Mamat Exists dipenjara 8 bulan
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
[email protected]
RAUB – Bekas vokalis kumpulan Exists, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat didenda RM4,500 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya dua tahun lalu.
Mamat yang memakai baju lokap ungu dan memakai penutup mulut ekoran masalah kesihatan bagaimanapun gagal membayar denda itu. Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusof turut memerintahkan Mamat, 37, diletakkan di bawah pengawasan Balai Polis Tampoi, Johor selama dua tahun selepas keluar dari penjara.
|