CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kakasotong

Rumah Borak FS V6: post #2448 #rayfalturns3

 Close [Copy link]
Post time 21-3-2016 11:04 AM | Show all posts
alesandra replied at 19-3-2016 11:39 AM
yg ingat la...selama berapa belas tahun tah? kenal jejai itu pertama kali dia nampak jejai nangis  ...

bukan Fasha mmg refer Jejai tu as Rizal ker kat public..
PS jer yg paggil Jejai tu jijie..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 11:06 AM | Show all posts
mawarni07 replied at 19-3-2016 04:01 PM
Tadi buka youtube nak cari kot ada video lepaknil fasha.
Sekali anak sy tekan video nora. Terkejut  ...

Nora tu mmg jilake sial!

urat malu dh lama putus..

tu jer nak cakap..sebenarnya x nak citer pasal nora kat sini...
tp bila ko dh sebut pasal ni, aku pun x menahan nak melakhanatkan si jendowl nih!

Sorry TT...

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 12:29 PM | Show all posts
aku suka cara Elisha ni jawab soalan reporter..



Tidak dinafikan ada benarnya kata-kata sesetengah pihak, mudahnya mencorak kanvas seni seseorang artis sekiranya mempunyai ‘tangan-tangan ghaib’ yang mampu melukis kemas lukisan kehidupan tanpa perlu bercomot mengelap tompokan dakwat hitam.

Mahu tidak mahu, persepsi seperti itu turut terpalit dalam lembaran seni Elisya Sandha yang baru sahaja bermula kerana anak muda ini merupakan adik kepada pelakon popular tanah air, Fasha Sandha.

Mengakui frasa itu sedikit sebanyak ada benarnya, gadis berusia 17 tahun itu tidak mahu terus mengharapkan tembok populariti yang dibina kakaknya menjadi benteng kerana baginya, dunia seni yang punya cabaran tersendiri.

Biarpun mungkin agak sukar bagi gadis semuda itu untuk menongkah arus seni yang berombak beralun, namun anak bongsu daripada enam beradik ini tekad untuk meneruskan minatnya dalam dunia seni.

Malah, gelaran adik kepada pelakon sepopular Fasha atau digelar Angah tidak pernah menjadikan dirinya seorang yang sombong kerana pelajar tingkatan lima SMK Convent Bukit Nenas ini tetap berbaris menjalani sesi ujibakat bagi satu-satu tawaran.

Sekalipun dia tidak pernah menggunakan status sebagai adik aktres popular, Elisya percaya kemampuan serta bakatnya merupakan aset utama dalam mengumpan tawaran-tawaran drama mahupun filem.

“Angah tidak pernah ‘menjual’ nama saya kepada pengarah-pengarah drama mahupun filem kerana dia mahu adiknya berdiri sendiri di atas bakat serta kemampuan yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana faktor.

“Saya juga menolak andaian pihak-pihak mempertikaikan perjalanan seni yang dilalui dengan mudah kerana saya juga perlu menjalani ujibakat seperti mana artis-artis yang lain yang masih baru dalam industri ini,” katanya.

Tiada rasa marah atau berkecil hati, bagi Elisya, persepsi seperti itu hanyalah secebis daripada asam garam dunia hiburan yang masih jauh untuk ditempuh dan dia sama sekali tidak memandang perkara itu sebagai batu penghalang.

Namun, anak muda ini tidak mensia-siakan pengalaman kakaknya yang lebih 20 tahun menghambakan diri dalam industri seni tanah air dengan mencungkil satu demi satu nasihat berguna buatnya menempuhi cabaran.

Disiplin dan jangan mudah berputus asa merupakan kata-kata keramat yang tersemat erat dalam sanubari gadis kecil molek ini kerana itu merupakan azimat kakaknya selama lebih sedekad bergiat aktif dalam dunia seni.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu dikaitkan dengan Angah namun apabila orang mula memperkecilkan bakat saya sebelum sempat dipersembahkan, itu sedikit sebanyak seolah-olah cubaan untuk menjatuhkan kerjaya saya.

