|
KPH - VILLA 97TH - TAHNIAH SUPERSTAR MANIA!!!! HAFIZ!!!!! Congrats semua pengund
[Copy link]
|
|
Hafiz milik Ahmad Dani
Oleh Georgie Joseph
[email protected]
RAMAI yang pasti mengandaikan penyanyi Awan Nano, Hafiz akan jatuh ke empayar produser tersohor, Datuk M Nasir pada konsert minggu kedua Mania Sabtu lalu namun realitinya dia menjadi milik Ahmad Dhani. Harapan untuk melihat mereka berkolaborasi semula juga nampaknya tidak akan kesampaian dalam Mania selepas ia diputuskan begitu.
Rezeki penyanyi berambut afro ini nyata lebih memihak kepada vokalis kumpulan Dewa itu dan selama 10 minggu dia akan menjadi anak murid Ahmad Dhani. Terkenal dengan kekuatan pada lagu berentak balada, transformasi dan suntikan yang bagaimanakah akan digunakan Dhani untuk evolusikan Hafiz menjadi Superstar?
Mendendangkan lagu Permintaan Hati nyanyian asal kumpulan Letto, inisiatif tidak terlalu mencuba Hafiz dalam konsert kali ini dilihat amat berpatutan.
Lari sedikit dari kepompong lagu bervokal tinggi, pemenang dua tahun berturut-turut kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) tetap kemas pada nyanyiannya.
Itulah antara ‘kejutan’ awal untuk konsert pemilihan kedua terbabit yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil. Tirai persembahan yang dibuka oleh Meet Uncle Hussain feat Shah AF dengan lagu Drama King itu menyaksikan tiga lagi penyanyi iaitu Adira, Alyah dan kumpulan Kristal akhirnya mendapat jawapan siapa produser mereka.
Menjadi peserta pertama, Kristal yang tampil berpakaian serba hitam sememangnya berjaya menghidupkan studio dengan nyanyian Opera Hidup (Wings).
Cukup bertenaga, nampaknya kehadiran lima anak muda ini menjadi pencabar dalam program ini tidak harus diperlekehkan kerana di awal konsert saja mereka sudah membuktikan kerja-keras menerusi persembahan hebat itu.
Tidak hairanlah M Nasir yang pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini tidak teragak-agak mengambil Kristal masuk dalam empayarnya.
Sinonim dengan vokalnya yang lantang, nyanyian penyanyi kecil molek, Adira menerusi lagu berhantu, Pulangkan iaitu nyanyian asal Misha Omar bagaimanapun tidak menunjukkan sisi berbezanya. Gemar menyanyikan lagu balada, Dhani berpendapat genre Pop adalah amat sesuai kepada Adira yang akhirnya dipilih oleh Aubrey Suwito sebagai artis pertama untuk empayarnya.
Tampil dengan kelainan pada malam itu, penyanyi Kisah Hati, Alyah tampak cukup selesa tatkala mendendangkan Russian Roullette milik Rihanna. Bukan saja pada persembahan, setiap kali penyanyi kelahiran Johor ini menakluk pentas, fesyen yang digayakannya juga tidak mengecewakan.
Persembahannya kali ini yang disertai beberapa penari memang diakui mempunyai kelas tersendiri dan pada malam itu dia diputuskan menjadi pilihan Aubrey Suwito.
Turut diumumkan pengacara, Aznil Nawawi pada malam itu adalah peserta hot seat kedua yang berjaya meraih undian tertinggi iaitu penyanyi kelahiran program Mentor, Chaq. Membawa rombongan penyokong yang agak ramai pada konsert berkenaan, jejaka kelahiran Sabah itu nampaknya selesa memilih lagu adiknya sendiri, Stacy iaitu Gagap dan menonjolkan tarian sebagai identitinya.
Bagaimanapun, Aznil bertindak tidak mengumumkan di empayar manakah Chaq akan sertai dan teka-teki itu hanya akan terjawab di konsert pemilihan terakhir pada Sabtu ini.
Dengan pemilihan minggu kedua, selepas Hafiz menjadi artis keempat Ahmad Dhani selepas Atilia, Akim dan kumpulan Estranged, sekali gus kuota untuknya memilih kini sudah lebur. Segala-galanya sekarang terserah kepada pihak produksi untuk menentukan siapakah peserta hot seat yang akan menyertai empayar produser berkenaan.
Manakala, setakat ini M Nasir sudah mempunyai tiga artis di bawahnya iaitu Stacy, Ebi dan Kristal. Aubrey Suwito pula ternyata berpuas-hati dengan pemilihan dua penyanyi wanita hebat, Adira dan Alyah masuk dalam kumpulannya.
Semakin hampir kepada pertarungan sebenar yang akan bermula pada minggu keempat nanti, kini hanya tinggal empat peserta lagi iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Awi Rafael dan Hazama perlu dipilih dua produser berkenaan. Selain itu, peserta hot seat ketiga yang berjaya juga hanya akan diketahui pada konsert Sabtu ini yang akan menyertai Ebi dan Chaq bersaing dengan peserta sedia ada.
