CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: brown93

[BEST + ULTRA SERAM ]Misteri Riviera II Apartment

[Copy link]
Post time 20-3-2013 09:32 AM | Show all posts
SakuraMiyagi posted on 19-3-2013 04:09 PM
Hehe..  nak lg ke crite lain? tp arini x sempat nak post..
bz sket.. mlm smlm free tp xde org rep ...

sambungan pliss. aku suka citer hang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 03:47 PM | Show all posts
rangkaikartika posted on 20-3-2013 09:32 AM
sambungan pliss. aku suka citer hang ni.

Ok lahh.. untuk x menghampakan ko ni aku tepek lg criter riviera apartment... enjoys..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:58 PM | Show all posts
Kisah 2 - Kerasukan

P/s: ini kisah yg aku dgr dari mulot ke mulot… klu org ygcriter kat aku tu tipu maka ape yg aku crite tipu laa jugak.. anggap jeksebagai hiburan.. Aku olah cerita ni ala2 novel baru best sket baca…

“Aku” dlm crite iniadalah mangsa. Sebenarnye aku x sure sgt mangsa nie duduk tingkat berape. Dlmtingkat 5/6 mcm tu laa.. Aku x tau sejauh mane kebenaran cerita ni. Sbb masaaku dgr cerita ni aku dh graduate. Katanye sbbkan insiden nie laa kolejpindahkan student dari situ. Pihak kolej x hebohkan perkara ni untuk jaga namabaik kolej. Klu ada witness, sila la tampil buat pengesahan cerita nie…

Exam dh makin dekat.. Subject banyak lagi yg aku xulangkaji.. aduuhhh!! Malas betul laa nak study mlm2 nie.. tp kang x studymcmane nak jawab soalan peksa?? Kang x lulus mau menjawab aku dgn family kat kampong…worst case mcmane pinjaman mara aku nak lulus klu pointer low.. Aaarrhhgg!! Tension!!Ajib (my bf, bukan name sebenar) plak asyik msg ajak keluar… mcmane nie?? Ah,makin aku duduk kat bilik nie makin serabut lahh!! Persetan kan exam tu sume..baik aku keluar jumpe ajib.. lg best!

Rini (mangsa, bukan name sebenar) Baru first semester katKolej XXX. Negeri tmpat kelahiran terpaksa dirahsiakan. Asal org kampong jek,tp bile blaja kat bandar besar jd mcm culture shock sket.. Tudung dh terbangtah kemane.. dh mula pakai seksi2.. skirt pendek dan sleeveless tu kebiasaanbagi rini.. Baru laa urban pakai mcm nie.. Lagi2 sejak berboyfriend kan Ajib..Dah pandai clubbing, mabuk2…

Rini terus sms Ajib ajak jumpe. “Papa, jom laa jumpe.. tplepak Riviera jek bole x? Mama kene study laa mlm nie. Date tempat biasa eh?”.Send. Puas hati rini dpt jugak jumpe buah hati dikala hati tgh bercelaru. Dgnhanya berskirt pendek pangkal peha and sleeveless pendek, dicapai sweater dan teruskeluar utk jumpe ajib.

Seperti biasa port aku dgn Ajib kat tangga block. Tanggablock line sgt clear. Sape nak guna tangga klu apartment ni ada lift. Nak ketingkat 1 pon xde yg rajin nak guna tangga. Dah laa gelap.. Mmg sesuai sgttempat project.. Aku sampai kat tangga block tingkat 3 lebih awal dari ajib.Ala, ajib pun duduk Riviera so x lama laa kene tunggu pun. Sunyi lain mcm plakkat area tangga nie.. Walopun hiruk pikuk student2 still kedengaran berlegar2kat lobi, ada yg lepak tgk astro kat che kiah café, ada yg bermandi manda katswimming pool. Aku duduk kat tgh2 anak tangga. Sambil sms ajib suruh dtg cepat.Tiba2 rasa tengkuk meremang. Sepantas kilat aku toleh sekeliling. Kelam. Sunyi.Hanya sedikit cahaya masuk dari tingkap kecil tepi tangga tersebut. Keriuhanstudent di swimming pool masih kedengaran agak jauh memandangkan tangga blockni agak kebelakang sket.

