.

Saya hanya bercerita sahaja disini. Saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa or menyinggung tuan saat. Nak terima cerita saya boleh, nak tolak pun boleh. Ranai yang berpandangan mcm tuan, dan hari ini biarlah saya cerita lain skit dari yang lain.

Mana2 pun, kita minta Allah tunjukkan kita amalan dan ilmu yang diredhainya sahaja dan dijauhkan dari ilmu salah dan sesat. Hanya Allah tahu amalan dan apa kita buat betul ataupun salah disisiNya.

Wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2012 07:26 PM | Show all posts
Reply  Saat


   salam tuan saat,
saya tidak menuduh sesiapa pun sesat. Saya hanya explain tent ...
800wg Post at 4-2-2012 19:08



    tak mengapa tuan, perkara kecil saja. setakat bertukar pendapat memang bagus, tak kisahlah walau berbeza pendapat.

cuma saya ingin beri pendapat bahawa nabi saw sendiri penah bersabda bahawa sesiapa yang baca surah al waqiah, nescaya dimurahkan rezeki. jadi soal pelaris disini bagi saya hanya satu istilah bahasa kita. pelaris sebagai satu asbab menarik ramainya org dtg kedai, tu pun dgn izin Allah. kalau kita makan gaji, cara ia dtg pula dgn izin Allah tentulah sesuai dgn jenis keje kita, iaitu kenaikan gaji atau pangkat. jadi maksud pelaris hanya tertumpu kepada kedai makan sbb biasanya org kita kalau dikaitkan kedai makan, kita akan kata pelaris. itu saja...bagi saya perkataan tu bukan masalah, tapi hakikat bagaimana rezeki tu diberikan dan bagaimana niat kita dan amalan kita yg perlu dipersoalkan. ofcoz kalau kita pergi ke kuil hindu atau siam pastu mintak pelaris....yg ini dah tentunya sihir tanpa perlu diragukan lagi.

mengenai apa yg nabi tak ajar kita elakkan. hal ni pun bab lain, sbb kalau yg saya faham, kaum wahabi saja menolak sebarang amalan yg tidak ada dalam hadis dan al quran. sedangkan ahli sunnah wal jamaah pula tidak menentangnya asalkan amalan tu tidak berlawanan dgn syariat dan hukum. contohnya baca yasin setiap malam kamis, kaum wahabi kata bidaah sbb nabi tak suruh, tapi bagi kita sebagai ahli sunnah wal jamaah, ia tidak salah kerana menbaca yasin tidak bertentangan dgn syariat dan hukum, pemilihan pada hari apa pun tak apa, kalau niat nak baca setiap kamis pun teruskan saja.

jadi bukan semuanya perkara ada dalil dan nas. sbb tulah dalam soal cabang fekah pun ada 4 mazhab. bila takde nas dan dalil, kita guna qias dan sbgnya.

allahu wa alam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 07:50 PM | Show all posts
pada pendapat sayalah, disebabkan bacaan al-quran dah masuk kategoti ibadah khusus dan jadi amalan ibadah, selari dgn hadis lebih baik kita hindari syirik kahfi tu. Istilah syirik kahfi itu istilah syirik, tetapi syirik tetap syirik.
bab nak hindari diri dari syirik kahfi tu terpulanglah.

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembunyi.”

Doa gunakan ayat quran adalah yang terbaik tetapi niat dan nawaitu tu yang sukar kita nak jaga. Lebih selamat gunakan doa yang khusus. kalau nak doa sales kedai naik doa aje dengan Allah minta sales naik. Doa tu biar jelas walaupun Allah tu maha mengetahui apa dalam hati kita.

itu pendapat saya berdasarkan ilmu dan pengalaman saya yang seciput nie. Ada banyak pesakit gangguannya disebbkan amalan ilmu pelaris ini sebenanrya. Ilmu itu satu hal, jin pengamping amalan tu lah yang menggangu pekedai makan tu sendiri sampai satu keluarga sakit2.

bab macam nie, sukar nak buktikan, kecuali Allah uji kita bab gangguan jin. Bila dicari punca gangguan, ilmu pelaris rupanya.. Dah dipulangkan ilmu pelaris tu, barulah sembuh gangguan sekeluarga tu.

saya cuma share aje pengalaman dan ilmu seciput pinjaman Allah nie. nak terima ke...tak tolak ke...terpulanglah. Kita share aje pendapat kita...timbanglah mana yang baik dan elok.

