CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cguct1970

SEMBANG ORANG MUO (2)

[Copy link]
Post time 22-5-2008 09:08 AM | Show all posts

Reply #1200 kodoklawa's post

tu tahun bile tu? aku ade gak kawan yg kije dok kat spital sbn tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 09:38 AM | Show all posts
pg mendap
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:59 PM | Show all posts
helo heloo...  testing one two three
page mendap ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:59 PM | Show all posts
comfirm mendap cam lemak tak tepu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 01:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 01:14 PM | Show all posts

Reply #1201 muor76's post

tahun 2001...lama dah...masa tu berchatting kat msn tgh top sblm wujudnyer forum2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2008 08:03 AM | Show all posts
Bukit Gambir perlu stesen bas
Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
Bukit Gambir perlu stesen bas


Pekan Bukit Gambir makin pesat membangun tetapi tidak mempunyai kemudahan stesen bas dan teksi. - Gambar SUFFIAN ABU BAKAR

MUAR 22 Mei - Bukit Gambir merupakan satu kawasan yang sedang pesat membangun di daerah Muar.
Meskipun ia sedang pesat berkembang dengan deretan kedai dan pusat perniagaan yang diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan, namun ramai pihak menyatakan ada 'kecacatan' iaitu ketiadaan stesen bas dan teksi di kawasan itu.
Selain stesen bas dan teksi, Bukit Gambir yang mempunyai lebih 30,000 penduduk boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas termasuk pasar besar dan pasar tani, sekolah, klinik kesihatan dan pondok polis.
Sejak lebih lima tahun, pembangunan di pekan itu dilihat melonjak dengan pantas sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk kawasan tersebut.

Di bawah pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan, Bukit Gambir yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Muar, berubah wajah dari sebuah 'pekan koboi' suatu ketika dahulu kepada sebuah pekan yang semakin maju.
Malah, tidak salah jika dikatakan pekan ini sering menjadi tumpuan penduduk dari beberapa buah kampung sekitar untuk mendapatkan pelbagai keperluan harian kerana pusat perniagaan masih menawarkan harga yang rendah.

Bagi penduduk, perkhidmatan bas henti-henti dari pusat bandar Muar ke Kundang Ulu dan Sengkang disediakan oleh sebuah syarikat, Northwest Johore Bus Service melalui pekan Bukit Gambir.
Jadual bas yang berulang-alik dari Muar ke kedua-dua destinasi itu bermula seawal pukul 7 pagi dan berakhir pada pukul 7 malam setiap hari. Sebuah hentian teksi sementara juga terdapat di pintu masuk pekan Bukit Gambir itu, namun keadaannya yang dibina menggunakan khemah agak mencacatkan pemandangan dan pembangunan di pekan ini.

Justeru, para penumpang bas yang menunggu bas di pekan Bukit Gambir terpaksa berhujan dan berpanas di persimpangan simpang utama ke pekan itu kerana hentian bas yang terdekat terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan Gambir, kira-kira satu kilometer dari pekan.
Bagi penumpang teksi pula, hentian sementara teksi yang digunakan lebih 15 pemandu di kawasan itu mungkin akan dipindahkan sebaik sahaja sebuah deretan kedai yang terletak berhadapan dengannya mula beroperasi tidak lama lagi.
Pembinaan stesen bas dan teksi di pekan Bukit Gambir sebenarnya masih dalam perancangan dan cadangan pembinaannya ditolak dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyenaraikan pembinaan kedua-dua kemudahan itu dan ia akan dilaksanakan berhampiran pasar besar di sini sebagai projek kementerian terbabit pada tahun 2009.
"Masalah yang melambatkan pembinaan kemudahan itu ialah kerja-kerja melebarkan jalan di jalan utama pekan ini akan dilaksanakan dahulu sebelum diwujudkan lampu isyarat dan kemudahan itu," kata Asojan ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini.

Menurutnya, pembinaan lampu isyarat di persimpangan Bukit Gambir-Sengkang baru-baru ini, dilihat memudahkan penduduk yang keluar masuk dari arah Sengkang serta mereka yang ingin melalui Jalan Bukit Gambir-Kundang Ulu.
Katanya, pembinaan dua lampu isyarat di depan Bank CIMB dan hentian teksi itu menelan belanja yang lebih besar iaitu RM1 juta disebabkan kerja pelebaran jalan perlu dilakukan.

"Disebabkan kedua-dua persimpangan itu ialah simpang empat, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa kosnya meningkat berbanding RM200,000 sebuah kerana kita terpaksa melebarkan jalan kepada empat lorong dan mewujudkan pembahagi jalan.

"Berikutan kerja-kerja pelebaran jalan itu juga, ia memakan masa yang lama untuk diluluskan kerana JKR perlu menyiapkan kerja menaik taraf jalan itu terlebih dulu sebelum membina lampu isyarat dan seterusnya stesen teksi dan bas," jelas Asojan.

