CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 34

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Sebelum ramadhan tiba,saya memohon ampun dan maaf dari semua yg pernah mengenali saya.
.
jika saya tersalah kata,tersilap bicara dan terlampau gurauan, maafkan saya.
.
Saya doakan kita semua dapat ramadhan terbaik dari sebelumnya dan bertemu dgn mlm lailatulqadar Aamin.
.
Ikhlas dari,
Kaben , kok lanas, kelateyyy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-4-2021 03:44 PM
I see, hehe. Cekodok bg den refer to yg manis. Klu yg masin, cucur, kekekeke

Oo. Tu kami sebut jemput2...panas plak...terus masak tomyam sudahnyw...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak : 351 kes
Selangor : 303 kes
WP KL : 116 kes
Pulau Pinang : 112 kes
Sabah : 109 kes
Join t.me/Covid_19Malaysia
Johor : 61 kes
Negeri Sembilan : 63 kes
Kelantan : 58 kes
Kedah : 47 kes
Pahang : 32 kes
Terengganu : 22 kes                                                                                                                                                                                                                                                   
Perak : 21 kes
Melaka : 11 kes
WP Putrajaya : 9 kes
Perlis : 2 kes
WP Labuan : 0 kes

Malaysia COVID-19 UPDATES
Join t.me/Covid_19Malaysia
#JagaNegaraKita #BreakTheChain #KitaMestiMenang #AllahJagaKita
12 April 2021.                          

Kes Baharu Positif COVID-19 Malaysia adalah:-
+1,317Kez Baharu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-4-2021 03:46 PM
Oh, i cannot. Sbb byk bills to pay. Klu ada pun nk transfer plak ke lain, br adik den buat tp den  ...

Haa...sy buat yg ujung2 tu haha...selalu bayar manual je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-4-2021 03:47 PM
Nah, klu tido lewat kang x terjaga plak utk sahur. Biasanya omak den tepon kejut, hehehe

Saya guna alarm...selalu preSahur gak... hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 12-4-2021 04:18 PM
Assalamualaikum semua,

Sebelum ramadhan tiba,saya memohon ampun dan maaf dari semua yg pernah me ...

Ditto KB...ni dpt kurma dlm mini tupperware kolig hadiah...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-4-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-4-2021 02:44 PM
Dapnya...minggu lepas makan ayam penyet...dap gak...sahur pe nanti

Sahur roti dgn teh tarik aja...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-4-2021 05:23 PM
Ditto  KB...ni dpt kurma dlm mini tupperware kolig hadiah...

Yeahhhh. Semangat berpuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 05:52 PM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 12-4-2021 04:30 PM
Sahur roti dgn teh tarik aja...

Ni buat tomyam...esok leh sahur bihun tomyam & 100 plus...
Dinner pe, adik manis
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:52 PM | Show all posts
kuihbakar replied at 12-4-2021 04:36 PM
Yeahhhh. Semangat berpuasa

Sedap plak tomyam buffalo meat sahur bihun tomyam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 05:55 PM | Show all posts
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 12 April 2021
Kes sembuh= 1,052
Jumlah kes sembuh= 345,005
Kes baharu positif= 1,317 (1,305 tempatan, 12 import)
Jumlah positif= 362,173
Kes kematian= 4
Jumlah kes kematian= 1,333
Kes dirawat di ICU= 188
Bantuan Alat Pernafasan= 84

