|
yg ada endometriosis cyst tak leh consume margaret ni...akan menyebabkan cyst membesar bagai johan...product tasly ni bagus..cumanya nak consume..better gi jumpa and dapatkan nasihat doktor2 yg ada di tasly tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
lama benar tak jenguk kat sini...
harap kak sheila, fastrackeng, amikie sihat hendaknye...
bag ...
intandanial Post at 22-4-2010 14:03 
salam intan..
lama tak dengar berita.
semoga intan dan keluarga sihat selalu dan tak lupan jengok kami disini |
|
|
|
|
|
|
|
Nak update sikit...dah 5paket minum Camelia Bee Pollen Tea
pelawasan cam kurang..x seperti selalu ...
carold Post at 22-4-2010 23:43 
carold..
thanks for the updates |
|
|
|
|
|
|
|
amikie, fastrackeng...
alhamdulillah...intan dan si kembar sihat alhamdulillah...skg dah 5 bulan..jantina tak tahu lagi...byk dugaan mengandung kali ni...hehehe...takpa...janji depa sihat walafiat dah memadai bagi intan... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua ...
Promo Buy 2 Danshen dapat free 1 Danshen masih berlandsung sehingga jun 2010..
Ambil peluang ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm try denshen sebijik untuk testing. ambil pada waktu petang...... malam menjelang pukul 10 gitu kepala saya rasa begitu berat sklai dan berdenyut2 tekak juga rasa pedih...... pagi bangun tekak masih lagi pedih dan kepala masih sakit.....pagi b4 bfast ambil 2 biji denshen n magarita..... langsung terus tekak yang sakit jadik gatal2 pulak... mcm batuk kering gitu.... sgt gatal dan bila batuk kuat kepala lak sakit.... taulah healing crisis nih... tapi ade sesiapa tau sebab apa yer??? |
|
|
|
|
|
|
|
smlm try denshen sebijik untuk testing. ambil pada waktu petang...... malam menjelang pukul 10 gitu ...
dilily Post at 3-5-2010 17:34 
salam dilily,
Sakit kepala dan tekak kering tu disebabkan kurang minum air..
sila minum secara berterusan sebanyak 3 ltr/ day
Ini yg dinamakan healing crisis.. |
|
|
|
|
|
|
|
hari nih dah tak rasa pening dah..... smlm dpt mnm 3 ltr air n hari nih 4 ltr.... nak tau lebih lanjut cara pengambilan danshen dan magarate.. untuk makluman saya tidak ada penyakit yang serius cuma badan tu berat lah....75kg.... apakah saranan pemakanan danshen dan magarate yer.... sebab ade yg kenan makan 1 bj pagi 1 bj malam..ade pulak kenan mkn 2 biji 2 kali... confius gak... otai2 sini boleh bagi saranan..... |
|
|
|
|
|
|
|
hari nih dah tak rasa pening dah..... smlm dpt mnm 3 ltr air n hari nih 4 ltr.... nak tau lebih lanj ...
dilily Post at 4-5-2010 17:26 
kalo takde masalah kesihatan...
aturan makan :
Danshen waktu pagi sebelum bfast ( 1 caps)
Margaret waktu malam before masuk tido around 10 to 11pm ( 2 caps)
Masa datang period - No danshen during period |
|
|
|
|
|
|
|
ok thanks......
dilily Post at 5-5-2010 08:33 
Dilily,
nanti update your progress.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Semua..
offer utk Danshen and Herbal tea masih berlangsung..
Beli dua dapat free satu.. Sungguh menjimatkan
Offer last 30 June 2010 |
|
|
|
|
|
|
|
Salam... Perggh! stelah skian lama tinggalkan forum, ayam bek.. stok margarita & danshen baru dapat weeei!! dah dkt 3 minggu akk tunggu, baru pagi tadi smpai.. waduuh.. akk pun tk bermagarita dah dkt 3 minggu.. haruu..  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Semua..
offer utk Danshen and Herbal tea masih berlangsung..