Buukkk!!!  Tiba2bunyik sesuatu jatuh. Mcm dari atas.. aku terkejut. start berdebar2 memandangkan hanya akusorang kat tangga kala ini. Aku toleh ke atas. Seperti ada kelibat yg mengintaidari celah anak tangga tingkat atas. Berderau darah aku. Aku perhatikan betul2sbb keadaan agak kelam. Xde plak. Perasaan jek kot. Ishhkk.. mane ajib nie!! Sepulohminit dh nie.. lembab tul laa mamat nie. Tiba2 rasa angin lalu belah kiri aku. Cepat2ku toleh. Xde ape. X sedap hati. Aku toleh balik keatas. Sekali lg kelibathitam itu aku nampak sekilas. Sepertinye td masih mengintai aku. Aku geram.Ajib laa nie main2.. Terus hilang rasa berdebar sebentar td.

Cepat2 aku jerit..“papa, jgn laa main2.. saje tau takutkan mama. Kata nak jumpe, cepat laa.. mamabalik laa mcm nie!!” pura2 merajuk.. hehe.. selalunye menjadik klu aku wat mcmnie.. utk seketika, sunyi. Xde yg menyahut. “papa, jgn main2 lahh!!” tiba2..Duumm!!! Pintu tangga tingkat 4 seperti tolak kuat. Disebabkan terkejut yg amataku terus berlari ke pintu tangga utk keluar. Bile aku bukak pintu tangga jek  muke ajib terpacul..

“mama ckp dgn sape td? Papa dgr mama mcm ckp sumting”.

Lega. Wajah yg kutunggu muncul jugak.

“ Eh, xde laa.. mane ada. Mama dh nak balik dh.. papa laa nilambat sgt. Mama nak study lg nie..”

“ala, sori laa.. sakit perut td..”

“alasan! Nape x msg?” Ajib hanya tersengih. Td dia yg beriyanak jumpe.

Ajib tarik tangan aku kearah tangga. Dia dudukkan akudisitu. Seketika aku terlupe tentang kejadian td. Sedang aku berborak2 dgn ajib,tiba2 terasa angin halus bertiup di telinga.. hatiku berdebar. Hmm.. mungkin angindari tingkap kecik ni kot. Aku berdiri dihadapan ajib yg sedang duduk ditangga.Menghadap kearah atas. Ajib memegang pinggangku. Tangannye mula merayap2. Kubiarkan sahaja. Ketika aku sedang asyik “project ringan2” dgn ajib, matakuseperti tertarik untuk melihat ke atas. Mataku terus terpaku pada susuk gelapyg mengintai dari tingkat 4 itu. Dan kali ini kelibat itu tak plak melarikandiri seperti td. Susuknye hitam. Tiada rambut. Muke tak jelas tp bermata merahmerenung tepat ke arahku. Kerana terkejut terus aku peluk ajib kuat2. Ajib ketawakerana menyangka aku saje mendekatkan dada ke mukanye. Perasaan takut makinkuat. Tanpa berlengah aku terus tarik tangan ajib dan keluar dari area tanggaitu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:03 PM | Show all posts
Ajib tertanya2. “kenapa nie? Kenapa cepat sgt?”

“mama nak balik laa. Nak study. Exam kan dh dekat.” Kataku tegas.Tp yg kedengaran amat jelas nada takut. Terus aku bergerak kearah lift untukpulang ke rumah tingkat 5. Aku hanya tinggalkan ajib dlm keadaan terpinga2. Lepaskeluar dari lift ditingkat 5, corridor agak lengang. Aku pandang jam di tangan,aahh, dh pukul 11 patut la.. Walaupun lobi masih ramai student, tp corridortingkat 5 agak lengang. Ada 1, 2 lampu corridor yg rosak tidak menyala. Langkahku percepatkan. Aku terpaksa guna lift tgh sbb lift berdekatan rumahku rosak.Badan dh mula seram sejuk. Bodoh. Kenape aku x suruh ajib hantar sampai depanpintu jek td? Eh, mane bole lelaki naik tingkat 5. Kene tangkap dgn wardenmampos! Kenapa laa aku rasa jauh sgt rumah kali nie? X sampai2 plak.. Sambilberjalan aku toleh sekali sekala ke belakang. Ku rasakan seperti ada org ikutdari belakang. Tp bile toleh xde plak. Aku mula berlari anak. Sampai jek depan pintuterus ku keluarkan kunci. Tangan ku menggigil. Seperti ada seseorg yg berdiridibelakangku kini. Aarrgghh!! Kenape kunci ni x nak masuk plak?? Telinga kirikuditiup… Aaaarrgghhhh!! Aku menjerit sambil ketuk pintu bertalu2…