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 06:24 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 06:53 PM | Show all posts
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 12 April 2021:
  • Jumlah kluster : 1,469 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,124 kluster [termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Tiga Lama, Kluster Jambatan Satu Bombalai, Kluster Bukit Bayas, Kluster Jalan Distripark B6, Kluster Jalan DPB Enam, Kluster Lorong Murni, Kluster Perusahaan Amari, dan Kluster Meranti Utama];
  • Jumlah kluster aktif : 345 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 51 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Kluang Empat(33 kes), Kluster Sungai Kluang Satu (32 kes), dan Kluster Industri Balakong Lapan (30 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kluster tempat kerja dan tiga (3) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.
Nama Kluster
Negeri
Kategori Kluster
1
Leepang
Pahang
Tempat Kerja
2
Indera Mahkota Tiga
Pahang
Tempat Kerja
3
Industri Balakong Lapan
Selangor
Tempat Kerja
4
Jalan Perjiranan Empat
Johor
Tempat Kerja
5
Jalan Stadium Empat
Kelantan
Tempat Kerja
6
Ara Murni
Terengganu
Tempat Kerja
7
Persiaran Salahuddin
WP Putrajaya
Tempat Kerja
8
Kabu
Kedah
Komuniti
9
Kampung Paya Pulai
Pahang
Komuniti
10
Jalan Canning Estate
Perak
Komuniti
NASIHAT KESIHATAN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Tahun ini merupakan tahun kedua seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan dalam suasana pandemik COVID-19. Namun begitu, kemeriahan bulan ibadat dan perayaan ini tetap dapat diraikan dengan penuh keberkatan dan kesabaran serta mengamalkan norma-norma baharu demi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 ini dapat diputuskan.
Seperti diumumkan Majlis Keselamatan Negara, tahun ini masyarakat berpeluang untuk mengunjungi bazar Ramadhan namun beberapa negeri telah memutuskan untuk mengambil langkah lebih berjaga-jaga memandangkan jumlah kes harian COVID-19 masih tidak stabil di beberapa negeri. Sehubungan dengan itu, KKM ingin menyeru kepada masyarakat agar tidak leka dan mengambil iktibar daripada penyebaran jangkitan COVID-19 daripada aktiviti sosial seperti kunjung-mengunjungi ke rumah rakan-rakan dan sanak saudara; perjalanan rentas negeri; atau menghadiri perhimpunan besar-besaran.
KKM ingin menasihatkan agar semua individu untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat. Ini termasuk keluar dari rumah tanpa ada keperluan yang penting, menghadiri perhimpunan atau keraian berbuka puasa secara besar-besaran, dan bersesak-sesak di bazar Ramadhan. KKM khuatir aktiviti-aktiviti yang tidak terkawal seperti ini akan mengakibatkan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di dalam komuniti.
Sepanjang Ramadhan ini juga, KKM ingin mengingatkan  masyarakat agar mengamalkan empat (4) kunci keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang tersayang adalah bersih dan selamat iaitu:
1.        Gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih;
2.        Gunakan peralatan yang berasingan untuk makanan mentah bagi mengelakkan pencemaran kepada makanan yang telah dimasak;
3.        Masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya dimakan dalam tempoh tidak melebihi dari empat (4) jam; dan
4.        Simpan makanan pada suhu yang bersesuaian dan tidak melebihi tiga (3) hari di dalam peti sejuk.
Disamping itu juga, KKM berharap agar masyarakat sentiasa mengambil makanan yang sihat dan seimbang pada setiap masa dengan mengamalkan konsep 3M iaitu:
1.        Masak di rumah jika boleh. Ini dapat membantu mengawal penggunaan minyak, gula, dan garam berlebihan dalam makanan;
2.        Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan; dan
3.        Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari serta elakkan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi seperti minuman berkarbonat.
Masyarakat dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aktiviti Masjid dan Surau (7 April 2021) dan SOP Sektor Makanan Bazar Aidilfitri dan Bazar Ramadhan (29 Mac 2021) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat amatlah diperlukan agar negara dapat melandaikan keluk pandemik COVID-19 ini.
Sempena menyambut bulan Ramadhan ini, KKM juga ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah Ramadhan kepada semua rakyat Malaysia. Semoga Ramadhan pada tahun ini dapat dijalani dengan penuh kesabaran, keikhlasan, ketakwaan, dan mendapat keberkatan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
12 April 2021 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 12 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
BILANGAN KES BAHARU *(    )
BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR
303
120,358
SABAH
109
55,906
JOHOR
61 (1)
42,368
WP KUALA LUMPUR
116 (11)
38,981
SARAWAK
351
20,352
PULAU PINANG
112
17,675
NEGERI SEMBILAN
63
17,617
PERAK
21
13,792
KEDAH
47
8,853
KELANTAN  
58
7,177
MELAKA
11
6,774
PAHANG
32
4,552
TERENGGANU
22
3,779
WP LABUAN
0
2,411
WP PUTRAJAYA
9
1,239
PERLIS
2
339
JUMLAH KESELURUHAN
1,317 (12)
362,173
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,317 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 April 2021 adalah seperti berikut:
  • Sarawak: 351 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 235 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 303 kes
    • 69 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Balakong Lapan;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 116 kes
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 11 kes import dari luar negara; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 112 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 109 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 63 kes
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 61 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perjiranan Empat;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 58 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Stadium Empat;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 47  kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kabu;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 32 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Leepang, Kluster Indera Mahkota Tiga, dan Kluster Kampung Paya Pulai; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: 22 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ara Murni;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 21 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Canning Estate;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 11 kes
    • Satu (1)  kes daripada kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Salahuddin;
    • Satu (1) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan empat (4) kes kematian pada 12 April 2021 adalah seperti berikut:
No.   Kematian
Negeri
Jantina (warganegara)
Umur (tahun)
Hospital / Tempat Kematian
Latar Belakang
1330
Selangor
Lelaki (WN)
45
Hospital Sungai Buloh
1331
WP Kuala Lumpur
Perempuan (WN)
62
Hospital Sungai Buloh
Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1332
WP Kuala Lumpur
Lelaki (WN)
74
Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1333
Sabah
Lelaki (WN)
58
Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
Penyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER LEEPANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359058) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Leepang A Estate, Muadzam Shah. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 62 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER INDERA MAHKOTA TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355719) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan IM 3/10, Indera Mahkota, Kuantan. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 145 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER INDUSTRI BALAKONG LAPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KPB 8, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 56 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PERJIRANAN EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359833) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan sebuah pusat kecergasan yang terletak di Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 285 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN STADIUM EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354432) merupakan kes Influenza-like Illness (ILI) yang dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak berhampiran Jalan Stadium 4, Kota Bharu. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 263 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER ARA MURNI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357585) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ara Murni, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PERSIARAN SALAHUDDIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357733) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, WP Putrajaya. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KABU
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Baling, Kota Setar, Kuala Muda, dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354366) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, Baling. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG PAYA PULAI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357567) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Paya Pulai, Batu 4, Jalan Maran, Temerloh. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN CANNING ESTATE
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358798) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan di Jalan Canning Estate, Taman Canning, Ipoh. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 39 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 12-4-2021 05:18 PM
Assalamualaikum semua,

