|
esje lahir 30 julai1988
ML lahir 28 August 1993
confuse..camana leh jumpa d ttdi..ke ada yg dapat lompat kelas..pandai |
|
|
|
|
|
|
|
saja tepek..awat dia diam je la ni..huhuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by oddxx at 12-9-2011 09:29
‘Rentaz satukan kasih kami’
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
SEDANG MEKAR...bibit cinta antara Miera dan Shah Jaszle kian berbunga tatkala membintangi filem Rentaz.
SEPANJANG lapan tahun berkawan, soal cinta tidak pernah wujud antara Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin atau Shah Jaszle, 23, dan Miera Leyana Kasmi (Miera Leyana), 19. Apatah lagi sebelum ini mereka bersekolah sama iaitu di Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kedua-duanya akui sekadar meminati antara satu sama lain.
sebelum selepas
KAWAN LAMA...Shah Jaszle dan Miera pernah belajar di sekolah yang sama.
SHAH JASZLE...kacak dan matang dalam pergaulan.
MIERA...nama dan bakatnya mula jadi sebutan ramai pengarah.
Sewaktu digandingkan pertama kali selepas masing-masing memilih lakonan sebagai kerjaya menerusi Luna Fantasiku, soal cinta juga tidak wujud memandangkan masing-masing pada waktu itu sudah berteman.
Bagaimanapun, segalanya berbeza apabila mereka ditemukan pengarah prolifik, Mamat Khalid dalam filem terbaru arahannya, Rentaz yang menjalani penggambaran di Pulau Pinang, ketika ini.
Akhirnya filem ke-10 arahan Mamat itu menyatukan hati Shah Jaszle dan Miera dalam ikatan yang dipanggil cinta. Kenyataan itu keluar sendiri daripada mulut jejaka kacak itu.
Tanpa banyak berdalih, apabila ditanya pihak media dengan siapa dia bercinta sekarang selepas hubungannya dengan Maria Farida terputus, terus saja Shah Jaszle de |
|
|
|
|
|
|
|
Mempelai kontroversi disatukan
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]
BIARPUN satu masa lalu mereka pernah ditimpa kontroversi, kekuatan cinta, kasih dan sayang tetap menyatukan dua hati milik Noorfaezah Md Elai, 29, (Faezah Elai) dan Muhammad Heykal Mohd Hanafiah, 38.
Tanggal 9 September 2011 lalu menjadi tarikh bersejarah apabila kedua-dua anak seni ini disatukan di Pulau Mutiara.
Tepat jam 3.35 petang, mereka diijabkabulkan jurunikah kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya, bersaksikan ayah Faezah sendiri, Md Elai Fazil Elai serta seorang lagi individu, Jamal Ariffin dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Platino Kondominium, Gelugor, itu turut dihadiri ayah Heykal, Mohd Hanifah Abu Bakar, 66, dan bonda, Bibi Hasnah Mohammad, 66, serta lebih 300 tetamu.
Heykal yang juga seorang duda, tiba bersama rombongannya dengan membawa mas kahwin berjumlah RM1,001 dengan sebentuk cincin bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Mempelai perempuan menerima hadiah antaranya, jam tangan, iPhone 4, senaskhah al-Quran, cincin, sirih junjung, kek serta set wangian manakala Heykal menerima senaskhah al-Quran, jam tangan, kamera dan minyak wangi.
Lebih menarik lagi, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Faezah tampak begitu anggun dengan busana putih rekaan Hatta Dolmat yang berkonsepkan moden kontemporari.
Pelakon filem Cun! dan terbaru, Tanda Putera itu melahirkan rasa syukur dan gembira apabila percintaan mereka membawa ke jenjang pelamin. Baginya segala tohmahan lalu menjadi penawar dan kini akan ditempuhi dengan tenang.
“Saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yang sebaik mungkin dan mengharapkan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat kami,” katanya yang menitiskan air mata terharu selepas majlis akad nikah.
Seloroh Faezah, dia sukakan Heykal kerana mereka berdua kebetulan gemar makan nasi kandar.
Bagi Heykal, lafaz cinta mereka selepas menonton wayang pada suatu hari, membuatkan hati mereka mula berbunga.
“Saya suka sikap keibuan yang ada pada diri Faezah. Saya gembira kerana anak saya juga dapat menerima kehadiran Faezah sebagai ibu baru mereka.
“Apa yang saya harapkan, kontroversi sebelum ini akan berakhir dan kami dapat memulakan hidup baru. Mengenai bulan madu pula, kami belum fikirkan di mana hendak makan angin kerana sibuk dengan tugas masing-masing.
“Insya-Allah kalau tidak ada aral melintang, saya berhasrat membawa ahli keluarga saya mengerjakan umrah,” katanya.
Rap difahamkan, kos majlis pernikahan Faezah dan Heykal yang bernilai hampir RM100,000 itu turut ditaja Putree Pelamin, Photo & Bridal House.
Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 3 Disember ini di Dewan Bankuet Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung manakala majlis resepsi pihak lelaki pula yang bertemakan persandingan tepi pantai akan diadakan pada 4 Disember ini di Hotel Tanjung Bungah Beach Resort, Pulau Pinang Unit Rap berharap semoga Pengantin Syawal ini akan menempuh kehidupan mereka dengan bahagian dan aman damai hendaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shalady at 12-9-2011 10:02
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa nama x de mohd, x de dip n tercalon je untuk ABP artis baru
apa nye byk kesalahan la reputs ni |
|
|
|
|
|
|
|
lawa lak lama 2 ku nengok esje ni dgn girl baju kuning tu..sepadan lak..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
pucatnya muka dia..sihatkah dia |
|
|
|
|
|
|
|
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :'/ |
|
|
|
|
|
|
|
lawa lak lama 2 ku nengok esje ni dgn girl baju kuning tu..sepadan lak..hehe
shalady Post at 12-9-2011 11:52
a'a la comel n cun girl nie, nmpk padan ngn esje....ni gmbar kelmarin yg kt melaka ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
gambo lama .... saja jer
|
|
|
|
|
|
|
|
lama tak masuk HQ ..so saya nak mengepaste
|
|
|
|
|
|
|
|
lawanyaaaaa pengantin (perempuan) heheh ...mana fan tegar FE ni ..paste kan laa gambo ..korang punya CSI mesti hebat !!
|
|
|
|
|
|
|
|
dxx..dgn mf tu mana dapat..masa bile..masa tengah tdei ni..kat mana |
|
|
|
|
|
|
| |
|