CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 18-3-2008 08:46 AM | Show all posts

Victor mahu Kedah kutip tiga mata di Singapura

Oleh Bashah Zainol Abidin

KETUA pasukan Kedah, A Victor tidak sabar untuk beraksi kembali ketika Kedah bertemu Home United di Singapura malam ini pada perlawanan Piala AFC selepas berehat lima perlawanan.

Menurutnya, dia kini sudah pulih daripada kecederaan pergelangan kaki kanannya dan mampu membantu pasukan Kedah untuk memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong dari Singapura.

揝aya memang tidak sabar untuk beraksi kembali dan kini sudah pulih sepenuhnya tetapi terserah pada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah sama ada untuk menggunakan khidmat saya ataupun sebaliknya.

揗emang sukar untuk berada di bangku simpanan ataupun sekadar menjadi penonton ketika rakan sepasukan lain bertungkus lumus untuk memastikan kami terus meraih kejayaan pada setiap perlawanan yang dilalui.

揝aya mengetahui perlawanan esok (malam ini) bukan mudah untuk kami apa lagi lawan itu berjaya mengatasi kelab dari Hong Kong 3-1 ketika beraksi tempat lawan itu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2008 08:47 AM | Show all posts

'Masuk percuma'

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

KERAJAAN negeri Kedah akan 'menghadiahkan' satu perlawanan Liga Malaysia membabitkan skuad Hijau Kuning di mana penonton boleh masuk secara percuma di Stadium Darulaman, Alor Star.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, berkata perlawanan percuma itu belum ditentukan tetapi akan diumumkan apabila tiba masanya dan ia adalah sebagai menghargai sokongan rakyat negeri itu pada pilihan raya umum lalu.

Azizan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, semua penyokong bola sepak Kedah boleh mendapatkan tiket percuma itu di kaunter stadium pada hari perlawanan yang akan diumumkan kemudian.

"Kami akan memilih perlawanan yang dianggap hebat, sekali gus mampu menghiburkan peminat bola sepak Kedah. Saya akan mengumumkan perlawanan percuma itu dalam tempoh terdekat.

"Selain sebagai hadiah kepada rakyat, ia sekali gus menandakan sokongan kerajaan negeri terhadap kecemerlangan pasukan bola sepak Kedah," katanya pada sidang media, di pejabatnya, semalam.


http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 08:48 AM | Show all posts
cayalah, dpt masuk pree tuh......... toceh, toceh..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 10:09 AM | Show all posts
Pengurusan baru KFA diketahui esok

Oleh SHARIZA ABDULLAH

ALOR STAR
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 12:28 PM | Show all posts
ni dh dpt tiket pree,perfomance tgh mencank soheh limpah sampi ke jalan org dtg tgk bola..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 11:19 PM | Show all posts
0:30        FT        East Bengal Club        1-0        Ahly Sana        (1-0)
12:00        FT       
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2008 12:39 AM | Show all posts

Reply #1188 Pak_Jen's post

kami kena kat away....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 08:48 AM | Show all posts

Dua wakil negara kena belasah

Oleh Azizan Hashim

DUA wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC diaibkan kelab Singapura malam tadi dengan Kedah tewas 1-5 kepada Home United pada perlawanan Kumpulan D Stadium Jalan Besar, Singapura manakala Perak pula diratah 1-6 oleh Kelab Angkatan Tentera Singapura (SAF) pada perlawanan Kumpulan E di Stadium Perak, Ipoh.

Selepas permulaan berhati-hati oleh kedua-dua pasukan, Shafiq Jamal mengejutkan penonton tuan rumah dengan meletakkan Kedah di depan seawal minit ke-11.





Tetapi tuan rumah mengubah perlawanan dengan dua gol dalam empat minit. Jaringan penyamaan hadir pada minit ke-32 oleh penyerang Cameroon, Kengne Ludovick dan Shahril Ishak melonjak tinggi untuk menanduk sepakan percuma Shi Jiayi.

Babak kedua menyaksikan Home United memperagakan taring mereka yang sebenar menerusi ledakan Ludovick pada minit ke-58 dan dua gol pemain import dari Brazil, Peres pada minit ke-70 dan 82.

Empat gol jaringan penyerang import, Alexander Duric membolehkan SAF membedil Perak 6-1, dan membuktikan pengalaman jurulatih Perak, Steve Darby yang pernah melatih Home United pada 2004 tidak cukup untuk membantu Perak kali ini.

Walaupun beraksi di tempat lawan, SAF yang terlebih dulu mendapat rentak dan berjaya membuka jaringan menerusi sepakan percuma bekas pemain kebangsaan Thailand, Therdsak Chaiman seawal minit kesembilan.

Gol awal yang diperoleh itu memberi keyakinan kepada SAF untuk terus mengasak kubu Perak dan usaha mereka untuk melebarkan jurang gol berhasil apabila Duric menjaring gol kedua pada minit ke-44 selepas bijak menyempurnakan gerakan yang dimulakan Therdsak dan Ashrin Sharif.

Namun, Perak akhirnya berjaya juga merapatkan jurang gol seminit selepas itu menerusi sepakan penalti Mario Barios selepas George Munoz dikasari dalam kawasan penalti oleh Mohd Saiful Esah Naim.

Hasrat penyokong Perak untuk menyaksikan kebangkitan pada babak kedua tidak menjadi kenyataan, sebaliknya SAF pula yang terus mendominasi perlawanan dan menjaringkan empat lagi gol menerusi Duric (m-49, 72 dan 75), dan Mustaqim Manzur Ahmad (m-58) untuk melengkapkan malam sengsara buat Perak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 08:49 AM | Show all posts
sayur la.............


Kedah simpan player ka..........?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 09:03 AM | Show all posts

Reply #1191 jofizo's post

ni salah FAM

smlm main afc cup
2 ari kendian
jumaat ni main fa cup
sehari kendian
main super league

so kena korban salah satu laaa....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 03:22 PM | Show all posts

Reply #1192 bushido_ump's post

btoi jugak, nak tak nak azraai kena la simpan player......... kalau injured mampuih woooo...........  bior maintain salah satu, takut yg dikejar tak dpt yg dikendong keciciran............
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 06:42 AM | Show all posts
memang kena wat percaturan...

ikut kebijaksanaan coach la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 04:21 PM | Show all posts
ngeriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 10:14 PM | Show all posts
wei aku sakit ati laaa.....

adakah taraf berbeza sgt?

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 03:39 PM | Show all posts
Rakaman SC ( ESPN) perlawanan AFC Cup

Perak vs Armed Forced

Home Utd vs Kedah


Klik sini --> http://www.youtube.com/watch?v=EoscBY0NjnY
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #1197 jj's post

malam ni masuk free.....
wehhh...
mana dia....
pru habih dekat sebulan dah ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 12:36 PM | Show all posts

Reply #1198 hyphrigian's post

KALO AKU DOK KEDAH MMG AKU P DAH...FREE tu

aritu aku turun mbpj..kedah menang 2-0 dgn myteam keri  

ada depa gantung bendera pas-keadilan best siot..bulan kala kunin
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 06:37 PM | Show all posts
kedah musti menang mlm nih, sebarang kekalahan atau seri akan menjadikan laluan sukar utk merangkul gelaran juara liga......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 09:43 PM | Show all posts

Separuh Masa Pertama

Kedah 4 - 0 Perak

1st goal : own goal oleh S.Subramaniam minit ke-12 hasil cubaan Meen
2nd goal : Meen minit ke-20
3rd goal : Meen minit ke-28
4th goal : Marlon minit ke-39
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 10:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.610247 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list