CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: FROSTED DREAMSCAPE

 Close [Copy link]
Post time 31-1-2026 02:00 PM | Show all posts
“Iman, tolong jawab soalan ni.” Kata Dahlia lalu menghulurkan sebatang kapur kepada Iman. Iman mengambil lalu menjawab dengan berkeyakinan. Biasalah, budak pandai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 02:00 PM | Show all posts
“Faqih, tolong jawab soalan kedua.” Dahlia tidak menghiraukan murid-muridnya yang lain yang sedang mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Faqih yang sedang mengelamun itu tersentak. Dia terus ke hadapan untuk menjawab soalan Dahlia.  Apa punya soalan ni? Susah betul lagipun tak ada kena mengena dengan Bahasa Malaysia pun. Dia mendongak sedikit lagi untuk melihat tajuk. Owh, patutlah. Diaorang semua ni yang suruh buat tajuk Suami Isteri. Apa punya tajuklah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:00 PM | Show all posts
Faqih masih berdiri seperti tiang bendera di hadapan. Semua menanti Faqih menjawab dengan sabar. Faqih membaca berkali-kali soalan itu. Macam ada kena mengena dengan aku je ni.
“Faqih, dapat jawab ke tak tu.” Dahlia berkata. Dia menahan tawanya. Faqih tidak memberi respons.
Owh, kau kenakan aku ye Lia. Nanti kau! Faqih menjawab lalu terus duduk di kerusinya. Dahlia tidak percaya akan jawapan Faqih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:00 PM | Show all posts
2. Isteri merajuk.
a) Kalau isteri merajuk, apa yang akan anda buat?
Tak payah pujuk.
b) Kalau dia masih merajuk?
Kalau si isteri masih merajuk, ceraikan je.
c) Adakah anda yakin, ianya akan berjaya?
Mungkin.
“Hmm, itu pendapat awak ye Faqih. Murid-murid lain setuju tak?” Tanya Dahlia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 02:00 PM | Show all posts
Terus mara
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:00 PM | Show all posts
“Tak setuju sangat-sangat.” Serentak sekelas berkata. Ingat senang ke nak bercerai-berai ni. Tak masuk akal langsunglah jawapan Faqih ni. Dahlia menggelengkan kepalanya.
Setelah balik dari sekolah, Dahlia menyemak buku-buku anak muridnya di ruang tamu. Setelah beberapa minit, barulah Dahlia naik ke bilik apabila mengingatkan Faqih yang dari tadi tidak keluar-keluar dari dalam bilik. Dia memerhatikan sekeliling bilik tetapi tiada kelibat Faqih. Dia mengambil telefon bimbitnya di atas katil apabila ada mesej masuk. Dia membaca.
Ibu nak kamu ke dewan sekarang. – Ibu Fatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2026 02:00 PM | Show all posts
Ayuh kak
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:00 PM | Show all posts
Dahlia mengambil tudungnya lalu mengambil kunci kereta. Dia turun ke bawah lalu memandu keretanya ke dewan. Sampai di sana, Encik Haziq menyuruhnya masuk ke dalam dewan yang tidak pernah dimasukinya. “Duduk sini.” Jemput Encik Haziq. Wah, majlis apa pulak ni. Ada pentas pulak tu. Dahlia memerhatikan dewan yang sudah dipenuhi dengan ramai orang. Para pelajarnya juga ada di situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
“Kita mempersilakan Kumpulan Nakal ke pentas untuk menyanyikan lagi yang direka oleh ketua kumpulan mereka.”  Para penonton seperti sudah mengenali Kumpulan Nakal. Ya, memang. Kumpulan Nakal memang kumpulan yang terhebat dan terkenal di sekolah para pelajar yang menjadi penonton itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
Teja tamasuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
Dahlia hanya memerhatikan Kumpulan Nakal ke pentas tetapi salah seorang dari kumpulan mereka menggunakan cap. Faqih? Dahlia terkejut tetapi dia hanya berbuat selamba. Bermulalah nyanyian dari Faqih. Ahli-ahli yang lain hanya memainkan muzik.
Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati dan ingin menghampiri dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
Nini bizi ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
Nafizz where r u
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila ku melihat senyumannya
Aku sedang ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa
Luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu
Jelaskan kau mahu
Katakan padaku kasih
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
Andainya kau punya perasaan sepertiku agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan hatiku yang berdebar
Ku selalu terbayang senyummu
Selalu ku terbayang…
Senyummu…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
Terus mara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
Selesai menyanyi, Faqih, sebagai seorang ketua memberi ucapan. “Terima kasih kerana sudi datang ke sini. Lagu yang saya nyanyikan tadi, khas buat seorang insan tersayang iaitu isteri saya, Dahlia Arissa.” Dahlia terkedu. Faqih mengaku? Semua para pelajar di dalam dewan itu memandangnya dengan Faqih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:01 PM | Show all posts
“Dahlia Arissa, saat pertama kali aku mengenalimu, aku sudah jatuh cinta kepadamu dan aku tahu yang kau selalu curi melihat aku bukan? Aku ingin engkau tahu yang aku amat mencintaimu.” Semua penonton bertepuk tangan setelah Faqih selesai berucap. Macam mana Faqih tahu yang aku selalu curi melihat dia. Ahh, malunya tapi aku pun cintakan kau Faqih.
Setelah semua rakan-rakan Faqih dan Dahlia pulang, tangan Faqih melingkari pinggang Dahlia dari belakang. “Sekarang, awak tahu kan betapa saya sayang awak jadi awak janganlah merajuk lagi.”
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:02 PM | Show all posts
Dahlia tersenyum. “Saya tak merajuk pun.” Jawab Dahlia. Dia memusing wajahnya memandang Faqih.
“Yelah tu. Awak mengaku jelah yang awak merajuk.”
“Taklah. Saya tak merajuk. Awak cakap jelah apa yang awak nak saya buat asalkan awak percayakan saya.” Kata Dahlia.
“Ok. Apa-apa je? Hmm.. Saya nak awak cium saya.” Faqih tersenyum nakal.
“Miang keladi betullah budak ni. Tak padan dengan budak kecik.” Dahlia mahu mengelak daripada mencium Faqih. Malulah aku nanti.
“Kalau tak cium, taknaklah percaya.”
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 02:02 PM | Show all posts
Cup! Satu ciuman hinggap di pipi Faqih. Faqih tersenyum kemenangan lalu ketawa melihat wajah Dahlia yang sudah merah menahan malu.
“Awak jahat.” Dahlia memukul bahu  Faqih.

Tamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.526066 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list