Wallahu aklam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 08:01 PM | Show all posts
pada pendapat sayalah, disebabkan bacaan al-quran dah masuk kategoti ibadah khusus dan jadi amalan i ...
800wg Post at 4-2-2012 19:50



    yang menjadikan ia syirik ialah apabila kita meminta selain Allah, apabila kita yakin sesuatu yg berkuasa selain Allah. bacaan al quran adalah ibadah....doa juga ibadah....maka Allah telah pun menyuruh kita berdoa kepadanya, nabi saw sendiri telah beberapa aurah dalam al quran sebagai doa. jadi bagaimana ia menjadi syirik dalam kategori ini?

contoh kita berdoa sesuai dgn doa nabi zakaria memohon diberikan zuriat, ia terkandung dalam al quran doa tu. takan itu pun syirik? saya rasa maksud syirik tu sendiri harus kita fahami bebetul. berbalik kepada soal pelaris, membaca al waqiah sebagai mengikuti saranan nabi saw dimana beliau mengata barangsiapa membaca surah al waqiah akan dimurahkan rezeki oleh Allah, jadi bila ikut saranan nabi tak mungkin ia syirik. bagaimana tuan bole berkata demikian?

Saya rasa ia lebih kepada diri sendiri, samada kita yakin ayat yang beri rezeki, tu syirik. apabila kita mohon kepada selain Allah, itu betul syirik. bukan dgn bacaan al waqiah tu sendiri. begitulah fahaman saya yg masih belajar lagi. faktor niat juga harus diambil kira.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 11:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by 800wg at 4-2-2012 23:15

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembunyi.”

kalau dikaji ayat hadis ini, amalan ibadah mestilah kerana Allah. Bab itu mostly describe as ikhlas. Sembahyang kerana Allah , Puasa pun kerana Allah , baca Al-Quran kerana Allah. Ibadat itu hanya untuk Allah.

dalam bacaan iftitah solat:-

Sesungguhnya Solatku, Ibadah ku, Hidup ku , Mati ku kerana Allah tuhan Sekelian Alam.

harapnya tuan faham maksud saya. Bacaan ayat 100 dinar tu kan dah masuk kategori membaca Al-Quran dan dah dikirakan ibadah. kan ke selari ayat dalam iftitah tu dengan hadis tu?

Bab Nabi tu sendiri, Iman nabi Zakaria tu memang tak terbanding dengan kita. Saya cuma cerita. Kalaulah rasa bacaan al-quran diulang2 untuk melariskan kedai dan kerana Allah itu betul...Terpulanglah.

Niat ibadah nak lariskan kedai or sales dan juga kerana Allah, apa kategorinya? Itu cuma pendapat saya. Ibadah itu hanya untuk Allah bukan sebab lain or sebab nak lariskan kedai.


Anyway saya hanya menyampaikan kerana Allah. Terpulanglah kepada anda bab ini. Syirik nie dosa antara kita dan Allah dan bukanlah antara sesama manusia.

Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman:
الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ
"Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan". (Al-An`aam:88)

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65).

Nie pendapat saya, kalau salah..tolaklah..kalau betul terimalah. Kita sharekan pendapat dan benda2 yang baik sahaja. Niat sahaja tak menghalalkan cara, dan cara tak menghalalkan niat.

wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 01:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by Saat at 5-2-2012 01:36
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ial ...
800wg Post at 4-2-2012 23:03



    salam tuan, saya dapati tuan khilaf dari segi ibadah dengan permohonan. kita ibadat membaca al quran kerana Allah taala semata mata. ikhlas memujinya. tetapi sebagai hamba kita adalah lemah, allah maha kuat, kita perlukan DIA, manakala dia tak perlukan kita. jadi tidak bole kita nak samakan membaca al quran sebagai ibadat dalam niat murah rezeki. apakah salah kita berdoa pada Allah dengan mengikut hadis nabi melalui petikan al quran? jika tuan kata salah, bagaimana nabi boleh mengajar begitu? apa komen tuan dalam hal ini?

hadis nabi saw diatas, sama saja maksud saya, bukan soal sembah matahari atau bulan, tetapi nafsu dan syahwat. itulah kata saya sebelum ni bahawa NIAT tu penting, jika nagsu dan syahwat kita tidak betul, maka niat juga tidak betul. jadi hadis itu selari dgn apa yang saya maksudkan.

saya tak faham bagaimana tuan bole katakan niat ibadat tapi memohon rezeki. saya rasa tak timbul isu itu. ia lebih kepada bermohon pada Allah. ia adalah doa. even dalam solat kita pun semasa duduk tahiyat kita berdoa, sejahterakanlah aku, berikanlah rezeki kepada aku, ampunilah aku. apakah ini juga tidak ikhlas namanya dalam  ibadat? tuan jangan keliru dan mengelirukan.

