CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitoYoL

/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /

  [Copy link]
Post time 7-4-2011 10:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 7-4-2011 10:17

HIP BERITA HARIAN
Khamis 7 April 2011

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 10:41 AM | Show all posts
jom cuci mata
Rorine Post at 6-4-2011 17:18


Wow!...bibir merah bak delima...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 10:47 AM | Show all posts
Rorine Post at 6-4-2011 17:16



Ensem...ensem...cantik bibir dia...hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 11:11 AM | Show all posts
            'Karak' : Norman & Yusry Buat Kajian Makhluk Halus         
                     
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

        Dari kiri: Shahir, Along, Yusry, Kilafairy dan Sidek



KUALA LUMPUR: Selepas mengecap kejayaan besar menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios  bakal menghasilkan filem ke sembilan mereka  berjudul Karak yang akan ditayangkan pada 26 Mei depan.
Menurut pengarahnya, Yusry Abdul Halim, Karak menampilkan 10 imej entiti makhluk halus di mana jin atau syaitan yang boleh menyerupai pelbagai rupa.

"Ini merupakan filem seram pertama saya dan ia lebih memberi fokus dengan gabungan kesan khas pada solekan serta penggunaan imej janaan komputer (CGI).

"Selain itu, saya dan Norman yang bertindak sebagai penulis skrip membuat kajian tentang kisah-kisah makhluk halus yang pernah berlaku di Lebuh Raya Karak.

"Bagaimanapun filem ini tidaklah terlalu sukar untuk dihasilkan seperti filem-filem lain, bahkan penggambaran yang dijalankan hanya memerlukan selama 20 hari sahaja.

"Cuma penggambaran hanya dilakukan pada waktu malam dan sedikit sebanyak ia agak memenatkan kami," katanya.
Tambah Yusry, selain membuat penggambaran di beberapa lokasi luar seperti Hulu Langat dan Lembah Pangsun, kebanyakan babak turut dilakukan di studio untuk mempercepatkan masa.

Filem Karak dibintangi oleh pelakon-pelakon baru iaitu Shahir AF8 sebagai teraju utama iaitu Nik, Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), Kilafairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam).

Kata Yusri, pemilihan pelakon-pelakon baru dipilih kerana ingin memastikan watak filem tersebut dilihat segar kerana ia mampu menimbulkan perasaan seolah-olah kejadian tersebut benar-benar berlaku terhadap penonton yang menyaksikannya.

Ia mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Dalam perjalanan tersebut mereka mengalami kesesakan di Lebu Raya Karak dan bertekad untuk mencari jalan alternatif lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau laman sosial Facebook serta Youtube, Karak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 12:55 PM | Show all posts
Wow!...bibir merah bak delima...
CikKyra Post at 7-4-2011 10:41



ckp psl bibir baru teringat lupa nk tepek niiiii

Coret2 ABPBH 2010
Hip Rabu 6 April 2011





Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 04:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 7-4-2011 17:40

Credit: KPS

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2011 05:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitoYoL at 7-4-2011 17:23

Shahir AF Terpegun Tengok Rossa Waktu Konsert Rakaman?






        KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2011: Persembahan yang amat menghiburkan dan penuh bertenaga. Itulah yang boleh disimpulkan sewaktu krew murai.com.my menghadiri rakaman konsert mini penyanyi comel genit dari seberang, Rossa di Emporium Grand Café, Fraser Place, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

        Rakaman konsert mini 'Atas Nama Cinta... Rossa' yang diadakan di kelab hiburan tersebut adalah hasil kerjasama di antara Suria Records dengan Astro Ria sebagai pengisian untuk segmen khas di saluran 104 Astro yang bakal disiarkan bersempena sambutan Aidilfitri nanti.

