CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 600,000 akan memenuhi PWTC

[Copy link]
Post time 20-11-2012 08:15 PM | Show all posts
Banyaklah wang $$$$$$$$$$$$$$ bertaburan. Entah berapa bayaran/hadirin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 08:39 PM | Show all posts
abgboroi posted on 20-11-2012 07:21 PM
macam macam ajer laa ko ni...yg aku herannya takde time lain ker nak pi...siang tgk pembahasan...m ...

time ni la banyak duit ditabur utk perwakilan2 dr luar KL ....kalo tahun yg ada pemilihan lagi banyak bole dapat....aku penah join skali tau la
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:40 PM | Show all posts
bkn hanya nyanyi..kak pink juga akan pamer skil menari oppa gangnam
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 09:40 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 19-11-2012 05:07 PM
cop..cop..600k??nk sumbat celah mana tu?aku konvo kat dewan merdeka pwtc ari tu pun bpr ribu je dh p ...


600k..... prttthhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 02:34 AM | Show all posts
an2toncit posted on 20-11-2012 08:39 PM
time ni la banyak duit ditabur utk perwakilan2 dr luar KL ....kalo tahun yg ada pemilihan lagi ban ...

macam best ajer...ko masih ngan umno lagi ker...ehe

aku rasa benda ni takde kena mengena ngan parti..asal melayu mmg perangai lebih kurang ajer...dalam dangdut tu mesti ramai penyokong anwar juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 04:25 PM | Show all posts
5,447 perwakilan sertai Perhimpuan Agung Umno 2012

2012/11/23 - 15:42:18 PM
Cetak Emel Kawan
  
KUALA LUMPUR: Seramao 5,447 perwakilan akan menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula pada 27 November hingga 1 Disember depan.

Pada masa sama, 52 delegasi dari 18 luar negara yang mewakili 20 parti politik dijemput sebagai pemerhati sepanjang Pehimpunan Agung UMNO tahun ini.

Perhimpunan kali ini dinanti-nantikan pelbagai pihak termasuk pemerhati luar kerana ia disifatkan yang terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2012 04:26 PM | Show all posts
Perhimpunan Agung UMNO dijangka fokus pilihan raya: Muhyiddin

2012/11/23 - 11:45:05 AM
Cetak Emel Kawan
  
ISLAMABAD: Perhimpunan Agung UMNO 2012 dijangka memberi fokus terhadap bagaimana perwakilan membahaskan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bertujuan meningkatkan tumpuan dan perhatian setiap peringkat ahli terhadap pentingnya pilihan raya umum yang bakal dihadapi.

"Di samping itu, kita juga mahu mengambil kesempatan untuk melihat kondisi pemikiran pemimpin parti di semua peringkat tentang cabaran besar yang kita akan hadapi dalam pilihan raya ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata melalui cabaran-cabaran yang dihadapi, perlakuan pihak pembangkang dan isu-isu yang berbangkit, anggota parti bukan sahaja setakat perlu memahami tetapi juga menangani supaya semangat juang lebih tinggi untuk mempertahankan kedudukan parti sebagai kuasa dalam kerajaan terhasil daripada perhimpunan agung kali ini.

"Kalau boleh kita perkukuhkan kedudukan kita...penting untuk kita mencapai kemenangan yang lebih cemerlang, meraih sokongan yang lebih besar dari segi pengundi popular dan memenangi kembali negeri-negeri dulu yang kita kalah, semasa pilihan raya umum 2008.

"Jadi, perhimpunan agung ini mempunyai signifikan yang agak besar sekali. Walaupun kita tahu dalam UMNO sendiri terdapat isu-isu tertentu tetapi fokus paling utama adalah bagaimana kita hendak menyiapsiagakan setiap ahli Umno termasuklah di peringkat akar umbi," katanya.

Dengan tarikh pilihan raya yang makin hampir, Muhyiddin berkata, adalah penting bagi ahli UMNO untuk menanam kesedaran tentang cabaran besar dan amanah yang harus dipikul untuk menentukan mandat apabila meninggalkan Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya perhimpunan agung, nanti.
"Ahli UMNO juga harus menekankan aspek perpaduan dalaman parti yang perlu kita perkukuhkan. Saya pernah sebut pada mereka di setiap peringkat, di mana saya melawat di setiap negeri berjumpa dengan pemimpin di setiap peringkat parti baik UMNO atau parti komponen Barisan Nasional.

"Yang pertamanya, saya sebutkan soal kita hendak mengelakkan masalah dan isu dalaman. Kita sedar di sesetengah tempat masalah itu ada. Saya sudah mengingatkan mereka supaya mencari jalan untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Muhyiddin berharap masalah-masalah seperti itu tidak akan menjadi halangan atau kekangan yang boleh menyebabkan UMNO gagal atau tidak dapat meraih sokongan besar pada pilihan raya umum nanti.

"Bagaimanapun, pada pertemuan yang saya adakan dengan beberapa bahagian terpilih yang saya kenal pasti memerlukan tumpuan yang lebih, nampaknya mereka berjanji kali ini mereka akan menumpukan kepada soal kemenangan parti.

"Kalaupun ada perbezaan sesama sendiri, itu agak biasa tapi jangan jadikan ia satu benteng yang menghalang daripada kita mencapai matlamat kita dalam pilihan raya," katanya.

Muhyiddin berkata, pendekatan untuk meraih undi sudah bermula hampir dua tahun yang lalu di semua peringkat.