Sementara itu, M Nasir ketika sidang media berkata, dia melihat persaingan sengit sudah mula dirasakan kini dan tidak kisah Hafiz bukan menjadi miliknya.
“Saya tiada masalah Hafiz jatuh ke tangan Dhani. Lagipun dari awal lagi kami semua sudah tahu formatnya bagaimana. Hafiz memang seorang peserta yang berbakat besar, itu tidak dinafikan. Tapi soal siapa dapat siapa bukannya isu di sini kerana apa yang penting adalah hala tuju serta peningkatan seseorang peserta itu dalam pertandingan itu nanti.
“Dengan mandat yang diamanahkan kepada kami selaku produser, tugas kami hanyalah mencurahkan segala pengetahuan kepada mereka dan berusaha menukar mereka kepada superstar,” ujarnya.
Ahmad Dhani pula mengakui sedikit terkilan apabila gagal mendapatkan Alyah yang akhirnya jatuh ke empayar Aubrey.
“Kami semua mahukan Alyah. Secara peribadi juga, kalau diberikan peluang saya memang ingin bekerjasama dengannya. Dia bukan saja mempunyai vokal serta corak persembahan yang hebat malam dia jelas peka dengan arus lagu-lagu terkini dan saya amat menyukai aspek itu. Selain Alyah juga, Stacy antara yang mempunyai potensi besar untuk berjaya dalam program ini,” katanya.
Credits: hmetro.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1174# bija
hehehe bija...lagu ni pun memang santai jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu Permintaan Hati, mcm yg ditulis dalam Metro tu mmg lari dari kebiasaan Hafiz.... it was effortless... hehe.. but yet as karatz, aku ok je.... hehe.....
although ya.. mmg tak mencabar vokal....
takpe.. he will wow us during their first concert nanti...... insyaallah....
 |
|
|
|
|
|
|
|
eh.....ada ke VC yg tunjuk AD cakap dia rasa alyah perform best ek? aku dok tgk VC2 kat sini, kat BOD Mania n BOD gossip.....xdak pun..... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu Permintaan Hati, mcm yg ditulis dalam Metro tu mmg lari dari kebiasaan Hafiz.... it was effortl ...
ladydolph Post at 26-3-2012 09:49 
adele? hehehehe  |
|
|
|
|
|
|
|
adele? hehehehe
Along_XX Post at 26-3-2012 09:53 
never mind i find someone like u....................
hehe.... wishful thinking.....  |
|
|
|
|
|
|
|
eh.....ada ke VC yg tunjuk AD cakap dia rasa alyah perform best ek? aku dok tgk VC2 kat sini, kat BO ...
Along_XX Post at 26-3-2012 09:52 
a'ah... aku pun tak jumpa.....
performance wise maybe... but again i say this, she mumbled.......  |
|
|
|
|
|
|
|
never mind i find someone like u....................
hehe.... wishful thinking.....
ladydolph Post at 26-3-2012 10:01 
hahahaha.....harap2 la.....tapi takut kene kutuk je macam AZ kene kutuk nyanyi lagu ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.....harap2 la.....tapi takut kene kutuk je macam AZ kene kutuk nyanyi lagu ni......
Along_XX Post at 26-3-2012 10:15 
lagu ni rasanya ok je kalo hafiz nyanyi.. asalkan tak overdone mcm yg AZ buat tu...
AZ selalu overdoing songs..... bukan nak ngutuk coz aku pun fan dia.......
tp itu la kenyataan.... AZ suka belit2 suara dia ... ingatkan nak sedapkan lagu... but end up making it worse..... |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya Aubrey Mula Memilih
Oleh Liza Ramli. Foto & video oleh Alia Yasmin.
Sebuah pertandingan realiti TV, Mania mula mencipta fenomenanya yang tersendiri kini sudah memasuki minggu yang kedua. Menampilkan barisan artis Malaysia yang berbakat besar, tiga produser yang bakal membimbing mereka di dalam pertandingan ini akan berentap di dalam merebut gelaran juara. Hadiah utama, wang tunai setengah juta, pastinya menjadi idaman setiap seorang peserta.
Pada minggu lalu, 24 Mac 2012, jam 9 malam di Astro Ria (104), sebanyak empat orang peserta dan seorang peserta yang dipilih dari Hot Seats telah memenuhi ruang kotak pilihan produser yang tersenarai. Ahmad Dani, Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito masing-masing telah membuat keputusan. Hasilnya, Kumpulan Estranged, Atilia dan Akim. Manakala, Datuk M. Nasir pula telah memilih Stacy dan Ebi, peserta Hot Seats telah diserahkan kepada M. Nasir dan berada di bawah empayarnya.
