Overall Rating (8.97/10)
1. Cerita (9/10)
Dengan genre romantic comedy, plot drama ni sgt light, which is very nice utk org2 mcm I yg dh serabut dgn kerja. Walaupun light, for me ianya sgt entertaining dan attention-grabbing.
General: Mengisahkan tentang bagaimana dua kenalan/rakan yg berjumpa semula di mana masing2 telah berubah secara luarannya. Heroin (Kim Hye Jin) yg dulunya cantik-menarik-kau-mmg-the-bomb, telah berubah menjadi huduh (mengikut kriteria org Korea) bila meningkat dewasa. Heronya (Ji Seong Joon) plak berubah dari gemuk & pemalu kepada lelaki yg kurus & kacak. Masing2 x dpt melupakan first love mereka. Dengan berlatarbelakangkan office penerbitan majalah fesyen, mereka bertemu sebagai stranger dan kisah cinta mereka pun bermula.
Characters:
• Kim Hye Jin – Intern kt The Most Editorial Team. A sweet-hearted person sejak dari kecil (I think that’s why dia boleh anggap Seong Joon sbg cinta pertamanya). Lively, determined, naïve, hard worker, kawan yg setia dan anak yg awesome. Dlm hidup Hye Jin, org2 terpenting dlm hidupnya adalah keluarganya, Ha Ri dan Seong Joon. Sangat considerate towards others sama ada dia kenal ke tidak. Nick-named as Jackson by Shin Hyeok. I personally suka sgt watak Hye Jin ni sbb dia jenis yg x mudah putus semangat regardless semua hardships & letdowns yg dia kena hadap. Contohnya masa dia baru jadi intern dan langsung xtau apa2 psl fashion. Ha Ri pointed out yg Hye Jin asyik ckp dia xtau tp dia x put effort pun utk tau, which she agreed almost immediately. Dan dia terus belajar bersungguh2 psl fashion to keep up with the team. Inspiring!
• Park Seong Joon – Deputy Chief Editor kt The Most. Sgt capable & competent dlm kerjanya, committed, berkeyakinan tinggi dan highly independent. Setia pada cinta pertamanya. Org yg bila dia dh start focus, dia dh x nampak/dengar benda lain. Ada byk scene where Seong Joon akn buat benda2 pelik bila dia dh start mengadap tab dia tu – langgar pintu kaca, minum air bunga etc. Juga seorang yg tone deaf & proud to be one.
• Min Ha Ri – A hotelier. Hye Jin’s BFF, sangat sayangkan Hye Jin dan sangat rapat dgn family Hye Jin. Org pertama yg dia akan cari bila dia tertekan adalah Hye Jin. Anak yg rebellious kerana merasakan dirinya dipinggirkan oleh ayah dan ibunya yg dh bercerai. Seorang gadis yg menganggap dirinya wajib dpt semua yg dihajatinya walaupun benda tu x sesuai dgnnya. Fell for Seong Joon masa jadi Fake Hye Jin. But she’s willingly choose friendship over love.
• Kim Shin Hyeok – Senior Feature Editor di The Most. He’s a free-spirited man dan sangat misteri. Suka mengusik (Hye Jin), suka buat lawak x kira masa, happy go lucky mcm x pernah ada masalah tapi cekap & efficient dlm kerjanya. Slowly falls head over heels over Hye Jin & always there for Hye Jin. TEN.
Plot
Base Plot: Hero yg berubah dari pemalu/gemuk pada confident/kacak dan heroin yg cantik/pandai berubah hodoh/loser bila mereka dewasa. Mereka plan utk berjumpa dan masing2 hold on to the memories that they have tanpa menyangka the other person akan berubah over the years. Hye Jin mula merasa rendah diri & malu bila Sung Joon tak cam dia. Hye Jin mencadangkan agar Ha Ri menyamar menjadi dirinya utk satu hari. Masalah timbul bila tanpa sengaja Seong Joon berjumpa kembali dgn the fake Hye Jin (Ha Ri) dan the charade continues.
