|
[Tempatan]
KU LI - Tiada pinjaman tanpa faedah utk peniaga Bumiputra
[Copy link]
|
|
sup@rm@n posted on 31-5-2014 12:56 AM ![](static/image/common/back.gif)
Wow wow wow
Ketuanan mana? Perkasa mana?
UMNO pejuang melayu... pembela melayu dan islam... kah...kah...kah.. harkkk tuihhhh... munafik laknatullah sungguh..![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
bukankah ini diskriminasi kpd org2 melayu?
|
|
|
|
|
|
|
|
babey punya bank....! ko dah diskriminasikan org melayu.....!!! ![](static/image/smiley/default/huffy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jahat sungguh bank cina nie ![](static/image/smiley/default/curse.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 9-5-2014 01:37 PM ![](static/image/common/back.gif)
Ne kes pasal nak tegak kan kebenaran atau meroyan kontrak tak disambung ...!!!
Kau ingat Sabaruddin berani cakap dgn press kalau kes ini tak benar? Memang dia nak meroyan kerana kontraknya tak disambung... tetapi tuduhan nya mesti tetap benar. Kalau tidak nanti dia pasti kena sue sampai seluar dlm pun kena jual.
|
|
|
|
|
|
|
|
'Tiada unsur rasuah dalam kes pinjaman Bank Rakyat'
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dikesan berkaitan isu pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan.
Kenyataan SPRM hari ini menyebut penelitian awal mendapati ia lebih kepada isu tadbir urus bank.
"Bagaimanapun, SPRM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya, termasuk memanggil pihak yang berkaitan, jika menerima maklumat baru," katanya.
Laporan beberapa media baru-baru ini mendakwa Bank Rakyat meluluskan pinjaman sebanyak RM32 juta tanpa faedah kepada seorang ahli perniagaan.
Satu portal berita pula memetik bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai mendakwa ahli perniagaan terbabit mendapatkan campur tangan seorang ahli politik bagi menyelesaikan pinjaman itu.
SPRM bagaimanapun menegaskan bahawa bukan semua aduan atau dakwaan yang dilaporkan media, atau dibangkitkan mana-mana pihak, adalah kes rasuah.
"Akta SPRM 2009 hanya menyediakan peruntukan untuk menyiasat kes berunsur rasuah.
"Sehubungan itu, SPRM berharap kes seperti ini turut disiasat agensi lain yang berkaitan di bawah undang-undang relevan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak tertentu kerana kegagalan mematuhi mekanisme sedia ada," katanya.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Ku Li persoal pembayaran pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada Deepak
The Malaysian Insider
Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah turut mempersoalkan polisi Bank Rakyat untuk membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa seperti itu apabila membuat pinjaman dengan bank kerajaan, walaupun Putrajaya mempunyai polisi perniagaan pro-Bumiputera.
“Melihat kepada fasiliti kewangan yang diperdebatkan dalam kes ini, saya tidak fikir ianya betul,” kata pemimpin veteran Umno itu yang menjadi menteri kewangan dari 1976 hingga 1984.
Putera Raja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu turut mempersoalkan polisi kerajaan mana diikuti Bank Rakyat apabila memberikan kemudahan kepada pelanggan seperti Deepak.
“Di bawah polisi kerajaan yang mana diikuti bank apabila memberikan fasiliti seperti itu di atas permintaan pelanggan?
“Apakah polisi Bumiputera? Dia bukan Bumiputera,” katanya merujuk kepada laporan Bank Rakyat, bersetuju membenarkan ahli perniagaan kontroversi Deepak untuk menyelesaikan pinjaman RM32 jutanya tanpa sebarang faedah.
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan kepada The Malaysian Insider minggu lepas Deepak menggunakan pengaruh politiknya untuk menyelesaikan pinjamannya dengan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Bank milik kerajaan itu tidak berada di bawah seliaan Bank Negara dan tidak termaktub kepada undang-undang perbankan negara.
Sabbaruddin mengatakan pada mulanya, ahli lembaga pengarah sudah menolak tawaran Deepak untuk menyelesaikan hutang tertunggaknya.
Deepak dikatakan menawarkan penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjamannya dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".
Sabbaruddin mengatakan selepas keputusan lembaga pengarah bank itu, Hasan tidak gembira dan enggan menandatangani kontraknya sebagai pengerusi bank yang berakhir pada 8 April.
Sabbaruddin juga mendakwa, menteri itu bertemu dengan Deepak tanpa pengetahuan Bank Rakyat pada Januari.
Selepas pendedahan Sabbaruddin, Bank Rakyat dalam satu kenyataan mengatakan elemen faedah tidak timbul dalam mekanisme kewangan Islam.
Bank Rakyat bagaimanapun tidak menafikan tuduhan Sabbaruddin.
Beberapa hari lalu, Hasan memberitahu The Malaysian Insider, semuanya dilakukan mengikut prosedur.
Beliau turut mencabar mana-mana pihak membuktikan dirinya melakukan kesalahan kerana meyakinkan Bank Rakyat untuk memberikan kemudahan pembayaran pinjaman tersebut kepada Deepak.
Sehingga kini, Deepak masih belum memberikan respon kepada dakwaan Sabbaruddin. – 2 Jun, 2014.
https://my.news.yahoo.com/ku-li- ... bank-230048943.html
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 posted on 2-6-2014 01:34 AM ![](static/image/common/back.gif)
'Tiada unsur rasuah dalam kes pinjaman Bank Rakyat'
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ...
pantas sungguh sprm siasat? ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|