CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nutristation

[Share] Tips Kesihatan

[Copy link]
 Author| Post time 13-6-2013 02:36 PM | Show all posts

Mengenali penyakit resdung atau sinusis


APAKAH resdung?
Anda selalu mengalami bersin, batuk, dan menyebabkan hidung menjadi merah. Anda mengalami masalah ini semasa cuaca sejuk atau pada sebelah pagi. Jika ini yang berlaku, anda mungkin sedang menghadapi masalah resdung.

Resdung berlaku apabila bahagian sinus anda dijangkiti atau mengalami keradangan. Sebahagian besar doktor pakar membahagikan resdung kepada tiga jenis:
1. Resdung Akut, yang dialami selama 3 minggu atau kurang
2. Resdung Kronik, yang biasanya berlaku selama 3 hingga 8 minggu tetapi berterusan selama berbulan-bulan atau malah bertahun-tahun
3. Resdung Berulang, yang terdiri daripada beberapa serangan akut dalam jangka masa satu tahun

Beberapa penyebab resdung AKUT
Sebahagian besar kes resdung akut bermula dengan selesema biasa, yang disebabkan oleh virus. Virus flu tidak menyebabkan gejala resdung. Radang sinus biasanya hilang tanpa rawatan dalam 2 minggu. peradangan ini, bagaimanapun, mungkin dapat menjelaskan mengapa cuaca sejuk boleh meningkatkan kemungkinan mengalami resdung akut. Sebagai contoh, hidung boleh bertindak balas terhadap serangan oleh virus yang menyebabkan jangkitan seperti selesema atau flu dengan menghasilkan lendir dan menghantar sel-sel darah putih pada lapisan hidung, yang menyebabkan ia terkumpul dan bengkak.

Ini menyebabkan berlaku pembengkakan selaput lendir pada sinus, udara dan lendir yang terperangkap akan mengganggu ruang pernafasan. Ketika bukaan sinus anda menjadi terlalu sempit, lendir tidak dapat mengalir dengan baik. Lendir yang banyak menyebabkan bakteria lebih mudah membiak pada ruang sinus.

Mereka yang sihat tidak menghadapai masalah terhadap kuman dan bakteria seperti Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae didalam saluran pernafasan mereka tanpa sebarang masalah sehingga sistem pertahanan tubuh  menjadi lemah atau sinus tersumbat oleh jangkitan virus flu atau bakteria. Bakteria yang mungkin telah hidup tanpa membahayakan di hidung atau tekak dapat berkembang biak dan menyerang sinus anda, menyebabkan jangkitan resdung akut.

Kadang-kadang, jangkitan kulat boleh menyebabkan resdung akut. Walaupun kulat yang yang berada di persekitaran biasanya tidak berbahaya bagi orang sihat kerana badan manusia mempunyai pertetahanan semulajadi. Kulat seperti Aspergillus, boleh menyebabkan penyakit serius pada orang yang sistem kekebalan tubuh tidak berfungsi dengan baik. Mereka yang mengalami resdung yang disebabkan oleh kulat mempunyai alergi terhadap makanan tertentu.

Keradangan kronik saluran hidung juga boleh menyebabkan resdung. Jika anda mempunyai Rinitis alergi atau demam, anda berkemungkinan mengalami masalah resdung akut. Vasomotor rhinitis, disebabkan oleh kelembapan, udara sejuk, alkohol, parfum, dan keadaan persekitaran.

Resdung akut biasanya terjadi kepada orang biasa. Contohnya, resdung berlaku lebih kerap pada orang yang mengalami masalah fungsi kekebalan tubuh.

Penyebab resdung kronik
Agak sukar untuk menentukan punca resdung kronik. Beberapa penyelidik menyangka ia adalah penyakit berjangkit. Ini kerana ia juga adalah penyakit inflamasi yang sering terjadi pada pesakit asma. Jika anda mempunyai asma, penyakit alahan, ada kemungkinan ia juga resdung kronik. Jika anda alergi terhadap persekitaran seperti debu, kulat, dan hama yang mencetuskan alahan rhinitis, anda boleh mengalami resdung kronik. Tindakbalas imun terhadap antigen kulat boleh menyebabkan berlakunya resdung kronik. Jika anda mengalami resdung kronik, cuaca lembab, terutama di daerah beriklim sederhana, atau pencemaran di udara dan di dalam bangunan juga boleh mempengaruhi anda.

Jika anda mempunyai penyakit kekurangan imun atau masalah lendir pada sistem pernafasan anda (contohnya, kekurangan imun primer, jangkitan HIV, dan cystic fibrosis), anda berkemungkinan mengalami masalah resdung kronik. Pada mereka yang normal, resdung biasanya tidak berjangkit. Jika anda menderita asma teruk, polip hidung (ketumbuhan kecil di hidung), atau serangan asma yang teruk disebabkan oleh pengambilan aspirin dan ubat-ubatan seperti ibuprofen, anda mungkin akan mengalami resdung kronik.

Diagnosis
Hidung anda akan bertindakbalas ketika mendapat serangan terhadap bakteria atau flu biasa. anda mungkin menghadapi gejala-gejala resdung dalam keadaan cuaca sejuk. Namun biasanya ia akan berlaku sekitar 7 hingga 14 hari dan hilang tanpa rawatan. Sinusitis akut sering berlaku dalam tempoh yang lama dan rawatan lanjut perlu dilakukan bagi mengenalpasti masalah dengan berjumpa doktor.

Doktor anda dapat mendiagnosis resdung dengan mendengar gejala anda, melakukan pemeriksaan fizikal, turun X-ray, dan jika perlu, MRI atau CT scan (magnetic resonance imaging dan computed tomography).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2013 02:56 PM | Show all posts

Diabetes: Memastikan jantung yang sihat

Anda pasti tahu bahawa penyakit jantung dan diabetes sememangnya merupakan dua penyakit yang berbahaya.

Anda juga tentunya sudah tahu bahawa mereka yang menghidap diabetes adalah dua hingga empat kali ganda lebih cenderung mendapat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.

Ini adalah kerana mereka yang menghidap diabetes biasanya mempunyai faktor-faktor risiko penyakit kardiovaskular: Glukosa darah tinggi, tekanan darah tinggi, paras lemak darah yang tidak normal dan obesiti pusat.

Paras glukosa darah tinggi dan tekanan darah tinggi boleh merosakkan lapisan dalam saluran darah/arteri anda sekali gus memudahkan kolesterol serta bahan-bahan lemak lain untuk berkumpul di dalam dinding-dinding arteri.

Ini mengakibatkan pembentukan plak /enapan lemak yang menyempitkan arteri anda, mengehadkan bekalan darah dan mungkin juga akan pecah serta mengakibatkan pembentukan darah-darah beku.

Jika darah-darah beku ini bergerak ke bahagian lain dalam badan dan menghalang sepenuhnya bekalan darah ke sesuatu organ contohnya jantung anda, maka ini mungkin akan mengakibatkan anda mendapat serangan jantung. Plak yang pecah di dalam otak mengakibatkan serangan strok.

Penyakit jantung tidak perlu menjadi takdir anda. Walaupun penyakit diabetes dan jantung berkait rapat, tetapi menghidap diabetes tidak bermakna anda juga mesti menghidap penyakit jantung.

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi jantung anda serta memastikan ia kekal sihat. Yang paling utama adalah untuk mengawal penyakit diabetes anda dengan sebaiknya.

Ini termasuklah menjadi lebih aktif, mengurangkan berat badan berlebihan dan mengekalkan berat badan sihat serta paras glukosa darah yang normal. Di samping itu, pengawalan lipid/lemak darah dan tekanan darah yang baik serta mengelakkan diri daripada merokok.

Apa yang anda makan dan minum juga akan membuat perbezaan yang besar. Berikut tip-tip pemakanan mudah yang boleh membantu anda mengekalkan paras glukosa darah, tekanan darah serta lemak darah yang sihat:
  • Kekalkan paras glukosa darah dalam lingkungan normal. Sebaik-baiknya, jika anda menghidap diabetes, maka sasaran paras glukosa darah anda sepatutnya berada di antara 3.8 dan 6.1 mmol/L sebelum makan dan kurang daripada 7.8 mmol/L dua jam selepas makan.

  • Makan dalam hidangan kecil tetapi kerap. Badan anda hanya mampu untuk mengendalikan jumlah glukosa yang sedikit sahaja pada sesuatu masa.

  • Daripada memakan makanan karbohidrat yang bertapis, pilihlah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti nasi, roti mil penuh atau bijirin penuh, mi dan ubi-ubian dalam jumlah yang munasabah bagi setiap hidangan, setiap hari.

  • Jarakkan pengambilan karbohidrat sama rata sepanjang hari. Pastikan ia sentiasa dalam jumlah yang konsisten setiap waktu makan. Jangan mengambil makanan berkarbohidrat secara berlebihan atau sebarang jenis makanan lain juga, pada waktu makan. Ini membantu mencegah peningkatan glukosa darah secara mendadak.

  • Banyakkan makanan karbohidrat kompleks yang mengandungi kandungan serat tinggi – larut dan tidak larut. Serat larut seperti beta glukan, pektin dan sebagainya terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam oat, barli, legum dan sesetengah buah-buahan seperti epal. Serat tidak larut pula terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, biji benih dan bijirin penuh. Makanan berserat tinggi akan dicerna pada kadar yang lebih perlahan. Ini bermakna glukosa akan diserap ke dalam aliran darah pada kadar yang perlahan dan ini menyebabkan peningkatan paras glukosa darah yang lebih perlahan juga.

  • Pilih makanan karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik (GI) rendah. GI adalah pengukuran bagaimana cepat atau perlahan badan anda menukar karbohidrat dalam makanan tertentu kepada glukosa serta melepaskannya ke dalam aliran darah anda. Makanan GI rendah termasuklah barli, beras perang, roti rumusan istimewa, pasta yang diperbuat daripada gandum durum dan muesli.

  • Elakkan pengambilan gula dan makanan serta minuman yang sangat manis dan pilihlah makanan proses yang rendah atau bebas lemak dan gula. Makanan yang manis menyebabkan paras glukosa darah anda meningkat dengan cepat.

Pastikan tekanan darah anda kekal rendah
Anda perlu meminta doktor memeriksa tekanan darah anda pada setiap kunjungan. Mereka yang menghidap diabetes sepatutnya bermatlamat untuk menurunkan tekanan darah mereka kepada 130/80 mmHg atau kurang daripada nilai tersebut tanpa mengira usia.

Tip-tip pemakanan berikut mungkin dapat membantu anda mencapai sasaran:
  • Kandungan sodium (iaitu sejenis mineral yang sangat penting untuk badan anda berfungsi dengan sihat) yang terlalu banyak, boleh menyebabkan tekanan darah menjadi bertambah teruk terutama sekali jika anda sedang menghidap diabetes dan obes. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan sodium atau mengelakkan pengambilannya sama sekali. Cuba elakkan dari menambah garam, kicap atau monosodium glutamate (MSG) ke dalam makanan anda. Sebaliknya, gunakan herba-herba semula jadi dan rempah-ratus untuk menambahkan rasa makanan anda.

  • Elakkan makanan yang telah diproses contohnya sosej dan daging burger, makanan awet (jeruk, telur masin dan ikan masin) serta makanan dalam tin kerana kesemuanya mengandungi terlalu banyak garam.

  • Had atau elakkan dari meminum minuman beralkohol. Alkohol akan meningkatkan tekanan darah serta menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih kuat. Jika anda perlu minum sekalipun, pastikan yang anda mengikut sukatan yang disarankan iaitu, tidak lebih dua gelas minuman piawai dalam sehari bagi kaum lelaki dan tidak melebihi satu gelas minuman piawai sehari bagi wanita.

