|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 226 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 379,852 kes. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 211 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 370,918 orang. Manakala 284 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 280 orang di hospital dan empat (4) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 11 orang iaitu 10 orang dia di ICU/repurposed kritikal care dan satu (1) orang di open ward (HDW/kubikel akut), manakala lapan (8) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated) Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan baharu turun kepada 226 kes hari ini, penyusutan 17 kes berbanding hari sebelumnya. b. Secara keseluruhan keadaan COVID-19 di Sabah tidak banyak berubah kecuali angka jangkitan yang turun naik di daerah-daerah tertentu. Jumlah kes yang lebih rendah hari ini memang sudah diduga dengan mengambilkira jumlah sampel ujian yang lebih rendah pada hujung minggu berbanding hari-hari biasa. Jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,391 sampel dengan kadar positiviti 8.91% berbanding 2,499 kelmarin dengan kadar positiviti 10.4%. c. 18 daerah merekodkan jangkitan baharu dengan enam (6) daripadanya mencatatkan kes dua (2) angka, iaitu Kota Kinabalu 91 kes (+1), Penampang 36 kes (+3), Sandakan 24 kes (+10), Lahad Datu 12 kes (+12), Papar 11 kes (-1) dan Tuaran 11 kes (-15). Putatan mencatatkan penurunan terbesar dengan hanya lima (5) kes baharu (-21). Sembilan (9) daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu. d. Sebanyak 223 daripada 226 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta satu (1) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4 Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 957 unit. • Hospital 919 unit. • PKRC (Awam) 10 unit. • Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 29.68%
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 27-7-2022 10:13 AM
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 203 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 380,055 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Tawau.
Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes
kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada
tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 203 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 371,182 orang. Manakala 289 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 285 orang di hospital dan empat (4) orang di fasiliti
swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 11 orang di
ICU/repurposed kritikal care manakala tujuh (7) orang lagi memerlukan alat bantuan
pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan baharu hari ini berjumlah 203 kes, penyusutan 23 kes
berbanding semalam. b. Keadaan tidak banyak berubah daripada sebelumnya. Jumlah daerah yang
mencatatkan penurunan kes ialah 10 daerah berbanding hanya tujuh (7) daerah
yang mencatatkan peningkatan kes. Tiga (3) daerah mencatatkan penyusutan
angka yang agak besar iaitu Kota Kinabalu (-15) kes, Penampang (-13) kes dan
Lahad Datu (-11) kes. Sebelas (11) daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan
baharu hari ini. c. Jumlah sampel ujian yang lebih rendah hari ini sedikit sebanyak menentukan
angka jangkitan harian yang berkurangan. Jumlah sampel ujian ialah 2,122
dengan kadar positiviti 10.04% berbanding 2,391 kelmarin dengan kadar positiviti
8.91%. d. Sebanyak 201 daripada 203 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2, serta masing-masing satu (1) kes dalam Kategori 3 dan
Kategori 5. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 957 unit.
Hospital 919 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 30.20%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 28 Julai 2022 – Pelaksanaan Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan 2020: Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa 2020 (NHMS 2020: NOHSA 2020)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JULY 28, 2022
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/07/whatsapp-image-2022-07-28-at-3.13.40-pm.jpeg?w=1024)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu tinjauan kesihatan mulut untuk orang dewasa sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada Jun sehingga September 2022. Aktiviti NHMS 2020: NOHSA 2020 ini sebenarnya telah dirancang pelaksanaannya pada tahun 2020, tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara pada masa tersebut. Tinjauan NHMS 2020: NOHSA 2020 ini merupakan kerjasama di antara Program Kesihatan Pergigian KKM dengan Institut Kesihatan Umum (IKU), KKM. NHMS 2020: NOHSA 2020 merupakan kaji selidik kesihatan pergigian orang dewasa yang ke-4 dan dijalankan secara berkala setiap 10 tahun. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan data kesihatan pergigian serta bebanan penyakit pergigian dalam kalangan warganegara Malaysia. Antara penemuan utama tinjauan terakhir yang diadakan pada tahun 2010 sebelum ini menunjukkan beban penyakit pergigian yang tinggi dalam kalangan penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas, iaitu 88.9% mempunyai karies pergigian dan 94.0% mengalami penyakit gusi. Rentetan dapatan tinjauan tersebut, Pelan Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2011-2020 telah menggariskan pelbagai inisiatif dan program pencegahan bagi mengatasi masalah ini. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/07/whatsapp-image-2022-07-28-at-3.13.39-pm-1.jpeg?w=940)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/07/whatsapp-image-2022-07-28-at-3.13.41-pm.jpeg?w=940)
