|
fulamak... 3 hari sy mengadap kompeter ni nak menghabiskan baca thread en rd ni... syok le baca pengalaman 2 tuan umah ni... mcm nak kena jadi pembaca setia je ni...????... |
|
|
|
|
|
|
|
welcome to the club SAFADA :handshake: |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah gak saya berfikir....
Sebab dulu pun saya ada gak sakit...bukan tak der...
Selain kena ' sampuk/ ketegur ' , didampingi - kena warning ngan benda halus
dan juga sakit biasa iaitu ' slip disk ' , sakit buah pinggang dan juga terseliuh dan
juga tusukan/ hirisan benda tajam seperti sembilu , parang dan juga duri ikan ( sembilang laut ).
Dalam pemikiran saya ( nak tau jugak ) mengapa kekadang di antara kita, tidak sembuh atau payah nak sembuh.
Dalam perjalanan kita yang bakal menghadapi Bulan Ramadhan ni , Insya'allah akan saya tuliskan beberapa petua
dan cara untuk penyembuhan dengan mengamalkan nya dengan sendiri.
Sekurang-kurangnya bolehlah di gunakan untuk kecemasan.
Insya'allah...
Ni dah lain tajuk dah ni....boleh ker..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada aveosilver : e mail dah balas.
[ Last edited by rdzaccess at 4-9-2007 04:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1263 rdzaccess's post
lain tajuk ape salahnye....tuan hamba kan tuan rumah....bole buat apa sajalah... |
|
|
|
|
|
|
|
Terjemahan :
"Sesungguhnya Allah itu Tuhan-Ku dan Tuhan kalian juga,sembahlah DIA !
Inilah jalan yang lurus."
( QS.. 3 : 51 )
Terjemahan : "RahmatNYA itu DIA tentukan kepada Orang yang dikehendaki-NYA.
Allah mempunyai Kurnia yang besar."
( QS.. 3 : 74 )
Berdzikir Istighfar untuk Melebur Segala Dosa2 dimasa lampau :
Tanpa kita sedari, telah banyak dosa2 dan kesalahan yang kita telah lakukan,
sehingga terhalanglah cahaya Allah dan segala do'a yang kita panjatkan kepadaNya,
maka masuklah berbagai penyakit, kesulitan dan penderitaan.
Dengan melakukan Sholat Taubat , dengannya dilebur berbagai dosa2,
maka lenyaplah yang menghalangi do'a,
dan lenyaplah juga halangan yang menghalangi datangnya rezeki.
Memperbanyak berzikir Kalimah Tauhid :
Dengan meningkatkan Iman, Taqwa dan Ibadah kepada Allah,
maka berbagai do'a yang kita panjatkan akan didengar dan dikabulkanNya,
sehingga terbukalah berbagai jalan kebaikan, jalan keberhasilan, dan keberuntungan menuju kejayaan.
'Meng-al Qur'an-kan' diri kita dengan Membaca Surat Al Fatihah :
Dengan membaca surat Al Fatihah selalu akan mengisi diri kita dengan berbagai "Kelebihan" & Akhlak yang baik,
sehingga Al Qur'an menjadi milik & perilaku kita serta sebagai andalan
dan tumpuan untuk menjalani kehidupan baru yang gemilang, yang lebih baik di jalan Allah.
Terjemahan :
" Allah memberikan Kebijaksanaan kepada orang yang dikehendakiNYA.
Barangsiapa yang diberiNYA kebijaksanaan itu, bererti ia telah mendapat banyak Kebaikan,
hanya orang-orang yang Mahu Berfikir saja ( yang Cerdas )
yang dapat mengambil ( Hikmah ) pelajaran ini."
