CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo

ADIRA SUHAIMI:NAIB JORE AF PALING COMEL DLM SEJARAH KATANYA!CURLASSTT GITUU!!!

  [Copy link]
Post time 16-5-2010 02:45 AM | Show all posts
rase cam nak g tanyer jer norman tue apehal suh adira nyanyi lgu mercy dulu....sepatutnyer lgu slow  ...
eken_556 Post at 16-5-2010 01:38



    .. maybe dia nak promote lagu kru kot :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2010 08:00 AM | Show all posts
sebenarnya lagu dua tu tak sesuai langsung ngan adira..sepatutnya bagilah lagu utk student lagu genre masing2 coz mggu yg kesembilan bknnya mggu [email protected] lagu tu pun dah menguap byk kali....selalunya pelajar fvrte akan diletakkan last skali cam shahir semlm...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 09:59 AM | Show all posts
NO        NAMA        UNDI (%)
1        Shahir        29
2        Adira        17
3        Daus        15
4        Iwan        14
5        Ain                13
6        Maulana        13

undian maulana-ain-iwan-daus dekat2 aje.... dira pun.... ada potensi utk dira turun..... shahir berada pada peratusan yang selesa.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 10:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by toritonz82 at 16-5-2010 10:21
sebenarnya lagu dua tu tak sesuai langsung ngan adira..sepatutnya bagilah lagu utk student lagu genr ...
meet73 Post at 16-5-2010 08:00



    klu imbas semula af-af yang lepas, minggu kesembilan fakulti akan bagi lagu wishlist mereka.... tak pun bagi lagu yang best...... tapi af8 ni kureng sket.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 10:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by toritonz82 at 16-5-2010 11:08

Masa unutuk ‘berperang’
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto WAHIDAH ZAINAL ABIDIN


NORMAN (tiga dari kiri) memberi peluang kepada enam anak buahnya untuk mengasah bakat sedia ada.
PERJUANGAN enam pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8) berbaki dua minggu lagi. Selepas tempoh tersebut, gelaran itu dilucutkan dan mereka bakal memasuki populasi bintang hiburan tanah air. Era penuh cabaran yang mewujudkan arena persaingan di pentas seni yang nyata berbeza dengan apa yang dipelajari secara tutorial.
Masa genting sudah tiba. Tumpuan masyarakat masa kini lebih terarah kepada kemunculan bintang baru. Tidak mahu sekadar melepaskan batuk di tangga atau memeriahkan industri tetapi pengisian kali in berpusat kepada ‘pesona bintang’ itu sendiri.
Tanggungjawab tersebut dipikul oleh Adira, Maulana, Ain, Daus, Iwan dan Shahir yang kini gigih bertempur merebut perhatian masyarakat semua. Peperangan tanpa menggunakan senjata tajam seperti pedang, mesingan, bom dan rombongan askar, tetapi hanya berpaksikan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Setiap individu dikehendaki menjadi penjual bakat dan pakej pada setiap minggu. Itu sahaja cara untuk memasang jerat memikat para penonton untuk terus menyokong mereka. Pelbagai genre muzik dilakukan termasuk Konsert AF8 minggu kesembilan yang telah disaksikan secara langsung malam tadi.
Dua lagu yang ditugaskan buat setiap pelajar diberikan oleh pengetua, Norman Abdul Halim menjadi penilaian pada konsert semi final itu. Biar penonton puas menatap wajah dan mengukur kemantapan persembahan masing-masing sebelum memutuskan sama ada mereka layak atau tidak untuk peringkat akhir.
Adira dengan lagu Mercy (Duffy), Dua (Tria); Maulana - Better Man ( Robbie William), Inilah Cinta (Akim); Daus - Masa (Estranged), Mission Impossible (Limp Bizkit); Ain - Luka Dilukai (Shima), Falling For You (Colbie Callait); Iwan - 21 Guns (Green Day), Berlari (Tomok); Shahir - Tak Mungkin Berpaling (Zamani) dengan Tamal Li Maak (Amr Diab).
Sementelah sudah selesai persembahan yang dimuntahkan lebih 100 peratus itu, degupan jantung memuncak pada malam ini. Darjah termometer tidak stabil kerana pengumuman bergelar finalis AF8 bakal diketahui.
Sarimah Ibrahim dijadikan subjek utama sepanjang Debaran AF8 yang disiarkan secara langsung pada malam ini. Topik wajib yang dilontarkan dari mulut wanita itu – siapa lima finalis yang layak ke peringkat akhir.
Siapa dia dan mengapa?
Pengamatan secara rambang mengatakan bahawa Adira paling layak memasuki ruang dimensi selanjut. Pesona bintang yang diserlahkan gadis berketurunan Kadazan Dusun itu bukan sahaja menambat hati sang jejaka, malah kaum Hawa.
Perwatakan gadis suci dari desa yang dibawanya bukan lakonan semata-mata. Dia sangat tersendiri bukan sahaja dari tutur kata malah personaliti. Ibarat span, Adira menyerap semua pengajaran daripada tenaga pengajar untuk dijadikan garis panduan dalam persembahannya.
Tambahan pula, Adira tidak dibayangi oleh mana-mana artis tempatan sedia ada. Kelunakan suara semasa menyampaikan lagu secara versatil memberi banyak mata tentang kelebihan dirinya.