  • Makan dengan betul untuk mengekalkan paras lemak yang sihat. Jika anda menghidap diabetes, adalah sangat penting bagi anda untuk mengekalkan paras lemak darah yang sihat. Anda perlu berusaha untuk mengekalkan paras keseluruhan kolesterol di bawah 5.2 mmol/L. Paras kolesterol 'jahat' (LDL) anda pula perlu lebih rendah daripada 2.6 mmol/L dan kolesterol 'baik' (HDL) perlu lebih tinggi daripada 1.03 mmol/ L bagi kaum lelaki dan 1.3 mmol/L bagi kaum wanita. Anda juga perlu mengekalkan paras trigliserida di bawah 1.7 mmol/L. Selain mengamalkan gaya hidup aktif, berikut tip-tip diet yang akan membantu anda mencapai paras lemak yang sihat:

  • Elakkan makanan berkolesterol tinggi yang akan meningkatkan paras kolesterol LDL seperti udang, ketam, tiram, sotong, kuning telur dan organ dalaman (hati, buah pinggang, usus, otak). Anda boleh memakan lebih kurang 2-3 biji telur dalam seminggu tetapi pastikan anda mengurangkan pengambilan lemak binatang.

  • Kurangkan pengambilan lemak tepu yang boleh meningkatkan paras kolesterol LDL. Lemak tepu kebanyakannya terdapat dalam haiwan atau makanan bersumber daripada haiwan. Ini termasuk bahan makanan tenusu penuh lemak seperti minyak sapi, lemak khinzir, susu penuh krim, mentega, keju dan mayones. Elakkan pengambilan santan kerana ia mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Alternatif yang lebih sihat adalah menggunakan susu rendah lemak dalam masakan kari, pemanis mulut (cendol, bubur caca) dan juga kuih-muih kegemaran anda.

  • Sayangi lemak tidak tepu anda. Lemak poli tak tepu bukan hanya membantu menurunkan paras kolesterol LDL tetapi juga paras kolesterol HDL, manakala lemak mono tak tepu pula adalah neutral. Sumber-sumber lemak mono tak tepu adalah minyak tumbuh-tumbuhan seperti konola, zaitun dan kacang tanah manakala lemak poli tak tepu pula datang daripada sayur-sayuran, minyak tumbuhtumbuhan (jagung, bunga matahari, kacang soya), kekeras (badam, kacang hazel) dan sesetengah jenis ikan seperti salmon dan tuna.

  • Hadkan pengambilan lemak keseluruhan anda dengan mengurangkan lemak dari semua sumber termasuk minyak-minyak masak. Perhatikan juga lemak-lemak tersembunyi di dalam pastri dan biskut.

  • Gunakan minyak yang sedikit apabila memasak. Elakkan menggoreng makanan dengan minyak yang banyak sebaliknya, cuba kaedah goreng kilas (stir-frying) atau menggoreng menggunakan minyak yang sedikit serta mencuba kaedah memasak rendah lemak yang lain seperti mengukus, membakar atau memanggang.

  • Elakkan asid lemak trans yang biasanya terdapat dalam barangan makanan yang dibakar secara komersial, marjerin, makanan snek dan makanan proses. Lemak trans adalah tidak baik untuk paras kolesterol kerana meningkatkan LDL serta menurunkan HDL. Baca label-label makanan dengan teliti untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu mengandungi lemak trans atau tidak.

  • Tambah pengambilan serat larut kerana ia membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah. Banyakkan makanan berserat dan rendah GI. Serat larut terutama sekali beta glukan akan membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah dengan membantu memerangkap asid hempedu yang berkolesterol dan, kolesterol dalam makanan yang terdapat dalam saluran pencernaan. Sementara itu, makanan rendah GI menyerap glukosa pada kadar lebih perlahan ke dalam aliran darah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 03:01 PM | Show all posts

Awasi masalah penghadaman

SAKIT perut dan rasa pedih ulu hati akibat masalah penghadaman adalah perkara biasa dialami semua orang, terutama apabila makan tergesa-gesa atau dalam keadaan tertekan. Masalah penghadaman lebih kerap berlaku pada individu yang sibuk bekerja dan kerap menunda waktu makan serta sangat jarang bersenam.

Selain perut rasa tidak selesa, sakit perut dan kembung, masalah pencernaan juga boleh menyebabkan sembelit. Walaupun bukan penyakit tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang dan mengganggu prestasi di tempat kerja. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup kita.

Makan untuk memberi khasiat kepada badan supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Ini adalah konsep yang mudah tetapi kadang kala agak sukar untuk dilakukan, terutama bagi individu yang sibuk dan kerap mengambil makanan segera. Kerap juga kita makan kerana sebab yang tidak kena - bosan, sedih, mahu mententeramkan diri sendiri atau untuk memenuhi kehendak makan; bukan kerana lapar.

Makan dengan alasan yang disebut di atas akan mendorong kita memilih makanan dan membentuk tabiat pemakanan kurang sihat yang akhirnya menyebabkan kita mengalami masalah pencernaan. Langkah pertama ialah makan mengikut waktu atau jadual - dimulakan dengan sarapan (walaupun hanya segelas susu dan sekeping roti); makan tengah hari dan malam dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Makan perlahan-lahan dan nikmati makanan anda. Makan dalam keadaan tertekan atau tergesa-gesa boleh merencatkan penghasilan asid hidroklorik dan enzim yang diperlukan untuk pencernaan. Jika kita mengunyah makanan perlahan-lahan, lebih banyak air liur akan dihasilkan dan enzim emilase dalam air liur akan membantu memecahkan makanan. Makanan yang hancur mudah dicerna di dalam perut dan penyerapan khasiat juga menjadi lebih baik.

Pilih makanan yang mengandungi banyak enzim seperti pisang, nanas, betik dan madu asli. Pada masa sama kita boleh mengamalkan makan yogurt yang mengandungi probiotik untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus atau mengambil probiotik dalam bentuk kapsul. Jangan ?tolak? makanan ke dalam perut dengan minuman atau makan bersulam air. Kini kebanyakan gerai dan restoran menawarkan set hidangan yang dilengkapi minuman manis. Mungkin ramai yang tidak sedar minum banyak ketika makan boleh mengganggu proses pencernaan kerana kita biasanya 'menolak' makanan untuk masuk cepat ke dalam perut dengan minuman.

Ia juga akan 'mencairkan' kepekatan asid hidroklorik dan enzim dalam perut. Seeloknya minum 20 hingga 30 minit sebelum atau selepas makan. Jika terpaksa, minumlah sedikit ketika makan dan bawalah air minuman itu balik untuk dinikmati kemudian.

Hadkan saiz hidangan anda atau makan sedikit tetapi kerap. Makan terlalu banyak satu-satu masa boleh memberi tekanan kepada perut dan seluruh sistem pencernaan untuk bekerja lebih keras. Apabila perut mengandungi terlalu banyak makanan, asid hidroklorik dan enzim pencernaan dalam perut tidak dapat bertindak dengan cekap dan mengambil masa lebih lama untuk mencernakan semua makanan.

Selain itu ada juga panduan untuk meningkatkan pencernaan:
  • Minum segelas air suam yang dicampurkan satu camca makan jus lemon. Anda boleh campurkan sedikit madu jika suka.

  • Ambil segelas lassi pada waktu makan tengah hari. Lassi dikatakan dapat membantu flora dalam usus untuk berfungsi dengan lebih baik. Elakkan mengambil lassi pada waktu malam.

  • Makan satu hiris halia segar yang diperah sedikit jus lemon. Jika anda tidak lalu hendak menelan halia, minumlah perahan halia segar yang dicampur dengan jus lemon dan air suam; antara 30 hingga 60 minit sebelum makan.

  • Jangan tinggalkan sarapan. Pilih sarapan yang ringan dan mudah dihadam seperti bijirin sarapan atau buah-buahan.

  • Masak menggunakan bahan yang boleh merangsang sistem pencernaan seperti halia, kunyit, jintan putih atau ketumbar. Ia juga dipercayai dapat membantu menyingkirkan bahan toksik daripada badan dan meningkatkan penyerapan serta pengagihan nutrien makanan. Makanan yang sukar dihadam seperti kacang dal perlu dimasak dengan bahan ini untuk mengelakkan ketidakselesaan dan kembung perut.

  • Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein dan berkarbonat. Sebaliknya gantikan dengan teh herba.

  • Kurangkan snek di antara waktu makan kerana sistem pencernaan kita memerlukan rehat secukupnya untuk bekerja semula, terutama selepas makan tengah hari dan malam. Mengikut kaedah rawatan moden, kita disaran untuk makan empat jam sekali yang memberikan usus waktu rehat yang cukup. Jika berasa lapar, makanlah buah-buahan yang mudah dihadam dan tidak mengandungi banyak kalori.

  • Elakkan minuman berais kerana dipercayai boleh mengurangkan kecekapan pencernaan. Pengamal perubatan tradisional Cina juga percaya badan kita memerlukan cecair suam atau pada suhu bilik dan bukannya sejuk. Air suam dan rempah masakan dikatakan boleh membantu pencernaan.

  • Kurangkan makanan mentah kerana lebih sukar untuk dicerna. Untuk sayur, kukus atau celur seketika untuk 'melembutkannya' tanpa menghilangkan vitamin dan zat lain di dalamnya.

  • Makan makanan yang segar dan kurangkan makanan berproses atau dalam tin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 03:07 PM | Show all posts

Awasi tanda-tanda strok

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.

Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Tanda-tanda amaran strok
Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.

Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak.

Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya.

Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.

Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan.

Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Menurut Dr. Lee, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah.

Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana strok didianogsis?
Kata Dr. Lee, doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.

Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu.

Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang, ujarnya.

Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Dr. Lee juga menegaskan risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 03:26 PM | Show all posts

Psoriasis Kulit merekah, bersisik


APABILA melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang dijangkiti, tanpa menyedari tindakan itu hanya membuatkan pesakit berasa lebih rendah diri.

Tanda disebut di atas adalah sebahagian daripada ciri penyakit kulit dipanggil psoriasis. Jika anda berselisih dengan orang yang ada ciri seperti ini, jangan takut kerana ia tidak berjangkit.

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal umur, jantina dan keturunan.

Biasanya simptom psoriasis bermula ketika pesakit masih muda, tetapi kebanyakan pesakit mula mengalami masalah ini dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.

Bagaimana bentuk dan rupa psoriasis? Ketua Jabatan Dermatologi Universiti British Columbia merangkap Pengarah Perubatan Pusat Penjagaan Kulit, Hospital Besar Vancouver, Kanada, Profesor Harvey Lui, berkata psoriasis ada lima ciri utama iaitu tompokan kulit yang timbul, berwarna merah menyala dan bersisik perang berkilat.

Selain itu, serangan psoriasis biasanya bersifat simetri iaitu ada di sebelah kiri dan kanan anggota badan serta mempunyai garis luar yang ketara dan tempat permulaan serangan boleh dilihat dengan jelas.

Katanya, psoriasis adalah masalah penggantian kulit yang berlaku terlalu cepat, iaitu dalam masa tiga atau empat hari berbanding proses normal yang berlaku dalam tempoh sebulan.

Ini menyebabkan kulit matang dan mati dengan cepat. Akibatnya, sel-sel kulit akan berkumpul, bertimbun, keras, kering dan menggelupas, menyebabkan ia nampak seperti bersisik.

