CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-12-2010 11:00 PM | Show all posts


Perindu

Berdiri seorang perindu
mendendangkan lagu syahdu
mengharapkan angin lalu
meniupkan bayu
menyampaikan sekebun rindu
kepada sang ratu
entah di mana menunggu
menantikan curahan gerimis madu
menyuburkan pohon rindu kian layu
berbunga rasa terharu
berbuah pohon rindu.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2010 12:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 18-12-2010 00:38



Kesakitan


Sedikit diberi-Nya
terbaring kaku
tak mampu berlagu
seperti selalu
bisu seribu bahasa.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2010 01:01 PM | Show all posts


Orang tua kata

Jaga-jaga
jangan ikut rasa
nanti rosak binasa
buat benda kena ada cara
tak boleh ikut kepala kita
banyak benda kena ambil kira
baru tak ditimpa bencana
yang tak disangka-sangka
melanda.

Hati-hati dalam berbicara
nanti ada yang terluka
mengundang sengketa
dendam membara
pengkhianatan sesama
pasti beraja
memusnahkan saudara
sebangsa dan agama
tak berguna.

Jangan lupa
pada syariat agama
itulah sewajarnya
yang dipegang bersama
hidup sejahtera diredha
aman damai menengak rukun yang lima
tidak sesat selama-lamanya
berjaya di dunia dak akhirat milik-Nya
syurga jua balasannya.

~Goldkey~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2010 06:24 PM | Show all posts


Warkah mimpi

Kutulis warkah dalam mimpimu
dalam memorimu datang ia beribu warna
bila pagi menjelma, ia jadi bunga
bila malam menjelma, ia jadi bintang
cerita kita, bila kau datang
dunia ini penuh warna, penuh ceria
bila pelangi menjelma , itulah seri wajahmu
bila haruman mewangi, itulah haruman rambutmu
di mana kau berada kupasti ada
aku pengembara, destinasinya kamu
kau nadi denyut jantungku
duniaku dalam mimpi-mimpimu.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2010 06:57 PM | Show all posts


Lipatan sejarah suci

Bukan mimpi
dalam alam realiti
seribu ukiran di wajah pipi
sesuatu telah terjadi
aku tak mengerti
adakah ini yang diingini
kau datang menawan hati
mencoret di helaian memori
berkembang kelopak tiada berduri
berbunga wangi kasih yang abadi
berbuah cinta sehidup semati
dalam lipatan sejarah suci
kau dan aku.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2010 07:23 PM | Show all posts


Ambil jiwaku

Ambillah jiwa dari diriku
sembunyikan dalam hatimu
tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku
hanya tuhan yang menentu
datanglah padaku
semaikan cintamu.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2010 08:13 PM | Show all posts


Bila membeli

Hati-hati
bila membeli
takut barang tiada kualiti
atau tiada warranty
lebih teruk kalau kena barang curi
habis sebulan gaji
untuk barang yang tak diredhai
sakit hati
menyumpah satu lori
apa boleh buat lagi
nak cari penjual dah lari
baik beli ditempat yang pasti
tiada penipuan boleh terjadi
senang hati
tidur bermimpi-mimpi
barang yang baru dibeli
kalau budak bawa tidur sekali
hi hi hi!!!

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 05:43 PM | Show all posts


Kata orang muda

Orang tua menyibuk saja
banyak benda kena jaga
kami masih muda
boleh buat apa saja
kami tak takut mati
kami muda lagi
tak perlu nak jaga hati
buat saja janji suka hati
orang tua jangan nak busy body
kubur sendiri-sendiri
lambat lagi kami mati.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2010 07:14 PM | Show all posts


Kalau di atas

Cari-carilah alas
kerana anda mungkin akan terhempas
dicantas
geng pembalas
yang tak puas hati anda di atas
jelas
anda kena lekas
cari jalan berhempas pulas
selamatkan diri dari dicantas
puak yang tak puas-puas
tak terima ditewas
walau dah terbabas.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 10:55 PM | Show all posts


Biarlah

Kita
tak jadi orang kenamaan
tak jadi bintang pujaan
tak jadi ahli parlimen
janji
kita jadi umat berpedoman
kita jadi hamba yang beriman
kita jadi pilihan di sisi Tuhan.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 09:41 AM | Show all posts


Kuasa kelembutan

Lihatlah lembutnya
membasahi tanpa rasa benci
mengalir ke segenap titik rekah
lembut dingin
dikikisnya dengan halus tajam
sedikit demi sedikit
akhirnya terkesan
ternampak akan jalan laluan
dengar lembut ia membentuk lurah sasa
tunjuk kuasa
kelembutan titisnya air
tidakkah kita melihat
kuasa kelembutan itu
perkasa.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 09:58 AM | Show all posts


Tangan kaki

Tangan-tangan memusnahkan
membina kekuatan atas kelemahan
fikiran hanya pada kekuasaan
tiada belas ehsan
menghancurkan harapan gersang
insan-insan baru mengenal kedewasaan.