NHMS 2020: NOHSA 2020 akan melibatkan lawatan ke rumah-rumah yang terpilih dan dijangka melibatkan seramai 23,000 orang responden yang berumur 15 tahun dan ke atas daripada 11,300 buah rumah. Sebanyak 65 buah pasukan pemeriksa telah dibentuk khusus bagi tinjauan ini untuk aktiviti pengumpulan data yang melibatkan temu ramah dan pemeriksaan mulut yang merangkumi pemeriksaan gigi, gusi dan lesi mulut. Adalah diharapkan agar semua pihak yang terpilih dapat memberi kerjasama kepada pasukan pergigian yang mengunjungi rumah yang terpilih kelak. Hasil dapatan tinjauan ini dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan selepas lebih daripada 10 tahun kajian yang sama dijalankan. Ia akan digunakan bagi menilai keberkesanan dan impak ke atas inisiatif serta program-program kesihatan pergigian yang telah dilaksanakan di seluruh negara. Di samping itu, hasil tinjauan ini juga akan dijadikan data garis dasar (baseline) bagi Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan (2022-2030) memandangkan majoriti data kesihatan mulut sedia ada hanya diperolehi daripada penduduk yang menggunakan fasiliti KKM sahaja dan tidak mewakili keseluruhan penduduk Malaysia.
Sekian, terima kasih
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA28 JULAI 2022
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 28 Julai 2022 – Operasi Pangea XV 2022 Laman Sesawang Menjual Produk Farmaseutikal Tidak Berdaftar Dikesan & Produk Farmaseutikal Tidak Berdaftar Dirampas Di Seluruh Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JULY 28, 2022
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/07/1.jpg?w=1024)
Kementerian Kesihatan Malaysia telah terlibat dalam Operasi Pangea XV yang berlangsung dari 23 Jun hingga 1 Julai 2022. Operasi ini merupakan satu tindakan kolektif peringkat antarabangsa terhadap penjualan ubat-ubatan dan produk perubatan yang dijual secara haram. Semasa Operasi Pangea XV 2022 ini, sebanyak 2,438 pautan di laman sesawang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar dikesan dan dianggarkan berjumlah RM2,652,500 produk farmaseutikal tidak berdaftar telah dirampas di seluruh Malaysia. Operasi Pangea XV ini telah diselaraskan oleh International Criminal Police Organization (INTERPOL) dengan penglibatan polis, kastam dan pihak berkuasa kesihatan dari setiap benua dengan melancarkan tindakan penguatkuasaan secara besar-besaran untuk membanteras penjualan produk farmaseutikal dalam talian. Hampir separuh daripada keseluruhan bungkusan yang diperiksa oleh penguatkuasaan undang-undang di 94 negara di seluruh dunia semasa Operasi Pangea XV didapati mengandungi ubat-ubatan yang menyalahi peruntukan undang-undang. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/07/copy-of-maskargod1d.jpeg?w=1024)
Di peringkat global, pihak penguat kuasa membuat lebih daripada 7,800 rampasan ubat-ubatan dan produk penjagaan kesihatan yang menyalahi undang-undang dengan jumlah rampasan melebihi daripada tiga juta unit. Pihak penguat kuasa juga telah menyiasat lebih daripada 4,000 pautan laman sesawang, terutamanya daripada platform media sosial dan aplikasi pesanan ringkas. Kesemua pautan tersebut telah disekat akses atau diturunkan kandungan. Selain itu, pihak penguat kuasa juga telah memeriksa hampir 3,000 bungkusan pos di 280 hab pos di lapangan terbang, sempadan dan pengedaran mel atau pusat mel kargo di negara-negara terlibat dalam Operasi Pangea. Lebih daripada 600 siasatan baharu telah dibuka termasuk 200 waran geledah telah dikeluarkan. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/07/4.jpg?w=768)