“Tetapi, Angah selalu memberi nasihat supaya tidak mudah patah semangat dan sentiasa mengutamakan disiplin. Malah, semua sedia maklum, bagaimana dia mementingkan ketepatan waktu semasa bekerja,” katanya.

Diuruskan oleh ibunya sendiri, pelakon Destinasi G4 ini beranggapan, perjalanannya seninya lebih mudah sekiranya insan yang dahulunya merupakan tulang belakang kepada kejayaan kakaknya menjadi orang yang bertanggungjawab mengatur jadualnya.

Biarpun terpaksa menadah telinga dengan ketegasan ibu dan kakaknya, namun gadis muda ini percaya itu akan membantu dirinya dalam menjadi penggiat seni yang lebih berdisiplin dan punyai kelas tersendiri.


Biarlah orang nak cakap
Bakal tampil dengan dua filem, Perjanjian Syaitan dan juga, Anak Mami Nasi Kandar masing-masing arahan, M. Subash dan Prof Madya A. Razak Mohaideen, Elisya mengharapkan kerjaya seninya lebih menyinar tahun ini.

Malah, keterujaannya bertambah apabila Maybelline memilih dia selain empat orang gadis lain bersama menjadi jurucakap dan berkongsi tips-tips kecantikan dan cara-cara menambahkan keyakinan diri.

“Sebenarnya, bila terpilih menjadi jurucakap Maybelline ini, saya teringat Angah juga pernah menjadi duta kepada produk antrabangsa ini. Saya seperti mengikut jejak langkah dia juga.

“Saya masih muda dan baru dalam dunia seni terutama lakonan, namun saya akan terus berusaha untuk meningkatkan bakat dan tidak hanya bersandarkan rupa semata-mata,” katanya.

Biarpun ada sesetengah pihak yang mula melontar kata-kata nista kononnya dirinya nampak tua sebelum usia, namun bagi gadis cantik ini, segala kritikan sama ada negatif mahupun positif merupakan pemangkin baginya untuk memperbaiki kelemahan diri.

Tidak mahu terlalu memikirkan soal itu, bagi Elisya, kematangan dari segi paras rupa dan juga pemikiran adalah kurniaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dan dia mensyukuri setiap kelebihan yang diberikan.
“Kalau ikutkan hati, mungkin saya boleh sahaja ambil pendekatan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ namun, kritikan sebenarnya memberikan kita ruang untuk memperbaiki diri.

“Malah, di awal kemunculan dahulu, ramai orang cakap lakonan saya ‘kayu’, mula-mula sedih tapi lama-lama saya sedar, kita kena teruskan usaha untuk membuktikan bakat. Sedih, sedu dan sedan bukan boleh bantu kita pun,” katanya.


Enggan jadi ‘bimbo’

Bermula sebagai pengacara program televisyen, Misi Kita sekitar tiga tahun lalu, Elisya tekad untuk tidak mahu melupakan pelajarannya biarpun dihimpit dengan kepadatan jadual sebagai pelakon dan juga model.
Namun, pemilik nama sebenar Nur Elisya Mohd. Faisal ini terpaksa melupakan sebentar aktiviti seninya dan memberi tumpuan khusus kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal ditempuhi tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu terbawa-bawa dengan minat seni sehingga mengabaikan pelajaran, kita seimbangkan kedua-duanya supaya nanti, orang tidak boleh menggelarkan kita sebagai ‘bimbo’ atau perempuan yang hanya tahu melawa tetapi tidak bijak.

“Lagipun, Angah sentiasa berpesan, berlakon-berlakon juga, pelajaran jangan lupa. Itu merupakan jaminan hidup di masa akan datang,” ujarnya yang bercita-cita menjadi akauntan.