        Dalam rakaman konsert mini tersebut, Rossa telah merakamkan lapan dari empat belas buah lagu yang ditampilkan dalam album kompilasi terbarunya, berserta sebuah lagu tambahan berjudul Takkan Berpaling DariMu, yang telah menjadi latar lagu soundtrack filem Munajah Cinta, atas permintaan para peminat beliau.

        Malah, bekas isteri kepada pemain drum Padi iaitu Yoyo ini sempat merakamkan lagu Ayat-Ayat Cinta yang menjadi OST kepada filem Ayat Ayat Cinta sehingga membolehkannya memenangi anugerah "Artis Wanita Solo Pop Terbaik" di Anugerah Muzik Indonesia 2008 dan "enyanyi Popular" di Anugerah SCTV 2008.

        Lagu lain yang turut dipersembahkan Rossa adalah seperti lagu Hati Yang Kau Sakiti, lagu latar OST kepada filem Air Mata Cinta; dan Hey Ladies, OST kepada filem Barbi3. Selain itu lagu-lagu lain seperti Pudar, Memeluk Bulan, Atas Nama Cinta dan Takkan Berpaling Darimu yang turut dinyanyikan untuk menghiburkan para peminatnya yang dijemput khas dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Universiti Shahputra, Kuantan.

        Juara Bintang Akademi Fantasia Musim 8 (AF8), Shahir yang baru-baru ini memenangi kategori Artis Baru Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPH 2010) turut diundang untuk memeriahkan konsert tersebut .
        Malah, Shahir AF juga turut berpeluang untuk berduet bersama Rossa menerusi lagu Terlanjur Cinta iaitu OST daripada filem Dewi. Lagu itu pada asalnya adalah nyanyian Rossa dan Pasha Ungu.

        Shahir AF yang pada awalnya nampak agak janggal sewaktu berduet dengan idola kegemarannya, seakan-akan hilang tumpuan buat seketika sewaktu menyampaikan lagu tersebut sehingga terpaksa mengulanginya semula kerana terlupa lirik nyanyiannya.
        "Saya lupa lirik bukan sahaja di atas pentas tadi. Apabila diumumkan untuk saya naik ke pentas bersama Rossa tadi saya dah mula gementar. Saya memang impikan untuk berduet dengan Rossa tapi semua itu hanya lah angan-angan sahaja. Tak sangka pula diberikan peluang sebegini oleh pihak Suria Records," terang Shahir ketika ditemui Murai.com.my.

        "Saya lupa lirik bukan sahaja waktu menyanyi di atas pentas tadi. Malah, sebaik saja diumumkan untuk saya naik ke pentas bersama Rossa pada awal tadi pun saya dah mula gementar. Saya memang dah lama impikan impikan untuk berduet dengan Rossa tapi saya tak pernah rasa ianya akan jadi kenyataan. Tak sangka pula diberikan peluang sebegini oleh pihak Suria Records dan Astro ," terang Shahir AF kepada murai.com.my.

        Selain menjayakan penggambaran konsert mini Atas Nama Cinta...Rossa, penyanyi ini juga turut mempromosikan album kompilasi terbarunya yang berjudul "Rossa: Harmoni Jalinan Nada & Cerita" sewaktu datang ke Malaysia baru-baru ini.



p/s TENGOK PADA GAMBAR ATAS.. MACAM ROSSA YG TERPEGUN DENGAN KEKACAKAN SHAHIR
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 06:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 9-4-2011 09:18

KRU Studios Lancar Muzik Video Lagu Kerek
April 7th, 2011

Kolaborasi terbaru antara KRU Studios dengan kumpulan rock popular Amuk telah berjaya menghasilkan sebuah lagu yang diberi judul 揔EREK? 揔erek?adalah bahasa pasar merujuk kepada orang yang sombong dan berlagak.

PETIKAN VIDEO MUZIK LAGU KEREK




Lagu 揔erek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2011 12:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 8-4-2011 00:05

x pasti dh ada yg tepek ke lum...



