CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babybling

Gorgeous Marsha VI

[Copy link]
Post time 3-5-2009 10:25 AM | Show all posts
'Saya tak anggap diperalat'

NAMA Marsha Londoh sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia menerima tawaran produksi Astro sebagai penasihat residen (RA) pelajar wanita Akademi Fantasia 7 (AF7) selama seminggu bermula 19 April lalu. Kemunculan Marsha dipertikaikan apabila buat pertama kali dalam sejarah AF, RA pelajar wanita berstatus selebriti menyertai program realiti popular itu. Marsha sebenarnya belum layak! Adakah ini juga dinamakan transformasi AF7 atau sekadar publisiti murahan?

Aksi Marsha yang dikatakan gemar menonjolkan diri, gedik dan menggoda itu sering menjadi tumpuan kamera di dalam akademi dan disiarkan menerusi Diari AF, menimbulkan perspektif negatif di kalangan peminat AF7. Adakah kemunculan Marsha hanya untuk menghuru-harakan keadaan pelajar lelaki di dalam AF7 atau sekadar penyeri yang meloyakan, sekali gus bertujuan menaikkan rating program dan dia akhirnya menjadi mangsa keadaan? Kenapa Astro tidak memanggil saja Mama Rina AF6 yang mungkin berpengalaman sebagai penasihat?

Lebih menghangatkan suasana apabila pelajar favourite AF7, Aril tersingkir pada konsert minggu ke-7 apabila penyingkiran Aril dikatakan berpunca daripada aksi mesranya bersama Marsha dalam Diari AF. Aksi Marsha yang kelihatan seperti mengurut halkum Aril dikatakan menjadi punca peminat Aril marah dan mereka lebih rela melihat adik Izwan Pilus itu meninggalkan pentas AF.

Ikuti penjelasan Marsha mengenai isu kontroversi terbaru ini.

Pertama kali saya nak tanya, apa sebenarnya kelayakan nak jadi RA? Tugas RA bukan mengajar pelajar berkenaan menyanyi atau buat persembahan. RA hanya menjaga kebajikan pelajar. Astro yang menawarkan saya sebagai RA. Sebabnya saya mungkin berasal dari program realiti yang sama dan saya pernah dikuarintinkan di dalam akademi. Disebabkan saya pernah melalui saat itu empat tahun lalu, Astro beranggapan saya ada pengalaman itu.

Justeru, Astro terdetik mengundang saya kembali di dalam akademi. Benar, di dalam sejarah AF, mereka tidak pernah mengundang RA di kalangan selebriti dan sebab itulah AF7 ini dipanggil transformasi. Saya tidak pernah menganggap kerana saya cantik, saya dipanggil kembali ke dalam AF, sebaliknya mungkin saya ada pengalaman sebagai pelajar AF, saya ditawarkan jawatan RA, itupun selama seminggu saja.

Saya sedar, apabila saya berada di dalam akademi, kamera lebih memberi fokus kepada diri saya, mungkin atas faktor saya seorang selebriti. Tapi, saya hanya menjayakan tanggung jawab sebagai RA, jika ada yang mendakwa saya lebih menonjol berbanding pelajar, itu di luar kawalan saya kerana apa yang ditonton menerusi Diari AF, terlebih dulu melalui proses suntingan atau editing.

Sebagai RA yang ada pengalaman sebagai pelajar AF, saya pernah diminta oleh tenaga pengajar menyertai kelas lakonan. Ketika sesi latihan itu, mereka kekurangan pelajar perempuan, justeru saya diminta untuk menjadi pasangan Yazid di dalam latihan lakonan itu. Benar, sebagai RA saya tidak boleh mengganggu latihan, tapi saya ada pengalaman dalam AF, rasanya tidak menjadi kesalahan apabila khidmat saya diperlukan untuk membantu.

Diri saya diperalatkan untuk meraih rating, mungkin juga, tapi saya tidak pernah beranggapan begitu. Semua yang ditonton dalam Diari AF sudah melalui proses editing, justeru penonton berhak membuat apa saja tanggapan atau spekulasi. Sebenarnya apa yang berlaku dalam akademi bukan seperti yang kita sangka.

Saya tidak pernah berniat untuk menonjolkan diri, apabila kamera memberi fokus, orang kata saya nak tonjol diri. Jadi, pemikiran kolot seperti inilah yang menjadikan isu ini semakin besar. Padahal tak ada apa-apa pun. Sebagai RA yang ada pengalaman sebagai pelajar AF, saya juga boleh bertindak sebagai tutor kepada pelajar, saya sekadar membantu mereka, tapi apabila kamera fokus kepada saya, itu mungkin kerana status saya sebagai artis.

Berdasarkan tanggapan orang, mereka tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam akademi, orang kata saya dipergunakan Astro, meraih publisiti murahan gara-gara untuk menaikkan rating, segala-galanya berkemungkinan, itu hak masing-masing membuat spekulasi, tapi bagi saya, kehadiran sebagai RA di dalam AF7 yang cuma seminggu saja itu, tidak seharusnya dilihat daripada sudut negatif.