Di Malaysia, operasi ini diselaraskan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan melibatkan kerjasama antara beberapa agensi lain seperti National Central Bureau (NCB)/ Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pos Malaysia, dan CyberSecurity Malaysia. Sebanyak 2,438 laman sesawang termasuk Dark Web dikesan menjual produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan telah dikesan. Kesemua pautan ini telah dipohon untuk disekat akses oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan penyedia platform. Manakala bagi Dark web pula, senarai pautan telah diserahkan kepada pihak INTERPOL untuk tindakan selanjutnya. Operasi pada tahun ini mendapati peningkatan dalam penjualan ubat-ubatan terkawal seperti bahan psikotropik, ubat penahan sakit, antibiotik dan lain-lain. Di samping itu, sebanyak 686 peranti perubatan seperti pelitup muka, termometer, oximeter dan monitor tekanan darah dikesan dijual tanpa kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di laman sesawang. Sepanjang tempoh operasi ini, sebanyak 1,059 bungkusan pos telah diperiksa, dan daripada jumlah tersebut, 73 bungkusan pos yang didapati mengandungi 315,916 unit produk farmaseutikal yang tidak berdaftar telah dirampas yang dianggarkan bernilai sebanyak RM887,024. Lebih kurang 70 peratus produk farmaseutikal yang dirampas adalah terdiri daripada ubat-ubatan terkawal di bawah Akta Racun 1952. Sebanyak 90 peratus daripada ubat-ubatan terkawal yang dirampas adalah di bawah kategori bahan psikotropik. Manakala selebihnya adalah antibiotik, ubat tahan sakit, ubat selsema dan batuk dan lain-lain yang tidak berdaftar dengan KKM. Kebanyakan ubat-ubatan terkawal ini diseludup masuk dari negara Bangladesh, India dan beberapa negara lain. Pemeriksaan dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/07/2-1.jpg?w=768)
Aktiviti penguatkuasaan lain yang dijalankan melibatkan serbuan bersasar ke atas penjual dan premis perniagaan yang terlibat dengan penjualan secara dalam talian. Semasa operasi kali ini, 75 premis yang menjual produk farmaseutikal yang tidak berdaftar termasuk rumah kediaman, salon kecantikan, gimnasium dan kedai menjual barangan haiwan telah diserbu. Dalam serbuan tersebut, 244,299 unit produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang telah dirampas untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan adalah dianggarkan sebanyak RM1,707,040. Serbuan dalam operasi kali ini mensasarkan produk pelangsing tradisional yang dicampur palsu dengan Sibutramin. Dalam beberapa siri serbuan yang lain, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah merampas ubat terkawal seperti analgesik dan antibiotik. Turut dijumpai dalam serbuan tersebut adalah suplemen kesihatan, vitamin dan produk tradisional yang tidak berdaftar dengan KKM. Dalam serbuan berasingan, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah berjaya merampas sebanyak 26,400 unit sarung tangan getah dan 94 unit ujian RTK COVID-19 yang tidak berdaftar. Aktiviti kesedaran kepada orang awam juga merupakan sebahagian daripada Operasi Pangea XV. Sebanyak 341 kempen kesedaran kepada orang awam telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan sepanjang tempoh operasi tersebut. Aktiviti kesedaran dijalankan secara menyeluruh di seluruh negara mencakupi aktiviti secara konvensional seperti ceramah dan pameran di samping penggunaan elemen media baharu seperti media sosial. Penyiaran mesej dalam bentuk poster infografik, video kesedaran dan video viral turut dilaksanakan bagi menarik minat segenap lapisan masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. ![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/07/3.jpeg?w=1024)
KKM giat menjalankan pemantauan di laman sesawang dan media sosial serta aktiviti penguatkuasaan dalam menangani isu penjualan produk farmaseutikal dan peranti perubatan dalam talian di luar tempoh Operasi Pangea. Malah aktiviti penguatkuasaan ini dijalankan sepanjang masa bagi memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah selamat digunakan oleh orang awam. KKM sentiasa memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk farmaseutikal dan penggunaannya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan. Para pengguna juga diingatkan agar sentiasa memastikan produk farmaseutikal dan peranti perubatan yang dibeli adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk yang menyalahi undang-undang di pasaran. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 28 Julai 2022
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 251 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 381,294 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Ranau.
Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes
kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada
tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 270 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 372,410 orang. Manakala 212 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 208 orang di hospital, satu (1) orang di Pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta tiga (3) orang lagi di fasiliti swasta.
Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang iaitu sembilan (9)
orang di ICU/repurposed kritikal care dan satu (1) orang di open ward
(HDW/kubikel/akut) manakala satu (1) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan
(ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan baharu susut kepada 251 kes, 41 kes lebih rendah berbanding
jumlah semalam. b. Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes adalah sama.
