AF TALENT
Hafiz akan berada di USM Pulau Pinang pada 22 Sept untuk Pelancaran Album Gaza SIAPA PEDULI (ZON UTARA) & Kutipan Tabung untuk Pembinaan Hospital Kanak-Kanak di Gaza.
Unlike · · Tuesday at 11:31am
Music, Arts, Style International Festival (MASiF) adalah satu festival yang khas untuk menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini. Festival yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 15 September hingga 17 September ini bakal menggabungkan seni halus, seni persembahan dan fesyen di atas satu pentas khusus untuk meraikan kehebatan bakat-bakat baru di dalam bidang masing-masing.
Selain seni halus dan fesyen yang dijangka bakal menjadi tumpuan ramai, acara kemuncak festival ini tentunya persembahan-persembahan hebat artis tempatan dan antarabangsa selama tiga malam berturut-turut. Setiap malam mempunyai tema berbeza iaitu Let’s MASiF, One MASiF dan Massive MASiF. Antara Artis yang akan membuat persembahan adalah, Amy Search, Awie, Azlan & Typewriter, Misya Omar, Adibah Noor dan ramai lagi.
Festival yang mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan Malaysia ini turut bertujuan mempromosikan seni dan budaya masyarakat negara ini ke peringkat dunia. Saphire Screen selaku penganjur festval mengharapkan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan acara yang akan berlangsung di Suria KLCC dan Esplanade.
Berikut adalah barisan artis-artis yang akan memeriahkan MASiF pada tahun ini:
Let’s MASiF (15.9.2011)
Amy Search
Awie
Jamal Abdillah
Dennis Lau @ Jimmy Sax
Fauziah Gambus
One MASiF (16.9.2011)
Azlan & Typewriter
Toi (Angklung)
Stacy
Yassin
Melda Ahmad
Atilia Hafiz
Massive MASiF (17.9.2011)
Misya Omar
Noryn Aziz
Adibah Noor
Yuni Shara
Amber Davis
Tree Ji
Randy Pangalila