Sementara itu, saya ingin menafikan bahawa penyingkiran Aril pada konsert ke-7 disebabkan kemesraan kami menerusi Diari AF. Ingin saya jelaskan di sini, sepanjang seminggu saya di dalam akademi, undian Aril saban hari terus meningkat, namun selepas dia membuat persembahan pada malam itu, undiannya merosot.

Mungkin peminat Aril beranggapan dirinya berada dalam zon selesa atau zon selamat, justeru mereka terlepas pandang untuk mengirim undian SMS kepadanya. Apabila nama Aril diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir, ramai terkejut kerana kita tahu dia pelajar favourite di dalam akademi, malah saya sendiri sukar mempercayai Aril tersingkir pada malam itu.

Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah mengurut halkum Aril dengan tangan, sebaliknya ada sejenis ubat seperti roll-on digunakan untuk meredakan keperitan pada tekak. Jadi, saya hanya meletakkan ubat itu kepada hampir semua pelajar AF7, namun kamera hanya memberi fokus saya meletakkan ubat itu pada halkum Aril dan klip itu yang disiarkan menerusi Diari AF.

Mungkin atas dasar komersil atau rating, klip itu dipertontonkan, namun tidak adil mengatakan Aril tersingkir disebabkan saya.

[ Last edited by  puakaganas at 3-5-2009 10:30 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2009 02:54 PM | Show all posts
wah pandai marsha jawab soklan skang
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 09:03 PM | Show all posts
esok cak cak kat astro ria ada marsha

pakai rambut pelesu kaler karat lagi ..

terpaksalah aku tgk ... kalo tak tak koser nak layan citer ni tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 09:05 PM | Show all posts
selamat malam gojes ...

esok jgn buat2 lupa lak nak gi keje  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 11:54 PM | Show all posts

Reply #1184 bRaBus_23's post

gud malam 2 ollss gojes

sok hari bekerja ke

lupa plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 11:03 AM | Show all posts
morning all gojes ...

selamat bekerja. ini hari takde monday blues gang ok .. kerje .. kerje.. kerjee...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2009 01:05 PM | Show all posts

Balas #1183 bRaBus_23\ catat

malam ni eh?
tertengok cak cak .. ada sedutan yg ada marsha
pukul 9 eh?

tapi cak cak ni tak best ah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by puakaganas at 2-5-2009 23:00
Marsha kena duet ngan Rabbani atau Raihan kalo nak menang

ngan Ajai hampessss



menarik idea nih
berapa taon lagi boleh capai?
masalahnya nak ke rabbani n raihan?
kalau hijaz tu mungkinlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 01:28 PM | Show all posts
adeiii mmg ader marsha mlm nie..tp dlm cak cak..ampeh tul lerrr rancangan tu..cam tk sanggup nk tgk tp demi marsha....tahan jer ler tinga....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 01:32 PM | Show all posts
rosyam noor tk nak offer marsha berlakon dlm drama2 dia ker????jd heroin gitu...berlakon dgn rosyam nie leh popular lebih skit...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by bRaBus_23 at 3-5-2009 14:54
wah pandai marsha jawab soklan skang



semestinya !
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:05 PM | Show all posts

Balas #1187 niy\ catat

best tak best tapi demi marsha .. tengok je lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by jongkongemas at 4-5-2009 13:32
rosyam noor tk nak offer marsha berlakon dlm drama2 dia ker????jd heroin gitu...berlakon dgn rosyam nie leh popular lebih skit...hehehe



rosyam noor hero tua .. pastu aku object pasal kalo scene lomentik rosyam ni mesti overdose .. tak koser tawww marsha kena peluk2 ngan hero tua tu ...  
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 05:00 PM | Show all posts
Khas untuk uols.. ekekekke..

tp mahap ler.. sound die tak sync ngan video..... video editor cap ayam je..




[ Last edited by  WeeseRitherspun at 4-5-2009 17:02 ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by bRaBus_23 at 4-5-2009 14:05
best tak best tapi demi marsha .. tengok je lah


tapi mute kan tivi boleh ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by bRaBus_23 at 4-5-2009 14:07



rosyam noor hero tua .. pastu aku object pasal kalo scene lomentik rosyam ni mesti overdose .. tak koser tawww marsha kena peluk2 ngan hero tua tu ...  



betul betul betul
tak mo ar rosyam noor... byk lagi penerbit yg lain
dan marsha kena relax sikit berlakon.. jgn mcm paksa diri utk berlakon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 06:46 PM | Show all posts
pua menjelma
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 06:47 PM | Show all posts

Reply #1186 bRaBus_23's post

pua still got monday blues
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 06:50 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 4-5-2009 13:20



menarik idea nih
berapa taon lagi boleh capai?
masalahnya nak ke rabbani n raihan?
kalau hijaz tu mungkinlah


nak duet ngan derang Marsha kena tutup aurat
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by bRaBus_23 at 4-5-2009 14:05
best tak best tapi demi marsha .. tengok je lah


mcm terpaksa jek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.117732 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list