Plot 2: Hye Jin dpt offer as an intern di Jin Sung Magazine. Dari Mgmt Support Dept, Hye Jin diarahkan berpindah ke Magazine Production Team (The Most) & Seong Joon rupanya adalah the new Deputy Editor in Chief. Bermulalah episode hide & seek a.k.a ‘mencari hidden picture’ bila Seong Joon mendapati begitu byk persamaan antara stranger-Hye Jin dan Hye Jin yg ada dlm memorinya. Pada mulanya Seong Joon cuba menolak Hye Jin & menetapkan hatinya pada Fake Hye Jin (Ha Ri) tapi akhirnya Seong Joon terpaksa mengaku dia jatuh cinta pada the stranger-Hye Jin. The awkwardness session starts sampaila Seong Joon tahu hal sebenar. Then Seong Joon starts to pursue Hye Jin openly. Hye Jin plak berbelah bagi antara cinta dia pada Seong Joon dan friendship dia dgn Ha Ri bila dia tau Ha Ri ada perasaan sama pada Seong Joon. At the same time, Shin Hyeok pun confessed perasaan dia pada Hye Jin. Cinta empat segi – Hye Jin+Seong Joon, Seong Joon+Hye Jin, Shin Hyeok+Hye Jin, Ha Ri+Seong Joon
Plot 3: Misi Seong Joon bila kembali ke Korea dari US/New York (selain mencari Hye Jin) adalah utk menyelamatkan majalah The Most dari dihentikan penerbitannya di Korea di mana antara efeknya adalah the team akan hilang pekerjaan. Being a highly competent, capable & committed person, Seong Joon appears as ketua yg strict, unapproachable, berlagak & memandang rendah pada org lain.
Plot penambah perisa:
- Han Seol yg gagal mencari cinta lubuk emas tp end up jatuh cinta pada Jun Woo.
- Siapa anak saudara pada Chief Editor Kim Ra Ra yg juga anak kepada Ji Sung’s Chairman?
- Dan Siapa TEN, international level novelis yg misteri dan menjadi rebutan?
What I love:
• How lively & sweet-hearted Hye Jin is. And how she never gave life up & always put extra effort & strive for the best.
• How Seong Joon stay true to his heart – he keep falling for the same person regardless of her appearances.
• I love how foolish Seong Joon can be whenever he’s with Hye Jin.
• Supporting cast CAN be the hero/heroin if he/she wants to. It’s always up to that person. Reminds me of Henry Fors's quote - Whether you think you can or can't, either way you are correct.
• Friendship between Hye Jin & Ha Ri is lovely. I really envy these two.
• How there’s really no hateful evil character(s) & chaebol in this drama.
• The chemistry between all the characters in this drama.
What I don’t really like/get:
• The beauty standard by Korean. Bagi I, Hye Jin ni pretty cute what. I don’t really mind pun bila Hye Jin kembali pada rambut kerinting dgn pipi merah. But I’m guessing that ‘ugly’ refers to how unladylike Hye Jin is.
Memorable scenes:
• “I think my front tooth fell out”. Omo, I can totally relate Hye Jin punya perasaan masa tu.
• First makeover of Hye Jin yg totally a disaster, dan mcm mana reaksi Seong Joon masa tu.
• Seong Joon mengamuk kt Hye Jin sbb salah airport. After all she did to
make
sure Seong Joon sampai ke Gimpo airport, sampainya hati dia tengking Hye Jin macam tu.
• Seong Joon fired Hye Jin.
• Scene both Seong Joon & Shin Hyeok berkejar mencari Hye Jin. Seong Joon sampai dulu, peluk Hye Jin. Shin Hyeok nampak dan terus blah sambil pegang tangan kanannya yg berdarah sambil lagu Sometimes by Zia berkumandang kt background. Hati I terus nangis untuk Shin Hyeok.
• Gaduh2 manja antara Seong Joon & Shin Hyeok over man-panties.
• Hye Jin minum air teh panas2 lps Seong Joon confessed.
• Shin Hyeok’s exclusive farewell to Hye Jin. Nangis lagi.
• Scene buku bank. Nangis jugak.
• Sebenarnya ada byk lg (probably sbb drama ni still fresh kot) TAPI my favorite would be The Ending. A heartwarming ending, indeed.
Fun facts:
• Left Handers Day bukanlah rekaan semata2 seperti yg I dok assume hari tu hari rekaan writer sbg ajinomoto dlm drama. National Left Handers Day is on 13/8 ya kawan2.