Untuk minggu yang kedua, siapa pula peserta Hot Seats yang bakal duduk di bawah empayar Ahmad Dhani atau Aubrey Suwito pula ya? Telah diumumkan siapakah pesertanya, namun tidak pula diumumkan siapa pula produser yang menjadi pilihan produksi untuk minggu yang kedua ini. Chaq, seorang peserta rancangan realiti sensasi atau Camellus De'lelli Anam, yang berusia 23 tahun telah dipilih oleh penyokong Mania di dalam sesi undian Like terbanyak di laman sesawang YouTube.
Minggu kedua Mania, dibuka dengan persembahan istimewa dari Meet Uncle Hussain yang membawakan lagu Drama King. Kemudian, hos Nombor 1 Malaysia yang juga merupakan penyampai ERA kesayangan ramai, Aznil Haji Nawawi memperkenalkan Kumpulan Kristal selaku peserta pertama untuk minggu kedua yang membawakan lagu Opera Hidup, lagu asal kumpulan Wings. Muzik dan irama yang berbeza dari kumpulan Kristal yang telah diletakkan untuk berada di bawah empayar Datuk M. Nasir memberitahu yang mereka teruja untuk kembali bekerjasama dengan Sifoo M. Nasir.
Mereka semua mengharapkan agar dengan bimbingan dari Datuk M. Nasir, mereka dapat membawakan kelainan di dalam muzik mereka kelak, namun masih ingin mengekalkan imej dan genre rock. Muncul pula gadis cantik jelita dari Sabah, Adira AF8 yang memilih untuk membawakan lagu Pulangkan, lagu asal Misha Omar. Untuk pertama kalinya juga, Aubrey Suwito membuat pilihannya setelah menyaksikan lebih dari enam persembahan peserta Mania, baik pada minggu pertama atau minggu kedua yang lalu. Akhirnya, lampu pentas berwarna biru itu menyala juga untuk kesekian kalinya dan Aubrey telah memilih untuk meletakkan Adira di bawah bimbingan dan empayarnya.
Alyah juga tampil dengan imej yang penuh rancak dan nampak ringkas dalam masa yang sama namun, cukup bertenaga. Membawakan lagu Rihanna yang bertajuk Russian Roulette, Alyah telah dipilih oleh Aubrey yang membuat pilihan kedua untuk malam tersebut. Namun, ketiga-tiga produser yang terlibat terutamanya, Ahmad Dhani memberitahu yang dia sedikit menyesal kerana tidak memilih Alyah yang dikatakan mempunyai potensi yang besar. Namun, sekali lagi, lampu berwarna biru yang mewakili komposer Aubrey Suwoto menyala dan membuatkan Alyah kini berada di bawah empayarnya kelak.
Peserta yang bergelar Juara AF Musim yang ke 7, Hafiz telah menyanyikan lagu Permintaan Hati, lagu asal dendangan Letto telah diduga, bakal bernaung di bawah empayar sifoonya sendiri, dan akan dipilih oleh lampu yang berwarna merah yang diwakili oleh Datuk M. Nasir. Namun, dugaan itu jauh meleset apabila Hafiz telah dipilih oleh Ahmad Dhani yang kini telah cukup sempurna pasukannya. Cuma tinggal seorang peserta Hot Seats yang akan diserahkan oleh pihak produksi kepada komposer Indonesia itu.
Peserta Hot Seats, Chaq yang membawakan lagu Gagap nyanyian asal adiknya Stacy telah memulakan persembahan dengan penuh bertenaga dan mempamerkan kebolehannya yang tersendiri, iaitu menyanyi dan menari dengan irama yang rancak. Bertanya mengenai saingan yang diberikan oleh adiknya yang mulai popular dengan menjadi Juara bagi rancangan Akademi Fantasia musim yang keenam, Chaq berkongsi rasa yang dia gembira dan teruja untuk sama-sama berkongsi pentas dengan adiknya dan dia sebenarnya agak berdebar kerana masih belum mengetahui nasibnya untuk bernaung di bawah empayar siapa kelak.
Jangan lupa untuk saksikan Mania dan kita sama-sama nantikan artis mana yang akan menjadi pilihan Aubrey Suwito dan Datuk M. Nasir untuk minggu hadapan. Siapa pula peserta Hot Seats untuk minggu hadapan. Adakah Chaq akan bernaung di bawah empayar Ahmad Dhani atau mungkin Aubrey Suwito? Jangan ketinggalan di dalam menyaksikan pertandingan yang akan membawakan artis ternama seperti Shila Amzah, Jaclyn Victor, Awi Rafael dan Hazama yang bakal merebut peluang yang sama pada minggu hadapan ya!
3/26/2012 9:47:16 AM |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum Warga KPH....Selamat Tengahari...Den masuk sat tuk post artikel yang den jumpa so far....
Sumber Harian Metro 26 March 2012
 |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Berita Harian 25 March 2012
 |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Harian Metro 21 March 2012
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|