Pintu dibuka Kak Lin(bukan nama sebenar) aku terus menerpa masuk peluk Kak lin. Seniorku. Aku menggigilketakutan yg amat sgt. Ku lihat keluar, tiada siapa disitu…
“hah? Dh kenape ko ni rini? Mcm jumpe hantu jek??”. Akudiam. “tu laa suke dgt balik malam2, dh tu pakaian tu x bole ke elok sket? Ni darimane ni?” pertanyaan kak lin ku biarkan sepi. Kak lin mmg suke bebelkan aku. Berbagainasihat dia bg. Katanye xnak aku hanyut. Mmg kebanyakn nasihat dia betul tp akujek yg masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ape pun kak lin baik orgnye.Alim. X banyak ckp.

Aku terus masuk ke bilik ku dan tutup pintu. Malas aku naklayan bebelan kak lin tu. Mlm nie aku keseorangan dlm bilik. Tina dgn mira tidorumah kawan diorg tingkat 6. Tanpa basuh kaki aku terus terpa kearah katil.Masih memikirkan perkara td. Sebelum nie aku lepak situ buat project xde plakkene. Nape arini tiba2 jek? Aku bangun lalu bukak tingkap. Angin menderu masuk.Sejuk. Dibawah masih bersaki baki student lepak2. Tp dh x bising seperti td. Dirikukembali tenang. Ku lihat jam, dh pukul 1.30?? Cepat2 aku keluarkan buku2 notadan rujukan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:10 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Mata dh start mengantok. Tpmasih berbaki beberapa bab untuk diulangkaji. Ku gagahkan diri. Aku berdiriseketika melegakan lenguh2 badan kerana duduk study dari td. Seketika aku ketingkap. Menoleh ke bawah. Sunyi. Sepi. Kebanyakan penghuni Riviera dh tido. Esokkan masing2 ada kelas. Aku kembali ke meja untuk menyambung ulangkaji ku.

‘riniiii…’ Tiba2 aku dgr suara memanggilku. Spontan akumenyahut..’ya.. kenape?’ kepala ku berpaling kearah pintu. Diam untuk mendgrsiapakah yg memanggilku itu. Tp suasana sunyi sepi. Aku terus bukak pintubilik. Hall rumah gelap. Aku keluar menuju ke bilik kak lin. Aku ketuk pintubilik kak lin. Sejurus kak lin buka pintu aku terus tanya ‘akak ada panggilrini ke?’ Kelihatan kak lin baru ingin menyarung telekungnye. Rajin betul kak lintahajud. Klu aku tido lg syok..

‘eh, xde plak. Kenape?’aku pelik dgn jawapan kak lin. Sbb mmg aku dgr dengan jelas seseorg memanggil namakutd.

‘oh, xde pape laa.. yg lain dh tido ke? Bilik ain pun dhgelap’ Saje aku berbasi dgn kak lin. Bilik ketiga, pun aku tgk mmg dh gelapmasa aku keluar bilik td. Cuma bilik kak lin jek masih terang.

‘sume dh tido laa rini. Kan dah kul 3 lebih nie..’ kata kaklin.  aku garu kepala yg tak gatal.

‘xpe la kak, nak sambung study nie, saje jek tgk akak dhtido blom..’

Aku kembali ke bilik dlm keadaan bingung. Iskhh.. dh ngantoksgt kot aku ni… Aku sambung study.

‘Riniii……riniiiiii….’ Suara lembut memanggil2 namaku… akuangkat kepala. Cuba amati suara itu. Antara dengar tak dengar.
‘ Riniiiii…riniiii…marilaaahhhh….’Seperti dipukau aku bangun lalu berjalan kearah tingkap.