Beliau meminta penduduk kawasan itu agar bersabar kerana masalah ketiadaan stesen bas dan teksi akan diatasi apabila tiba masanya kelak dan ia dijangka bermula pada tahun hadapan.
Menurutnya, sebagai wakil rakyat, beliau akan memastikan semua kemudahan asas disediakan kepada penduduk dan tiada gunanya segala pembangunan itu diwujudkan jika ia tidak lengkap.

[ Last edited by  kodoklawa at 23-5-2008 08:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 08:14 AM | Show all posts
Kedai runcit musnah terbakar
Oleh suffian abu bakar
MUAR 22 Mei -


Kedai Runcit Haji Senan yang menjual perencah mi bandung terkenal di daerah ini, musnah dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas awal pagi ini
Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, kedudukan kedai runcit itu yang terletak kira-kira 30 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar membolehkan usaha memadamkan api dilakukan dengan lebih pantas.Pemiliknya, Mohd. Fuaad Senan, 52, berkata, dia menerima panggilan daripada isteri pekerjanya yang memaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 4.40 pagi.
"Sebaik sahaja menerima panggilan itu, saya bergegas ke kedai dan apabila sampai mendapati tiga pintu kedai runcit yang mula dibuka sejak enam tahun lalu musnah terbakar, termasuk pejabat di tingkat atas.
"Kedai ini merupakan perniagaan milik keluarga yang diasaskan oleh bapa saya
''Selain kedai ini, kami mempunyai sebuah lagi kedai di Bangunan Mara di Jalan Maharani yang beroperasi sejak 30 tahun lalu," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Mohd. Fuaad yang menetap di Parit Jawa memberitahu, dia menganggarkan kerugian yang dialami melebihi RM100,000 kerana hampir kesemua barangan yang dijual termasuk pelbagai jenis perencah makanan termasuk mi bandung musnah dalam kebakaran itu.
Turut melawat lokasi kebakaran ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Tong Hiang turut meminta pemilik bangunan lama agar memastikan sistem pendawaian elektrik di premis masing-masing sentiasa diperiksa dan diganti baru supaya dalam keadaan terbaik bagi mencegah kebakaran.
Sementara itu, Penolong Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Abdul Hamid Harun ketika dihubungi memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 4.38 pagi.
Menurutnya, walaupun kedudukan balai bomba itu tidak jauh dari kedai terbabit, kebakaran yang berpunca dari bahagian dalam premis sukar untuk dikesan.
"Sepasukan 20 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memastikan api tidak merebak ke enam deretan kedai bersebelahan serta sebuah stor menyimpan tong gas di belakang kedai runcit itu," katanya.. Punca kebakaran masih disiasat.

=====================================================================================
laa...aku selalu beli rempah mee bandung kat sini

[ Last edited by  kodoklawa at 23-5-2008 08:20 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #1207 kodoklawa's post

heheheh ko windu kat muor ker? heheheh muor yerk.. bukan muor76... heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:10 AM | Show all posts

Reply #1209 muor76's post

ni dah start cuti sekolah...klu x ari ni..esok lusa...pasti fil aku tepon...tanya...x balik ke????mcm mana nk balik..time2 gini laa laki susah nk cuti
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:22 AM | Show all posts

Reply #1204 kodoklawa's post

kodok... apa nama jenama rempah mee bandung ni ekk??
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:23 AM | Show all posts

Reply #1210 kodoklawa's post

heheheh bese arrr... org tua.. rindu kat cucu kot..
ni org tua aku kat sabah.. kalo kat muor,, bile call jerk mesti tanya.. x blk ke minggu nih... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:30 AM | Show all posts

Reply #1211 kokocincau's post

haji senan..ni brand dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 01:41 PM | Show all posts

Reply #1209 kodoklawa's post

x penah dengor plak?? Kdi dier kat area maner ekk? Selalu yg KOKO nampak brand ADAMI tu ha
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 03:58 PM | Show all posts

Reply #1214 kokocincau's post

belakang klinik harris
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:02 PM | Show all posts

Reply #1211 kodoklawa's post

ohh... tau tau...
Dulu selalu ikut ayah gi situ. Koperasi guru2 MUAR..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 04:56 PM | Show all posts
dr harris bukak klinik lagi ke? kot kot dah tak jadik adun tak bukak klinik lagi ker...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 05:50 PM | Show all posts

Reply #1217 muor76's post

aku tgk sign board ada lagi....kot dia upah doktor lain ..mana tau
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 07:57 AM | Show all posts
dr harris bukak linik lagi ler muor.aku salu gak p situ kalau balik kg.

la kedai senan terbakor.adusss aku selalu p beli perencah kat situ.soto dia pun sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 10:36 AM | Show all posts

Reply #1219 buncis's post

cube ko carik rempah tu kat pasor.. rasenye ade kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069472 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list