Disogok soalan apakah perasaan menjadi seorang yang kaya di usia muda, pelakon Bila Chacha Masuk Asrama ini tidak mahu menjadi wang sebagai dorongannya dalam dunia seni sebaliknya dia lebih suka menyimpan untuk kesenangan di hari tua.

“Saya bukanlah kaya mana, karier berlakon pun baru sahaja bermula jadi, kalau nak cakap kaya itu mungkin tidak. Duit yang dapat, saya kumpul dan simpan. Kalau berbelanja pun, ala kadar sahaja. Tidaklah boros mana.

“Namun, kadang-kadang, kalau rasa teringin sangat, saya beli sahaja. Lagi-lagi masa mula-mula pegang duit sendiri, rasa nak membeli-belah semua barang tapi kena kawal, nanti habis semua simpanan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 12:49 PM | Show all posts
sedap nama anak anak mamasandha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 12:57 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-3-2016 11:04 AM
bukan Fasha mmg refer Jejai tu as Rizal ker kat public..
PS jer yg paggil Jejai tu jijie..

oic..tapi mcm penah tgk ketuk2 ramadhan sheila rusly kalo tak silap...sheila rusly panggil jejai dgn fasha sekali terikut sebut jejai
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 21-3-2016 12:57 PM
oic..tapi mcm penah tgk ketuk2 ramadhan sheila rusly kalo tak silap...sheila rusly panggil jejai d ...

Hahaha..klu offical occasion rasanya Fasha panggil jejai as Rizal..byk kali gak baca dlm majalah or paper...
Klu x silap fasha panggil jejai maling gak kan??
@kakasotong lebih arif
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-3-2016 03:01 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-3-2016 12:59 PM
Hahaha..klu offical occasion rasanya Fasha panggil jejai as Rizal..byk kali gak baca dlm majalah o ...

Motipp uols tag meols? Kang kantoi plak sapa sbnrnya fasha dlm thread ni lol

Yg meols perasan fasha mmg panggil jejai sbg rizal, xpenah dgr plak dia panggil jejai

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 03:10 PM | Show all posts
fashasandha Love me, love F
#chintasalon5 #ikmaldaniel19

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2016 03:11 PM | Show all posts
fashasandha My love ,my sayang, my little hero . #chintasalon5

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 03:13 PM | Show all posts
fashasandha Sisterhood love @elisyasandha By Pak su @aswadbakri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 03:15 PM | Show all posts
fashasandha ❣mahsuri @andrieyanamahsuri


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 03:18 PM | Show all posts
fashasandha ❣ this candid by paksu @aswadbakri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 03:20 PM | Show all posts
fashasandha ❣

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 03:22 PM | Show all posts
fashasandha mahsuri
#chintasalon5


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 03:23 PM | Show all posts
kakasotong replied at 21-3-2016 03:01 PM
Motipp uols tag meols? Kang kantoi plak sapa sbnrnya fasha dlm thread ni lol

Yg meols perasa ...

Eh, ko bukan Fasha Sandha eik?
@Miss_White = mamasandha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 03:25 PM | Show all posts
fashasandha My little hero, my king

By paksu @aswadbakri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2016 03:27 PM | Show all posts
fashasandha Takkan Ada Cinta yang lain, sekuat Cinta kepada ibu. Love you mama @mamasandha #chintasalon5

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 04:11 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-3-2016 08:23 AM
Eh, ko bukan Fasha Sandha eik?
@Miss_White = mamasandha


manager fasha pulak

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 04:40 PM | Show all posts
kakasotong replied at 21-3-2016 03:25 PM
fashasandha My little hero, my king

By paksu @aswadbakri


mmg ada bakat besar budak ni...walaupun manja tapi berani
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 04:42 PM | Show all posts
kakasotong replied at 21-3-2016 03:27 PM
fashasandha Takkan Ada Cinta yang lain, sekuat Cinta kepada ibu. Love you mama @mamasandha #chintasa ...

Rasanya dia diberi dua pilihan, pilih mama dia atau Rizal... and she chosed mama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.309456 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list