|
salam perkenalan..
aku asal muor, sekolah rendah kat muor, sekolah agama kat muor, sekolah menengah kat muor, matrikulasi kat muor...
tapi keje kat KL laa sekarang...
aku suka beli rempah mee bandung kat jln junid bawak balik KL..
bila balik muor aku suka kadang2 p makan asam pedas kat parit jawa.. xpun makan kat sabak awor..
pastu aku suka bungkus mee goreng kat kedai Sahak .. pastu sabtu p pasar lambak Pesta beli ayam goreng seringgit...
bukan selalu laa kadang2...
hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam perkenalan..
aku asal muor, sekolah rendah kat muor, sekolah agama kat muor, sekolah menengah kat muor, matrikulasi kat muor...
tapi keje kat KL laa sekarang...
aku suka beli rempah mee bandung kat jln junid bawak balik KL..
bila balik muor aku suka kadang2 p makan asam pedas kat parit jawa.. xpun makan kat sabak awor..
pastu aku suka bungkus mee goreng kat kedai Sahak .. pastu sabtu p pasar lambak Pesta beli ayam goreng seringgit...
bukan selalu laa kadang2...
hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1261 relaxjek's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kodoklawa at 30-5-2008 02:31 PM
salam...muo kg ape?
salam..
aku duduk diantara Pesta dgn Sg Abong..bro area mana plak kat muor? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1261 relaxjek's post
salam... sekolah agama kat ner? sekolah rendah kat ner? sekolah menengah kat ner?
skang kije kl kat ner? kije ape? sape name? abah sape name? abah kije mane?
hehehehheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1264 relaxjek's post
alo rilexxx...kiranya ko orang area pesta tu lee...
ko dok jalan2 yang nama sultan dengan pangkima kaaa ?
akak dok jalan junid la ni...rempah mana satu Mak Pon JJ ke Maharani?
si kodok tu kakak..bukan habang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1268 cguct1970's post
biase ler cite kan selalu ade watak tamabahan atau pak pacak... kweng kweng kwenggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by relaxjek at 30-5-2008 12:08 PM
salam perkenalan..
aku asal muor, sekolah rendah kat muor, sekolah agama kat muor, sekolah menengah kat muor, matrikulasi kat muor...
tapi keje kat KL laa sekarang...
aku suka beli rempah ...
salam perkenalan gak.....
sekolah kat mana? hehehehehehehe
jangan sam kenal sudah. ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cguct1970 at 29-5-2008 10:42 PM
Ida...dah buat kenduri lenggang perut lom ?
alamak tak tau hujung pangkal la bab2 kenduri lengang2 ni kak ct.. mak tu hari cakap nak buat kenduri jek.. takde pulak dia mention perkataan lenggang perut hehehhe.. ikut sukati mak la dia nak buat kenduri apa hehehhe.. tak buat pun takpe kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Vrommm.... vrooommmm....
(Naik keta baru AIRIS...)
|
|
|
|
|
|
|
|
Muar tarikan baru pelancong Oleh NORHUDA SULIEMAN
| KEMUDAHAN bot penumpang yang disediakan syarikat AZ Marine Centre untuk membawa pengunjung menyusuri Sungai Muar di Jeti Tanjung Emas. |
MUAR 30 Mei - Persepsi yang selalu dikaitkan orang ramai mengenai Muar pastinya mengenai keenakan dan kelazatan mi bandung yang menjadi makanan pilihan utama bagi pelancong tempatan dan luar negara di daerah ini.
Namun, persepsi itu sudah berubah kerana Muar kini bukan sahaja terkenal dengan makanannya, malah semakin berkembang sebagai sebuah lokasi pelancongan.
Buktinya, kewujudan beberapa buah bot di Jeti Tanjung Emas, di sini yang memberi perkhidmatan kepada para pelancong tempatan dan luar negara menyusuri keindahan Sungai Muar disediakan sebuah syarikat, AZ Marine Centre sejak tahun lalu.
Pengurusnya, Md. Zaidi Khamis berkata, industri pelancongan di Muar kini berpotensi melangkah jauh ke hadapan dengan adanya program menyusuri Sungai Muar yang boleh dinikmati para pelancong dan tidak tertumpu kepada makanan semata-mata.
Katanya, Jeti Tanjung Emas yang disewa oleh pusat ini bertanggungjawab memperkenalkan Sungai Muar kepada pelancong.
Menurut beliau, sudah tiba masanya pelancong menyedari hakikat ini bahawa Muar kini boleh menjadi lokasi pilihan untuk bercuti.
"Daerah ini sememangnya unik kerana peninggalan sejarahnya yang begitu banyak dan tersendiri dan ini boleh didapati dengan menyusuri Sungai Muar.
"Ia sama sekali tidak merugikan kerana sambil bercuti, para pelancong secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Tambahnya, peluang yang dinikmati oleh pelancong ketika menyusuri sungai ini adalah berbaloi kerana setiap pandangan dipenuhi dengan hasil peninggalan sejarah.
Menurut Md. Zaidi, Sungai Muar adalah satu-satunya sungai besar yang terletak di muara sungai dan menghadap ke Selat Melaka.
"Kesan sejarahnya berusia beratus-ratus tahun dan ia merupakan sungai yang terpanjang di negeri ini dan dikatakan hulunya sehingga ke Negeri Sembilan dan Tasik Bera, Pahang," ujarnya.
Katanya lagi, para pelancong berpeluang menyusuri sungai ini dan menikmati keindahan sungai selama kira-kira 40 minit dengan khidmat bot penumpang yang disediakan.
Antara yang terdapat di setiap pinggir sungai ini adalah Istana Persinggahan, Bangunan Sultan Abu Bakar dan Bangunan Jabatan Kastam dan Eksais Malaysia.
Dalam pada itu, Md. Zaidi memberitahu, dia sedikit kesal kerana masih ramai pelancong luar negeri yang menginap di beberapa hotel di daerah ini masih tidak mengetahui wujudnya aktiviti menyusuri sungai ini.
Katanya, orang ramai termasuklah masyarakat tempatan perlu memainkan peranan mempromosikan sungai ini sebagai salah sebuah lokasi pilihan untuk bersantai dan bercuti.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam AZ Marine Centre, Mohd. Glenn Abdullah memberitahu, program yang dilakukan oleh pusat ini di Jeti Tanjung Emas, tidak hanya tertumpu kepada aktiviti menyusuri sungai dari jeti hingga ke Sabak Aur.
Sebaliknya, kata beliau, pelancong yang ingin menikmati keindahan sungai juga boleh membuat permintaan ke tempat lain yang ingin dituju di sepanjang sungai tersebut.
"Setakat ini, ada permintaan dari pelancong terutamanya dari pelajar sekolah dan universiti yang ingin ke kawasan seperti Bukit Kepong yang kaya dengan hidupan laut seperti tiram, kupang dan kerang," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|