CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aiva

Wanita tangani stress

[Copy link]
 Author| Post time 31-1-2013 04:40 PM | Show all posts
3mazlina posted on 31-1-2013 09:33 AM
da cuber erk?

antara terapiii mujarab hilangkan stress
memang dah cuba tercuba dan dalam cuba tengah cuba sekarang
dan dah alami hilang masalah dok baca jawab masalah org lain pun bole menghilangkan diri dari pikirkan masalah
kadang tuh bole lak dapat atasi masalah tuh dengan membaca masalah org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2013 04:46 PM | Show all posts
12 Tip Tangani Stress Posted by dinaluzriq at 2:27 PM











Tidak dapat dinafikan dengan kehidupan sekarang yang semakin mencabar, kita tidak dapat lari daripada menghadapi stress. Baik di tempat kerja ataupun dirumah. Disini ingin saya kongsikan 12 tip dalam menghadapi stress dalam kedua-dua situasi:


1)     Mulakan hari dengan Solat


Jika hari dimulakan dengan Solat yang sempurna diiringi doa selepasnya, insyaAllah urusan kita pada hari itu akan dipermudahkan Allah. Pastikan urusan solat kita menjadi keutamaan dari yang lainnya. Setiap urusan jika solat didahulukan, pasti kita akan merasakan bahawa waktu yang Allah berikan selepas itu cukup untuk kita, namun, jika urusan solat dilalaikan, pasti kita akan merasa kusut dan terasa masa sangat cepat berlalu. Jadi, dahulukan urusan kita dengan Allah, nescaya Allah akan mudahkan urusan kita dengan manusia. Masa yang diperlukan hanya 15 hingga 20 minit sahaja namun, impaknya boleh menghilangkan tekanan bahkan ia sangat baik untuk kesihatan.
Teknik ini juga boleh digunakan: Tarik nafas, rehatkan diri dan membuat aktiviti regangan dari kepala sehingga ke kaki.


2)     Kawal mood dengan diet


Hati adalah pusat bagi segala emosi. Samada yang bersifat dalaman ataupun luaran. Justeru untuk menjaga aspek kesihatan hati agar hidup sihat dan gembira.
-          pastikan setiap hari, ada sayuran hijau yang dimakan, serta apa-apa sahaja yang mengandungi Klorofil yang tinggi. Ini bagi memastikan hati yang sihat.
-          Memakan herba-herba juga baik untuk kesihatan dalaman.





3)     Hilangkan stress dengan berfikir secara positif


Daripada membiarkan akal dan fikiran kita kusut dan penuh dengan kerisauan, apakata tukarkan channel fikiran kita dengan mengatakan secara jelas pada diri, “InsyaAllah saya yakin, saya boleh buat dan selesaikan urusan ini”. “Saya enjoy lakukan tanggungjawab dan amanah ini”. Secara psikologinya, ia ternyata, dengan mengulangi ayat-ayat positif pada diri sebenarnya akan menyekat kartisol, iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal yang akan mengurangkan tekanan. Ia kana membutakan diri kita lebih tenang, tenteram dan rasional.


4)     Hilangkan  stress dari kepala dengan menulis


Menulis atau membuat catatan perasaan apa yang terbuku dikepala setiap hari akan membantu mengurangkan perkara yang berat di kepala. Ia akan lebih jelas menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku kepada diri. Letakkan diri sebagai seorang pemerhati bagi segala perkara-perkara tersebut. Kemudian kenal pasti punca kemarahan atau stress yang dihadapi agar tindakan susulan yang terbaik boleh diambil. Melihat kepada apa yang sering difikirkan itu sebenarnya telah memberikan ruang dan peluang untuk kita memahami jiwa dan perasaan sendiri tentang sesuatu isu yang timbul tetapi ingat, jangan disebarkan apa yang terbuntu dikepala kepada orang lain!!. Ia adalah privasi diri.


5)     Bukakan tekanan dengan senaman


Tekanan yang berterusan samada di dalam urusan kerja atau keluarga boleh menyebabkan hormone stress cortisol yang turut memberi kesan kepada otot dan sendi. Genggaman rahang yang menyebabkan sehingga ke tekak, sakit belakang dan leher adalah tkita-tkita stress. Apakata, hilangkannya dengan melakukan sedikit regangan, mengambil angina sekejap diluar dengan melihat pokok-pokok hijau, membuat urutan untuk meregangkan otot-otot dan sendi-sendi tersebut.


