CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Kakitangan kerajaan naik gaji sampai 40%?

  [Copy link]
Post time 7-10-2011 10:10 PM | Show all posts
Pas ni kita semua jd cikgu dan polis jelah...
idase76 Post at 7-10-2011 22:07


apasal tak mo jadik doktor??

elaun kritikal 2800

elaun flexi hours dah 600 (tambahan)

elaun on call antara 30 to 80 semalam..

acik kayooo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 10:14 PM | Show all posts
eh??.. bukan option 58 tuh baru2 jah kan??.. masa SSM tuh, pencen masih 56..

tatau lah.. lant ...
NURMIMIE Post at 7-10-2011 20:42



     Masa dari SSB tukat ke SSM masih lagi pencen umur 56 thn.Tak silap umur pencen dinaikkan ke 58 thn pada tahun 2007.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:17 PM | Show all posts
Rasanya yg dah kahwin sbb dia sebut pendapatan isi keluarga dan ketua keluarga kena menda ...
zuraida8177 Post at 7-10-2011 22:00


yang bujang tuh pendaptan mereka tak msuk dalam KDNK ka?

yang bujang tuh, isi rumah tak kena banci ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:17 PM | Show all posts
org gomen jgn buat2 tak faham pulak.  lps ni korang yg selalu balik awal, tido office hour, lepak ke ...
zorrro_03 Post at 7-10-2011 20:42



   lepas kau balik keje kau tak membongkang ker....aper laaaaa....jgn nak main cakap jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:22 PM | Show all posts
kalau tak silap saya yang dimaksudkan dengan pencen bergaji penuh tu maknanya kalau gaji akhir ...
along3746 Post at 7-10-2011 21:07



     Rasanya sekarang ni bukan lagi dapat pencen separuh daripada gaji tetapi 60% daripada gaji akhir kita sebelum pencen.Dalam bajet masa Tun Abdullah dah diperkenalkan sistem ni.Kalau tak silap la.Apa yg pasti lebih daripada separuh gai duit pencen tu.Tapi tertakluk juga kepada 25thn atau30 thn berkhidmat dengan kerajaan baru dapat lebih separuh pencen tu.Kalau salah tolong betulkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2011 10:25 PM | Show all posts
Masa dari SSB tukat ke SSM masih lagi pencen umur 56 thn.Tak silap umur pencen dinaikkan  ...
zuraida8177 Post at 7-10-2011 22:14


ye betul.. tapi option pencen wajib 58 tuh tak termasuk dalam SSM..

dalam SSM, ada 2 umur pencen wajib.. satu 56, satu 58..

harap2 yang baru neh ada option tambahan cengini gak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:25 PM | Show all posts
Reply  NURMIMIE

ooo.. mcm tu ek.. kalau kita kakitangan bawahan ni dipanggil mcm mana plak ek..  ...
along3746 Post at 7-10-2011 21:22



     Setahu saya yg mendapat pence bergaji penuh adalah mereka yg memegang jawatan yg ada NEGARA dalam jawatan tersebut.
  CTH:Ketua Polis NEGARA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 10:27 PM | Show all posts
OUM lagi bapakk mahal khen??
NURMIMIE Post at 7-10-2011 22:04



    erkkk.....iols xtau pn mahal......tp klau gomen nk support yuran pe salahnya kan sambung belajo
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:29 PM | Show all posts
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
Menambah baik struktur gaji penjawat awam&- kenaikan antara 7 hingga 13 peratus&
- kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base
- Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16)
Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun
Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)
Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera
Tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

aku copy paste dari :
http://www.1malaysia.com.my/my/b ... -tabling-live-here/

maknanya memang ada pilihan ssm dan sbpa.harap maklum....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:29 PM | Show all posts
apasal tak mo jadik doktor??

elaun kritikal 2800

elaun flexi hours dah 600 (tambahan)

e ...
NURMIMIE Post at 7-10-2011 22:10



    stress woo doc gomen......x padan dgn gj ngan elaun yg dpt.....bleh sakit jantung
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:30 PM | Show all posts
bkn ke SSM dimansuhkan ?.......

jadi semua akan masuk SBPA la kan ?

aku x paham.. ...
tuan_wu Post at 7-10-2011 21:42



      Saya rasa SSM masih ada kepada yg memilih nak stay dgn SSM.Kerana Dalam teks ucapan Najib tu dia ada sebut, Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
          Maksudnya siapa nak opsyen SBPA pun boleh siapa nak stay dgn SSM pun boleh.
   Macam masa SSB nak tukar ke SSM la dulu.Ada je org lama kat pejabat saya yg stay dgn SSB sampai emreka pencen.Tapi kalau stay dengan skim lama ni kurang la sikit kita nak dapat kenaikan atau apa2 keistimewaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:30 PM | Show all posts
erkkk.....iols xtau pn mahal......tp klau gomen nk support yuran pe salahnya kan sambung b ...
tuan_wu Post at 7-10-2011 22:27