“Puncanya belum diketahui dengan tepat, tetapi dipercayai ia penyakit keturunan. Penyakit ini boleh dirangsang oleh pelbagai faktor antaranya jangkitan bakteria, trauma, tekanan psikologi, sesetengah jenis ubat, penyakit, alkohol dan pendedahan keterlaluan pada cahaya matahari.

“Psoriasis akan menyebabkan rasa sakit dan gatal. Malah, ia boleh berlaku di mana saja kulit badan, termasuk kulit kepala, dan dalam kes ini psoriasis nampak seperti kelemumur teruk,” katanya ketika forum kesihatan anjuran Leo Pharma Malaysia sempena pelancaran ubat sapu Daivobet baru-baru ini.

Ia juga boleh berlaku pada kuku, tapak kaki dan tangan mahupun kemaluan. Serangannya juga berbeza antara individu; ada berbentuk setompok kecil saja, tetapi ramai juga diserang seluruh badan.

Psoriasis ada beberapa jenis, iaitu:
- Plak — Jenis paling lazim, biasanya menyerang lutut dan kulit kepala; berwarna merah menyala dan diliputi sisik putih keperangan; gatal dan berdarah jika digaru.
- Scalp — Khusus pada kulit kepala, menyebabkan masalah kelemumur teruk.
- Guttate — Jenis ini biasanya timbul selepas serangan bakteria pada kanak-kanak atau remaja. Dalam kebanyakan kes ia biasanya menyerang kulit perut, kaki dan lengan. Boleh hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu atau bulan.
- Pustular — Jenis yang lebih serius sehingga kadangkala boleh menyebabkan luka, tetapi jarang berlaku.
- Flexural — Biasanya berlaku di tempat berkulit lembut di kalangan orang tua seperti ketiak, di bawah payu dara, perut, kemaluan atau punggung.
- Kuku — Hampir 50 peratus pesakit mengalami masalah ini atau gabungan dengan jenis lain. Kuku akan hilang warna, berkedut dan boleh tanggal.
- Facial — Serangan (tompok merah) khusus pada muka, tetapi jarang berlaku.
- Artritis — Hampir enam peratus pesakit turut mengalami artritis pada sendi, terutama sendi tangan, kaki dan tulang belakang.

Walaupun penyakit ini tidak boleh diubati, tetapi serangannya boleh dikawal. Kebanyakan pesakit perlu menggunakan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah kulit yang kronik ini.

Serangan psoriasis menyebabkan semua pesakitnya menghadapi masalah sosial dan psikologi. Pesakit berasa malu dan rendah diri untuk berdepan masyarakat. Malah, ramai menyembunyikan masalah mereka dan menghadapi tekanan emosi bersendirian menyebabkan penyakit bertambah teruk.

Profesor Lui berkata, psoriasis adalah cabaran sepanjang hayat dan ia perlu dirawat bagi mengembalikan keyakinan pesakit serta meningkatkan kualiti hidup mereka.

Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan, iaitu terapi cahaya (menggunakan cahaya ultra lembayung dan mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk menghilangkan tanda psoriasis), ubat sistemik (pil atau suntikan tetapi masalahnya seluruh sistem badan akan menerima kesan ubat) dan krim sapu.

Antara krim sapu terbaru adalah gabungan calcipotriol dan betamethasone dipropionate, yang perlu disapu sekali sehari dan dikatakan mampu menunjukkan kesan positif lebih cepat.

Berdasarkan laporan yang disiarkan dalam British Journal Dermatology pada 2002, gabungan dua bahan ini memberikan kesan 70 peratus jika disapu sekali sehari berbanding 75 peratus jika disapu dua kali sehari.

Ini bermakna ubat terbaru di pasaran ini akan menyenangkan pesakit dan membolehkan mereka meneruskan aktiviti harian tanpa perlu terlalu memikirkan penyakit mereka.

“Sebenarnya sebarang jenis ubat boleh digunakan untuk mengatasi masalah psoriasis, termasuk losyen pelembap, tetapi sebaiknya carilah ubat yang menyenangkan dan memberi kesan berpanjangan.

“Pengambilan ubat boleh dihentikan sebaik simptom psoriasis (kulit tebal dan bersisik) hilang kerana tompok merah akan pudar secara beransur-ansur. Ini menandakan kulit anda dalam proses pemulihan,” katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 03:33 PM | Show all posts

Sakit kepala dan migrain

Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache. Migrain yang biasa ditemui adalah migrain tanpa aura tetapi terdapat juga migrain klasik bersama aura serta bentuk-bentuk migrain yang lain.

Selain dari menyebabkan kepala berdenyut- denyut, sakit kepala jenis migrain ini (migrain tanpa aura) mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Sakit kepala yang berlarutan dari empat ke 72 jam

2. Ia mempunyai dua daripada ciri-ciri di bawah iaitu:
  • Melibatkan sebelah kepala
  • Berdenyut-denyut (seperti yang saudari alami)
  • Intensiti yang sederhana atau teruk (yang boleh mengurangkan aktiviti seharian individu terbabit)
  • Menjadi lebih teruk semasa berjalan, memanjat tangga.

Semasa berlakunya sakit kepala, terdapat salah satu daripada ciri-ciri seperti;
  • Loya atau muntah-muntah
  • Fotofobia (cahaya atau sinaran menyebabkan kesakitan bertambah) atau fonofobia (bunyi akan menyebabkan kesakitan bertambah)

Epidemiologi
  • Prevalen/kelaziman migrain ini boleh berbeza-beza. Dalam tempoh setahun, prevalennya adalah enam peratus bagi kaum lelaki dan 15 peratus, wanita.
  • Nisbah kejadian migrain ini (perempuan:lelaki) adalah antara 2:1 dan 3:1
  • Kejadian biasanya berlaku di antara usia 20-an dan 30-an.
  • Selepas usia 50 tahun jarang berlaku
  • Prevalen migrain dengan aura adalah lebih rendah berbanding migrain tanpa aura

Migrain dengan aura (migrain klasik)
Selain menyebabkan sakit kepala, mual serta ciri-ciri migrain tanpa aura, terdapat simptom-simptom neurologi yang tidak boleh dikaitkan dengan masalah-masalah neurologi tertentu seperti strok serta, dapat dikenalpasti berpunca daripada korteks serebrum atau pantang otak.

Aura ini melibatkan pengalaman atau simptom-simptom visual, sensori, motor, pertuturan atau bentuk-bentuk lain.

Contohnya, dalam kes migrain yang mempunyai aura visual, seseorang pesakit itu boleh melihat garisan bengkang bengkok yang bergerak ke arah tepi pemandangan.

Ini digelar sebagai fortifikasi (pembentengan) atau teichopsia.

Rawatan
Masalah pemakanan (diet) mungkin melibatkan 10 peratus daripada penghidap migrain dan termasuk makanan yang mengandungi kafeina, coklat, keju, kekacang, yogurt dan monosodium glutamate (MSG).

Pesakit migrain yang sensitif kepada makanan tersebut eloklah mengelakkannya sama sekali.

Faktor-faktor lain yang boleh mendatangkan sakit kepala ini termasuklah stres, merokok, terlebih atau tidak cukup tidur dan kelaparan.

Ubat-ubatan seperti pil perancang atau terapi penggantian hormon (HRT) boleh menyebabkan migrain menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Kebanyakan pesakit migrain tidak menunjukkan apa-apa kesan sekiranya ubat-ubatan itu diambil. Kalau berlaku, pil perancang atau HRT itu eloklah diberhentikan, tetapi kesannya (sakit kepala yang berkurangan) mungkin mengambil masa sehingga setahun lamanya.

Migrain selalunya menjadi bertambah baik dalam tempoh kehamilan.

Rawatan semasa serangan migrain
  • Sesetengah pesakit akan menunjukkan respon kepada aspirin dan parasetamol sama ada dengan sendirinya atau melalui kombinasi dengan ubat-ubat tahan muntah (metochorlpramide)
  • Ubat-ubatan jenis antiradang bukan steroid (NSAIDs) seperti diclofenac dan ibuprofen
  • Ubatan-ubatan jenis perencat COX-2 seperti meloxicam dan etoricoxib
  • Ergotamine berkesan dalam merawat migrain jenis aura yang sukar dikawal. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada pengidap penyakit kardiovaskular (misalnya, sakit jantung koronari)
  • Sumatriptan (agonis 5-HT1) berkesan mengawal sakit kepala dan mual dalam jangkamasa yang singkat. Ia boleh diberikan secara oral atau suntikan.

Rawatan pencegahan
Rawatan pencegahan diberikan kepada pesakit yang mengalami tiga atau lebih insiden sakit kepala yang teruk pada setiap bulan.

Contoh ubat-ubatan yang selalu digunakan untuk rawatan pencegahan ini adalah:
1. Pizotifen
2. Beta blocker
3. Amitryptilline
4. Sodium valporate

Kesemua ubat-ubatan yang disebutkan di atas mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Contohnya, Pizotifen boleh menyebabkan peningkatan dalam berat badan dan Amitryptilline boleh menyebabkan sedasi (kesan menenteramkan).

Pastikan anda diberitahu tentang kesan-kesan sampingan sebelum ubat-ubat di atas diambil.

Buat masa ini, tiada persetujuan sebulat suara dicapai berkenaan jangkamasa pengambilan rawatan pencegahan tersebut.

Walaubagaimanapun, sesetengah pihak memberikan rawatan tersebut untuk enam bulan pertama sebelum dikurangkan dosnya dan akhirnya diberhentikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2013 03:35 PM | Show all posts

Kehilangan Rambut atau Ketipisan Rambut?

Lebih separuh daripada mereka yang menyertai tinjauan kaji selidik pernah mendengar tentang kehilangan rambut, tetapi mereka tidak pasti sama ada terdapat perbezaan antara kehilangan rambut dan ketipisan rambut.

Istilah umum `kehilangan rambut' boleh merujuk kepada banyak masalah yang berlainan, daripada sedikit ketipisan hingga kebotakan penuh, dan keadaan ini boleh berlaku kerana banyak sebab yang berlainan.

Dr. Ting menjelaskan bahawa kehilangan rambut boleh berlaku secara beransur-ansur menyebabkan rambut menjadi semakin nipis.

Adakah Kerana Gen?
Sebanyak 21 peratus daripada responden percaya bahawa kehilangan rambut adalah berpunca daripada kombinasi faktor keturunan, hormon dan usia.

Umumnya, kehilangan rambut di kalangan lelaki dan wanita adalah diwarisi daripada ibu atau bapa mereka, atau kedua-duanya. Gen kita mempengaruhi pertumbuhan rambut kita.

Ia mengaktifkan kepekaan kepada androgen (hormon lelaki) termasuk testosteron, yang menyebabkan folikel rambut mengecut. Folikel yang mengecut (selaput yang menyarung umbi rambut) mengeluarkan rambut yang nipis.

Punca kehilangan rambut paling biasa di kalangan lelaki (90 peratus) dan wanita (70 peratus) ialah androgenetic alopesia (sering dipanggil oleh masyarakat bukan perubatan sebagai kehilangan rambut akibat faktor warisan atau keturunan).

Keadaan ini adalah disebabkan kesan androgen (hormon lelaki) ke atas folikel rambut dan corak tindak balas ditetapkan secara genetik. Semua wanita juga mempunyai hormon androgen dan kerana itu gejala ini dialami oleh lelaki dan wanita.

Kehilangan rambut di kalangan lelaki biasanya dilihat pada bahagian depan, khususnya atas dahi, atau tompok botak di bahagian tengah atas kepala. Bagaimanapun, keadaannya berbeza di kalangan wanita - kehilangan rambut tidak berlaku secara setempat tetapi di seluruh kulit kepala, menyebabkan rambut kelihatan semakin nipis.