6)     Belajar Menekan butang “reset”


Kepala yang serabut adalah punca kepada stress dan masalah kesihatan. Ia akan menyebabkan kita kelihatan murung, bahkan akan turut mengurangkan fungsi imun didalam badan berfungsi. Bahkan ia juga boleh mempercepatkan untuk mendapat tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Cuba tekankan butang “reset”. Cuba dapatkan cuti, dan rehatkan diri sepenuhnya untuk sehari tanpa memikirkan apa-apa, samada menonton tv, kemaskini emel atau surat dan sebagainya. Ambil udara segar di awal pagi, rehatkan minda. InsyaAllah, sehari selepas rehat, kita akan lebih segar dan bertenaga untuk melakukannya.
7)     Terapi “stress” dengan ketawa.
Kajian telah menunjukkan bahawa ketawa dan keriangan akan menggerakkan fungsi imun dalam badan, terutamanya dalam penghasilan sel pembunuh yang menjadi penyebab kepada kesakitan dan kanser. Ketawa juga mengurankan endorphins yang akan memberikan kita ketenangan di dalam kepala. Orang yang hidupnya gembira biasanya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan awet muda. Carilah sumber-sumber yang boleh membantu kita ketawa.
8)     Makanan tambahan atau terapi
Rujuklah pakar atau doctor jika kita sangat memerlukan makanan tambahan untuk mengembalikan semangat dan menghilangkan tekanan.


9)     Sentuhan dan Pelukan Kasih sayang
Sentuhan manusia boleh meningkatkan pengeluaran endorphin, hormone pertumbuhan dan DHEA yang boleh memanjangkan jangka hayat manusia dan mengurangkan kesan negative tekanan. Kajian mendapati bahawa pesakit yang disentuh akan pulih lebih cepat daripada mereka yang tidak disentuh. Jadi, dengan memberikan seseorang pelukan atau sentuhan, kita berdua akan merasai mood positif yang lebih baik. Namun, jangan sesekali memeluk mereka yang bukan mahram pula. Pastikan ia adalah suami, atau sahabat-sahabat. Namun, biarlah betul caranya, jangan pula dikatakan buang tabiat pula.


10)   Bau wangian sebagai “aroma terapi”
Kajian menunjukkan bahawa bau mempunyai kesan tertentu kepada badan dan minda manusia.  Apabila kita merangsang saraf bau di dalam hidung kita, kita sebenarnya telah mengaktifkan sistem limbic otak, yang dikaitkan dengan mood dan ingatan. Konsep ini memainkan peranan untuk aromaterapi, tradisi kesihatan semulajadi yang menggunakan kuasa penyembuhan tumbuh-tumbuhan dengan aroma yang kuat.
Aromaterapi membantu untuk merawat kemurungan dengan bau-bauan seperti bunga melur, kayu putih untuk keseronokan, dan limau gedang untuk meningkatkan kewaspadaan dan kegembiraan. Hanya meletakkan sedikit sapuan minyak dari bauan tumbuhan ini pada tangan, belakang leher, atau tempat-tempat tekanan. Pilihan lain? Rebus herba dalam air dan menyedut wap melalui hidung kita seperti yang dijual dipasaran.


11)  Melihat bunga-bungaan

Bunga biasanya akan dikaitkan dengan wanita. Ia menjadi terapi tradisional yang berkesan. Bunga yang berwarna-warni mempunyai pengaruh yang kuat ke atas mood dan emosi seseorang. Jika diletakkan di wad-wad pesakit, ia membantu untuk menaikkan mood pesakit dan juga melawan tekanan. Satu kajian pernah dilakukan pada individu yang menaip tugasan dalam tempoh lima minit mendapati, orang-orang yang duduk di sebelah sejambak bunga kelihatan lebih santai dan tenang daripada orang-orang yang duduk berhampiran tumbuh-tumbuhan daun-daunan sahaja. Jadi, pastikan kita turut ditemani bunga-bungaan disekeliling.

12) Terapi stress dengan solat dan membaca al-Quran


Diantara kesemua cara dan tip, tip yang paling sempurna dan tepat adalah dengan bersolat serta membaca al-Quran. Yakinlah disana ada ubat sembuhan dan penenang jauh di sudut hati. Mengambil wudu’ dan bersolat dua rakaat serta berdoa insyAllah akan ada penyelesaiannya. Sebagaimana Allah sendiri mengakui, “Berdoalah kepadaku, nescaya akanku perkenankan”. Kemudian, lengkapkan dengan membaca al-Quran, pada masa yang sama, fahami maksud dengan mendalami maksud ayat tersebut dari tafsirannya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:18 PM | Show all posts
aiva posted on 31-1-2013 04:40 PM
antara terapiii mujarab hilangkan stress
memang dah cuba tercuba dan dalam cuba tengah cuba seka ...

