|
Author |
Post time 3-4-2016 04:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kucingkecik replied at 3-4-2016 01:04 PM
Semoga semua nya berjalan lancar tt
Thanks.
Syukur berlalu jugak majlis pertunangan kami. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 3-4-2016 04:19 PM
Thanks.
Syukur berlalu jugak majlis pertunangan kami.
Ayah tt mcm mana?ok ka beliau? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah tt atas pertunangan. Semoga dipermudahkan urusan, dan dimurahkan rezeki. Ingat, rezeki org nk mendirikan masjid ni Allah dah janji. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun tak pasti. Rasanya ok saja dia. Tapi hatinya macam mana saya pun tak dapat nak agak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mudah-mudahan dimurahkan la rezeki saya dengan tunang ni. Thanks ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
RE: ISU JUMLAH BELANJA KAHWIN (UPDATE 106#)
Aku cuma nak ceritakan secara ringkas sahaja.
Untuk makluman semua forrumer, aku selamat mengikat tali pertunangan bersama si dia seperti mana yang dirancang oleh kami berdua. Syukur alhamdulillah.
Sementara nak tunggu tiba majlis pertunangan itu pun, macam-macam benda yang terjadi. Antaranya, dengan make-up aku yang di "touch-up" oleh sepupuku sendiri tidak mahu nak menjadi (sepupuku merungut sendiri), bila siap aku tengok mukaku sendiri di cermin, ala-ala wajah opera cina jadinya (sedih hati aku), dengan kelewatan tibanya rombongan pihak lelaki pada majlis pertunangan (pada awalnya dijangka tiba tengah hari tetapi rombongan tiba pukul 3.30 petang), sehingga semua tetamu yang hadir kenduri sudah pulang, sehingga menimbulkan sedikit ketegangan antara pihak keluargaku dengan pihak lelaki (adik lelakiku dengan ayahku sudah marah-marah sebab rombongan lewat sampai). Aku difahamkan melalui perbualan telefon dengan si dia, kelewatan tersebut berpunca oleh jurucakap pihak lelaki itu sendiri (entah kerja apa yang dia kena settle dahulu kemudian baru boleh bertolak). Untuk makluman semua, kenduri pertunangan yang diaturkan sendiri oleh keluarga sebelah ayahku ini dah serupa dengan kenduri kahwin ( cumanya tak pasang khemah sahaja). Jadinya dengan ramai tetamu yang hadir di sebelah pagi dan tengah hari semata-mata nak lihat aku dan juga si dia, tunggu-tunggu masih belum juga sampai, akhirnya pulanglah mereka dengan hampa. Kiranya datang majlis hanya dapat makan kenduri saja.
Setelah rombongan pihak lelaki tiba, dan setelah selesai sudah menetapkan jumlah belanja dan mas kahwin, pun ada juga ceritanya.
Dengan jumlah belanja dan mas kahwin yang ditetapkan oleh aku sendiri (sudah dibincangkan bersama dengan si dia)iaitu sebanyak RM7000 untuk belanja, mas kahwin RM1000, seperti yang dijangka oleh aku, memang terdapat mulut-mulut yang mengata mengenai jumlah tersebut.
Ada yang merungut mengenai jumlah tersebut yang sedikit dan rendah. Antaranya ibu-ibu saudaraku sebelah arwah ibu. Mereka tidak setuju dan mempersoalkan aku mengapa tidak meletakkan jumlah supaya tinggi dari harga tersebut. Contoh yang disebut mereka belanja kahwin paling busuk pun mestilah mencecah RM12000-RM13000. Dan mas kahwin mestilah tinggi iaitu paling kurang mencecah RM2000++ - RM4000++(kata mereka baru berbaloi sebab aku seorang saja anak perempuan dalam keluargaku). Oleh sebab itu maka harga perlulah tinggi (kebanyakan saudara-maraku, sepupuku yang perempuan harga belanja dan mas kahwin dalam rate yang aku sebutkan di atas).
Bila mereka mempersoalkan begitu, aku diam sahaja. Aku mampu diam sahaja. Malas nak berkata apa-apa. Cincin sudah diberi. Belanja sudah ditetapkan. Aku sudah malas nak kata apa-apa.