Sebelum ramadhan tiba,saya memohon ampun dan maaf dari semua yg pernah me ...

Wasaalam kaben and family. Salam Ramadan. Ameen. Semoga kita semua melalui ramadan ni dengan sebaik yg boleh.

Ameen. ya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-4-2021 12:35 PM
Hai mod  dah 2 mlm tido kol 3 pg. Pastu ingat nk smbg lps subuh, tp x dpt jgk. Penin2 jdnya.

olaa... nape tido lewat? ni boleh sahur sekali lah... sahur apa nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 12-4-2021 10:11 AM
Sedap sebab memang dari sebiji mangga tu dia buat. Selamat menyambut Ramadhan Dila. Ramadhan Karee ...

Salam Ramadhan kaben. mangga siapa je x suka kan... universal tu.. aha... so esok bolehla sambut puasa dgn jayanya... hope dila pun dapat sambut.. dah mandi hadas dah ni... harap esok x period dah... hehehehe... kita sahur oats overnight je... mak pulakk sibuk nak masak sayur sahur nanti.. adehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 12-4-2021 09:49 PM
Salam Ramadhan kaben. mangga siapa je x suka kan... universal tu.. aha... so esok bolehla sambut p ...

Terasa kemeriahannya Ramadhan tahun ni. Tahun lepas kaben berpantang time pose
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 12-4-2021 08:32 PM
Wasaalam kaben and family. Salam Ramadan. Ameen. Semoga kita semua melalui ramadan ni dengan sebai ...

Amin ya Rabbal Alamin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 12-4-2021 05:52 PM
Ni buat tomyam...esok leh sahur bihun tomyam & 100 plus...
Dinner pe, adik manis

Sy dinner tomyam ayam, telur dadar, sotong goreng tepung, nasi dan teh o ais..sahur roti kek dgn air masak and teh tarik aje kot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 12-4-2021 12:34 AM
Sedap wo lontong. Salah satu menu di pg raya biasanya ni kt rmh gramms den

Sini byk warung2 utk bfast.. so mudah la cari mknn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 2.036155 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list