it's amazing. mana 1 bod yg paling bole ilangkan stress? Lawak n Jenaka kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2013 09:21 AM | Show all posts
3mazlina posted on 2-2-2013 12:18 PM
it's amazing. mana 1 bod yg paling bole ilangkan stress? Lawak n Jenaka kah?

bod tanya wanita
bod misteri, mistik hehe
bod family discussion paling stress huh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 12:01 PM | Show all posts

aku laks ilangkan stress lebi kepada bedoa ngan Allah..
aku mengadu memacam & momohon ampun kalo stress tu dtg dr kesalahan sendirik walau dr org lain..
pastu In Shaa Allah ringan sket rasa kepala n ati ni..
and
selain tu aku p tgk blog2 online jamu mata tgk henbeg,jam baju kasut memacam larr..
kalo x puas laie pas keja aku p shopping mall tgk2 laie n the end aku pasti laie membazir buat sekian kalinya..hahahha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2013 04:45 PM | Show all posts
akuyangcute posted on 4-2-2013 12:01 PM
aku laks ilangkan stress lebi kepada bedoa ngan Allah..
aku mengadu memacam & momohon ampun kalo  ...

betul berdoa mengadu pada yang Esa memang tenang lepas berdoa
setuju sangat sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2013 11:19 AM | Show all posts
aiva posted on 4-2-2013 04:45 PM
betul berdoa mengadu pada yang Esa memang tenang lepas berdoa
setuju sangat sangat

kan...

lebi bemakna n sgt berkesan dlm masa yg sama mengajar ati lebi tawakal n redha ajer..
drp mengadu meroyan d Fb segala laie menampak kan laie kelemahan diri sendirik..
org x tau pun jd tau..pastu mesti rasa besalah atau bodoh jerr nak pung pang pung pang sana sini..
baik ngadu kat Allah kerana dia laie maha mengetahui n sentiasa berada kita walau susah n senang
& In Shaa Allah pasti akan jd mudah jerr pastu..suker...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:06 PM | Show all posts
stress yg bpanjangan bole bwk pd muncullnya cyst kat ovari.ni 2org yg sy kenal de pnykt ni.dua2 ni tgk pd pemakann drng mmg jaga betul2.yg sorang tu pniaga herbalife.sorang la cikgu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 10:05 AM | Show all posts
aiva posted on 4-2-2013 09:21 AM
bod tanya wanita
bod misteri, mistik hehe
bod family discussion paling stress huh

tue la khen. ingat kita jer stress, ada gaks org len yg tripple stress kat bod family discussion tue
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 12:39 PM | Show all posts
aqyueetda posted on 5-2-2013 12:06 PM
stress yg bpanjangan bole bwk pd muncullnya cyst kat ovari.ni 2org yg sy kenal de pnykt ni.dua2 ni t ...

badan sihat tapi jiwa kacau pun susah gak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 03:09 PM | Show all posts
aku, kalau stress,buat 3 perkara ini ..
1. makan. (lunch buffet -  sebab boleh berulang kali ambik makanan yang berbeza beza. pastu, ada banyak dessert)
2. tido.
3. tgk movie (tapi, kat tv ajek. movie tu download)

tapi, cara aku kejam sket lah. sebab aku akan tinggalkan anak2 dgn laki aku. pastu aku buat 3 perkara tu dgn adik aku.
kalau aku tgh stress pastu anak aku bergaduh ke bising ke lagi aku stress. lebih baik aku bawak diri.
lepas 3 perkara tu, baru boleh berpikir secara waras sket.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 03:13 PM | Show all posts
stress kat tempat keje takde. keje aku santai, rilex..bla..bla..bla..aku mmg suka keje aku yang simple dimple nie.

stress aku berkisar kat umah je. pasal laki ke. pasal anak ke. pasal ramai orang kat umah tu. pasal keje umah pun boleh stress - bila tengok kain2 bertimbun sebab hari hujan or pingganmangkuk yang banyak kat sinki.
kekadang, thought yang paling jahat aku selalu pikir - aku tak sesuai berkawen rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 04:01 PM | Show all posts
kalo stress, biasanya selera makan tb akan bertambah-tambah.
jadi pada masa ni, tb akan elakkan dari p bertandang ke restoran/ gerai/ kedai makan
supaya tidak berlaku pembaziran. sbb selalu tb akan beli macam2 makanan..tp x makan...
jalan terbaik, tb akan tido.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 10:02 AM | Show all posts
Hana posted on 6-2-2013 03:09 PM
aku, kalau stress,buat 3 perkara ini ..
1. makan. (lunch buffet -  sebab boleh berulang kali ambik  ...