Faktor Tekanan
Sementara itu, sebanyak 21 peratus daripada peserta yang mengalami kehilangan rambut menyangka bahawa punca masalah kehilangan rambut mereka adalah tekanan emosi atau fizikal, manakala 20 peratus lagi percaya bahawa masalah ini berpunca daripada kekurangan nutrien.

Jika mereka ternampak lebih banyak rambut gugur ke dalam besen cuci muka atau di atas lantai selepas menyikat rambut, mereka percaya ia adalah tanda kehilangan atau ketipisan rambut.

Hasil tinjauan ini juga menunjukkan bahawa 34 peratus daripada responden telah mengalami masalah kehilangan rambut selama dua hingga lima tahun, dan kira-kira 60 peratus peserta yang menyertai tinjauan telah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini.

Seseorang itu boleh kehilangan banyak rambut dalam tempoh enam minggu hingga tiga bulan selepas mengalami tekanan fizikal atau emosi yang teruk tetapi rambut biasanya akan tumbuh semula dalam masa beberapa bulan kemudian.

Siapakah Yang Patut Saya Temui
Kaum lelaki dan wanita biasanya mencari pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini. Mereka cuba mendapatkan bantuan daripada pakar pendandan rambut, ahli farmasi, doktor, pakar dermatologi dan pakar rawatan rambut.

Tinjauan kaji selidik menunjukkan bahawa antara orang pertama yang dirujuk ialah pakar pendandan rambut (28 peratus), diikuti oleh ahli farmasi (27 peratus). Hanya sebilangan kecil (11 peratus) mendapatkan rawatan daripada pakar dermatologi

Bantuan kembali
Pakar pendandan rambut merupakan orang pertama yang menyedari kehilangan rambut seseorang. Mereka mempunyai keupayaan untuk memecahkan benteng dan memperkatakan tentang kehilangan rambut.

Orang lain mungkin mendapatkan bantuan daripada ahli farmasi kerana mereka arif tentang ubat-ubatan, dipercayai dan mudah ditemui.

Langkah bijak bagi mereka yang mengalami masalah kehilangan rambut menemui doktor untuk mendapatkan penilaian klinikal dan diagnosis sebelum memulakan rawatan yang sesuai.

Ia memalukan!
Tinjauan kaji selidik tersebut menunjukkan bahawa 22 peratus daripada responden yang telah atau pernah mengalami keadaan ini mengalami kesan psikologi akibat kehilangan rambut, menyebabkan mereka berasa malu. Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita.

Responden yang tidak mengalami kehilangan rambut (38 peratus) menyatakan bahawa mereka akan berasa kurang yakin pada diri sendiri jika mengalami keadaan sedemikian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 03:47 PM | Show all posts

Radang tonsil perlu dibuang

SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV, Mohd Amer Daniel, 10, berdepan masalah kegagalan fungsi tonsil, mengakibatkan kesihatannya sering terganggu.

Kanak-kanak itu yang mula berdepan masalah berkenaan sejak 2004 kerap mengalami sakit tekak dan demam selesema. Pelajarannya turut terganggu berikutan kerap mengambil cuti sakit.

Meskipun mengambil ubat seperti disarankan doktor, masalah itu tetap berulang. Sehingga awal Mac lalu, keadaan Mohd Amer semakin membimbangkan apabila kerap muntah apabila menjamah makanan.

Apabila menemui Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pakar Kuantan, Dr Srinovianti Noerdin, Mohd Amer dikesan menghidap penyakit tonsilitis yang berpunca daripada radang tonsil, malah pemeriksaan dilakukan turut mengesan jangkitan pada bahagian hidungnya.

Menurut Dr Srinovianti, memandangkan masalah sakit tekak dan demam yang kerap berulang, penyakit Mohd Amer tergolong dalam kategori ‘recurrent tonsilitis’, iaitu radang tonsil berulang.

“Mohd Amer turut dikesan menghidap resdung (jangkitan pada bahagian hidung) dan kemungkinan lendir yang terhasil akibat penyakit ini menyebabkan radang dan bengkak pada tonsil.

“Justeru, supaya Mohd Amer tidak lagi menderita sakit, jalan terbaik ialah membuang bahagian tonsil yang membengkak dan mempunyai radang itu,” katanya.

Dr Srinovianti berkata, masalah radang tonsil boleh berlaku pada semua peringkat umur, tetapi bagi kanak-kanak, kebiasaannya radang itu tertumpu di bahagian tisu tonsil saja.

“Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.

“Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya,” katanya.

Dr Srinovianti berkata, sebelum menjalani pembedahan tonsil, pesakit lazimnya diberi ubat untuk mengurangkan radang, tetapi untuk masalah tonsil yang teruk, pembedahan segera perlu dilakukan.

“Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi’,” katanya.

Bagi Mohd Amer, dalam usia masih mentah, atas sokongan ibu bapanya, dia akur dengan nasihat doktor dan memilih untuk menjalani pembedahan.

Pembedahan Mohd Amer bukan saja membabitkan pembuangan bahagian tonsil yang bermasalah, tetapi juga proses pencucian ruang sinus hidung.

Selepas dibius, pembedahan dimulakan dengan prosedur pembersihan ruang sinus hidung dan diteruskan dengan prosedur pembuangan tonsil bermasalah.

Namun sebelum itu, selain pembuangan tonsil, pembedahan turut membabitkan prosedur pembuangan tisu adenoid yang bermasalah di belakang hidung. Untuk melakukan prosedur ini, lelangit lembut Mohd Amer perlu dinaikkan bagi mencapai tisu berkenaan yang dikesan turut membesar kesan daripada radang tonsil.

Untuk prosedur utama, iaitu pembuangan tonsil bermasalah, ia perlu dilakukan secara berhati-hati dan pantas bagi mengelak pendarahan yang banyak.

Dengan menandakan bahagian yang hendak dipotong, prosedur pemotongan dapat dilakukan dengan mudah tanpa mencederakan bahagian tekak lain. Bermula dengan tonsil kanan, prosedur pembuangan diteruskan dengan tonsil kiri selepas salur darah diikat supaya pendarahan dapat dihentikan.

Dr Srinovianti berkata, dalam sesetengah kes, tonsil pesakit akan bernanah kesan jangkitan virus dan bakteria, tetapi tidak bagi Mohd Amer kerana radang tonsilnya hanya membabitkan tisu tonsil.

Pembedahan selesai dalam tempoh 40 minit dan dengan pembuangan dua tonsil bermasalah itu, Dr Srinovianti yakin tiada kemungkinan untuk masalah radang tonsil yang berlaku kepada Mohd Amer berulang.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2013 03:48 PM | Show all posts

Ekzima dan Psoriasis

Masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Apa yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah kulit tersebut. Berjumpa doktor untuk mendiagnosis masalah yang dialami dan mengeyorkan ubat yang sesuai. Ini penting untuk mengenalpasti masalah kulit yang dialami. Ramai yabg masih bingung perbezaan ekzima dengan psoriasis. Untuk mengetahui perbezaan masalah ini, berikut adalah beberapa maklumat yang perlu anda ketahui.

Istilah ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima bererti 'mendidih keluar' dan psoriasis berasal dari 'psoera', bererti 'gatal'. Masalah ekzima dan psoriasis adalah berbeza. Psoriasis sering dialami orang dewasa. Satu kajian menunjukkan bahawa sekitar 3% daripada orang dewasa didapati mengidap psoriasis. Manakala ekzima pula pengidapnya sekitar 20% dari orang dewasa dan kanak-kanak dan 5% dari penduduk dewasa mengalami masalah ini. Kajian ini telah di buat di AS. Kesimpulannya, psoriasis biasanya dialami oleh orang dewasa dan manakala ekzima sering dialami oleh kanak-kanak.

Penyebab psoriasis dan ekzima juga berbeza. Ekzema sering menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ia biasanya disebabkan oleh produk-produk yang mempunyai bahan kimia yang kuat termasuk detergen, parfum dan kosmetik. Manakala psoriasis biasanya dikaitkan dengan masalah genetik disebabkan masalah sistem imun dan persekitaran.

Kulit yang mengalami ekzima dan psoriasis mungkin mempunyai beberapa persamaan tetapi ia mempunyai perbezaan yang jelas satu sama lain. Ekzima biasanya menunjukkan tanda seperti kulit kering yang mengelepuh kecil atau berbintik-bintik. Ia juga mengalami gatal yang berlebihan. Psoriasis bersisik, merah dan kulit yang mengelupas disertai gatal. Psoriasis mununjukkan tanda-tanda pengelupasan bersisik yang boleh menyebabkan perdarahan kulit.

Ekzima dan psoriasis tidak mempunyai cara dan kaedah penyembuhan yang tepat, tapi rawatan secara efektif dapat membantu meringankan gejalanya. Sementara ekzima mempunyai gejala kurang serius, psoriasis boleh menimbulkan kesan negatif pada sendi tubuh dan boleh menyebabkan gejala yang mirip dengan artritis.

Eksima biasanya disebabkan oleh reaksi alergi terhadap jenis makanan tertentu, anda boleh membantu mengurangkan jerawat ekzima dengan mengelak makanan yang boleh menyebabkan jerawat ekzima. Meskipun tidak ada terbukti menunjukan hubungan antara psoriasis dan diet seseorang, beberapa tip yang perlu diambil ialah mengurangkan pengambilan lemak dan gula.

Untuk mendapatkan menentukan masalah psoriasis dan ekzima. Ianya perlu dikenalpasti agar tindakan sewajarnya dapat diambil untuk mengelakkan kesan yang lebih buruk, cara yang terbaik ialah dengan mendapatkan diagnosis yang tepat oleh seorang pakar kulit. Anda kemudiannya boleh mencari rawatan yang sesuai dan ubat untuk masalah kulit anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 03:51 PM | Show all posts

Rawat diabetes lebih awal

DIABETES bukanlah sejenis penyakit yang asing bagi masyarakat kita. Setiap hari tanpa disedari, kita mungkin berhadapan atau berdiri ataupun makan di sebelah seorang pesakit diabetes. Setiap satu dalam tujuh orang dewasa di Malaysia menghidapi diabetes. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 menunjukkan prevalen bagi diabetes di kalangan penduduk negara ini yang berumur 30 tahun ke atas meningkat kepada 14.9 peratus berbanding hanya 8.3 peratus pada 1996.

Bagaimana boleh berlaku peningkatan sebegini? Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit diabetes seperti masalah berat badan, pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat, keturunan atau sejarah keluarga (diabetes ada hubungkait kuat dalam keluarga). Begitu juga peningkatan umur, kurang bersenam dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif - ciri yang ada pada kebanyakan masyarakat kita. Wanita yang mengalami masalah diabetes ketika hamil mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit ini.

Diabetes boleh dibahagikan kepada dua jenis/kategori iaitu:
I. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I;
II. Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II. Jenis yang paling banyak dialami adalah diabetes jenis II.

Jika anda mengalami gejala seperti luka yang lambat sembuh, jangkitan pada sistem pembuangan air kencing dan kemaluan, kebas kaki, dahaga, kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak, letih dan lesu serta berat badan menurun tanpa sebab, anda disarankan menjalani ujian untuk diabetes.

Bagaimana diabetes dikesan?
Kebanyakan orang tidak sedar mereka menghidap diabetes. Di Malaysia, pakar perubatan menganggarkan kebanyakan pesakit sudah menghidap diabetes bertahun-tahun lamanya sebelum penyakit mereka dikesan. Inilah sebabnya kita perlu mengetahui paras gula darah kita dengan kerap menjalani pemeriksaan. Diabetes boleh dikesan melalui ujian darah di mana-mana klinik atau makmal seperti Pathlab iaitu:

"Ujian paras gula ketika berpuasa - Ujian ini biasanya dijalankan pada waktu pagi selepas berpuasa selama lapan jam. Ini bermakna seseorang yang ingin menjalani ujian ini tidak boleh makan atau minum (kecuali air masak) selama lapan jam sebelum ujian.

