Tahun 2012 tak byk travel,byk habiskan duit utk konsert..dan tak dapat cuti..
Pegi Singapore few times takde apa-apa menarik kecuali konsert-konsert yang awesome ;p,
Majority taxi driver sini racist, kita orang yang rupa agak confusing oriental ni nasib baik sikit,selalu lepas .. kesian indian/malay families yang bercuti sini..Public transport sangat efficient ,tapi tiap kali naik bas ada jer kena marah bus driver, everytime!stressed kot .Singapore punya hospitality industry memang k.o,tanya soalan pun kena marah,pernah tidur tak bersarung tilam,diorang tak bother nak siapkan bilik utk kita org.Siap perli-perli bila sorang teman tanya pasal nak dapatkan air masak kat mana.Orang cakap baik-baik kot.Bab spend duit kat Singapore memang bikin aku stress, kalau aku pegi sana dengan geng sekufu ok lah,aku bantai je table diving sana..kalau teman-teman yang incomenya tinggi takut diorang malu pulak kalau aku buat macam tu …hihi
Jogja (11-14 nov)
Aku memang jatuh cinta sama jogja,kotanya aman-aman aja dan tidak keras bak kata teman disana.Gila enjoy walaupun tak banyak touristic places/activities yang sempat cover..kami ni terlalu santai rasanya . Plan pegi dgn geng perempuan sampai 2 tahun kot..ni pon hamper-hampir ada yang mau cancel.Pegi ramai-ramai sampai 6 orang sukar sikit nak budget dari segi logistic...nak sumbat kat rumah teman-teman sana pon segan pasal ramai sangat.ramai-ramai ni mesti ada yang alpha...kena layankan jerla ;p Sebulan sebelum pegi chaos skit pasal ada yang lupa dah beli tiket ke belum..
Mostly, aku suka environmentnya,orangnya ramah lemah lembut..kehidupan very laidback..kotanya bersih,petang-petang nampak orang menyapu rumah…..malam hari senang jer melepak, ngongkrong kata mereka,kedai/warung makan byk bukak lepas pukul 11 malam.Byk art galleries dan komuniti seni.Kota ilmu dan seni orang kata,youth movement pun boleh tahan…freedom dalam art expression terutama stensil2 n mural dinding dan penggunaan basikal seharian,kerana di malaysia aku kayuh hari-hari kemana aja…
Compare to Jakarta,disini walau kami ni tenyata terang-terang seperti tourist,kejap-kejap ditanya dari korea hihi…tapi takde yang nak rip off kecuali touristic places mcm borobudor.Di Jakarta,ramai ingat kami local tapi once bercakap melayu kantoi habislah naik 3-4 kali ganda harga makanan…huhu
Anyway,plan asal nak menyamar jawa di Borobudur siap study cara pemakaian Indonesian mcm macam mana..haha,kalau orang sunda yang paling bergaya,hipster kata orang...tapi memang tak lepaslah nak berckap bahasa indoni, fail terus..pasrah lah bayar mahal.Kita orang sampai sana matahari dah tinggi,hancur lebur impian pegi awal-awal pagi,bukan tak bangun,lagi seronok berborak bercanda dengan pekerja-pekerja guest house..aduhai.Sampai Borobudur dah di ingatkan pasal peniaga-peniaga topi etc..tapi sorang teman kalah beli jugak topi dengan harga tinggi,walau dah pesan bargain sampai 20k..….di candi pon kerap kena warned oleh pak guard ,macam candi tu kita org punya...bukan tak hormat,teruja sangat kot..
Merapi pun aku suka,walau tak daki,tengok kesan letusan dan pengalaman naik jip sepanjang jalan2 yang bumpy agak gila..Sukalah driver tu tgk kita org sampai menangis jerit-jerit.Ada makcik jual buku gamba time/kesan letusan tu comel jer pakai pyjama pink haha …tapi sekejap jer explore merapi nak kejar sunset di Prambanan..tapi tak sempat pun,bukan rezeki kami nampaknya….
Cerita lain pulak pasal teman yang pegi berurut,kelakar kalau malam-malam boleh nampak all these fancy massaging places,tapi bila siang hari boleh tak jumpa pulak..Last-last pegi jugak tempat berurut yang gila fishy ni,dengan kerusi ke katil yang berbunyik2 bagai nak patah dan tukang urut yang alamak, stim pulak semasa mengurut..kesian member..
Oh,pak supir juga beri kami nira bila ada teman-teman yang tanya pasal minuman diy local…tanya apa namanya konon mau show off dengan teman2 di Malaysia…jawapnya arak....tanya sekali lagi jawapan sama jer…haha.tapi last-last tak berani minum pasal cerita ramai yang mati minum arak diy ni di indo,sebab miskin dan nak cepat mabuk ,diorang pakai letak ethanol jer.. Last edited by babycake on 4-1-2013 10:51 PM
|