( QS.. 2 : 269 ) Terjemahan : " Al-Qur'an itu adalah Pedoman, Petunjuk dan Penawar bagi orang-orang yang beriman. "
(QS. Fushshilat : 44) Terjemahan : " Berdo'alah kepadaKU (Allah ) nescaya AKU ( Allah ) akan mengabulkannya ". ( QS Al- Mukmin : 60 )
[ Last edited by rdzaccess at 4-9-2007 03:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1264 rdzaccess's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rdzaccess at 4-9-2007 03:40 PM 
Terjemahan :
"Sesungguhnya Allah itu Tuhan-Ku dan Tuhan kalian juga,sembahlah DIA !
Inilah jalan ya ...
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...tak de lagi ker susulan citer yg latest en.Rdz...tak sabor nk baca...BTW kalau ada petua2 yg boleh diamalkan pun ok gak...sekurang-kurangnya bertambah lah lagi ilmu yg ada seciput ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi tapi rerasanya pembukaan pada Bulan Ramadhan dan boleh dibaca semasa santapan sahur kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1270 rdzaccess's post
|
|
|
|
|
|
|
Terjemahan:
"Hai manusia , telah datang kepadamu kitab yang berisi pelajaran dari Tuhanmu dan sebagai ubat penyembuh jiwa,sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ".
( QS. 10 : 57 )
" Setiap Penyakit itu pasti ada ubatnya,
jika tepat ubatnya maka Penyakit akan Sembuh dengan izin Allah 'Azza wa Jalla ".
( HR. Muslim ).
" Allah tidak akan menurunkan suatu penyakit melainkan Allah juga menurunkan obatnya "
( HR. Abu Hurairah ).
"Lenyapkanlah penderitaanku wahai Tuhan sekalian Manusia.
Sembuhkanlah aku.
Engkaulah pemberi kesembuhan.
Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan daripadaMu,
kesembuhan yang tidak akan menimbulkan bekas."
( Al Hadits )
[ Last edited by rdzaccess at 4-9-2007 06:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
terima kaseh kerana mengingatkan ..
saya pernah bangun dari tidur dgn tiga cakaran yg dlm di dada (seperti di cakar kucing tapi saya tak bela kucing).. sampai sekarang menjadi tanda tanya..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1255 melia_star's post
aku amalkan minum Jus Intra.....dan setiap minggu pergi kat satu orang ni yg menepuk bdn aku dgn menggunakan tapak tgn dan semacam lidi buluh......yg ni untuk buang angin dlm bdn aku ......
So far, selama aku pergi kt dia, migrain aku dah kurang, lenguh2 bdn dah berkurangan, tak mcm dulu lagi......fibroid yg ada kat aku ni, buat perut aku cam buncit.....Alhamdullillah, sekarang dah semakin berkurangan...kalau dulu cam orang mengandung Kat ari2 tu pun tak keras macm dulu lagi..kalau ditekan tak de rasa sakit....kalau dulu tekan je mesti rasa sakit, rasa cam nak terkencing, dah lah dia keras kematu.
orang tu nasihatkan aku, gi check ke doktor selepas buat rawatan ni....just to check samada fibroid tu dah mengecil atau dah hilang.....sbb tu aku nak gi check lepas raya ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ais kacang....ais kacang...murah jer.....RM0.50....sapa nak.......ais kacang.....ais kacang.... |
|
|
|
|
|
|
|

Aku sedang makan cucok kodok, mengunyah perlahan sambil mendengar alunan suara rakan sekerja Indonesia sedang mengaji al Qur'an. Sesekali aku menghirup kopi O panas.
Jam enam setengah petang, aku akan pulang lewat sedikit hari ni sebab cuaca redup dan kedapatan hujan gerimis pula.
Rakan -rakan yang lain aku dapati ada yang membasuh pakaian dan ada yang sibuk dengan pancing mereka.
Seorang darinya pula sedang menyiang ikan.
Kongsi tempat tinggal adalah berdekatan dengan sebuah lombong atau lebih elok lagi di panggil paya.
Genangan air memnuhi sedikit lembah yang di penuhi ngan tanaman pokok kelapa sawit.