"Ujian paras gula secara rambang - Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu berpuasa.

"Ujian oral toleransi glukosa - Dalam ujian ini seseorang akan diberi minum air yang dibancuh dengan 75 gram glukosa. Tahap gula dalam darah akan diperiksa semasa puasa dan selepas dua jam pengambilan 75g glukosa.

Secara lazimnya ujian ini untuk wanita hamil yang disyaki menghidap diabetes di klinik kerajaan. Ramai wanita menghidap diabetes ketika hamil sedangkan mereka tidak pernah mengalami masalah itu. Keadaan ini dipanggil diabetes gestasi yang hanya berlaku ketika hamil. Wanita yang ada masalah ini mempunyai risiko mengalami pradiabetes dan diabetes jenis II kelak.

Biasanya ujian ini bertujuan mengetahui risiko menghidap diabetes gestasi ketika kehamilan memasuki minggu ke-24 hingga 28. Untuk mengesannya, wanita dikehendaki berpuasa selama lapan jam, dan akan diberikan air glukosa (ujian oral toleransi glukosa). Ujian ini sangat penting kerana diabetes gestasi boleh memberi kesan kepada kandungan; antara risikonya ialah badan bayi menjadi besar daripada normal (makrosomia), tahap gula dalam darah bayi terlalu rendah (hipoglisemia), bayi boleh mengalami demam kuning atau bayi boleh mengalami sindrom sesak nafas.

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, dengan kawalan yang baik, iaitu dengan mengawal paras gula darah, mengamalkan pemakanan sihat, bersenam dan mengekalkan berat badan seimbang; wanita boleh melahirkan bayi yang sihat.

Ada lagi satu perkara penting yang perlu diketahui khususnya bagi pesakit diabetes iaitu ujian untuk mengetahui paras HbA1c. Ini adalah ujian bagi menunjukkan purata gula dalam sel darah merah dalam tempoh tiga bulan. Ia juga menunjukkan sama ada diabetes anda terkawal atau sebaliknya.

Dalam ujian ini, sampel darah pesakit akan diambil dan dihantar ke makmal untuk dianalisis. Keputusan anda normal jika HbA1c berada pada tahap 6 peratus atau kurang. Tahap HbA1c yang digunakan untuk diagnosis diabetes ialah kurang dari 5.7 peratus (normal), 5.7 hingga 6.4 peratus (pra diabetes) dan 6.5 peratus atau lebih (diabetes). Jika anda menghidap diabetes, anda perlu memastikan paras HbA1c di bawah 7 peratus dan berbincang dengan doktor tahap yang sesuai untuk anda.

Diabetes tidak terkawal boleh mencetuskan pelbagai komplikasi yang membabitkan banyak organ seperti menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada mata (boleh mengakibatkan buta), saraf (kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh cedera tanpa disedari), otak (strok), buah pinggang (kegagalan buah pinggang) dan jantung (serangan jantung).

Jangan perjudikan kesihatan dan segeralah jalani pemeriksaan kesihatan am untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri, seharusnya datang untuk menjalankan saringan pemeriksaannya kerana umur yang panjang tidak bermakna jika kita tidak sihat. Ujian saringan kesihatan am boleh dilakukan di mana-mana klinik atau 50 cawangan makmal Pathlab di seluruh Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 03:56 PM | Show all posts

Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher

APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus. Namun, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher.

Bagaimanapun, paling ketara, pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?

Perunding Perubatan dan Endokrinologis (diabetologis) di sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ada pelbagai jenis tiroid.

Beliau berkata, hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Katanya, tiroid nodul dan hipotirodisme kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.

Beliau berkata, tiroid ialah kelenjar endokrin dan ia mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makan.

"Hormon tiroid berfungsi mengawal kadar metabolisme badan. Kanak-kanak yang sedang membesar, tiroid mengawal pembesaran mereka dan berinteraksi dengan hormon lain dalam badan", katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Apakah hipertiroid?
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.

Apakah keadaan yang boleh menyebabkan hipertiroidism?
  • Penyakit Graves – Graves ialah nama orang yang pertama menemui penyakit ini. Ia disebabkan faktor keturunan. Badan pesakit yang mengalami hipertirodism selalunya akan mengeluarkan antibodi, yang kemudiannya akan merangsang kelenjar tiroid untuk menjadi aktif.

  • Penyakit multi nodular goiter. Keadaan yang mana wujud banyak nodul pada tiroid dan ia boleh berfungsi sama ada secara aktif, normal atau tidak aktif langsung.

  • Adenoma toksik. Wujud satu nodul saja pada tiroid tetapi nodul itu aktif dan mengeluarkan hormon berlebihan.

Apakah simptom hipertiroid?
  • Selera makan semakin bertambah.
  • Berat badan mula menurun.
  • Kerap membuang air besar.
  • Mudah marah.
  • Menggeletar jari tangan.
  • Berdebar-debar.
  • Terasa panas.
  • Sering berpeluh.
  • Mata terjojol.
  • Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan.
  • Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis.
  • Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki.

Rawatan untuk hipertiroid ialah melalui pengambilan ubat-ubatan. Ada juga pesakit yang diberikan radioaktif iodin, terutama bagi kes multi nodular goiter dan adenoma toksik tetapi amat jarang yang perlu menjalani pembedahan. Bagaimanapun, jika tiroid menimbulkan masalah kepada saluran makan dan pernafasan dan atas permintaan pesakit bagi tujuan kosmetik.

Apakah hipotiroid?
Dr Sharifah Sakinah berkata, hipotiroid pula disebabkan oleh Hashimoto Disease, iaitu penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani sesuatu pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Beliau berkata, hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan secukupnya.

Apakah simptom hipotiroid?
  • Pesakit akan menjadi gemuk.
  • Badan mereka sering terasa sejuk.
  • Malas.
  • Kuat tidur.
  • Lembap.
  • Ingatan terganggu.
  • Kaki membengkak

Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera
Pesakit yang mengalami hipotiroid senang dirawat tetapi mereka terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup. Hormon ini selamat dan tiada kesan sampingan.

Apakah tiroid nodul?
Dr Sharifah Sakinah berkata, tiroid nodul pula adalah pembengkakan tiroid dalam bentul nodul. Sembilan puluh lima peratus daripada kes tiroid nodul ialah jenis benigna manakala lima peratus lagi berbentuk kanser.

Lazimnya, pesakit tidak perlu dibedah dan doktor akan hanya melakukan pemeriksaan ultra bunyi dan kaedah fine needle aspiration. Melalui kaedah itu, doktor akan mengambil sel daripada nodul untuk menentukan sama ada ia jenis benigna atau malignan.

Jika sel itu adalah jenis benigna, pesakit tidak perlu dibedah tetapi terpaksa menjalani pemeriksaan susulan. Sekiranya sel itu jenis kanser, pesakit perlu dibedah dan menjalani rawatan radioaktif iodin selepas pembedahan.

Apakah hipotiroidisme kongenital?
Keadaan ini berlaku di kalangan bayi berikutan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di negara Barat, bayi yang mengalami masalah ini selalunya dapat dikenal pasti sejurus dilahirkan kerana negara terbabit menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Bagaimanapun, kemudahan seumpama itu belum diperkenalkan di Malaysia dan ini menyulitkan doktor untuk mengesan bayi yang mengalami masalah tiroid tidak berfungsi.

Lazimnya, bayi yang mengalami masalah pada tiroid menunjukkan tanda-tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis dan tumbesaran lewat.

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi yang dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Hipotirodisme kongenital boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan otak seperti bodoh dan cacat fizikal. Jika bayi tidak menerima rawatan segera, kecacatan itu akan kekal.

Apakah postpartum tiroiditis?
Ini ialah inflamasi tiroid yang akan berlaku selepas wanita melahirkan anak. Biasanya ia berlaku di antara dua dan enam bulan selepas bersalin. Keadaan ini wujud selepas wanita melahirkan anak yang mana antibodi terhasil secara berlebihan.

Antibodi ini akan menyebabkan kerosakan pada kelenjar tiroid. Ia boleh dibahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pertama membabitkan lebihan hormon tiroid manakala fasa kedua pula kekurangan hormon tiroid.

Dalam sebahagian besar kes, keadaan ini akan pulih sendiri dan tidak memerlukan ubat-ubatan dan hanya perlu diawasi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 03:59 PM | Show all posts

Periksa mata anda sekarang

ANTARA anggota utama yang tidak terlepas daripada kesan usia ini adalah mata, yang paling jelas merosot fungsinya selepas umur 50 tahun.

Usia emas tidak bermakna menjadi rabun atau buta, malahan ia boleh dicegah atau sekurang-kurangnya dilambatkan dengan langkah pencegahan dan rawatan terkini. Katarak, glaukoma, kemerosotan makula berkaitan usia (AMD) dan retinopati diabetik, yang paling banyak menyebabkan masalah mata dan kebutaan warga emas.

Mata merupakan antara struktur badan yang mempunyai metabolisme paling tinggi. Lebih 120 juta fotoreseptor mata berfungsi setiap milisaat dan tidak berhenti selagi mata dibuka untuk melihat. Begitu banyak salur darah halus membolehkan metabolisme tinggi ini berterusan dan mata terus melihat.

Tahap kesihatan mata juga dapat menjadi penunjuk kepada tahap kesihatan badan seseorang.

Oleh itu, adalah dinasihatkan pemeriksaan berkala untuk mata perlu dimulakan dari umur 40-an, atau lebih awal lagi dan bukan hanya diperiksa selepas masalah penglihatan mula timbul.

Struktur mata terbina daripada beberapa bahagian berbeza seperti kornea, iris, kanta, retina, saraf optik, makula dan salur darah halus . Kehilangan penglihatan mungkin boleh dirawat atau tidak, bergantung kepada struktur yang terjejas. Oleh itu pengesanan awal dan langkah pencegahan adalah sangat penting.

Punca
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan masalah obesiti atau kegemukan menjadi punca kepada kebanyakan penyakit.

Perangkaan terbaru juga menunjukkan semakin ramai golongan muda negara ini (di bawah umur 40 tahun) yang menghidap diabetes jenis kedua, seawal umur 20-an lagi. Gejala ini akan membawa kepada komplikasi salur darah halus (mikrovaskular) yang banyak terdapat pada mata. Retinopati diabetik merupakan punca utama kebutaan yang boleh dicegah dan mungkin menyebabkan pesakit buta seawal usia 30-an.

Paras gula yang tidak terkawal, terlalu tinggi (hiperglisemia) atau terlalu rendah (hipoglisemia) dan tempoh menghidap diabetes (lebih lama lebih bahaya) menentukan risiko menghidap retinopati diabetik.

Diabetes juga boleh membawa kepada komplikasi makulopati diabetik (pengumpulan lemak di dalam mata yang menyebabkan bengkak pada makula) dan glaukoma atau peningkatan tekanan pada mata.