Aku sedar masa ni. Tpseperti satu kuasa yg mengawal pergerakanku. Tingkap ditolak seluas-luasnye. Akumenjenguk kebawah. Kelihatan ramai perempuan berbaju putih dibawah. Melambai2kearahku. Pakaian mereka walaupun kesemuanye berwarna putih tp cantik2 belaka. Hampirsemua berambut panjang. Wajah mereka semuanye pucat. Masing2 tersenyummemandang aku. Tp….senyuman itu…… sgt menyeramkan….

‘Riniii….riniiii..marilaahhh…'terngiang2 suara merdu itu memanggil2…
‘marilaahhh….’ Mindaku masih sedarsepenuhnye.

Tp aku tak berdaya untuk melawan. Kuasa yg mengawal badanku terlalukuat. Aku mula capai kerusi. Letakkan di tepi tingkap itu. Aku mula cemas, mulamenangis. Tp semcm tiada apa yg boleh aku lakukan. Aku terus panjat kerusitersebut. Dan mengeluarkan kaki dari tingkap… Aku menangis, menjerit memintatolong, tp semua itu hanya kedengaran dlm hati.




Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 04:23 PM | Show all posts
Tiba2 aku dgr pintu bilikku diketuk bertalu2.. suara kak lindan budak2 bilik dia memanggil2 namaku bertalu2.. aku ingin menyahut. Aku menjeritmemanggil kak lin. Tp semuanye hanya bergema dlm hati.. Ya Allah, kenape dgnaku nie?? Mataku masih tertancap pada makhluk2 berbaju putih dibawah.. kesemuamasih memanggil2 dan melambai2…

Kedua kakiku kini berjuntai keluar dari tingkap.. aku dudukdi birai tingkap sambil memegang bingkai tingkap…
‘pergii…pergiii kearah merekadibawah…pergii!!!’ seperti satu suara berbisik ditelinga.
aku menangissemahunye tp aku x bole mengawal diriku sendiri.  Kelihatan beberapa buah rumah di blockapartment kiri dan kanan  rumahku mulamenyalakan lampu… Ape yg jadi kat aku nie? Suara bisikan makin kuat suruh akumengikut makhluk2 dibawah. Ya Allah inikah balasan yg aku terima dari segaladosa2ku…

Pintu bilikku seperti ditolak dgn kuat. Aku terus menoleh. Gambaranterakhir yg aku ingat hanya kak lin yg cuba menerpa ke arahku…bile ku cuba bukamataku, terasa sakit yg amat diseluruh badan. Yang aku nampak cuma kelibathitam td menjenguk dari tingkap bilikku. Ya Allah… ape dh jd? Gelap. Akupengsan.

Sedar2 jek aku dikelilingi oleh ahli keluarga. Semua ada. Makmenangis2 ditenangkan ayah. Aku lihat sekeliling. Oohh.. aku dihospital. Ape dhjd? Aku menangis semahunye. Mak terus memeluk aku. Rupenye aku lumpuh daripinggang ke bawah. Kakiku patah. Tulang punggungku juga patah.. Dari cerita mak,aku terjun dari tingkap hostel….


Cerita dari kak lin
Lepas jek rini berlalu masuk ke biliknye kak lin sambungniatnye untuk bertahajud mlm tu. Sedang Kak lin ingin mengangkat takbir tiba2terdgr jeritan nyaring… terdiam kak lin. Min, sara & jeni turut terjaga.Kami semua bergegas keluar bilik. Jeritan datang dari arah bilik rini. Rinimenjerit2 seperti kerasukan sambil ketawa mengilai2.. Pintu bilik sepertidikunci dari dlm. Puas kami mengetuk dari luar sambil memanggil2 rini.. Jeniberlari ke bilik untuk call warden. Seluruh warga rumah telah bangun dan cubamembuka pintu bilik rini. Pelik. Rasanye pintu bilik rini rosak. X bole kunci.Kami ramai2 cuba merempuh pintu tersebut. Hilaian dan jeritan rini masihkedengaran. Seram..

Rempuhan demi rempuhan akhirnye pintu bilik rini terbukak.Ape yg kelihatan adalah rini yg duduk dibirai tingkap sambil menoleh kearahkami semua. Rini tersenyum. Menyeringai. Seram…. Belum sempat kami terpa kearahnye rini telah terjun kebawah sambil masih tersenyum menyeringai….