• Puzzle with peeping girl tu adalah oil painting oleh French artist by the name of Pierre Auguste Renoir, bertajuk Dance in the Country. Couple dlm gambar tu pun end up kahwin.
• Lagu yg dimainkan oleh Seong Joon pada Hye Jin masa dlm lift, dan masa Hye Jin kecik mainkan pada Seong Joon kecik masa Seong Joon nangis dlm hujan tu adalah Close To You by The Carpenters. One of my favorite song jugak.
• New thing I’ve learn from this drama: Zeigarnik Effect. Sila google utk dptkan maklumat lanjut

. Basically Seong Joon suffer this sbb dia ada unfinished business pada cinta pertamanya. That’s why dia x pernah lupakan Hye Jin dan berusaha cari balik Hye Jin.
• Bawang untuk melegakan demam selesema? I dah google, mmg ada remedies ni tp kena potong bknnya letak sebijik gitu. Kena try test la baru tau betul ke tak. Sapa2 yg tgh selesema tu blh la try skang & bg feedback ye.
2. Keberkesanan Lakonan (9.4/10)
• Hwang Jung Eum as Kim Hye Jin
Personally, I x pernah kecewa dgn lakonan Hwang Jung Eum. She always bring out the best from each character yg dia bawak. Sangat menjiwai watak. Dia langsung x kisah utk nampak buruk/huduh untuk watak yg dibawa. Scenes Hye Jin being indirectly rejected by Seong Joon semuanya buat hati I pedih2 ngilu gitu.
Nomination: BEST ACTRESS
•
Park Seo Joon – Ji Seong Joon
This guy is really amazing in this drama memandangkan dia agak baru dlm bidang lakonan. Masa Seong Joon tgh conflicting himself antara Hye Jin dan fake Hye Jin, nampak betapa confuse & kelirunya Seong Joon. Nampak betapa susahnya dia nk stay loyal to Fake Hye Jin. I totally fell for Seong Joon dlm drama ni. For me, his best feature is his voice. Seksi & macho. Lakonan pun mantop.
•
Choi Si Won – Kim Shin Hyeok
The guy who surpassed everyone’s expectations, locally & internationally. The guy yg buat viewers mengidap ‘Second Lead Syndrome’ utk sekian kalinya dlm sejarah drama Korea. Berjaya buat ramai org berharap Hye Jin akan end up dgn Shin Hyeok (Walaupun I pun terkesan dgn lakonan Si Won & mengidap syndrome yg sama tp I always root for the Seong Joon & Hye Jin couple). I am totally impressed dgn Si Won bila dia berubah dari playful to serious dlm sekelip mata, mata dia yg penuh cinta pada Hye Jin dan masa dia tgh kecewa kena reject. One word to describe Si Won punya lakonan in She Was Pretty: Outstanding.
Nomination: BEST ACTOR
•
Go Joon Hee – Min Ha Ri
Actually Go Joon Hee ni dh berlakon byk drama/movie tapi kenapa I tak pernah perasan dia ek? I ingatkan dia pelakon baru. But she’s not bad as Ha Ri. Cuma ada scene yg I expect more emotion from her – contohnya scene
3. Aspek Teknik (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (9/10)
Director: Jung Dae Yoon
Screenwriter: Jo Sung Hee
Idea yg brilliant walaupun plotnya sgt light. The way they use puzzle La Parisienne sbg prop dan ‘supporting cast/extra’ feelings sbg base plot, is rather catchy. Storyline xde yg dragging malah sgt menghiburkan. Peralihan slot pun smooth & flowing nicely. Sepanjang I dok ngadap drama ni, xde momen where I suddenly confuse ke apa. Script dia pun cantik je pada I, plus ada banyak quotes yg ada motivational impact.
Since I'm not actually a detailed person, the only small flaw yg I perasan adalah scene main leads atas katil hospital. Kejap nampak 2 bantal, kejap ada 1 je. Lol.
In terms of cinematography, I love all of the scenery dlm drama ni. Ada byk scene pemandangan yg cantik & memorable – tasik, pantai, taman, etc– semuanya gorgeous. Pandai derang pilih tempat. Most scenes dlm drama ni berlatarbelakangkan office fesyen majalah penerbitan (The Most) dan office dia sgt elegant dan cantik.


