Monday, 15 April 2013PERGH!!!!!.... CAYALAH....TOWKEY KELAB MALAM SERU SEMUA ARTIS SUPAYA JANGAN TERPENGARUH DAN SOKONG PAKATAN RAKYAT!!!!
Awie seorang towkey Kelab Malam di Ipoh, Perak telah menyeru dan mengajak rakan-rakan artisnya suapa terus memebrikan sokongan kepada Najib Razak.
Malas Omak Kau nak ulas panjang-panjang...Terpulanglah para artis sama ada nak sahut seruan rakan mereka yang kini sudah menjadi towkey kelab atau rakan-rakan bekas artis yang kini bergiat cergas dalam politik Pakatan Rakyat.
Najib: 82% calon BN muka baru JAMILAH HAMZAH dan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
15 April 2013
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menurukan 82 peratus calon muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) termasuk 49 peratus di peringkat kerusi Parlimen.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 82 peratus itu, 33 peratus akan diletakkan di kawasan Parlimen dan 49 peratus di kawasan Dun.
Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.
Kata Najib, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang BN kalah pada PRU 2008.
Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.
"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN.
"Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri.
"Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN di sini hari ini.
Terkini : Ketika DS Najib Hadir Untuk Menyerahkan Watikah Lantikan Kepada Calon BN Yang Bertanding... Beliau Dikejutkan Dengan Himpunan Ahli BN Yang Membantah Pencalonan Adik Kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Di DUN Kelana Jaya. Mereka Ugut Tidak Akan Keluar Mengundi Jika Adik Tengku Adnan Itu Dicalonkan... Dalam Sibuk2 Kutuk Pembangkang Kononnya Berebut Agihan Kerusi, UMNO Lagi Teruk... Kalau Tak Kroni Yang Dicalonkan, Bukanlah UMNO/BN Namanya... ::.kikiki.::
Post time 15-4-2013 02:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hi uolz BN letak 82% calon baru katenyer...aku yg bodo matematik atau repoter sinar harian yg bodo matematik atau Najib mmg bengap...katenyer 33% di Parlimen. 49% di dun...tapi mana boleh persen tambah persen...kalau ikutkan peratus muka baru BN x sampai pon 1/2 dr jumlah keseluruhan calon...berpada padalah nak manipulasi angka... Last edited by brownstone on 15-4-2013 02:51 PM