Kaki-kaki melangkah ke jurang
membawa petaka kehinaan
menyeret insan-insan malang
dalam kedamaian yang hilang
terjunam ke jurang bukan pilihan
angkara kaki-kaki petualang.

~Goldkey~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 05:19 PM | Show all posts


Ambik hok nok jah

Mano bulih!!!
muingat gapo ni
ikut sukomu jah
hokmu kene ambik
hokmu tak kene biar
taklih lagu tu
sesat baghat
kalu kita nok betol ikut semo
jange main sekerat-sekerat
kena laknat.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 12:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 21-12-2010 19:06

saat burung terbang berkicauan
leka diri termenung sendiri
masa dilempar sehasta jauhnya
saat musibah menimpa kekesalan menerpa.

                kesilapan dalam penafsiran akal
                membutakan tiga mata satu pancaindera
                untuk menerima perkara yang pasti
                fitnah mengelilingi suci dinodai

fana namun dugaan  berjuta
wacana kehidupan pelbagai angkara
layu mimpi dirundung sepi
impak kelalaian diri sendiri

                 bisik pujangga semanis gula
                 bisa beracun penuh prasangka
                 tanggapan buruk rupa serigala
                 secelik kancil  sezalim singa

berlari sendiri gelita dirasai
arah tujuan malap hadapan
obor terangi sumber inspirasi
naluri sejati teguh peribadi

                  menjunjung warisan budaya asli
                  digenggam erat untuk diwarisi
                  segelintir peka sejuta alpa
                  badai bertiup hilang wacana

susah bersama senang dikongsi
air pasang helah ikatan
sahabat sejati setia percaya
meski dicarik bercantum jua.

~GRP EX-Student~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 08:10 AM | Show all posts


Kau bunuh

Kau Tuhankah?
hingga nyawa orang kau ambil
kau ada nyawa spare?
kau ni bertuhankan siapa?
syaitan!!!
syaitan!!!
syaitan!!!
setan kau pembunuh.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 08:18 AM | Show all posts


Mental tenat

Ramai yang mental tenat
sebab itu ramai pengkhianat
makin banyak kes berat
kian melarat
polis dah tak larat
apa ubat?
apa nak buat?
kembalilah kepada syariat
teguhkan iman umat
InsyaAllah selamat.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2010 08:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 21-12-2010 13:27



Hari ini hari selasa esok hari rabu

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
kami perbanyakkan doa
memohon keberkatan dari-Mu

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
kalau rasa berdosa
segeralah mensuci kalbu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
jangan buang masa
kelak kerungian menghimpitmu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
bangunlah segera
jalankan kewajipanmu.      

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
peruntukan masa untuk keluarga
bahagiakan hati-hati keluargamu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
bekerjalah sepenuh tenaga
seakan seribu tahun milik kamu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
beribadatlah sepenuh jiwa
bagai tiada esok bagimu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
begitulah seterusnya
masa akan terus belalu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
jangan cepat rasa selesa
teruskan ibadat tanpa jemu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
berhenti dulu ya
lain kali kita ketemu.

~Goldkey~

**************

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
biasa-biasa aja
nak pesan pada aku dan kamu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
sihat sikit rasa
dari semalam itu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
boling semalam menang saya
4-0 gitu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
terima kasih la ya
kerana suka puisi cikgu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
rajin-rajin la baca
nanti banyak dapat ilmu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
sila ler pergi baca
cikgu nak gi minum dulu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
lepas tu nak check kereta
sistem amaran tak padam lampu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
zohor dah menjelma
mari kita solat dulu.

Hari ini hari selasa
esok hari rabu
solat kena jaga
kerana itu adalah tiang agamaku.



~Goldkey~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 03:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 21-12-2010 17:33



Jika bukan kita siapa?


kitalah yang kena jaga
keluarga kita
negara kita
bangsa kita
agama kita
jangan lupa!!!
tiada siapa yang akan membela
nasib kita kita kena jaga
buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 05:41 PM | Show all posts


Kepastian berlian dalam penantian

Berikan kepastian
jika dambakan penantian
setia berzaman
beri keyakinan kepada insan
yang mungkin dalam keresahan
adakah penantian suatu keberhasilan
atau cuma suatu penyiksaan tak kesudahan
jangan mainkan perasaan
berikan kepastian
kerana ia berlian dalam penantian.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 06:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 21-12-2010 18:13



Petang Selasa Malam Rabu

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
hati-hati bila berkata
takut menyakiti hati ibu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
ingat pesan ayah bonda
kerana itu jalan kehidupanmu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
pesan guru jangan dilupa
kerna itu sebahagian ilmu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
hati-hati memilih rakan sebaya
kelak ia merosakkan keperibadianmu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
hidup kita sementara saja
rajinlah usaha penuhkan dengan ilmu.

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
hidup kita perlu ikut tatacara
tidaklah kita masuk perangkap "hantu".

Petang ini petang selasa
malam ini malam rabu
cikgu berhenti seketika
nak makan malam dulu.

~Goldkey~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.559005 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list