sebenarnya saya tak faham apa yg tuan cuba nak sampaikan kerana setiap posting tuan, seolah tidak membaca apa yg saya telah katakan. jika tuan faham isi posting saya, maka tidaklah tuan petikan hadis itu, bukankah hadis tu selari dgn apa yg saya maksudkan? ayat tuan petik menyekutukan Allah, saya tidak nampak bagaimana dgn berdoa dgn al quran bole dikategorikan menyekutukan Allah, masyaallah..!! itu nabi saw yang ajar tuan.

jadi saya rasa cukup sudah penerangan tuan dan saya, maka saya simpulkan sajalah begini.

1. tuan berpendapat membaca al quran sebagai doa murah rezeki adalah syirik dan tidak betul.

2. pendapat saya, tidak salah berdoa dgn al quran selagi keyakinan kita pada Allah, selagi kita tidak meletakan ayat tu yg berkuasa. dan selagi kita memohon hanya kepada Allah.

saya rasa itu saja kesimpulan antara kita berdua. maka terpulanglah pada masing masing jalan mana untuk diikuti. kalau kita teruskan lagi , pasti lain jadinya.

allahu wa alam.

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 12:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by 800wg at 6-2-2012 01:37

salam ,

terpulanglah pada tuan nak pandang macam mana posting saya tetapi yang paling penting nak saya tekankan dan bagitahu ialah ilmu pelaris itu sendiri adalah ilmu sihir. Kalau kita faham definasi pelaris, kita tak akan mencampur aduk kan dengan permohonandoa memurahkan rezeki dari Allah.

ilmu Pelaris= Ilmu / amalan untuk menarik pelanggan masuk kedalam kedai dan melariskan jualan dengan menggunakan jin sebagai perantara. .


tuan boleh teruskan pendirian tuan bab doa dari Al_quran untuk ilmu pelaris, seri muka, penunduk dan pengasih dan sebagainya. Satu sahaja yang saya nak tekankan ialah ilmu-ilmu dan konsep ilmu sebegini tidak diajar oleh Rasullulah. Nak murahkan rezeki adalah amat berbeza sekali dengan konsep ilmu pelaris. Konsep ilmu seperti ini dah ada pada zaman rasullulah s.a.w tetapi Baginda sendiri tak ajarkan kita amalan itu dan ini untuk konsep ilmu sihir ini.

Saya tetap hormati pendirian tuan dalam hal berdoa nie dan terpulanglah pada tuan tentang konsep doa tuan. Berikut adalah pendirian saya:-

1) saya menerima konsep berdoa dengan ayat al-quran untuk meminta rezeki yang lebih dan murah dari Allah sesuai dengan maksud ayat al-quran itu sendiri, tetapi saya menolak konsep amalan ayat 1000 dinar untuk ilmu pelaris. Totally different thing kalau tuan mendalami hal-hal hakikat ilmu dan dampingan ilmu pelaris iaitu jin.

2) Ikhlas kan diri dalam ibadah. Ibadah biarlah kerana Allah dan bukan kerana nakkan ilmu, kelebihan itu dan ini. Besar risikonya itu menyekutukan Allah dengan makhluk (ilmu, kelebihan itu dan ini). Kalau tak syirik..alhamdulillah..kalau syirik...tak terampun dosa syirik tu.


Saya nie hanya menerangkan dan bercerita. Supaya kita kembali kepada sunnah rasullulah dan cara ibadat rasullulah dan mengesakan Allah dalam segala hal.Sebolehnya jauhkanlah diri dari melakukan ibadah atau sesuatu yang shubhah ataupun meragukan. kalau rasa tak yakin, jangan buat. Kalau yakin. teruskan.

Saya mohon maaf jika ada khilaf dalam menyampaikan. Topik ini adalah tentang adakah penggunaan ayat al-quran itu sihir itu syirik atau tidak? Jawapan saya...Yes..Syirik.

saya pun tak menjawab direct kepada tuan saat , Saya tujukan posting ini kpd semua pembaca termasuklah diri saya sendiri.

Wallahu aklam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 02:13 AM | Show all posts
salam semua,

bab hadis bacaan waqiah membanyak rezeki, saya mencari hadis asal dan didapati hadis ini lemah dan ada pendapat hadis ini palsu.

http://fitrahfitri.wordpress.com ... memperbanyak-rizki/

wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 08:49 AM | Show all posts
ngape perlu kiter kena baca potongan ayat alquran dulu baru Allah perkenankan Doa kiter?