Nota kaki: Sebenarnye aku geli nak guna perkataan papa-mamatu. Tp itu laa panggilan yg popular utk mereka2 yg couple masa zaman aku studydulu…



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2013 05:02 PM | Show all posts
YA ALLAH!!! cerita betul ke ni.. takutnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 05:19 PM | Show all posts
aza posted on 20-3-2013 05:02 PM
YA ALLAH!!! cerita betul ke ni.. takutnyaa

xtau sejauh mane kebenaran cerita nie... maklum laa cerita dari mulot ke mulot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 05:29 PM | Show all posts
SakuraMiyagi posted on 20-3-2013 04:23 PM
Tiba2 aku dgr pintu bilikku diketuk bertalu2.. suara kak lindan budak2 bilik dia memanggil2 namaku b ...

agagagaaga.. seram giler kot!

ko kenal ke mangsa tu?? then what happen next??

tabik spring kt ngko sbb gigih mengarang. thanks!! ade bakat ko ni.jadik novelist thriller. ade can ganti ramlee awang murshid.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 05:35 PM | Show all posts
Series seram..
Part menyeringai tu x bleh blah
Kalau aku kat tmpt kak lin n kwn2 mst teringat2 smpai sudah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 05:49 PM | Show all posts
rangkaikartika posted on 20-3-2013 05:29 PM
agagagaaga.. seram giler kot!

ko kenal ke mangsa tu?? then what happen next??

huhu... aku mmg x kenal langsung mangsa tu.. cerita ni diceritakan junior aku. berlaku selepas aku grad.
junior aku bgtau mangsa dh x belaja lg lepas tu. familynye bawak balik kg... katanye pihak kolej tutup kes sbb xnak name kolej buruk...
keluarga mangsa diberitahu yg anak dia stress sgt study sbb nak exam... tu yg buat tindakan luar kawalan..
mcmane keadaan mangsa now wallahualam... idok lerr teman tau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 10:18 AM | Show all posts
SakuraMiyagi posted on 20-3-2013 05:49 PM
huhu... aku mmg x kenal langsung mangsa tu.. cerita ni diceritakan junior aku. berlaku selepas aku ...

bila nak kuarkan cerita lain.. tak sabor nak baca ni.. huuuhuhhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 11:48 AM | Show all posts
aza posted on 21-3-2013 10:18 AM
bila nak kuarkan cerita lain.. tak sabor nak baca ni.. huuuhuhhu

cerita sedang dikarang... tp xtau sempat tepek arini ke tak... bz sket arini... sabar ye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:23 PM | Show all posts
ishhh seram cite ni
search kat google psl rivera pun scary gile tmpt ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:41 PM | Show all posts
fuh....meremang bulu roma aku bace...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 03:44 PM | Show all posts
Amboihh... kemain mendap umah neh... sori ye lama x update crite,, x brape sihat lak...
Ok ni nak sambung crite..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 03:53 PM | Show all posts
Kisah 3 – Lift

P/S: Nie kisah yg aku alami sendiri… Semua watak bukan namasebenar, ofcoz kengkawan aku x panggil aku sakura.. tu name forum jeh...


Ada satu mlm tu kakak senior rumah mila ajak kitorang lepak makan kat mapleyberdekatan dgn Riviera Apartment tu. So kul 10pm mcm tu aku, mila, dgn 4 orgakak senior umah mila pon gerak laa dari umah ke mapley tuh..  Masa keluar umah tunggu lift, aku pasan kattingkap cermin tepi lift terbias bayangan something. Terus aku pandang tepat ketingkap tu.. xde pape pon.. pelik… Tp aku dpt rasakan sumting kat situ.. akubuat2 biasa jek… tunggu lift mcm biasa.. But still aku perhatikan tingkap cermin tu dgn ekor mata.. mmg adabiasan bayangan putih berbungkus disitu… berderau darahku seketika.. dada mulaberdegup kencang.. perasaan cuak mula menular… aku biarkan jek.. xde nak bising2,kang x jd keluar mau kebulur aku…. Dah la kitorg sume pompuan, sure sume pakatxnak keluar sbb takut nnt… Perasaan cuak mmg ada, tp sbb kitorg ramai… Lgpunbenda tu kat luar.. dan samar2 jek kelihatan... mebi aku salah tgk... so xde la takut sgt…