Beli dua dapat free satu.. Sung ...
fastrackeng Post at 6-5-2010 07:47 
Waaah!! skg dh boleh stori mori bab2 offer ker? tk kena marah mangga ke? poton kredit ke??  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1254# sheila
uiks..kena potong ke?
Tak tau lak..sori lah |
|
|
|
|
|
|
|
TQVM kepada amikie dan bro fast sbb masiih kekalkan thread ini dlm senarai ye.. legaa den.. {:1_152: ...
sheila Post at 7-5-2010 00:49 
salam Puan,
Perjuangan harus diteruskan... Semalam ada chat dgn Bro Basheer.. Dia ada raise concern pasal malay grup semakin hari semakin berkurangan.. sebab musabab dia tak dapat diketahui... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam gi klinik ambil report medical.. saya buat blood screening..
satu area jer yg sangkut...kolestrol level tak tinggi..tapi HDL n TG saya tidak memberangsangkan
DOC suruh saya ubah cara pemakanan dan bersenam supaya HDL akan naik dan TG akan turun..
saya belek belek buku product tasly ..dan monascus menjadi perhatian saya..
saya dan mula ambil hari dan kita akan tahu keberkesanan dia plus diet n exercise yg akan saya buat nanti..
kalo berhasil..kita bole share experience dia nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Ancaman kolesterol
--------------------------------------------------------------------------------
Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.
Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar.
Dari manakah datangnya kolesterol ini?
Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari.
Kolesterol LDL (Kolesterol jahat)
Apabila terdapat terlampau banyak kolesterol jenis lipoprotein (LDL) berkepadatan rendah beredar dalam darah, ia beransur-ansur akan melekat dan mengumpul pada dinding dalaman arteri yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. Bersama dengan jisim lain, ia lama kelamaan akan membentuk plak, iaitu sejenis longgokan keras yang akan menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang anjal. Keadaan sedemikian dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya suatu gumpalan terbentuk dan menyumbat arteri yang telah pun menyempit itu, ini akan mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.
Kolesterol HDL (Kolesterol baik)
Lebih kurang satu perempat hingga satu pertiga daripada kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein yang berkepadatan tinggi (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik", sebab paras HDL yang tinggi dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Paras HDL yang rendah (kurang daripada 1.0 mmol/L) juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Trigliserida
Trigliserida ialah bentuk sejenis lemak yang diperbuat di dalam badan. Trigliserida yang tinggi mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, tidak aktif, merokok, meminum alkohol secara berlebihan dan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat (60 peratus atau lebih daripada jumlah kalori). Mereka yang mempunyai trigliserida tinggi seringkali mempunyai paras kolesterol yang tinggi juga, termasuklah paras LDL yang tinggi serta paras HDL yang rendah.
Kolesterol Lp (a)
Lp (a) merupakan variasi genetik bagi kolesterol LDL (kolesterol jahat). Paras Lp (a) yang tinggi adalah faktor risiko utama bagi perkembangan pramatang pendepositan lemak dalam atreri.
Apakah yang ditunjukkan oleh paras kolesterol anda?
Laporan ujian anda akan menunjukkan paras kolesterol mengikut ukuran "millimoles per litre (mmol/L)". Untuk menentukan bagaimana paras kolesterol mempengaruhi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, doktor juga akan mengambilkira faktor risiko lain seperti usia, sejarah keluarga, merokok atau tidak dan tekanan darah tinggi.
Perhatian: Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah 200-400 miligram sehari.
Ubat-ubatan biasa untuk menurunkan kolesterol.