Jenis-jenis masalah mata:
1. Katarak - Punca utama kebutaan masyarakat dunia ialah katarak yang menyebabkan kanta mata (yang jernih) menjadi legap sehingga cahaya tidak dapat sampai ke retina. Katarak tidak boleh dicegah tetapi boleh dirawat. Walaubagaimanapun amalan pemakanan dan cara hidup sihat dikatakan mampu melambatkan proses terjadinya katarak. Antara tanda ialah penglihatan menjadi kabur secara beransur-ansur dan tidak boleh dibetulkan dengan cermin mata. Pesakit diabetes juga berisiko mendapat katarak lebih muda (sekitar umur 45 tahun). Mereka juga mungkin mengalami katarak gula (mata tiba-tiba kabur) akibat pengumpulan terlalu banyak gula dalam mata. Dengan teknologi terkini, pembedahan katarak menjadi lebih selamat, mudah dan proses pemulihan penglihatan juga menjadi semakin singkat.

2. Glaukoma pula merupakan keadaan di mana berlakunya kemerosotan fungsi saraf optik yang menyebabkan medan penglihatan semakin sempit seterusnya kebutaan kekal, di mana tekanan mata yang tinggi adalah penyebab utama berlakunya masalah ini.
Ujian saringan penglihatan oleh individu terlatih amat penting apabila melangkaui umur 40 tahun, terutamanya jika mempunyai sejarah keluarga dengan masalah tersebut.

3. Kemerosotan Makula Berkaitan Usia (AMD) - merupakan punca kedua utama kebutaan dunia. AMD adalah penyakit kemerosotan retina yang memberi kesan kepada makula, iaitu bahagian paling sensitif dalam mata yang membolehkan kita melihat sesuatu secara terperinci.
Pesakit AMD juga selalunya hanya dapat dikesan pada peringkat lewat iaitu bila penglihatan terjejas kerana pada peringkat awal pesakit tidak mempunyai tanda-tanda yang nyata. Pesakit AMD mungkin mengalami kesukaran dengan tugas visual seperti membaca, menentukan masa, mengenali muka dan memandu.
Berbanding katarak yang lebih mudah dikesan, glaukoma, retinopati diabetik dan AMD yang menjejaskan bahagian belakang mata boleh dikesan melalui ujian saringan yang kini terdapat di kebanyakan hospital dan klinik sama ada kerajaan ataupun swasta.

Pencegahan awal
Walaupun kini terdapat teknologi moden yang dapat membantu rawatan penyakit-penyakit mata tersebut, pilihan utama tetap kepada pencegahan bagi mengekalkan struktur dan fungsi semula jadi mata. Dianggarkan lapan juta penduduk dunia melebihi umur 55 tahun menghidap AMD, dengan 1.3 juta daripadanya akan membentuk AMD yang teruk jika tidak dirawat.

Beberapa kajian yang telah dan sedang dijalankan menunjukkan peranan antioksidan, zink dan asid lemak omega-3 memberi kesan positif dalam mengurangkan risiko dan melambatkan pembentukan AMD.

Selain pemeriksaan berkala, pencegahan dengan pengambilan antioksida dapat membantu mengurangkan kandungan radikal bebas di dalam badan, terutamanya pada mata.

Kajian menunjukkan pengambilan diet kaya dengan vitamin E dan zink mungkin bermanfaat dalam mengurangkan risiko AMD, sehingga 35 peratus jika ditambah vitamin C dan beta karotin. Dipercayai lutein meningkatkan kepadatan pigmen optikal makula mata dan meningkatkan ketajaman penglihatan jarak dekat dan sensitiviti kontras. Gabungan lutein dan zeaxanthin juga didapati dapat memberi kesan perlindungan mata daripada AMD.

Berdasarkan beberapa kajian, pengambilan bersama asid lemak omega-3 (seperti DHA, EPA), lutein dan zeaxanthin mungkin lebih berkesan menurunkan risiko AMD. Oleh itu, pengambilan suplemen tambahan tertentu mungkin membantu untuk melindungi mata dari kesan peningkatan usia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 04:01 PM | Show all posts

Barah kelenjar air liur

Muka membesar, rasa sakit, saraf muka lumpuh antara masalah dihadapi penghidap yang majoriti wanita.

BARAH kelenjar air liur mungkin penyakit yang jarang anda dengar. Di Malaysia berdasarkan laporan Daftar Barah Kebangsaan 2003, daripada 21,464 kes yang direkodkan di Semenanjung, kira-kira satu peratus membabitkan barah kelenjar air liur dengan 0.6 peratus kes adalah pesakit lelaki.

Daripada jumlah itu, 50 peratus membabitkan lelaki Cina dan 46.6 peratus membabitkan lelaki Melayu. Di kalangan pesakit wanita, 49 peratus adalah wanita Melayu manakala 34.7 adalah wanita Cina.

Kelenjar air liur menghasilkan air liur yang diperlukan dalam proses pencernaan selain memastikan mulut anda sentiasa lembap. Setiap orang memiliki tiga pasang kelenjar air liur utama di bawah dan di belakang rahang - parotid, sublingual dan submandibular (disebut sebagai kelenjar utama).

Selain itu, ada banyak lagi kelenjar air liur kecil dalam bibir, pipi dan di seluruh kawasan mulut dan tekak.

Kelenjar parotid adalah kelenjar terbesar dengan setiap satunya berjisim kira-kira 15 gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit bawah daripada telinga. Air liur yang dihasilkan daripada kelenjar ini akan dirembeskan ke dalam rongga mulut melalui suatu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter.

Pensyarah Kanan Otorinolaringologi, Surgeri Kepala dan Leher, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr Irfan Muhamad, berkata hampir 80 peratus kes ketumbuhan kelenjar liur terjadi pada kelenjar parotid. Dan mujurlah, 80 peratus daripada keseluruhan kes bukanlah barah (benign) dan hanya memerlukan rawatan pembedahan mengeluarkan kelenjar yang terjejas bagi mengelak kes berulang.

Namun, katanya, bagi kes yang disahkan sebagai barah parotid, keseluruhan kelenjar itu akan dibuang. Ini disebabkan walaupun sedikit, kelenjar itu meningkatkan risiko kes berulang malah boleh merebak ke bahagian lain. Jika itu berlaku, sudah pasti, rawatannya akan bertambah rumit.

“Kes ketumbuhan membabitkan kelenjar air liur utama iaitu parotid ini boleh terbahagi kepada dua, iaitu kanser (malignant) atau bukan kanser (benign). Bagi kes yang disahkan sebagai barah, biasanya pesakit akan berjumpa doktor mengenai aduan kelenjar di bahagian muka yang semakin membesar dan ada kalanya sakit,”.

“Ada juga kes yang menyaksikan saraf muka lumpuh. Ia mungkin petunjuk barah sudah masuk ke peringkat yang lebih teruk. Kelumpuhan saraf muka ini dimanifestasikan dengan senyum senget, pipi tidak boleh kembung malah mata yang tidak tertutup ketika tidur. Ada kala mata menjadi kering kerana pendedahan udara terlalu lama dan menyebabkan selaput mata mengalami kerosakan, dimasuki kuman atau bendasing,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Irfan, punca barah jenis ini tidak dapat dipastikan. Namun, adalah dipercayai ada sesetengah sel dalam kelenjar air liur menjadi mutasi yang menyebabkan sel tumbuh dan terbahagi dengan pantas. Sel yang membentuk tumor boleh merebak ke tisu berdekatan.

Faktor risiko barah kelenjar air liur biasanya dikaitkan dengan usia yang lanjut, pendedahan pada sesetengah jenis radiasi misalnya yang digunakan dalam prosedur imbasan selain kawasan persekitaran yang terdedah kepada bahan-bahan seperti nikel aloi atau habuk silika boleh meningkatkan risiko barah jenis ini.

Rawatannya bergantung pada jenis, saiz dan tahap barah selain keadaan keseluruhan kesihatan penghidap.

Umumnya rawatan barah jenis ini membabitkan pembedahan sama ada dengan atau tanpa terapi radiasi.

1) Pembedahan
Membabitkan bahagian kelenjar yang terjejas. Jika barah itu kecil dan berada di kedudukan yang mudah dicapai, pembedahan akan dilakukan bagi membuang tumor dan sebahagian kecil tisu sihat di kelilingnya. Namun jika ia membabitkan tumor yang besar, doktor mungkin mengeluarkan keseluruhan kelenjar air liur. Malah jika barah sudah merebak ke struktur berdekatan misalnya saraf muka atau tulang muka dan kulit, kemungkinan ia juga akan dibuang sangat besar.

Limpa nodul di tengkuk juga boleh dibuang jika siasatan mendapati barah sudah merebak ke kawasan itu. Pembedahan itu juga mungkin membabitkan pembuangan otot dan saraf di tengkuk kerana ia mungkin boleh menyebabkan telinga, muka, tengkuk dan bahu anda kebas dan lemah.

Jika tulang, kulit atau saraf dibuang pembedahan rekonstruktif diperlukan. Ia bagi memperbaiki keupayaan anda mengunyah, menelan, bercakap dan bernafas selepas pembedahan.

2) Terapi radiasi
Digunakan bagi membunuh sel barah selepas pembedahan. Ia juga boleh dibuat sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor dan memudahkan ia dibuang. Jika tumor terlalu besar dan berada di kawasan yang terlalu berisiko untuk dibuang, mungkin hanya terapi radiasi saja rawatan yang boleh dilakukan kepada pesakit.

3) Kemoterapi
Pilihan rawatan ini selalunya diberi kepada pesakit yang mengalami barah kelenjar air liur di tahap yang teruk dan sudah merebak ke bahagian tubuh yang lain.

FAKTA
Gejala barah kelenjar air liur:
  • Benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau di dalam mulut atau leher.
  • Sebelah muka menjadi kebas.
  • Otot pada sebelah muka menjadi lemah.
  • Sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur.
  • Sukar menelan.
  • Sukar membuka mulut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 04:18 PM | Show all posts

Alahan : bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan

'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.

Penyebab
  • Tumbuh-tumbuhan.
  • Makanan.
  • Ubat-ubatan.
  • Debunga.
  • Sengatan lebah.
  • Gigitan.

Alahan Rhinitis (demam alahan)
Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala
  • Penghasilan mukus (lendir).
  • Gatal-gatal di tekak, hidung, mulut, mata, kulit.
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair/Bersin.
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan
  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Pengurusan sendiri
Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk.
  • Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
  • Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
  • Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
  • Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
  • Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
  • Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan
Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
  • Intolerans terhadap makanan.
  • Sindrom gangguan usus.
  • Tekanan fizikal.
  • Keracunan makanan.
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair/Bersin.
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Gejala
  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.

Rawatan
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri

  • Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
  • Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
  • Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

Alahan terhadap ubat-ubatan
Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.
  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.

Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
  • Keliru.
  • Sakit/kekejangan otot abdomen.
  • Loya, muntah.
  • Cirit-birit.
  • Penyumbatan rongga hidung.
  • Sukar bernafas.
  • Batuk.
  • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
  • Pening.

Rawatan
Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.

Alahan Konjunktivitis
Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala
  • Mata merah.
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.

Rawatan
Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri
  • Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
  • Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
  • Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
  • Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
  • Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 04:20 PM | Show all posts

Pencetus alahan

Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang melalui mekanisme sistem imun. Walaupun alahan jarang meragut nyawa, kesannya akan mengganggu kualiti hidup pesakit termasuk gejala fizikal dan tekanan emosi yang serius.

Untuk mendapat alahan, pesakit perlu terdedah kepada alergen (bahan yang tidak merbahaya) yang menyebabkan tindak balas imun. Sistem imun terdiri daripada dua jenis sel darah putih iaitu T dan B. Ia membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenalpasti bahan asing.

Sebarang elemen berbahaya yang dikesan akan merangsang sistem pertahanan tubuh (mast cell) untuk melepaskan bahan kimia seperti histamines untuk memeranginya. Apabila sistem imun tersilap mengenalpasti elemen berbahaya, alahan akan berlaku terutama apabila berulang kali terdedah kepada bahan tertentu.