Lift yg kitorg naik ni lift yg paling hampir dgn rumah mila…sebenarnye lift ni terletak depan pintu rumah jek… bile bukak pintu mmg terusbole nampak ruang depan lift… lift ni ada problem. Iaitu x kira kite tekan ataux tingkat 3, lift nie mmg akan berhenti kat tingkat 3. X kira laa time naik keturun ke mesti berenti and pintu lift terbukak.. Dah laa tingkat 3 tu xde lampukat depan lift and corridor berdekatan lift. So klu lift nie berenti kattingkat 3 mmg biasanye semua akan terdiam sbb cuak… gelap gelita kot… dah laatingkat 3 tu lelaki yg dok… salu theyol buat pedajal kat student pompuan katdlm lift… tu yg student pompuan akan extra careful klu lift berenti kat tingkat3.

Masa lift nie berenti kat tingkat 3, pintu lift terbukak.Sume terdiam.. dah laa kitorg ber6 jek dlm lift tuh… Disebabkan aku berdiri katbelah kiri lift bile pintu terbukak automatic mata aku tertacap pada tingkapcermin tingkat 3 kat belah kanan luar lift… Namun tiada apa disitu… Lega! Cuakgak aku klu benda kat atas td turun skali menjenguk kat tingkat cermin tingkat3 nie… gile?? Klu kat tingkat 5 td ruang depan lift ada lampu, so aku cumanampak bayangan yg x berapa jelas sbb cermin tu akan biaskan bayangan kitorg…cuba bayang klu xde lampu kat depan lift tu… harus bayangan kat luar akan jdlebih jelas….

Sepanjang perjalanan ke mapley xde pape yg berlaku… kamiberjalan kaki jek.. Masih ramai penghuni yg keluar masuk pada waktu nie…Walaupun xde pape yg berlaku sepanjang perjalanan pergi ke mapley, tp hati akuberdebar2  x tentu hala… mcm ada sumtingyg akan terjadi… biasanya firasat aku mmg kuat… Arrgghh!!! Aku cuak sendiri…

‘Eh Sakura, ko nape diam jek? Pucat semcm aku tgk.. Ko okx?’ tanya mila prihatin..

Ahh… obvious sgt ke muke cuak aku?? ‘xde ape laa… lapa sgtkot..’ aku saje berdalih…

Pertanyaan tentang muka cuak aku terhenti disitu bile aku mulatukar topic dan mula bising mcm selalu… Saje nak buang perasaan gundah hatinie…

Dalam kul 1.00am mcm tu kitorang balik. Perjalanan balikjuga tiada apa2 yg berlaku. Tp perasaan ku makin berdebar2… xtau kenapa… Masanaik lift, perasaan cuak tu menjadi2.. iskh.. kenapa lahh dgn aku nie?? Mcm2aku baca untuk tenangkan hati… sampai jek kat tingkat 3, pintu lift terbukak…gelap gelita. Sunyi. Terasa sgt seram. Masing2 mmg terdiam seribu bahasa. Kluboleh masing2 xnak pandang keluar lift… aku terasa nak sgt jenguk kat tingkapcermin tngkat 3 tp aku tahan diri… ye laa, aku nie bukan berani sgt.. kangnampak benda bukan2 x pasal2 demam seminggu… beberapa saat yg berlalu semasa lift berhenti ditingkat 3 dirasakanterlalu lama… bile pintu lift tertutup jek masing2 mengeluh kelegaan…

‘Fuhh lega.. nasib x nampak pape….’ Keluh kak ema. Berderaudarah aku… ada org penah nampak pape ke?

‘Nape kak? Ada org penah nampak pape ke kat tingkat 3 tuh?’tanya mila… eh budak ni. Sama plak ape yg dia pk dgn ape yg aku pk…

‘Penah dgr dah ramai yg jumpe cik poch bile pintu lift terbukakkat tingkat 3… nak2 lg klu lepas kul 12’ ujar kak gie.