Credit: Lieya Shalieyana
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 12:01 AM | Show all posts


Credit: Lieya Shalieyana
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 12:02 AM | Show all posts


Credit: Lieya Shalieyana
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 12:03 AM | Show all posts


Credit: Lieya Shalieyana
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 12:03 AM | Show all posts


Credit: Lieya Shalieyana
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 09:36 AM | Show all posts
shahir at nasi lemak kopi o now....luar biasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 09:45 AM | Show all posts
Reply 1194# Rorine


    alah...........  kita kat ofis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 12:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 8-4-2011 12:57

Shahir AF Masih Simpan Hasrat Untuk Sambung Belajar
Credit: murai.com




KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2011: Baru-baru ini ramai yang melihat kemunculan Shahir AF di pentas ABPBH 2010 semepena kemenangan dalam kategori Artis Baru Paling Popular 2010 dan pada masa yang sama menggalas tugas sebagai penyampai trofi bersama aktor Ashraf Muslim.

Namun sebelum itu, dia seakan-akan hilang dari dunia hiburan sejurus selepas beberapa bulan dia ditabalkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim 8. Malah, timbul beberapa kontroversi yang mengatakan dia sakit serta mempunyai masalah disiplin.

Sebelum menghadiri acara ABPBH 2010, portal murai.com.my sempat bersua muka dengan Shahir AF sewaktu dia menjayakan rakaman konsert mini 'Atas Nama Cinta... Rossa' i Emporium Grand Caf? Fraser Place, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beberapa soalan sempat diajukan buat anak seni kelahiran Perak ini. Termasuklahlah isunya menghilangkan diri ada t secara tiba-tiba dalam industri hiburan.

"Sebenarnya saya tak hilang. Sebaliknya, pada waktu itu saya memang tengah sibuk buat rakaman suara untuk 5 buah lagu; 2 daripadanya dihasilkan oleh Edry KRU dan sebuah lagu hasil ciptaan saya sendiri. Buat masa sekarang, saya tak boleh fokus untuk mempercepatkan pengeluaran album kerana saya juga terpaksa menerima beberapa tawaranmenyanyi di beberapa majlis dan juga tawaran untuk berlakon," kata Shahir yang juga merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Saujana.

Malah, dia juga sibuk terlibat dengan pembikinan filem 'Karak' arahan Yusry KRU yang akan dilancarkan di pawagam 26 Mei 2011 nanti.

Menurutnya lagi, bekerja dengan Yusry Kerima KRU adalah satu pengalaman yang cukup menarik. Tiadanya asas dalam bidang lakonan, memudahkan lagi tugas Yusry untuk membimbing serta memberikan tunjuk ajar buat dirinya beserta dengan bantuan daripada beberapa pelakon berpengalaman yang lain.


"Saya tak banyak masalah berlakon di bawah arahan Yusry dan memang senang untuk bekerja dengan dia. Yusry banyak memberi kebebasan berkarya kepada para pelakonnya. Sekarang ini saya memang ada terima tawaran untuk berlakon dalam sebuah lagi filem tapi saya perlu berbincang dulu dengan pihak Astro.


"Sebenarnya bidang lakonan dan nyanyian sangat berlainan dan ia memerlukan tahap komitmen yang berbeza. Saya perlu memberi keutamaan kepada bidang nyanyian memandangkan saya pun lahir dari rancangan realiti nyanyian. Tapi, tak salah juga kalau saya membuat sesuatu yang baru sekiranya orang ramai boleh menerima karya-karya dan kerja saya," kata pemilik nama sebenar Ahmad Shahir bin Zawani ini.


Bila ditanyakan murai.com.my samada beliau masih lagi menyimpan hasrat untuk meneruskan pembelajaran yang tertangguh sedikit masa dahulu, Shahir AF berkata, buat masa ini dia perlu memberikan keutamaan terhadap karier seninya.