Di antaranya ada yang telah mati akibat begitu lama ditenggelami air pada pangkalnya.
Tumbuhan meliar di tepian paya dan ada yang diselangi dengan duri gajah dan lalang yang di satu tu tempat agak tinggi sehingga ke paras kepala.
Beberapa tunggul pohon sawit yang telah tumbang juga kelihatan berada di dalam kehijauan lalang yang subur.
" Ko no makan sorang jo, tinggalkan lah orang belakang sikit" tegur seorang rakan dengan pelat minangnya.
" Banyak lagi ado dalam dalam kuali tu" aku membalas.
" Ko tak poi mancing ko?' tanya ku.
" Den dah lotak pancing tu kat situ, kojap lai den tengok lah" ujarnya.
Dia duduk dan mengambil sebutir cucok kodok dan memasukkan ke dalam mulut lalu mengunyah.
Beberapa serpihan cucok kodok jatuh dari mulutnya.
" Wei, jangan gelojoh sangat " aku berkata.
" Den lapar, dari tadi tak minum " katanya melapurkan.
" Patutlah, ko haus bukan lapar, tu sobabnyo ko rakus, sampai moleleh cok kodok tu" kataku sambil gelak.
Rakan yang mengaji tadi sudah pun menamatkan bacaannya. Hujan kembali lebat.
Dia duduk di salah satu kerusi yang di perbuat dari papan lapis dan kayu.
Mengambil teko dan menuangkan ke cawan.
Seorang rakan aku lihat berlari ke arah kami.
Mengelap air yang berada di kepalanya dengan tuala yang tersidai di papan dinding kongsi.
Kemudian dia menyidainya kembali.
Aku mengambil sebuah cawan dan menuangkan air kopi dan megunjukkan kepadanya.
Dia mengambil dan duduk seraya menghirup perlahan-lahan.
" Den tengok ada anak ghuan kat topi tu, tapi susah gak ibu nya nak makan." beritahu rakan yang memula tadi.
" Dari somalam ko dok target aku tengok" aku memberitahu.
Kemudian hujan pun lega, hanya rembisan halus yang kedapatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakan yang menyiang ikan tadi telah bersiap sedia untuk memulakan untuk memulakan masakannya.
Masing-masing dengan pekerjaan yang ditinggalkan tadi telah meula meneruskan aktiviti mereka.
Aku masih lagi duduk di situ kerana aku tahu kalau aku pulang pun hujan masih lagi lebat.
Dari Shah Alam ke rumah ku di P.Jaya bukannya dekat.
" Bang , saya nak mintak tolong dari abanglah." kedengaran rakan yang mengaji tadi berkata.
" Haa...Asib, awak nak mintak tolong apa? tanyaku inginkan penerangan.
" Saya perlu wang lah bang, untuk bini saya dan anak "
" Kat kampung " lagi tambahnya.
Aku memandangnya dan memberitahu " Saya setakat awak nak makan tu boleh lah , kalau banyak saya tak der, berapa banyak yang awak perlu?"
" 10,000" katanya.
" 10,000 , saya tak der "
" Abang bagi saya nombor, nanti saya beli, nombor yang baguslah" pintanya.
" Nak nombor kena mintak Abang Kasim, dia selalu main nombor, saya tak pernah." kataku.
Dia terdiam. Seakan mencari sesuatu erti. Mungkin dia ingin mendapatkan sesuatu yang dia tahu dariku.
Abang Kasim datang.
" Cilako pandai dio, tangkap dah berapo kali tak gak kono-kono"
Aku mendengar seranah nya dari balik dinding kongsi.
" Mari duduk sini dulu, tak lari der ikan tu..." Aku mempelawa.
Abang Kasim mencapai kerusi dan duduk , sambil mengalihkan pandangan ke paya.
" Ni aaah..bang, Asib nak nombor." aku memberitahu Abang Kasim.
