|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 26
[Copy link]
|
|
sarah82 replied at 2-12-2020 11:41 AM
keyboard je 600+ aduiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kes sembuh=658
Jumlah kes sembuh=56,969 kes
Kes baharu positif=852 kes
(kes import=4 kes tempatan=847)
Jumlah positif=68,020 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=365 kes
Kes dirawat di ICU=122 kes
Bantuan Alat Pernafasan=47 kes |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for the update @ipes2 awal pagi lagi tu dah update on Bear...
nak tacang info ni plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 2-12-2020 02:01 PM
Good idea. Tp la ni dah xde nye nk buat jem, kekeke. My mum pun den xde, x buat gak.
Tunggu adik-beradik Sche request. Scones with homemade jam is superb!
|
|
|
|
|
|
|
|
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 2 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 851 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 68,020 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,686 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 847 kes.
Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 334 kes (39.2 peratus). Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan sebanyak 249 kes (74.6 peratus). Jumlah pelaporan kes harian kedua tertinggi pula dicatatkan oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 229 kes (26.9 peratus) dan diikuti dengan negeri Johor sebanyak 102 kes (12.0 peratus).
Sebanyak 17 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (14 kes), Kluster Matambai (2 kes) dan Kluster PTS Sibuga (1 kes). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak mkn scones...hari tu kolig hensem belanja ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 365 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
364 65961 Sabah Lelaki (WN) 84 Jenazah di bawa ke Hospital Queen Elizabeth Penyakit kencing manis
365 65962 Sabah Lelaki (BWN) 63 Jenazah di bawa ke Hospital Queen Elizabeth Penyakit darah tinggi dan asma
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
KLUSTER DESA PINANG
Kluster ini melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-62596) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER IMPIAN
Kluster ini melibatkan daerah Gombak, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-63700) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 220 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BALOI
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-63152) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JERNAI
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-64196) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan sebelum ke luar negara. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SERI WANGSA
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-64193) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 2 Disember 2020, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perincian 851 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Disember 2020 adalah seperti berikut:
Selangor: 249 kes
82 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Impian dan Kluster Desa Pinang;
86 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 229 kes
39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
103 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
Johor: 102 kes
87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baloi;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 85 kes
47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 40 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Desa Pinang, Kluster Jernai, dan Kluster Seri Wangsa;
Empat (4) kes import dari luar negara;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 62 kes
43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 60 kes
52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 34 kes
31 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 26 kes
19 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Kelantan: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Pahang: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 2-12-2020 06:11 PM
keyboard je 600+ aduiii
Kita layan mata ja kak dila.. Hahaha.. Kalau sy berjaya buat channel utube dan dpt gaji dari utube.. Hahahahaa.. Sy beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 2-12-2020 11:24 AM
just a keyboard?
Ha ah Dila. Yg ni harga RM19++. Tp ada yg RM6++ juga cuma brand lain dan dari mainland. Teruja sangat2 tengok review dqri mamat tu tau! Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 2-12-2020 11:25 AM
Tadaaaaa
Wah. Christmas hamper tahun ni ke Dila? |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 2-12-2020 11:29 AM
@Kak-Leen
Besau umpan sarah baling ni.
Kikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 2-12-2020 07:13 PM
Besau umpan sarah baling ni.
Kikikiki
Hahahahaha.. Jenuh.. Mmg boleh buat kita jatuh cinta la.. Keyboard2 skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
Warna-warni tu yang paling oompphhh ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 2-12-2020 07:27 PM
Warna-warni tu yang paling oompphhh
Yap.. Seronok menaip sebab warna warni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|