Muhamad Aaron Maseri
Allahyarham Muhamad Aaron Maseri, 22, merupakan pelajar tahun akhir di Middlesex University meninggal dunia pukul 6.26 petang semalam selepas terjatuh ke atas landasan kereta api di Stesen Central London.
Rakan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 22, berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira pukul 2 pagi selepas abang sulung mangsa, Muhamad Ariel Maseri, 25, menghubunginya menerusi panggilan telefon.
Katanya, pihak polis telah datang ke rumah Muhamad Ariel pukul 10 malam semalam bagi memaklumkan kemalangan tersebut dan memintanya ke hospital untuk mengenal pasti jenazah selain mendapatkan kebenaran bagi proses bedah siasat.
“Daripada nada suara Muhamad Ariel, dia reda tetapi agak ralat kera-na pada waktu kejadian dia sedang makan berhampiran dengan Stesen Central London. Jadi, dia tidak menyangka kesesakan di stesen kereta api itu melibatkan adiknya.
“Muhamad Ariel terus memberitahu ibu bapanya yang menginap di hotel berhampiran kerana kebetulan mereka telah beberapa hari berada di London untuk menghadiri majlis konvokesyennya yang tamat pengajian dalam Sarjana Kewangan Global di Westminster University, Khamis ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Ahmad, selain Muhamad Ariel, mangsa turut mempunyai dua beradik lain yang turut menyambung pengajian dalam bidang Sarjana dan Ijazah Perakaunan Perniagaan di dua buah universiti berlainan di London iaitu Muhamad Adrian Maseri, 24, dan Yelena Maseri, 23.
PELAJAR Middlesex University, Muhamad Aaron Maseri maut dilanggar tren bawah tanah di London
.
Katanya, buat masa ini keluarga itu sedang menguruskan beberapa perkara di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi London untuk proses membawa pulang jenazah mangsa ke tanah air dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan kediaman mereka.
“Muhamad Ariel sempat memberitahu saya, jika segalanya selesai hari ini mereka sekeluarga akan terus pulang ke Malaysia bagi mempercepatkan proses pengebumian Allahyarham Muhamad Aaron.
“Malah, Muhamad Ariel tidak kisah jika tidak dapat menghadiri
majlis konvokesyennya kerana mereka sekeluarga terlalu sedih dengan kehilangan adiknya itu yang berlaku secara tiba-tiba,” kata pelajar tahun dua Ijazah Ekonomi dan Politik di Universiti of Kent, London itu. – utusan.