Davom juga Perihatin
Written by ray eusouff
Monday, 14 July 2008 06:41
[Yoyooh Original Posting - REALITI]
13 Julai 2008, Hospital Besar Kuala Lumpur
Maya Kalsom hari ini dikunjungi Mila dan ahli kelab peminatnya Davom. Ianya merupakan satu kejutan bagi Maya dan keluarganya yang sama sekali tidak menyangka kehadiran mereka. Di Hospital Ipoh pada 2 Julai 2008, Maya sebelum ini telah dikunjungi oleh Dafi dan AJK Kelab peminatnya sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Maya merupakan ahli kelab peminat DaVOM dan DFC.
Maya tiba di Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari Jumaat menaiki ambulan bersama ibunya dan kakaknya. Pihak hospital di Ipoh telah merujuk Maya kepada doktor pakar disini bagi mengenalpasti penyakit sebenar Maya. Keesokkan harinya, Maya menjalani pembedahan bagi mengambil air tulang belakangnya. Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjalan dengan jayanya.
Yoyooh diberitahu selepas pembedahan, Maya tidak boleh bergerak selama beberapa jam. Tetapi kini Maya sudah pun boleh duduk dan selera makannya sudah pun bertambah. Penyakitnya masih belum dapat dikenal pasti dan beberapa permeriksaan lanjut akan diadakan keesokkan harinya.
Bagi penulis, kehadiran Mila menambahkan keceriaan Maya. Mila yang tak berhenti-henti mengusik turut membuat jenaka menghiburkan Maya dan juga keluarganya. Telatah Mila yang ramah membuatkan mereka yang hadir turut ceria .
"Bosan kan duduk kat Hospital? Masa kakak form 3..kakak pernah masuk wad jugak sebab appendiks"
"Masa tu kakak minat Siti Nurhaliza tapi Kak Siti tak datang pun" lawak selamba Mila.
Turut hadir ialah VID Dafi Fan Club [AJK kelab peminat Dafi]. Ini merupakan lawatan kedua mereka. Dafi tidak hadir pada kali ini kerana berada di Kuantan membuat persembahan disana.
Artis baru sekarang ternyata lebih perihatin. Dengan bantuan dan sokongan kelab peminat, dapatlah Dafi dan Mila mengetahui segala perkara berkaitan perminat mereka. Tanpa kelab peminat, dengan kesibukan jadual masing-masing agak sukar bagi seseorang artis itu mendekati peminat mereka. Pemerhatian penulis sendiri, kelab peminat memainkan peranan penting bagi membantu artis mereka mendekati peminat selain menyokong karier seni mereka.
Ray Eusouff untuk Yoyooh.com
gi la skodeng2 kat link ni http://www.yoyooh.com/index.php? ... tiori&Itemid=16 |