Si gigi besi, Shahir berupaya menjejak langkah Adira. Prestasi persembahan dan konsistensi dikagumi bukan sahaja di kalangan juri profesional malah yang tidak bertauliah.
Tambahan pula selepas bergelar Shahir Lambert, (kononnya ada iras juara American Idol, Adam Lambert) di kalangan peminat menyemarakkan semangat untuk bersaing di kalangan rakan-rakan yang ada.
‘‘Saya tidak pernah menjadikan pendakap gigi ini sebagai halangan untuk menyanyi. Biarpun kurang selesa tetapi saya perlu ia memastikannya dalam keadaan bersih,’’ kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengulas tentang ‘kelebihan keduanya’ itu.
Dia juga tidak merasakan bahawa waktu rehat selepas penyingkirannya dua minggu lalu menyebabkan kehilangan fokus.
Seorang lagi pelajar, Ain yang mempunyai kulit Afrika Amerika dikatakan calon seterusnya. Gadis kelahiran Sandakan, Sabah itu seorang yang jelas pendiriannya. Dia tahu yang dikehendaki walau pun sedikit memilih.
Bukannya mahu bersikap diva tetapi itu adalah stail Ain. Bersuara lantang dan sentiasa fokus untuk mengejar impiannya. Apatah lagi impian itu berkait rapat dengan masa depan gadis berusia 24 tahun ini.
Maulana yang bergigi jarang turut memberi persaingan dengan persembahan jazznya. Memiliki suara jantan menjadikan dia benar-benar istimewa dalam kebanyakan persembahan mingguannya.
Anak kelahiran Johor Bharu, Johor itu juga sentiasa yakin dengan penampilan dirinya meski pun agak rendah diri dengan kelemahan penampilannya satu ketika itu dahulu.
‘‘Nak buat macam mana, ini semua (gigi jarang) semua berlaku sebab saya degil. Suka makan ais krim walaupun ditegah ibu. Hasilnya, semua gigi saya jarang. Sampaikan nak makan biskut pun susah sebab asyik tersembur saja,’’ seloroh anak muda berusia 22 tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 11:10 AM | Show all posts
NO        NAMA        UNDI (%)
1        Shahir        29
2        Adira        17
3        Daus        15
4        Iwan        14
5        Ain                13
6        Maulana        13

u ...
toritonz82 Post at 16-5-2010 09:59


menakutkan undian Dira harap2 dia dapat gie final,jgn la tersingkir,jom vote Adira,fan Adira
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2010 11:16 AM | Show all posts
Pengamatan secara rambang mengatakan bahawa Adira paling layak memasuki ruang dimensi selanjut. Pesona bintang yang diserlahkan gadis berketurunan Kadazan Dusun itu bukan sahaja menambat hati sang jejaka, malah kaum Hawa.
Perwatakan gadis suci dari desa yang dibawanya bukan lakonan semata-mata. Dia sangat tersendiri bukan sahaja dari tutur kata malah personaliti. Ibarat span, Adira menyerap semua pengajaran daripada tenaga pengajar untuk dijadikan garis panduan dalam persembahannya.
Tambahan pula, Adira tidak dibayangi oleh mana-mana artis tempatan sedia ada. Kelunakan suara semasa menyampaikan lagu secara versatil memberi banyak mata tentang kelebihan dirinya.


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 11:21 AM | Show all posts
rasanya Shahir bakal juara AF 8
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2010 11:32 AM | Show all posts
Adira tak mahu kecewakan pengundi

BAGI Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, walaupun persembahannya agak konsisten dan sering mendapat pujian juri setiap minggu, tetapi ia bukanlah jaminan untuk dirinya berada di tempat selesa. Malah, dia juga sering tertekan dengan bebanan dan tanggungjawab yang diberikan.