tak laa kejam namanya itu.. itu sekadar nak ada ruang diri sendiri jer
selagi suami ok boleh buat aktiviti tuh..
manusia memang kena ada ruang dia sendiri kan setujuu takkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 10:23 AM | Show all posts
Hana posted on 6-2-2013 03:13 PM
stress kat tempat keje takde. keje aku santai, rilex..bla..bla..bla..aku mmg suka keje aku yang simp ...

kerja aku stress
anak demam semalaman tak cukup tidur
datang kerja
i need a cup of nescafe baru hilang rasa ngantuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 10:25 AM | Show all posts
tudung_bawal posted on 6-2-2013 04:01 PM
kalo stress, biasanya selera makan tb akan bertambah-tambah.
jadi pada masa ni, tb akan elakkan d ...

biasanya kalu bengang dengan seseorang rasa mcm nak makan jerr n kalu mkn pun rasa nak tambah tambah nasi
biasanya aku kalu bengang mesti kawan aku pun sama sama bengang dengan org yg sama kami bengang
so open table laa yam soiii hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 10:48 AM | Show all posts
aiva posted on 7-2-2013 10:02 AM
tak laa kejam namanya itu.. itu sekadar nak ada ruang diri sendiri jer
selagi suami ok boleh buat ...

suami tak ok.
orang lelaki, mana nak jaga anak sgt. 2 orang pulak tu.jarak 2thn.
sorang berak..tak lama..sorang lagi berak.

pastu, kitaorg kan tinggal dgn mertua & adik ipar2. dia malu le bini takde.



Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 10:57 AM | Show all posts
aiva posted on 7-2-2013 10:23 AM
kerja aku stress
anak demam semalaman tak cukup tidur
datang kerja

keje aku tak stress. sayang nak quit keje kalau suami kena pindah jauh2.
mana nak jumpa lagi keje tak stress pastu, gaji boleh la tahan takat nak lepas loan umah (cukai pintu under Majlis Bandaran Shah Alam tau) & beli SKI11 aku tak beli umah kat ceruk2 ulu atau kawasan bukit takde untung. kalau bagi sewa, boleh rm1-2k tu.tapi, aku tanak bagi sewa sebab masih mampu nak bayar wp umah tak duduk. sayangnya nak jual umah sebab tak kan jumpa dah umah dua tingkat dgn harga rm200K yang mana cukai pintu under Majlis Bandaran Shah Alam.
aku mmg suka MBSA sebab dekat.kalau ada apa2 hal, aku boleh lari kejap waktu lunch dari ofis ke MBSA.

pergi ofis - balik ofis - jem - aku stress wp dlm shah alam jekkk.
keje2 umah - aku stress. jaga anak - aku stress- sebab kejap baik.kejap bergaduh. mainan sama jenis & bentuk & kaler pun boleh bergaduh rebut2. pening lah.
balik ofis, lepas harungi jem, aku pun nak rehat2 gak. tapi, aku takde rehat kecuali aku tido awal dan bangun awal sgt sgt utk selesaikan keje2 membasuh-gosok & lipat baju.
aku selalu dengki kat suami aku sebab dia tu dok kat markas dia.  main twitter. gi makan hua hua dgn kawan2. tido dgn aman damai.

susah nak bersifat redho kalau ada perasaan dengki nie.


Last edited by Hana on 7-2-2013 11:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 01:20 PM | Show all posts
Hana posted on 7-2-2013 10:57 AM
keje aku tak stress. sayang nak quit keje kalau suami kena pindah jauh2.
mana nak jumpa lagi kej ...

aku pun ada  rasa jelessss at encik suami
laki aku masih mapley malam malam
yg aku pernah buat masa bujang duluuuu....
tapiii sekarang tidaklaa lagi teman dapat buat... dah beranak dua inilaa peranan ibu
aku nak elak dari stress dengan suami..
aku anggap semua ni amanah dan tanggungjawab yg dipikul
so tak laa stress sgt..
about org luar macam ipar duai aku pun ada stress gak
tapii aku kalu agak agak hangin dengan ipar aku diam jer dengan dorang.. buat buat boikot
better diam dari bercakap takut terlaser dah buat org terasa lak baik buat tak faham jer
biar orang tuh perasan kesilapan sendiriii kalu tak perasan aku dulik apa biar laaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2013 01:24 PM | Show all posts
Hana posted on 7-2-2013 10:48 AM
suami tak ok.
orang lelaki, mana nak jaga anak sgt. 2 orang pulak tu.jarak 2thn.
sorang berak ...

betullaa orang laki bab bab macam ni memag berat punggung nak membantu kena minta tolong
aku selalu gunakan kelembutan untuk minta tolong sekejap jer dia dah buat
keras jgn lawan dengan kekerasan
keras kena bagi kelembutan barulaa menjadii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.069570 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list