Bole nampak muke mila berubah pucat tiba2.. terus mila peluklengan aku… klu aku cerita ape aku nampak td makin cuak laa si mila ni kang…




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 04:01 PM | Show all posts
Bile tiba tingkat 5 kami terus bergegas bukak pintu.. kesunyiandi sekitar corridor tingkat 5 sgt2 terasa… dgn angin malam bertiup lembut…makin menyeramkan lg keadaan ketika itu… Sampai jek bilik, kak gie bising2 suruhsume org basuh kaki… katanye takut benda ngikut… masing2 ke bilik untukmerehatkan badan… bile aku dgn mila masuk jek bilik, tgk2 si siti tghberkemas2… hmmm… mesti nak balik umah… home sick lettew!!

‘eh, korg dh balik? Lamanye korang melantak? Eh sakura, milannt bole x teman aku turun? Mak aku dtg amik aku kul 3 nnt..’

‘ko nie xde masa lain ke nak balik? Tido jek laa sini dahlewat kot… ape laa beza balik esok pagi jek?’

Aku cuma mendiamkan diri mendengar mila bebelkan si siti..betul jugak ape yg dibebelkan.. nape laa pukul 3 sibuk nak balik bagai… apebeza balik kul 3 pagi dgn 8 pagi??

‘Ala…aku nak balik jugak laaa…lgpun esok pagi aku dh adakelas… aku ke kelas dari rumah jek…’

‘hmmm… tgk laa klu aku x tido lg… klu x ko turun larrsendiri ekk…hahahahaha..’ gile jahat si mila neh.. saje nak kenekan siti…

‘alaaa… milaa… aku takut laa nak turun sorg.. ko teman laaaku dgn sakura…’

‘yelaa…yelaahhh… nnt aku dgn sakura temankan..’ ewah2…pandai tul ko berjanji yek milaa!!! Jerit aku dlm hati..

tp aku tersenyum dgnkeletah mila tuh. Lurus betul… mulot jek ckp kemain tp ape org suruh susahbetul nak menolak.. x pasal aku terbabit sama… ni la nasib org menumpang…

Aku bukak laptop. Mata x ngantok lg… main game jap lah… milaku tgk sibuk mengulit novel dia..
Dlm kul 3 mcm tu fon siti berbunyik.. maknye dah sampai latuh..

‘eh jom teman aku turun wehh… mak aku dah sampai…’

‘laaaa… hampagas punye budak, td dia yg bukan main berjanjinak temankan siti, dh tu dia yg terbongkang tido dulu!! Keji betul!!!’ hanginplak aku dgn mila… td dia yg kemain nak teman siti ni tp dia plak dhterbongkang tido… nampaknye terpaksa laa aku sorg teman siti… shit! Aku sorg??

‘ape kata ko try ajak budak lain.. xkan ko nak naik sensorgnnt??’ ujar siti….

Betul jugak… klu aku sorg teman siti kang xkan aku nak naiklift sensorg.. kami keluar bilik. Tgk2 kedua2 bilik budak2 lain sume dh gelap…aku terdiam. Aarrgghhh!! Aku sorg jek laa kene teman siti nampaknye…

‘tu laa siti.. len kali nak balik tu plan laa elok2… x kemenyusahkan org namenye nie?? Len kali ko nak balik lg time2 mcm nie ko turunlaa sensorg!!’ kataku meradang dgn tindakan siti yg nak jugak balik kul 3 pagimcm nie… siti cuma sengih2.. tau salah sendiri… siti cuma mampu sengih jek.Banyak ckp kang mau kene turun sendiri…

Bile bukak jek pintu, suasana kat luar teramat sunyi. Sepi.Yg ada cuma tiupan angin lembut menampar2 muka… iskhh.. lain mcm jek nie.. akudpt rasakan semcm… sunyi semcm. Sepi semcm. Seram semcm… kami tunggu lift. Akudh x pandang lg cermin tingkat tepi lift tu.. cukup laa ape yg aku nampak td.Tp mungkin td tu cuma perasaan jek… lgpun x jelas.. aku cuba memujuk hati.. tpaku tekad, walau ape pun yg menggamit aku untuk pandang ke arah2 yg ku rasakanseram mmg aku xkan pandang lg…

Pintu lift terbukak… kami masuk lalu tekan G. aku pandang kearah nombor yg menunjukkan pergerakan lift.. tingkat 5… tingkat 4… dada akumakin berdebar2, siti mula paut lengan aku. Mcm laa aku nie berani sgt!..tingkat 3… lift berhenti. Pintu terbuka. Gelap. Sunyi. Tiada apa yg kelihatan.Sebenarnye aku tunduk jek pandang lantai. X berani pandang keluar lift.. pintutertutup kembali. Lega….