Gangguan alahan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk termasuk gangguan hidung dan sinus kepada alahan kulit, lelah dan makanan. Gejala-gejalanya juga berbeza dari ketidakselesaan ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal) kepada gejala yang lebih berat (sesak nafas, ruam, tindak balas alahan melampau atau anafilaktik).

Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak yang juga Profesor di Jabatan Otorhinolaryngology Universiti Malaya, Dr Prepageran Narayanan, berkata jenis alahan yang dihidapi seorang kanak-kanak berkait rapat dengan betapa terdedahnya mereka dengan persekitaran sejak bayi.

Katanya, pada awal kelahiran, biasanya mereka terdedah dengan bedak talkum, lampin pakai buang dan pakaian. Pada usia dua hingga tiga tahun mereka gemar memasukkan apa saja objek ke dalam mulut, empat hingga lima tahun mula bermain di taman permainan dan terdedah kepada persekitaran luar sehingga mula mendapat alahan.

“Anda hanya akan mendapat alahan bergantung kepada apa yang didedahkan kepada anda. Sebab itu kadangkala ada pesakit yang datang mengadu pada mulanya tiada masalah dengan kekacang tetapi lama kelamaan alahan itu wujud. Ini kerana individu hanya akan mendapat alahan apabila terdedah berulang kali dengan perkara yang sama,” katanya pada kempen awam Hidup Bebas Alahan anjuran Persatuan Pakar Bedah Otorinolaringologi Kepala dan Tengkuk Malaysia (MSO-HNS), Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) dan disokong oleh GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK).

Bagaimanapun, katanya, apa yang menyedihkan, alahan sering disalah anggap oleh masyarakat, malah kebanyakan pesakit rela menerima hakikat alahan adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan.

Gejala seperti hidung berhingus dan tersumbat bukanlah masalahnya tetapi akibat daripada gejala-gejala yang timbul itu dan menyebabkan seseorang terpaksa mengambil cuti sakit kerana tidak dapat bekerja.

Ada pula yang datang bekerja, tetapi tidak dapat melakukan tugas dengan baik kerana masalah hidung yang berhingus, tersumbat serta mata yang gatal dan berair.

“Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada produktiviti tetapi juga mengakibatkan tekanan perasaan serta psiko-sosial,” katanya.

Dr Prepageran berkata, memandangkan alahan adalah permulaan masalah yang lebih serius, ia perlu dibendung dan dicegah seawal mungkin. Sekiranya individu alah kepada habuk, hama atau debu, langkah kawalan dan pencegahan awal boleh diambil dengan mengelaknya. Ini kerana lebih awal alahan bermula lebih lama ia akan dihidapi.

Jelasnya, adalah mustahil untuk mengelak dari terdedah kepada habuk, hama, debunga mahupun cuaca terutama di negara seperti Malaysia.

“Pilihan yang ada adalah menyedarkan masyarakat mengenai alahan dan mengenai pertalian antara penyakit hidung, kulit dan lelah.

“Pendidikan dalam kalangan orang awam adalah kunci dalam membantu pesakit dalam menentukan jenis alahan yang dihidapi bagi mengurangkan kejadian dan merebaknya penyakit itu dengan pengesanan dan rawatan yang bersesuaian.”

Antara faktor risiko alahan:
  • Asap rokok - Kanak-kanak yang membesar di rumah yang terdedah dengan asap rokok, lebih berisiko alami masalah alahan.
  • Mereka yang lahir tidak cukup bulan.
  • Pendedahan awal atau dari usia kecil kepada pencetus alahan seperti habuk, kulat, lipas dan jenis makanan tertentu.

Gejala alahan:
  • Berbeza daripada ketidakselesaan ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal)
  • Ia lebih kepada gejala yang lebih berat seperti sesak nafas, ruam dan tindak balas alahan melampau.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 02:01 PM | Show all posts

Psoriasis tidak berjangkit

PENYAKIT psoriasis adalah penyakit yang kronik, tidak berjangkit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik.

Psoriasis melibatkan antara dua hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas.

Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun, atau 60 tahun ke atas.

Psoriasis boleh diwarisi melalui faktor genetik secara ‘polygenic’ atau autosomal dorminant with incomplete penetrance dan di HLA-C kromosom 6.

Faktor merangsang psoriasis
1. Cahaya matahari
Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari.

2. Ubat-ubatan
Ubat seperti beta blockers untuk rawatan darah tinggi dan sakit jantung, lithium untuk sakit psikiatri dan ubat untuk rawatan malaria juga boleh merangsang psoriasis.

3. Jangkitan kuman
Jangkitan seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria Streptococcus juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’.

4. Fenomena ‘koebner’
Trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau pembedahan akan menyebabkan psoriasis tumbuh di tempat tersebut. Fenomena ini dikenali sebagai fenomena ‘koebner’.

Proses pembentukan psoriasis
Psoriasis boleh berlaku atau terbentuk di mana-mana bahagian kulit, dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku. Penyakit ini terjadi disebabkan abnormaliti pada sistem imuniti, atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hari sebelum sel mati itu tertanggal daripada badan.

Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imuniti badan akan mempercepatkan proses kitaran kulit kepada empat hari sahaja. Ini menyebabkan sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil proliferasi) iaitu 20 kali ganda dari kadar biasa.

Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah. Tompok merah ini kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras berkenaan seterusnya akan menjadi sel-sel mati berwarna perak (silvery scales). Kepingan ini amat mudah dikopek, meninggalkan permukaan yang berdarah. Tompok-tompok ini juga berasa panas dan seperti terbakar.

Tahap penyakit
Tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang terlibat.

1. Tahap ringan (mild)
Serangan psoriasis yang melibatkan kurang daripada dua peratus permukaan kulit.

2. Sederhana (moderate)
Serangan yang melibatkan tiga hingga 10 peratus permukaan kulit.

3. Teruk (severe)
Jika lebih 10 peratus bahagian kulit terlibat.

Kesan psoriasis
* Kesan psikologi
Pesakit psoriasis berasa malu dan tertekan dengan keadaan kulit bersisik dan merah terutamanya jika sisik-sisik psoriasis jatuh bertaburan di baju, tilam dan lantai. Masyarakat yang tidak memahami penyakit ini akan menjauhi diri dari pesakit menjadikan pesakit terasing dan murung. Ini mungkin kerana mereka tersalah sangka penyakit ini boleh berjangkit atau tidak selesa dengan keadaan kulit pesakit yang sedikit berbeza.

* Artritis
Pesakit psoriasis boleh juga mendapat masalah artritis yang disebabkan oleh psoriasis yang dinamakan psoriatic arthropathy. Ia berlaku kepada lima peratus pesakit psoriasis. Jari tangan, kaki dan sendi-sendi seperti siku, lengan, bahu, lutut, buku lali dan punggung juga boleh menjadi sakit dan bengkak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2013 02:24 PM | Show all posts

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut. RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?

Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.

Beliau berkata, mereka yang mengamalkan diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi.

“Kekurangan asid lemak menyebabkan tempurung dan kulit kepala kering. Jika folikel rambut tidak sihat, seseorang itu akan mudah berhadapan dengan keguguran rambut,” katanya.

Asid lemak Omega-3 boleh ditemui dalam ikan salmon dan mackerel selain kacang macadamia. Wanita terutamanya disarankan mengambil asid lemak Omega-3, tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.

Keguguran rambut yang ketara boleh menyebabkan botak atau separuh botak. Meskipun botak dilihat sebagai trend ‘macho’ kebanyakan lelaki hari ini, botak kerana masalah rambut dan botak kerana pilihan peribadi adalah dua perkara berbeza.

POLA KEGUGURAN RAMBUT
1) Telogen Effluvium - bentuk biasa masalah kehilangan rambut di kalangan wanita. Biasanya ia terjadi disebabkan tindak balas pada tekanan yang berterusan pada fizikal tubuh atau sistem hormon atau reaksi pada pengambilan ubat-ubatan.

Ia boleh terjadi pada semua peringkat usia tetapi akan pulih dalam tempoh enam bulan. Pada sesetengah orang ia akan menjadi masalah kronik. Telogen effluvium selalu dikaitkan dengan pertumbuhan kitaran rambut baru. Kitaran pertumbuhan rambut berselang seli antara fasa pertumbuhan (dinamakan anagen dan bertahan untuk tiga tahun) dan fasa rehat (telogen yang bertahan untuk tiga bulan). Ketika telogen, rambut kekal di folikelnya sehingga ia disingkirkan pertumbuhan rambut baru pada fasa anagen.

2) Androgenetic Alopecia - berkaitan dengan tahap hormon dalam tubuh. Ia juga boleh disebabkan faktor genetik yang diwarisi dari emak atau ayah. Fenomena ini secara kasar lebih membabitkan lelaki selain wanita berusia lebih 40 tahun.

Wanita yang mengalami keguguran rambut dengan pola ini akan kehilangan rambut dari bahagian tepi garisan rambut manakala lelaki akan kehilangan rambut bermula dari bahagian tengah kepala.

3) Alopecia Areata - penyakit auto imun yang memperlihatkan folikel rambut diserang sel darah putih. Folikel kemudian menjadi sangat kecil dan jumlah rambut baru yang tumbuh akan berkurangan secara dramatik.

Punca rambut gugur
a) Genetik
b) Tekanan
c) Diet yang teruk
d) Faktor hormon
e) Pengambilan ubat-ubatan yang menjejaskan pertumbuhan rambut
f) Masalah tempurung rambut
g) Putus haid

FAKTA RAMBUT
  • Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh.
  • 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala golongan dewasa
  • Secara umumnya, tempurung kepala ditumbuhi 100,000 helai rambut (untuk rambut hitam), 80,000 (merah), perang (120,000)
  • 90 peratus tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10 peratus lagi ‘berehat’ * 100 helai rambut gugur setiap hari dianggap biasa
  • Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut
  • Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut
  • Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun.
  • Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.

MITOS MENGENAI KEGUGURAN RAMBUT
1. Ia disebabkan kekerapan membasuh rambut
2. Ia disebabkan kerap menyikat rambut
3. Mewarna dan kerinting rambut boleh menyebabkan kehilangan rambut secara kekal
4. Ia disebabkan anda kerap memakai tudung, topi dan rambut palsu
5. Kerap menggunting rambut menyebabkan rambut semakin nipis
6. Ia tanda anda kuat berfikir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 02:25 PM | Show all posts

Jerawat

Jerawat terjadi disebabkan folikel rambut pada kulit tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Biasanya, ini memberi kesan kepada kanak-kanak yang mula beralih ke usia remaja. Malah orang tua juga mengalaminya akibat perubahan hormon. Bagi remaja, jerawat menyebabkan mereka kurang keyakinan diri. Apatah lagi, sekiranya ia eninggalkan parut kekal yang memberi kesan kepada penampilan dan sosial mereka.

Kesan jerawat boleh diminimumkan dengan pengambilan beta karotena (sebatian yang akan bertukar menjadi vitamin aktif apabila badan memerlukan) dan vitamin C. Nutrien ini mempunyai kualiti antioksida yang tinggi serta menghalang kehadiran bakteria pada kulit.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya beta karotena berwarna kuning seperti oren, betik, mangga, kapsicum kuning, labu dan kentang manis. Vitamin C boleh ditemui dalam beri hitam, strawberi, buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran berdaun hijau. Namun kebanyakan remaja kurang menyukai sayur-sayuran hijau.

Jadi cara mudah membantu mendapatkan nutrien bagi memperbaiki keadaan jerawat adalah dengan mencampurkannya menjadi jus. Ia adalah pengganti minuman yang jauh lebih baik daripada minuman berkarbonat serta manis.