"Sudah kita sebutkan bahawa amat penting kepada mereka (pemimpin UMNO) untuk mendekati pengundi dan saya sebutkan pengundi adalah raja dan mereka yang menentukan nasib kita sama ada terus kekal sebagai sebuah kerajaan atau sebaliknya," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kebanyakan orang Melayu sudah sedar dan UMNO sendiri sudah memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi di setiap negeri, terutamanya di negeri-negeri yang tewas pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, kini sudah terdapat keyakinan yang baru di kalangan pengundi yang Umno adalah sebuah parti yang lebih berupaya berbanding dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui apa yang terjadi di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang.

"Kali ini mereka (anggota UMNO) sudah bekerja dan bersiap sedia lebih awal...daripada segi minda juga mereka sudah bersedia, jadi perubahan itu dilihat dalam bentuk gerak kerja dan bantuan-bantuan yang kita sampaikan. Oleh kerana itu, bukan sahaja pengundi Melayu tapi pengundi Cina dan India sudah melihat dan bersedia untuk memberi sokongan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Muhyiddin menuntut pemimpin UMNO untuk lebih bersedia daripada segi minda dan tenaga.

"Saya yakin Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya akan datang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan kekal, Insya-Allah. Apa yang kita bakal hadapi adalah satu pertembungan yang hebat.

"Jadi, kita tidak boleh bersiap sedia seperti biasa, baik minda, baik tenaga dan gerak kerja. Kita mesti lebih agresif daripada pembangkang kerana ini adalah peperangan dari segi strategi yang berbagai-bagai.

"Tidak ada masa untuk istirehat, kita harus bangkit sepanjang masa, sampai masa tugas kita selepas pilihan raya," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 04:47 PM | Show all posts
Wadah perjuangan Melayu diteruskan. Perjuangan belum selesai dulu, kini dan selamanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 04:51 PM | Show all posts
petola posted on 19-11-2012 01:01 PM
maka gegak gempitalah surat kabar radio tv buat ulasan selari dan laporan2 khas perhimpunan ini...
...

Fuhhh yoohh ucapan paling hangat dan paling bernas! Eh! Betul lah Petola cam drama ulang tayang tiap kali Perhimpunan Umngok!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 04:58 PM | Show all posts
harap kali ni tak ada la perwakilan nk ketengahkan isu bra siapa yg besar mcm yg lepas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 04:59 PM | Show all posts
albronzzo posted on 20-11-2012 09:40 PM
600k..... prttthhhh....

takkan la Setiausaha Kerja UMNO nk menipu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:01 PM | Show all posts
petola posted on 19-11-2012 01:01 PM
maka gegak gempitalah surat kabar radio tv buat ulasan selari dan laporan2 khas perhimpunan ini...
...

saya setiap kali ada perhimpunan agung UMNO musti tak lepas peluang untuk pegi ke PWTC kerana seronok melihat pemandangannya ketika itu dimana ketika itulah kita dapat melihat nenek2 tua yg datang dari ulu kampung mana naik bas sewa khas atas nama melawat kuala lumpur melepek lemah di tiang2 PWTC dalam kepenatan beramai2......


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:03 PM | Show all posts
mohdcrow posted on 19-11-2012 02:26 PM
kalau tak buat salah watper nak takut org wat solat hajat camtu...hak memasing la nak wat solat haja ...
ko tgk tak, kalu orang kena rasuk syaitan, bagaimana cara untuk menghalau jin, syaitan yg hinggap dalam badan manusia... sudah semestinya berdoa kan......???

ko tgk jin dan syaitan paling takut dengan apa...?? kalimah ayat2 Quran dan berdoa kepada Allah kan....???

ko tgk tak, jin dan syaitan boleh berdoa pada Allah tak meminta sesuatu..?? tak kann....

jadi kesimpulannya.... sebab tuh puak2 laknatullah nih amat takut bila orang lain berdoa, dan mereka dengan bangga mengatakan bahawa perhimpunan mereka takkan berdoa seperti mana pas buat sebab syaitan mana berdoa.... tugas dia menyesatkan orang jerk.... Last edited by totokreturn on 23-11-2012 05:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:16 PM | Show all posts
full house that day.....harap maklum.....










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 05:20 PM | Show all posts
totokreturn posted on 23-11-2012 05:16 PM
full house that day.....harap maklum.....

bersedia snap gambar mulai 27hb ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:22 PM | Show all posts
sayu je nuart tengok bangunan PWTC
dari jauh

ye la, banyak nostalgia woo
masa dia belum kena terajang kuar umno dulu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 05:26 PM | Show all posts
R2D2 posted on 23-11-2012 05:20 PM
bersedia snap gambar mulai 27hb ni

berbekalkan canon SLR 60D beserta lens 70 -300mm akan berada di sekitar lobi PWTC dan kiambang dangdut waktu malam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 05:30 PM | Show all posts
totokreturn posted on 23-11-2012 05:26 PM
berbekalkan canon SLR 60D beserta lens 70 -300mm akan berada di sekitar lobi PWTC dan kiambang dan ...

hrp2 yg bertandang tu buang la dulu sampin ngan songkok.. karang pecah rahsia bukan pengunjung tetap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 05:31 PM | Show all posts
kawasan Masjid India pun penuh jugak geng2 makcik menjelajah kawasan arked
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 08:23 AM | Show all posts
whiteroses77 posted on 20-11-2012 06:09 PM
akal samseng yang bijak ok..oxford mari

Biasa la otak mamak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.206612 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list