Tak boleh ke, kalau kiter berdoa terus kepade Allah? ini dah seolah - olah kene ade password pulak untuk berdoa..

Untuk pelaris passwordnyer ayat seribu dinar
mintak murah rezeki passwordnyer surah al waqiah
kebal/hebat passwordnyer laqad ja akum
dan banyak lagi.

adekah dengan tidak guna password tu doa kiter tertolak?

pendapat saye baca al-quran tak salah malah lagi bagus...baca lah mana2 potongan ayat alquran tu dengan ikhlas. memang betul quran tu syifa dan sebagainyer tapi itu biar Allah yg tentukan....kiter baca dengan ikhlas untuk memuji/membesarkan Allah untuk mengambil pengajaran dari alquran, rasenyer tak susah pon.

yang susahnyer bila kiter dah tetapkan ayat nih untuk itu dan ini, kiter akan baca dgn niat akan tercapai hajat tuh.bila tak tercapai hajat tuh mulalah hati berdetik macam2..."betul ke quran nih?. aku dah amal ayat nih sekian lama kedai tak laku2 gak...baik aku gi cari pelaris kat tokong siam lagi bagus"

berbeza membaca alquran dan berdoa...
baca quran dgn ikhlas. (ibadah)
doa..nak mintak ape pon mintak lah...Allah maha Kaya..tak perlu password2nyer hehehe
tapi kalo kiter nih syirik ngan Allah cemane doa nak makbul kan kan kan

sama2 kiter renung2kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:49 AM | Show all posts
amalan ilmu pelaris yang haq dan sebenarnya ialah mudah, kalau ada kedai makan...amalan pelaris yang ...
800wg Post at 4-2-2012 18:46



   BETUL2 SOKONG2....tu lah pelaris yg betul... pelanggan pon suke..makan sedap,tempat bersih,pelayan bagus2, harga makanan berpatutan... komfirm berduyun2 org masuk. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 01:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah..ada pertambahan ilmu kepada hamba yang cetek ilmu ni..TQ tuan 800wg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 03:11 PM | Show all posts
ngape perlu kiter kena baca potongan ayat alquran dulu baru Allah perkenankan Doa kiter?

Tak bole ...
gammbir33 Post at 6-2-2012 08:49



   salam,

soklan tu mengapa tidak berdoa terus kepada Allah, mengapa mesti baca al quran untuk berdoa? soklan ni eloklah tuan tanya pada nabi saw sendiri, mengapa dia ajarkan begitu. oleh kerana nabi saw telah wafat, maka bertanyalah kepada yg arif.

saya setuju dari satu segi bahawa membaca al quran haruslah ikhlas semata kerana Allah, itu rasanya semua orang tak pertikaikan. tapi soklan bagaimana pula hadis hadis nabi saw yg menyuruh kita berdoa dgn ayat al quran? disinilah kita mesti tahu bezakan sesuatu hukum. sudah tentu jika niat kita berdoa dgn al quran tuk kebal, untuk pemanis dan lain lain faedah keduniaan yg mana niatnya untuk membuat salah dan kerosakan, sudah tentu ia tidak betul dan akibat nafsu jahat walaupun dgn bacaan al quran, ia akan mendatangkan bantuan jin.

oleh itu, saya mengambil pendirian ditengah bahawa, berdoa menggunakan al quran memang boleh berdasarkan hadis nabi saw.itu saja. yang lelain samada ia salah atau tidak adalah bergantung kepada niat dan tujuan seseorang. kalau memang salah berdoa menggunakan al quran, dari awal nabi saw sendiri melarangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 03:15 PM | Show all posts
salam ,

terpulanglah pada tuan nak pandang macam mana posting saya tetapi yang paling penting nak ...
800wg Post at 6-2-2012 00:53



    baiklah tuan mengatakan " apa yang nabi tak ajar kita jangan buat". cuba terangkan bagaimana konsep membuang saka, sihir yang tuan belajar dari cikgu ismail. apatah tidak ada apa apa bacaan al quran untuk rawatan sihir,apakah kaedahnya memang ada diajar oleh nabi saw , memandangkan tuan kata al quran hanya boleh dibaca semata mata ikhlas pada Allah.

semoga beri pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 03:31 PM | Show all posts
salam,

soklan tu mengapa tidak berdoa terus kepada Allah, mengapa mesti baca al quran un ...
Saat Post at 6-2-2012 15:11



   saudare saat.saya tak mengatakan berdoa dengan petikan dari alquran tu salah...berdoa dan membaca alquran 2 perkara berbeza..