Walau bagaimanapun jumlah keseluruhan kes baharu bagi Sabah menyusut
kepada 251 kerana beberapa daerah mencatatkan angka penurunan yang
banyak. Jumlah sampel ujian hari ini juga lebih rendah, iaitu 2,513 dengan kadar
positiviti sekitar 11% berbanding 2,919 dengan kadar positiviti 12% kelmarin. c. Antara daerah yang mencatatkan penurunan signifikan ialah Beaufort yang
kembali ‘bersih’ daripada jangkitan (-22), Kota Kinabalu 95 kes (-20), Lahad Datu
3 kes (-10), Papar 16 kes (-6) dan Nabawan 0 kes (-5). Penampang mencatat 36
kes baharu (+12), Tuaran 30 kes (+9) dan Sandakan 28 kes (-3). d. Jumlah daerah yang ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan sepanjang 24 jam yang
lalu bertambah daripada tujuh (7) daerah kelmarin kepada 10 daerah hari ini.
Sebanyak 12 daerah mencatatkan jangkitan baharu satu (1) angka dan lima (5)
daerah merekodkan kes baharu dua (2) angka. e. Sebanyak 250 daripada 251 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2, serta satu (1) kes dalam Kategori 4 Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 949 unit.
Hospital 911 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 22.34%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 252 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 381,546 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Kota
Kinabalu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada
kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada
tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 248 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 372,658 orang. Manakala 228 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 218 orang di hospital, enam (6) orang di Pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta empat (4) orang lagi di fasiliti
swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang iaitu tujuh
(7) orang di ICU/repurposed kritikal care dan tiga (3) orang di open ward
(HDW/kubikel/akut) manakala satu (1) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan
(ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan harian merekodkan 252 kes baharu iaitu pertambahan satu (1)
kes berbanding semalam. b. 13 daerah merekodkan penurunan kes harian berbanding lapan (8) daerah yang
mencatat peningkatan kes. Kota Kinabalu kembali merekodkan jangkitan tiga (3)
angka dengan 122 kes baharu (+27). c. Lima (5) daerah merekodkan jangkitan baharu dua (2) angka, Sandakan 32 kes
(+4), Tuaran 25 kes (-5), Putatan 15 kes (+15) Penampang 14 kes (-22) dan
Beaufort 12 kes (+12). Sebanyak 12 daerah tidak merekodkan sebarang
jangkitan baharu hari ini. d. Sebanyak 248 daripada 252 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2, satu (1) kes dalam Kategori 3 dan tiga (3) kes dalam Kategori
4 Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 957 unit.
Hospital 919 unit. PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 23.82%
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 1 Ogos 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 30 (24 – 30 Julai 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON AUGUST 1, 2022
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menunjukkan tiada perubahan pada minggu epidemiologi ke-30 tahun 2022 (ME 30/2022) berbanding minggu sebelumnya (Rajah 1); Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 1/2022 sehingga ME 30/2022
Walau bagaimanapun, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 2.8 peratus (Rajah 2); - Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 5.6 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 populasi dari ME 1/2022 hingga ME 30/2022
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME30/2022 berbanding ME 29/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut: - Katil bukan kritikal tiada perubahan, kekal sebanyak 23 peratus;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan, kekal sebanyak 14 peratus; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada perubahan, kekal sebanyak tujuh peratus.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 30/2022
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.1 peratus (Rajah 4) pada ME 30/2022 berbanding ME 29/2022. Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 30/2022
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara masih lagi menunjukkan peningkatan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 29/2022 dan ME 30/2022 (Rajah 5): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 3.2 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 0.5 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital menurun sebanyak 19.9 peratus.
Rajah 5: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah & kes rujukan CAC ke PKRC atau hospital dari ME 10/2022 hingga ME 30/2022
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 30/2022 ianya turun 7.69 peratus berbanding pada akhir ME 29/2022 (dari 70,140 kes ke 64,743 kes); seperti di Rajah 6: Rajah 6: Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya berdasarkan keadaan klinikal pesakit dari ME 1/2022 hingga ME 30/2022
STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 30 Julai 2022 (ME 30/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 4,677,270;
- Kumulatif kes sembuh: 4,594,311 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,960 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,038 kluster (kluster aktif: 19 kluster).