"Namun, saya masih menyimpan hasrat itu sehingga sekarang. Dulu saya berhenti belajar untuk memenuhi tuntutan keluarga jadi saya perlu bekerja untuk menyara tiga orang adik beradik dan dua orang ibu bapa. Saya tak boleh fikirkan diri sendiri jadi saya perlu berkorban untuk lupakan pendidikan saya agar saya dapat menjamin kebajikan keluarga saya," kata Shahir yang juga merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Menyentuh tentang jodoh, Shahir tidak berkesempatan untuk menemui sesiapa kerana sibuk dan jadual kerjanya yang padat. Namun, jika ada yang berminat di hati, ibu bapanya sendiri tidak akan menghalang hasratnya itu.


"Ibu bapa saya sememangnya memberikan kepercayaan kepada saya untuk memilih jodoh, sekiranya ada. Ini mungkin merupakan jawapan klise, buat masa sekarang saya memang tiada sesiapa, tapi kita tak tahu pada masa akan datang.


"Tapi saya perlukan sepenuh masa saya untuk karier. Kalau saya ada kekasih, saya takut dia akan terseksa kerana saya tiada masa untuk diluangkan masa dengannya. Tapi sekiranya ada, saya takkan lepaskan peluang itu," ujar penyanyi berumur 23 tahun itu.


Suatu ketika dahulu, media juga dikejutkan dengan berita yang Shahir menghidap kanser lantas membawa kepada pengundurannya dari bidang nyanyian. Shahir bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut dan menerangkan yang semua itu salah faham.


"Memang benar saya pernah dimasukkan wad suatu ketika dahulu, tapi disebabkan tekanan darah rendah. Jadi saya ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjutan. Apabila saya sudah dilepaskan, keesokan harinya saya dihubungi semula oleh pihak hospital kerana terdapatnya masalah dengan salah satu ujian kesihatan yang saya ambil.


"Pihak hospital memberitahu yang saya ada masalah di bahagian hati. Mungkin dari situ berlakunya salah faham yang mengatakan masalah hati saya itu merebak hingga boleh menyebabkan kanser.

"Tapi bila saya periksa semula di salah sebuah hospital panel Astro, sebenarnya masalah tersebut disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang sehingga menyebabkan kandungan asid yang tinggi serta berlebihan di dalam badan," kata Shahir AF lagi.


Jadi kenapa juara AF8 ini yang pernah dikaitkan dengan aktres Rozite Che Wan ini menghilangkan diri buat seketika?

Menurut Shahir AF, selain dari sibuk bekerja, dia juga cuba untuk mengelakkan diri daripada kontroversi kerana tidak mahu menjadi popular disebabkan isu atau gosip yang bukan-bukan.


"Dulu masa ada banyak kontroversi yang tercetus mengenai diri saya, ramai yang tidak senang termasuklah diri saya sendiri. Sekarang, bila saya cuba untuk elakkan diri dari kontroversi, ramai pula yang berkata saya menghilangkan diri. Jadi sekarang, saya sedang cuba untuk sibukkan diri dengan karier agar saya kembali dikenali dengan karya saya dan bukan popular atas dasar kontroversi.

"Tetapi, saya juga tak menafikan yang kontroversi itu boleh mendatangkan populariti. Tapi janganlah mencipta kontroversi tersebut. Cuma sebagai selebriti, kita perlu tahu cara yang betul untuk mengatasinya," nasihatnya kepada diri sendiri dan peserta-peserta AF yang baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2011 12:58 PM | Show all posts
Reply  Rorine


    alah...........  kita kat ofis
hironakamura76 Post at 8-4-2011 09:45



hiro...kita serupa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 01:45 PM | Show all posts
hiro...kita serupa
Rorine Post at 8-4-2011 12:58



    kita sempat tengok boyfriend kita
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 01:46 PM | Show all posts
yeahhhhhh...lalalala
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 01:58 PM | Show all posts

byk gak gambar dalam ni yang rasa mcm takde kat sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.538368 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list