Gadis kacukan Kadazan Dusun itu mengakui: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Persembahan saya ada kalanya konsisten, ada masanya tidak. Setiap masa dan ketika, banyak perkara baru yang perlu saya pelajari dan perbaiki, bagaimanapun saya tidak meletakkannya sebagai masalah berat, sebaliknya saya akur dengan setiap cabaran.

"Bukan tidak bersyukur sebaliknya saya tidak mahu terus diulit dengan pujian, ia boleh membuatkan saya jadi leka dan berasakan diri bagus. Saya sentiasa meletakkan diri sebagai budak baru belajar. Pujian dan kritikan, saya terima dengan dada terbuka. Mungkin ada yang menganggap saya berada di tempat selesa, tetapi tidak bagi saya, saya juga pernah berada di zon bahaya. Selain berusaha tidak tersingkir dalam konsert mingguan, saya juga berusaha supaya pengundi yang berkorban masa dan wang ringgit tidak kecewa dan berasakan buang masa mengundi saya.

"Bagaimanapun, saya juga manusia biasa, banyak kelemahan dan dilahirkan tidak sempurna. Selepas keluar AF8 nanti, saya mahu memperbaiki cara komunikasi dan mengikuti kelas. Saya akui cara percakapan dalam dialek Sabah yang pekat dan sukar dibuang membuatkan ramai tidak faham dan kedengaran agak kasar. Saya juga sering tersasul dengan membahasakan diri `aku', sedangkan perkataan `aku' kedengaran kurang sopan."
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 11:41 AM | Show all posts


credit to shahira... walaupon......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 12:05 PM | Show all posts
itu baru kat thread ain.... ko belum baca lagi entry af8 kat blog2 lain.... terutama blog  ...
toritonz82 Post at 15-5-2010 14:33



a;ah...ape2 pon..aku ttp sokong adira..
go go adira...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 12:18 PM | Show all posts
uols, kita mmg sehati sejiwa khennn
sama2 minat avril n adira
gogo Post at 15-5-2010 20:11



    ..go go adira...
go go avril...


~ai like gogo~
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 01:29 PM | Show all posts
KEPUTUSAN AFUNDI
NO        NAMA        UNDI (%)
1        Shahir        30
2        Adira        16
3        Daus        14
4        Iwan        14
5        Maulana        13
6        Ain        13


jatuh lagi......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2010 01:48 PM | Show all posts
good morning uols

oh, silap

good afternoon uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2010 01:50 PM | Show all posts
..go go adira...
go go avril...  


~ai like gogo~
kementot Post at 16-5-2010 12:18


x sbr nk tgu 4th album avril kluar
uols, iols dh ulang brapa juta kali video nih uols



lawak sgt khennn time drumstick avril tu jatuh

"That didn't happen!"
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 01:52 PM | Show all posts
KEPUTUSAN AFUNDI
NO        NAMA        UNDI (%)
1        Shahir        30
2        Adira        16
3        Daus        14
4        Iwan        14
5        Maulana        13
6        A ...
toritonz82 Post at 16-5-2010 13:29



konpom shahir juara thn ni....ai like shahir ngan dira...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2010 01:54 PM | Show all posts
Aku taklah ikut sangat Akademi Fantasia ni. Malah dah 3, 4 musimlah jugak aku tak tengok sebab bila try tengok 1 konsert...takde yg menarik pun. Tapi masa aku TERtengok konsert bbrp minggu yg lepas, masa tu Adira tengah nyanyi lagu Sri Mersing...aku terpegun. Dan yg buat aku lebih terpegun ialah apabila aku dapat tahu yg dia ni orang Sabah. Pada akulah, alangkan penyanyi professional yg asalnya dari semenanjung pun tak ramai yg boleh dapat feel nyanyi lagu Melayu deli mcm budak Adira ni. Ya, aku amat kagum! Sejak dari malam tu aku pun follow perkembangan dia. Sememangnya Adira layak jadi juara. Dia JAUH lebih bagus dari pelajar lain!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2010 01:58 PM | Show all posts
Aku taklah ikut sangat Akademi Fantasia ni. Malah dah 3, 4 musimlah jugak aku tak tengok sebab bila  ...
KentangCouch Post at 16-5-2010 13:54


welcome to Adira Suhaimi Fan Club, KentangCouch!!!
sama2 lah kita memeriahkan lagi rumah adira ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 02:03 PM | Show all posts
alamak... Undian adira. mmmmmmmmmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 02:05 PM | Show all posts
KEPUTUSAN AFUNDI
NO        NAMA        UNDI (%)
1        Shahir        31
2        Adira        16
3        Daus        14
4        Iwan        14
5        Maulana        13
6        Ain        13

SHAHIR NAIK LAGI.... DIRA TURUN LAGI......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.063307 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list