Kini telah terbukti dengan kukuh bahawa statins (juga dikenali sebagai HMG-CoA Reductase Inhibitor) merupakan jenis ubat yang amat mujarab dan berkesan kerana ia bukan sahaja dapat menurunkan kolesterol secara mendadak, tetapi juga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Statins menghalang pensensitisan kolesterol dengan menyekat enzim HMG-CoA Reductase. Kesan ini adalah tidak secara berpilih, kerana ia menghalang pengeluaran CoQ10. Kajian mendapati bahawa terdapat pengurangan yang ketara dalam paras CoQ10 di dalam jantung, otot rangka dan dalam tisu hepar selepas dirawat dengan ubat statin, lebih-lebih lagi jika ubat itu diambil dengan dos yang tinggi.
Sesetengah orang yang mengambil ubat statin melaporkan banyak mengalami kesan sampingan termasuk sakit-sakit otot, lemah badan, keletihan, daya ingatan yang bermasalah dan juga mati pucuk (erectile dysfuntion).
Masalahnya, gejala tersebut merupakan rungutan yang biasa didengar berkaitan dengan peningkatan usia, oleh itu ramai orang menganggap perkara ini tidak perlu dimaklumkan kepada doktor mereka. Menurut Dr. Julian M. Whitaker M.D., kesan sampingan ini mungkin disebabkan oleh penghakisan CoQ10 oleh ubat statin.
Mengambil Suplemen Hydrosoluble CoQ10 (CoQ10 larut air)
Satu-satunya cara untuk mengatasi kekurangan CoQ10 (termasuk kekurangan CoQ10 yang dirangsangkan oleh statin) ialah dengan mengambil suplemen hydrosoluble CoQ10, kerana ia mampu meningkatkan paras CoQ10 dalam badan. Namun, suplemen CoQ10 bukan hanya untuk mereka yang mengambil ubat statin sahaja. Dr. Peter Langsjoen, seorang pakar kardiologi yang memberi suplemen CoQ10 kepada beribu pesakit beranggapan adalah tidak wajar kita menunggu sehingga diserang kegagalan jantung barulah hendak mengambil CoQ10. Beliau percaya mengambil CoQ10 semasa kita mencecah pertengahan umur dan seterusnya (apabila kemerosotan CoQ10 bermula) akan memberi kesan perlindungan yang baik terhadap mitokondria di dalam jantung, dengan itu memelihara fungsi jantung yang baik.
Adakah anda memperolehi CoQ10 dengan mencukupi?
Pengeluaran CoQ10 oleh badan akan merosot apabila kita semakin tua. Walaupun CoQ10 wujud secara semula jadi dalam banyak jenis makanan seperti daging dan sayuran, kandungan CoQ10 dalam makanan adalah sangat terhad. Adalah sukar untuk mendapat CoQ10 yang mencukupi setiap hari daripada makanan. Oleh itu, hanya satu cara sahaja untuk mendapatnya dengan mencukupi, iaitu dengan mengambil suplemen CoQ10.
Bentuk tradisi suplemen CoQ10 tidak mudah diserap oleh badan (seperti serbuk CoQ10 yang diampai dalam minyak soya dan dimasukkan ke dalam kapsul gel lembut dan tablet yang berasaskan serbuk, gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah CoQ10 adalah amat besar, lagipun ia tidak larut dalam air dan sukar larut dalam lipid, dengan itu membuatkannya susah untuk diserap oleh badan.
Sebuah syarikat di Amerika telah berjaya membangunkan satu proses Biosolv yang dipatenkan dimana proses ini dapat mengurangkan saiz zarah CoQ10 dari 25-70 mikron kepada hanya 0.3 mikron - malah lebih kecil daripada bakteria! Dengan menggunakan proses ini, molekul-molekul CoQ10 menjadi begitu kecil sehingga ia menjadi "hydrosoluble" (larut air).
Pada umumnya, lebih kecil saiz zarah itu maka lebih baik penyerapannya. Oleh itu, dengan hydrosoluble CoQ10, lebih banyak CoQ10 dapat diserapi ke dalam aliran darah anda. |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah x lepak sini..danshen tu apa fungsi nye yee?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|