Perbandingan antara ME 29/2022 dan ME 30/2022: - Bilangan kes sembuh pada ME 30/2022 meningkat sebanyak 35.4 peratus (22,757 kes kepada 30,823 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 30/2022 menurun sebanyak 5.2 peratus (29,886 kes kepada 28,339 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 5.3 peratus (29,858 kes kepada 28,286 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 89.3 peratus (28 kes kepada 53 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 30/2022 menunjukkan penurunan sebanyak 28.6 peratus (63 kes kepada 49 kes) berbanding ME 29/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 30/2022 adalah 47,176 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 3.6 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 sehingga ME 30/2022
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 sehingga ME 30/2022
Rajah 9: Purata tujuh hari kes aktif harian COVID-19 dari ME1/2022 sehingga ME 30/2022
NILAI RT Purata nilai RT menunjukkan penurunan sebanyak 9.1 peratus pada ME 30/2022 berbanding ME 29/2022 (Rajah 10). Rajah 10: PurataNilai RT tahun 2022 sehingga ME 30/2022
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari klinik kesihatan sentinel sehingga ME 30/2022
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 30/2022
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada di dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara. Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 1 Ogos 2022 @ 10.00 pagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 241 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 381,787 kes. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 250 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 372,908 orang. Manakala 231 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 220 orang di hospital, tujuh (7) orang di Pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta empat (4) orang lagi di fasiliti
swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang iaitu tujuh
(7) orang di ICU/repurposed kritikal care dan tiga (3) orang di open ward
(HDW/kubikel/akut) manakala tiga (3) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan
(ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Sebanyak 241 kes direkodkan hari ini iaitu penyusutan 11 kes berbanding
semalam. b. Lebih banyak daerah mencatatkan peningkatan kes iaitu sembilan (9) daerah
berbanding tujuh (7) daerah mencatatkan penurunan. Walau bagaimanapun,
jumlah kes terkumpul bagi daerah yang merekodkan penurunan kes lebih
banyak berbanding daerah yang mencatatkan peningkatan kes. c. Kota Kinabalu kekal dengan kes baharu tiga (3) angka dengan 106 kes (-16).
Terdapat pertambahan daerah yang mencatatkan kes dua (2) angka kepada
enam (6) daerah iaitu Tuaran 25 kes (0), Papar 19 kes (+11), Sandakan 16 kes (-
16), Penampang 14 kes (0), Kudat 11 kes (+11) dan Putatan 11 kes (-4). Jumlah
daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu berkurang daripada 12
kepada 10 daerah hari ini. d. Dengan jumlah sampel ujian yang rendah, iaitu hanya 1,997 (kelmarin 2,330)
dengan kadar positiviti 12.22% (kelmarin 10.94%) jumlah kes keseluruhan hari
ini tidak menggambarkan keadaan sebenar jangkitan COVID-19 di Sabah. e. Sebanyak 239 daripada 241 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2, serta terdapat dua (2) kes dalam Kategori 4. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 957 unit.
Hospital 919 unit. PKRC (Awam) 10 unit. Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 24.14%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 272 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 382,059 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Kota
Kinabalu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada
kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada
tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 249 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 373,157 orang. Manakala 229 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 220 orang di hospital, lima (5) orang di Pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta empat (4) orang lagi di fasiliti
swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah tujuh (7) orang iaitu
tiga (3) orang di ICU/repurposed kritikal care dan empat (4) orang di open ward
(HDW/kubikel/akut) manakala tiga (3) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan
(ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan baharu meningkat kepada 272 kes iaitu pertambahan 31 kes
berbanding jumlah semalam.. b. Kecuali tiga (3) daerah, iaitu Tongod, Telupid dan Pitas, kesemua 24 daerah
yang lain merekodkan jangkitan baharu. Malah sembilan (9) daripada daerah-
daerah tersebut merekodkan jangkitan dua (2) angka. Antaranya ialah Kota
Kinabalu 92 kes (-14), Tuaran 27 kes (+2), Sandakan 19 kes (+3), Papar 17 kes
(-2), Tawau 17 kes (+10) dan Lahad Datu 14 kes (+5). c. Daerah Tambunan yang tidak merekodkan sebarang jangkitan kelmarin
melaporkan tujuh (7) jangkitan baharu. Enam (6) daerah lain juga terkeluar
daripada ‘daerah kes sifar’ dengan melaporkan jangkitan baharu. d. Secara keseluruhan sebanyak 18 daerah merekodkan peningkatan kes baharu
berbanding hanya empqt (4) daerah yang merekodkan penurunan. Jumlah
sampel ujian hari ini ialah 3,278 dengan kadar positiviti 12.05% berbanding 1,997
semalam dengan kadar positiviti 12.22%. e. Sebanyak 267 daripada 272 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2, tiga (3) kes dalam Kategori 3 serta masing-masing satu (1) kes
dalam Kategori 4 dan Kategori 5. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 957 unit.
Hospital 919 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 23.93%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|