Jus untuk dicuba: Oren bersama mangga, limau gedang bersama lobak merah, tomato bersama lobak merah, epal, tembikai susu dan timun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 05:57 PM | Show all posts

Resdung boleh menyebabkan buta

Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang juga dikenali sebagai sinusitis ini, masih ramai beranggapan ia bukanlah satu penyakit serius.

Sebaliknya tanpa disedari ia juga antara penyakit yang sekiranya tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius terutama kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), di salah sebuah hospital terkemuka di Bandar Sunway, Petaling Jaya Dr. Gan Tong Nee, memberitahu resdung terjadi apabila terdapatnya radangan pada rongga sinus iaitu rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan kuman yang dikenali sebagai Steptoccus dan Staphylococcus.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk "Rawatan Semasa Sinusitis, di pusat perubatan tersebut baru-baru ini berkata, pada keadaan normal kedua-dua kuman yang sememangnya terdapat pada rongga hidung ini tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Sebaliknya penyakit ini bertindak balas apabila timbul masalah kepada sistem pertahanan tubuh hingga membolehkan kuman ini membiak tanpa kawalan.

Salah satu punca utama kuman membiak katanya, ialah apabila pintu-pintu rongga sinus ini tersumbat akibat kesan radangan pada hidung sehingga terjadinya pembengkakan pada bahagian tersebut.

Faktor penyebab lain ialah terdapatnya ketumbuhan pada hidung sehingga menutup pintu rongga sinus seperti kanser hidung atau maglinant.

Dalam keadaan ini katanya, apabila sinus tertutup, cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan ini menyebabkan takungan berlaku.

"Biarpun salah satu punca penyakit ini dikaitkan dengan faktor keturunan. Namun ia bukanlah satu penyakit genetik tetapi disebabkan alahan yang diwarisi oleh mereka," ujar Dr. Gan.

Beliau menegaskan, selain makanan, mereka juga alah kepada habuk yang terdapat pada permaidani, patung permainan dan langsir.

Menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit ini dalam ceramah yang disampaikan beliau berkata, terdapat dua jenis penyakit resdung yang utama iaitu sinus akut dan sinus kronik.

Sinus akut katanya, berlaku dalam tempoh dua minggu iaitu bermula dengan serangan alahan yang berulang-ulang secara serius pada hidung hingga menyebabkan hidung tersumbat.

"Biasanya serangan berlaku pada sebelah pagi dan malam ketika cuaca berada dalam keadaan sejuk terutamanya dan kembali berkurangan pada sebelah petang,'' kata Dr. Gan.

Menyentuh mengenai resdung di peringkat kronik pula, beliau memberitahu, tahap keseriusan penyakit ini tidak seteruk pada peringkat akut kerana kebiasaannya di peringkat ini semua cairan telah dikeluarkan menggunakan kaedah rawatan yang dicadangkan.

"Bagi mereka yang telah berada di peringkat kronik, sakit yang dialami pada bahagian muka mereka agak berkurangan." Sebaliknya, hingus bertambah dan adakalanya keluar tanpa disedari dan berbau busuk,'' ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai resdung di kalangan kanak-kanak, Dr. Gan memberitahu ia lebih mudah merebak hingga ke dalam mata sehingga mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah pada bahagian mata.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan berkemungkinan besar ia boleh menyebabkan buta.

Keadaan ini berlaku, disebabkan dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Manakala kalangan dewasa, nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak.

Ini menyebabkan dinding pemisah menjadi semakin tebal dan keadaan ini mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Beliau berkata, bahagian maxillaa adalah antara kawasan yang sering dijangkiti penyakit tersebut, tetapi komplikasinya agak jarang memandangkan nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.

Dalam keadaan ini sekiranya nanah telah merebak ke bahagian otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan saraf atau neurosurgery.

Beliau turut menafikan tanggapan sesetengah masyarakat bahawa penyakit resdung tidak boleh dirawat. Di samping rawatan yang dikatakan kurang berkesan hingga mengakibatkan komplikasi dan kematian.

Sebaliknya, kata Dr. Tan dengan teknologi moden dan kecanggihan perubatan yang ada pada hari ini penyakit ini dapat dikawal dan dirawat dengan menggunakan rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik atau antihistamin atau ubat analgesik.

Penggunaan ubat-ubatan ini bertujuan mengurangkan radangan yang berlaku.

Bagi pesakit kronik pula, pakar ENT akan menggunakan rawatan endoskopi iaitu kaedah pembedahan yang dikenali sebagai endocopic sinus surgery bertujuan membesarkan pintu-pintu sinus tersebut.

"Dengan menggunakan kaedah tersebut, doktor dapat melihat lebih dekat keadaan pintu sinus dan mengesan faktor-faktor yang memungkinkan terjadinya penyakit ini,'' katanya.

Selain itu kata Dr. Gan , kaedah tersebut juga berupaya mengeluarkan ketumbuhan atau polip pada hidung.

Menurut beliau lagi, kaedah pembedahan yang digunakan bagi merawat resdung merupakan kaedah terkini yang boleh membantu pesakit.

Di samping itu mereka perlu mengawal faktor persekitaran yang memungkinkan risiko untuk lebih mudah mendapat penyakit ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 06:02 PM | Show all posts

Imuniti badan manusia kian kurang

ANTIBIOTIK adalah sejenis bahan kimia yang terhasil menerusi mikro organisma yang boleh mengehadkan pertumbuhan atau membunuh kuman. Ia digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan dan pertanian sebagai ubat untuk membantu pertahanan sesuatu jasad melawan penyakit berjangkit untuk manusia, tumbuhan dan haiwan.

Bagaimanapun, kebelakangan ini banyak syarikat pembuat ubat tidak lagi mengeluarkan antibiotik baru, walaupun kebanyakan antibiotik sedia ada tidak lagi mampu melawan pelbagai spesies kuman yang baru muncul.

Satu kajian oleh Persatuan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat menunjukkan jumlah antibiotik diluluskan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) berkurangan 56 peratus dalam tempoh 20 tahun dengan hanya enam antibiotik baru dipasarkan, termasuk dua pada 2003. Ini berlaku ketika pelbagai spesies kuman baru yang tahan antibiotik ditemui semakin membiak di persekitaran air dan rantaian makanan.

Ketika ini penyakit berjangkit, termasuk selesema burung adalah penyebab kedua kematian di dunia. Namun syarikat pengeluar ubat nampaknya tidak mempunyai inisiatif memajukan antibiotik baru bagi menangani masalah ini.

Hal ini berlaku kerana sesuatu sebatian antibiotik itu perlu dikaji, dimaju dan dikomersialkan dalam jangka masa panjang, antara 10 hingga 12 tahun dengan modal sehingga AS$800 juta (RM2.96 bilion).

Ketika ini tumpuan pembuatan ubat ialah bagi penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis tahap 2, jantung atau radang sendi dengan pasarannya lebih luas dan lumayan, khususnya di negara maju yang ketika ini mempunyai peratus golongan tua tinggi. Ubat jenis ini digunakan sepanjang hayat pesakit, berbanding antibiotik yang digunakan dalam tempoh singkat antara tiga hari hingga dua minggu.

Selain itu, kuman yang menjadi sasaran antibiotik pula sudah membentuk ketahanan badan (imuniti) yang tinggi untuk melawan antibiotik. Ia berlaku kerana dua sebab iaitu penggunaan antibiotik yang semakin meluas termasuk kepada penyakit lumrah sehingga kuman membentuk ketahanan yang tinggi dan pencemaran alam sekitar yang semakin rumit.

Di kebanyakan negara maju, khususnya di Britain, doktor tidak mencadangkan pengambilan antibiotik kepada pesakit yang menghidap demam selesema atau sakit kerongkong serta penyakit lumrah seumpamanya.

Jika hal ini dilakukan dengan meluas, maka ketahanan badan pesakit tidak dapat diperkuatkan dan akhirnya tidak lagi mampu melawan penyakit lumrah. Di samping itu, penggunaan sedemikian juga memperkuatkan lagi imuniti jenis kuman itu untuk melawan antibiotik digunakan. Akibatnya banyak penyakit lumrah tidak lagi dapat diubati menggunakan antibiotik yang ada di pasaran ketika ini.

Selain itu, pencemaran alam sekitar juga menyumbang kepada penghasilan pelbagai spesies kuman baru yang tahan antibiotik. Bahan cemar baru dikeluarkan menerusi penghasilan pelbagai produk pengguna seperti syampu, sabun, pewarna dan cat, bahan cuci pembunuh kuman, malah permainan kanak-kanak.

Menerusi pelbagai iklan, kita disogokkan dengan fakta bahawa kanak-kanak gembira dan `selamat' bermain di atas lantai yang dibasuh dengan pencuci pembunuh kuman menggunakan permainan yang `boleh digigit dan dikunyah'. Tetapi kenyataannya, kanak-kanak itu terdedah kepada bahan kimia yang mengurangkan ketahanan badannya melawan kuman yang menyebabkan penyakit berjangkit.

Bahan antibakteria yang meluas digunakan di rumah ialah sejenis bahan kimia dikenali sebagai triclosan. Ia berfungsi terhadap enzim yang terbabit dalam pembentukan dinding sel sesuatu bakteria. Dengan kata lain, antibakteria dan antibiotik berfungsi dengan cara sama dan kedua-duanya boleh membentuk kuman generasi baru yang mempunyai ketahanan atau imuniti tinggi.

Ketika ini, banyak kajian dilakukan di Malaysia dan luar negara terhadap kewujudan pelbagai jenis mutan ( spesies baru yang terhasil akibat pengubahsuaian genetik) yang tahan triclosan daripada spesies kuman biasa seperti Escherichia coli dan Staplylococcus aureus.

Saintis membuat ramalan bahawa mutan ini akan mewujudkan pelbagai penyakit baru yang sukar untuk disembuhkan kerana ketahanan badan manusia semakin berkurangan dan ketiadaan antibiotik yang sesuai untuk menyembuhkan penyakit itu.

Dalam keadaan ini, saya mencadangkan isu penggunaan antibiotik ini dikaji dengan segera, khususnya di kalangan pengamal perubatan swasta yang nampaknya begitu bermurah hati membekalkan pesakit dengan pelbagai antibiotik walaupun hanya demam selesema dan batuk. Garis panduan lebih ketat mengenai penggunaan antibiotik juga perlu dilaksanakan.

Selain itu, sistem rawatan kumbahan juga perlu dipertingkatkan untuk membolehkan pelbagai bahan cemar baru disingkirkan. Kajian dilakukan di Jepun dan Jerman menunjukkan teknologi rawatan kumbahan yang konvensional (penyingkiran bahan organik dan nutrien) tidak berupaya menyingkirkan bahan cemar baru, khususnya yang memberi kesan kepada keseimbangan endokrin dalam tubuh manusia (EDC). Hal sama perlu dilakukan kepada teknologi rawatan air minuman yang ketika ini menggunakan air mentah semakin tercemar.

Pencemaran itu tidak saja menerusi pelbagai aktiviti pertanian dan perindustrian di hulu kawasan tadahan, malah perumahan di mana pelbagai bahan cemar terkandung bahan pencuci, sabun, cat dan sebagainya masuk ke dalam ekosistem air menerusi sistem kumbahan dan longkang.

Mungkin itulah juga sebabnya pelbagai ubat, ramuan dan suplimen menjadi keperluan harian masyarakat moden ketika ini, termasuk di Barat. Ia semakin menjadi kebiasaan dan tidak hairan pasarannya di Malaysia saja melebihi RM1 bilion setahun.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.178421 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list