Aku cuma berazam dan menetapkan niat, untuk mahu kumpul duit tiap-tiap bulan untuk membiayai sendiri kos untuk majlis perkahwinanku ini tanpa bergantung pada sesiapa pun, walaupun ayahku sendiri. Aku tidak mahu susahkan dia lagi. Cukuplah aku bagi dia rasa pening dan susah hati mengenai jumlah belanja dan mas kahwin yang aku sendiri tetapkan tanpa persetujuan dia. Apa yang aku tahu, aku akan menunaikan hajat ayahku yang mahu kenduri perkahwinanku berlangsung di dewan.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih ya.
Kata orang waktu tempoh bertunang ni lagi banyak dugaannya. Harap-harap saya boleh hadapinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wawa651 at 3-4-2016 11:06 PM
tahniah tt
semoga apa yang tt hajatkan dan rancangkan utk kenduri kahwin nnt berjalan lancar dgn izinNya
jgn pedulikan kata2 yg menyakitkan hati tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah TT. Semoga apa yang dirancangkan menjadi nyata ins sha allah. Pedulikan saja mulot2 hangsuang di sekeliling awak tu. Good luckkk!! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-4-2016 11:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
wawa651 replied at 3-4-2016 11:04 PM
tahniah tt
semoga apa yang tt hajatkan dan rancangkan utk kenduri kahwin nnt berjalan ...
Mudah-mudahan la.
Terima kasih byk2. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-4-2016 11:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
dakewa replied at 3-4-2016 11:14 PM
Tahniah TT. Semoga apa yang dirancangkan menjadi nyata ins sha allah. Pedulikan saja mulot2 hangsuan ...
Haha, okok.
Thanks ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pedulikan apa org ckp tt. Org pandai bercakap ja, kita yg menghadap semua dugaan. Kebahagiaan tu bukan terletak pda hantaran or mas kahwin tu. Guna alasan anak perempuan tunggal so boleh letak hantaran mahal. Saya pun anak perempuan tunggal jugak and anak sulung. Ayah saya tak pernah pun mention nk hantaran mahal2. Dia ckp berapa pihak laki mampu nanti bawak ja. Btw, saya org kedah gak. Semoga dipermudahkan urusan sampai ke anak cucu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cter la. Sy suka baca kisah awk. Banyak panduan yg boleh sy jafikan iktibar masa akan dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Hi TT, Tahniah dah selamat bertunang. Pedulikan kata2 mkcik2 sedara ko yg pprt tu. aku sapot ko pun turut sama membantu tunang ko hal2 kewangan. Nak jimat, dah boleh stat beli barang2 hantaran slow2. bulan ni beli satu/dua, bulan depan beli lagi. takdela terasa sangat nk keluarkan duit dlm jumlah yg besar. apa2 pun. im happy for you |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih akak tonggek bagi dorongan. Bukan main lagi follow-up
Pada TT , baguih la semua dah settle. Semoga di permudahkan semua urusan. Depa lain yang bising-bising tu kalau dok kalut sibuk pasal harga suruh depa sponsor sekupang dua.
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 3-4-2016 10:57 PM
Aku cuma nak ceritakan secara ringkas sahaja.
Untuk makluman semua forrumer, aku selamat mengika ...
Baguih hang dikkk
Buat pekak sudah dgn peel mak2 menakan yg syok komplen sampai herot2 mulut tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-4-2016 02:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ciklaser replied at 4-4-2016 12:13 AM
Pedulikan apa org ckp tt. Org pandai bercakap ja, kita yg menghadap semua dugaan. Kebahagiaan tu buk ...
Untungnya awak dpt ayah mcm tu. Senang keja pihak lelaki klau dah kira mcm tu.
Apa pun, terima kasih byk2. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-4-2016 02:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
rioster replied at 4-4-2016 12:50 AM
Cter la. Sy suka baca kisah awk. Banyak panduan yg boleh sy jafikan iktibar masa akan dtg
Saya dah update.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|