OUM tuh , masuk IPTA eh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:31 PM | Show all posts
stress woo doc gomen......x padan dgn gj ngan elaun yg dpt.....bleh sakit jantung
tuan_wu Post at 7-10-2011 22:29


tak lah.. akak aku sehat jah..

makin bulat lagi ada..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:34 PM | Show all posts
Aduh... sampai tuala kena keja.... Bila la nak concentrate untuk kejar akhirat.... kejar dunia tak abis2 la jawabnya... Sembahyang subuh kat masjid pun lepas salam terus cabut sebab takut lambat gi keja..... lepas pencen 60 thn ada 3th ( umo subsidi) utk kejar pahala untuk hidup yang selamanya disana, agak2 cukup ke kumpul modal 3 utk hidup seterusnya di akhirat....  nasihat ni utk diri aku sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:37 PM | Show all posts
hahhh!! ape lagi yg korang nak lagi wahai setaf2 gomen sekalian??? apa lagiiii? nak bonus 13 bulan?? nak gaji RM20k sebulannnn??? apa lagi nakkk??




**... bersyukurlah dgn kerajaan skarang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 10:38 PM | Show all posts
iols igt nk sambung PJJ kat OUM jer......mmg duit jd penghalang ler nk sambung study...... ...
tuan_wu Post at 7-10-2011 21:59



     Kalau sambung study kat OUM memang senang dia punya assigment.tak macam UPM banyak kerja dan power dia punya soalan.Ada kawan kat pej dia nak sambung study kat OUM nak ambil pendidikan bila najib umumkan cikgu dapat kenaikan banyak.   Terus kawan tu kata, ramai kawan dia jadi cikgu pakai kereta HONDA.Terus aku terfikir, apa dia ni nak kerja dibidang yg kerajaan bagi gaji lebih je ke?Sbb kerja kat pejabat pun malas. selalu pergi hospital dan klinik.MC pun selalu walaupun umur belum mencecah 30thn.
    Kala bagi kerja sikit mulalah membebel kata gaji kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:38 PM | Show all posts
Saya rasa SSM masih ada kepada yg memilih nak stay dgn SSM.Kerana Dalam teks ucapan Naji ...
zuraida8177 Post at 7-10-2011 22:30



   
SSM dimansuh, sistem gaji satu lapis sektor awam diperkenal

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal.

“Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun.

“Kerajaan bersetuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam,” katanya.

The Malaysian Insider awal minggu lalu melaporkan satu skim baru akan menggantikan SSM yang diperkenalkan pada 2002 dan kembali kepada gaji satu lapis diamalkan sebelum 1992.

Ia merupakan antara tiga berita yang dilihat menggembirakan penjawat awam.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012, Najib berkata di bawah SBPA penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

“Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus,” kata beliau.

Najib berkata dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

“Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,” kata beliau.

Jelas beliau, sistem itu digubal dengan matlamat mentransformasi perkhidmatan awam negara ini supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

“Ia juga akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja,” katanya.

Di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

Dengan itu katanya, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Malah di bawah SBPA mengikut kaedah ‘time-based’, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16 berbanding mereka terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat.

Bagi guru bukan siswazah pula dari gred 29 kepada 32 sekiranya mengikut sistem sekarang, ia memakan masa selama 10 tahun, tetapi di bawah skim baru, ia hanya mengambil tempoh lapan tahun.

“Bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung kepada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah ‘time-based’ lapan tahun turut diterima pakai,” kata Perdana Menteri.

Najib menambah, di bawah SBPA juga, Dasar Pemisah akan diwujudkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Najib berkata kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung, malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat.

Bagi maksud itu, kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

Beliau berkata tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang peringkat Ijazah Sarjana dan 500 lagi peringkat Doktor Falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuk para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

“Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, untuk tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama,” katanya lagi.

Najib berkata, kerajaan juga menghargai khidmat dan jasa 4,300 kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

“Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara hidup, kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak RM3,000 secara one-off,” kata beliau yang Pengerusi BN.



dalam malaysian insider ckp SSM dimansuhkan......pening dowhh....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:39 PM | Show all posts
OUM tuh , masuk IPTA eh?
NURMIMIE Post at 7-10-2011 22:30



   OUM=Open University Malaysia=IPTS
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:39 PM | Show all posts
OUM tuh , masuk IPTA eh?
NURMIMIE Post at 7-10-2011 22:30



    OUM tu camne ek....iols pun keliru sebenarnya....IPTA ke IPTS ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076683 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list