Sampai kami kat bawah, aku teman siti sampai kereta dia.Ngade betul.. nak berteman bagai. Kaya sgt pakai jek laa bodyguard!!!Menyumpah2 aku dlm hati… bile masuk kereta siti mengucapkan terima kasih.. siappesan kat aku hati2… ewah2.. sedap jek ko eh!! Aku yg kene menanggungnye tau??Sensorg lak tuh.. adoiihh… walaupun dlm hati x abis2 aku menyumpah2 marahkansiti, tp apakan daya… aku terpaksa hadapinye sendiri…




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 04:10 PM | Show all posts
Aku mula berjalan ke lift. Angin mlm lembut bertiup. Sejuk.Seram. rasa meremang tengkuk tiba2... Aku mula membaca mcm2 sebagai pendinding diri… jantungku mula berdeguppantas.. bila aku tekan butang lift, lift terus terbuka. Aku teragak2 utkmasuk.. nak naik tangga lg laa scary… dah laa kene panjat tingkat 5… kawasantangga lg laa suram.. kadang xde lampu.. aku tabahkan hati melangkah masuklift… tekan tingkat 5..

Lift mula bergerak… dada aku mcm nak meletup ketika ini…xtau ape yg bakal berlaku.. nafasku mula sesak... peluh mula terasa dingin didahi…  otak mula berfikir yg bukan2 segala mcmcerita mula terbayang dlm fikiran… nak2 td baru diberitahu tentang ramai dhjumpe cik poch kat tingkat 3..aarrrggghhh!!! lift bergerak terlalu perlahan kurasakan.. G… 1… 2… 3… ting!!! Aku terkejut. Lift berhenti. Pintu terbuka…. Akuterus memandang lantai.. Naahhhh…. Amik ko!!! Betul2 terpacak 2 kaki depanpintu lift… sekujur tubuh berbalut putih.. CIK POCH!!!!! Ya Allah!!! Otak akublank…. Jantungku berdegup laju bagai nak terkeluar dari dada.. Menggigil akudlm lift ketika ni… walaupun lembaga depan aku nie menggamit2 untuk akumemandang ke arahnye.. aku tetap pandang ke lantai.. hanya memerhati melaluiekor mata… Ya Allahh!! Nak gerak ke butang lift untuk tutup pintu pun aku xberdaya.. betul2 freeze kat situ. Dari hanya berdiri tegak memerhati.. lembagatersebut mula bergerak2 menggeliat2…

Aaaarrrggghhhh!!!!!! Aku nak jerit, tp suara tersekat katkerongkong… mataku masih di lantai lift.. x sanggup aku nak angkat muka menataplembaga yg dh mula melompat2 di depanku… Ya Allahh hanya padamu ku berserah…peluh mula menitik, terasa hangat mengalir dari dahi. Nafasku sesak… dadaku terasa sesak dan sakit akibat degupan jantung yg sgt laju mcm nak tercabut..  terlalusukar untuk aku baca ayat2 suci Al Quran… ape yg dibaca dlm hati sume tunggang-langgang..mulutku kaku. Sukar untuk baca kuat2… cik poch tersebut bergerak perlahan2 kearah pintu lift… berdiri betul2 depan pintu lift.. makin jelas kelihatan susuktubuh berbalut keseluruhannya dgn kain putih lusuh itu… walaupun mataku masihdilantai lift, tp cik poch itu sgt jelas kelihatan betul2 depan aku… lampu dlmlift berkelip2 beberapa kali… Allah.. jgn laa lampu lift ni buat hal plak…Kenapa laaa lama sgt pintu lift nie terbukak x nak tutup2??? Ya Allah… hanyanama Allah yg aku mampu untuk lafazkan… lidah kelu mula lembut untuk membacaayat Kursi… aku masih lg menggigil… pintu lift mula tertutup perlahan2… akulega… fikirku lift akan bergerak ke atas sebentar lg… fikiranku ternyatameleset….


Sori kene sambung jap lg... ada meeting jap...




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak saspennya.. Sambungla lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.083126 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list