sekiranyer saudara berdoa dan saudara selitkan ayat quran dalam doa sedare tu tak jadi masalah pon. sebab sedare berdoa/meminta dan quran tu kalam Allah..

yang saye maksudkan kiter mengamalkan potongan ayat2 alquran untuk mendapat sesuatu yg kiter hajati. Cth: Pelaris,Pemanis, dll apakah amalan2 seperti itu boleh di kategorikan sebagai doa juga?.

sebab tu saya tanyer ngape tak boleh berdoa terus jeeee..

cth: kalau saudare saat seorg yg fasih dlm quran saudare boleh selitkan dlm doa saudare potongan ayat2 quran yg maknenyer menepati hajat saudare bagi saya itu tak salah pon. sebab kiter dlm berdoa/meminta.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 04:01 PM | Show all posts
  saudare saat.saya tak mengatakan berdoa dengan petikan dari alquran tu salah...berdoa dan membaca alquran 2 perkara berbeza..

1) sekiranyer saudara berdoa dan saudara selitkan ayat quran dalam doa sedare tu tak jadi masalah pon. sebab sedare berdoa/meminta dan quran tu kalam Allah..

2) yang saye maksudkan kiter mengamalkan potongan ayat2 alquran untuk mendapat sesuatu yg kiter hajati. Cth: Pelaris,Pemanis, dll apakah amalan2 seperti itu boleh di kategorikan sebagai doa juga?.

sebab tu saya tanyer ngape tak boleh berdoa terus jeeee..

3) cth: kalau saudare saat seorg yg fasih dlm quran saudare boleh selitkan dlm doa saudare potongan ayat2 quran yg maknenyer menepati hajat saudare bagi saya itu tak salah pon. sebab kiter dlm berdoa/meminta.
gammbir33 Post at 6-2-2012 15:31


salam tuan,

saya tidak faham, cuba tuan baca semula, pada no 1. tuan kata tak salah berdoa dgn diselitkan Al quran. sbb adalah doa dgn ayat dan kalam Allah. ok saya faham dan setuju.

tapi no.2 pula tuan contradict dgn no.1. mengamalkan potongan al quran tuk mendapat sesuatu hajat.contoh pelaris dll, tuan maksudkan ini bukan doa? seperti yg saya fahamlah.

balik no.3 tuan kata sekali lagi boleh selitkan apa apa ayat al quran tuk menepati apa yg kita hajatkan.


jadi, saya rasa apa yg tuan kata sama saja dgn maksud saya, iaitu niat. saya rasa sama saja maksud tuan dgn saya, seperti mana telah saya posting awal. bahawa berdoa dgn ayat al quran tak salah kerana ada hadis dimana rasullulah mengajarkannya.

cuma saya kata, jika niat kita salah, maka kita berdoa walaupun dgn al quran, ia tetap salah kerana ia mendorong kepada bantuan jin. yerla kan, benda jahat nak buat baca al quran, mana mungkin Allah reda, tentulah setan jin yg ambil peranan.

jadi kesimpulannya, bukan salah berdoa dgn al quran bukan? sesuai dgn ajaran nabi saw.

tapi yg masalahnya NIAT dan NAFSU jahat dengan tujuan tidak baik, seperti baca ayat yusof dgn niat nak pemanis, penunduk dan untuk menganiaya sesorang wanita. inilah dikatakan sihir, walaupun kita baca dan doa dgn al quran.

sbb tulah saya kata saya ambil jalan tengah, iaitu :-


1. bukan salah berdoa dgn al quran asalkan niat betul, tujuan baik, contoh kita baca al waqiah tuk kelancaran rezeki. dan disertakan keyakinan bahawa Allah yg berkuasa, bukannya ayat.

(jadi saya tidak setuju bilamana kita terus pukul rata kata asal  berdoa dgn al quran tak kira apa pun tetap salah. al quran hanya dibaca kerana Allah semata. inilah maksud saya yg tidak setuju. )


2. saya menolak membaca al quran dan setuju sekiranya tuan maksudkan dgn membaca al quran dalam doa dengan niat pelaris, pemanis tetapi bercampur dgn kaedah lain seperti bakar kemenyan, percaya bahawa kaedah itu yg berkesan, tanpa bersandarkan kepada Allah swt.

kesimpulannya ialah tidak salah berdoa dgn al quran untuk keperluan hidup, asalkan tidak berlaku syirik iaitu percayakan kaedah, percayakan ayat yg memberi bekas. sekali lagi samada bole atau tidak berdoa dgn al quran adalah melihat dan menilai kepada NIAT.

allahu wa alam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.717381 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list