" Abang kan selalu Ang Kong" ujarku.
" Ni Asib nak 10,000, Abang pergilah Ang Kong kat tokong yang besar tu, kat pintu masuk Bukit Rimau mesti dapat besar punya" tambahku.
" Isssh, den dah buek dah, menipu joh, nombor yang di bori pon mis-mis" dengan muka yang hampa dia menerangkan.
" Kalau nak pertolongan, yang macam ni buat apa nak mintak pada benda tu? Mintak pada Allah, Insya'allah boleh dapat" aku memulakan pengajaran.
" Eh...kalau main nombor ni mintak pada tuhan , ko giler ker?" Abang Kasim menempelak.
" Mintak pada setan mana boleh dapat. Kena tipu jer lah, mis-mis tak sudah-sudah ngan mis-mis." aku mula dah macam naik angin kemarahan.
[ Last edited by rdzaccess at 5-9-2007 03:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
" Asib...pergi amik Qur'an..." pintaku.
Aku bangun dan pergi ke belakang kongsi dan mengambil wudhu'.
Kemudian aku kembali dan duduk, Abang Kasim telah tiada, dia tentu pergi melihat pancingnya yang ditinggalkan.
Aku duduk dan menyelak al Qur'an yang di bawa Asib, mencari sementara aku membaca ayat-ayat 'pendatang rezeki".
Kemudian aku menutup al Qur'an dan memberi kembali kepada Asib.
Dia kemudian membawa ke dalam dan menyimpan dan duduk semula di hadapan ku.
Menanti.
Aku memandang di sekelilingku. Mencapai pen dan kertas di jaket yang aku pakai dan menulis satu baris nombor.
Aku kemudian menyerahkan kepada Asib dan memberi peringtan kepadanya.
" Nah...nombor ni di beli, sekadar cukup untuk 10 000. jangan lebih."
Aku diam seketika.
" Duit tu sedekah, pas tu beri kirim pada bini dan anak-anak. Kalau ada lebih dari situ bolehlah Asib buat belanja"
" Baik bang, terima kasih"
Sekoyong-koyong habis aku berbicara ngan Asib, datang Mat mendapatkan kami.
Kami lihat dia tercungap-cungap walau dia tidak berlari, cuma berjalan ngan laju.
Mengesat titisan peluh di muka dan mengelap tangannya yang basah.
Aku memerhati ngan teliti pergerakkannya.
Gerakan yang dilakukan, aku dapat tahu bahawa ada sesuatu yang berlaku.
Cara dia mengelap tangan dan muka seakan menggigil.
Mukanya kelihatan pucat sedikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kenapa Mat?" tanya ku.
" Bang," dia seakan menelan air liur.
" Aku nampak antu" suaranya tersekat.
" Kat mana? " tanyaku lagi.
" Kat sana..." dia menunding jarinya menunjukkan tempat.
Cuaca semamangnya dah gelap tetapi kedapatan cahaya lampu jalan dari lebuhraya berdekatan maka adalah semacam terang-terang tanah gitu.
" Aahh ...biarlah " kataku.
" Tapi pancing saya kat sana " dia memberitahu.
Hendak aku katakan untuk esok saja ambil, aku tahu perasaan mereka yang kaki pancing ni.
Walau macam mana pun pancing tak akan ditinggalkan untuk diambil keesokan harinya.
Aku bangun.
Mencapai parang dan ku sisipkan ke celah tali pinggang.
Mat mengambil lampu suluh.
" Jom, kita pergi tengok" kataku seraya berjalan.
Adalah beberapa langkah aku meninggalkan kongsi , aku berhenti.
Aku melihat ke belakang.
Mat masih berdiri tercegat kat situ.
" Eei, marilah sekali " jeritku.
" Abang pergilah" katanya.
" Kau tak nak pergi macam mana aku nak tau mana pancing kau?" ujar ku.
[ Last edited by rdzaccess at 5-9-2007 03:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|