CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

[Copy link]
Post time 8-10-2007 01:45 AM | Show all posts

Reply #30 Narutah's post

KAT ORG islam jer?abeh tu yg kat Siam tu lagik banyak sihir...omputeh pggl voodoo..kita panggil sihir...sama jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 11:15 PM | Show all posts
sihir nie ada kat suma bangsa & etnik cuma cara dan kesan jer berbeza mengikut tujuan hasrat pelaku
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 02:17 PM | Show all posts

Reply #33 ianho's post

betol..

suma org leh buat sihir..

x susah pun..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 03:51 PM | Show all posts

Reply #28 ira_229's post

Ira, sekarang ni dah jumpa ke belum org yg awak syak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 09:31 PM | Show all posts

Reply #29 Dunhill.'s post

ya, kalau kena gaya dengan bacaan yang ampuh, barang yg disyaki sihir itu kemudiannya disiram dgn cuka sudah cukup untuk melukakan jin jin suruhan itu..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Assalamualaikum smua.

Btl pandangan dr dunhill,
Berbagai cr boleh digunakan utk melukakan & mencacatkan jin2 pelaku sihir. Itupun klau si penyihir gunakan jin.
Bg sy, gunakan jin adalah cara yg x brape tinggi ilmunye kerana si penyihir memerlukan ssuatu utk menyeru jin & meng oder jin 2 supaya mengambil smangat org yg di maksudkan & memasukkan ke dlm patung buatan & mengunci smangat supaya x bleh terlepas. Pastu dia buat lah mcm2 kat patung 2 spt cucuk dgn pisau ke, jarum ke, kaca ke, duri ke atau dicampur dgn bulu2 dr ulat bulu & mcm2 lglah.
  
Bagaimana plak klau si penyihir 2 sendiri tau & pandai ttg ilmu memuja @ memanggil smangat ssorg?
Dgn hanye memuja @ memanggil semangat sesorg lalu 'dikerjakannya' mengikut cara ilmu hakikat & menguncinye sudah cukup utk membuat ssorg 2 menderita.
Sbb 2lah ilmu2 berkaitan semangat ni x boleh di ajarkan kpd org sembarangan ditakuti akan membuat kezaliman.

Apakah plak kebaikan mengetahui ilmu semangat & ruh?
Kemahiran bermain dgn semangat bleh membuat si pelakunye mendapat sedikit kelebihan spt menduplicate dirinye (semangat + ruh insani, ini adalah teknologi ilmu rohani & semangat yg tinggi) utk perjuangan yg mana makhluk ni x bleh di rosakkan @ dicacatkan (sbb diri sebenar berada di tempat yg lain)kecuali dgn kekuatan Ahmar & ilmu jurusan pancung maya dpt mengalahkannye. Ingat, semangat akan hidup sehingga hari kiamat walaupun jasad & nyawa telah tiada.

Utk sdikit kefahaman, smua manusia ni mempunyai smangat, Yaitu asalnye dr unsur api, air, angin & tanah. Klau individu yg soleh, semangatnye dikenali dgn nama hafazah & jika sebaliknye, ia dikenali dgn nama semangat qarin.

2 unsur semangat ada dlm siri yaitu semangat api & semangat angin. masing2 ada tugasnye utk diri kite. 2 lg unsur ni terletak diluar diri kite (gaib tp sentiasa ada) yaitu semangat air & tanah. Ia pun ade tugas utk diri kite. Kelebihan & perwatakan semangat ni sama dgn kita (means klau kite islam maka islamlah dia, klau kita pandai bersilat maka pandailah dia, klau kita expert dlm ilmu kerohanian dia pun begitu.) Perlakuan semangat ni sy bg skit hint. Mcm ni, perasan x  klau kite memandu kereta utk ke sesuatu tempat, kite x pernah mengira berape kali kite masukkan gear kereta tp tau2 je kite dah smpai. Jd dlm keadaan x perasan ni siape yg menjalankan kerja masuk gear ni? Semangatlah yg sebenarnye yg mengambil alih kerje ni (means sesuatu yg dikerjakan tanpe kite perasan atau sengaja.) Lg 1 cth, cuba renungkan sseorg yg sedang menjwb telefon. Walaupun sedang ckp kat telefon, tangannye akan bergerak2 & kadang menunjuk2 ke suatu arah seolah2 kwnnye dihujung talian 2 bleh nampak plak pergerakan dia. Ini pun pergerakan dr semangat.
Bagaimana plak ketika sembahyang? Pernahkah anda sedang menunaikan solat tp tetiba je solat anda selesai tanpa anda perasan. Eh ! dah siap aku bersolat? kejap nye. Nah !..inipun salah 1 dr perbuatan semangat. Klau anda nak tau jugak, melatah ni pun salah 1 dr perbuatan semangat. Klau x dikawal dr awal, ia akan senang menguasai diri utk tempoh tertentu, mcm org tgh melatahlah 2.

Perlu di jadikan pedoman, segala perlakuan semangat ni x akan membari sebarang dosa @ pahala. Klau kite gunakan utk kebaikan, selamatlah kite, tp klau sebaliknye, kite akan dilaknat oleh Malaikat Zabaniah. Segala perlakuan oleh semangat ni adalah diperhatikan olehnye. Itu amanah yg telah diberikan oleh Allah kpd Malaikat Zabaniah. Perlu juga kite tau ttg kelemahan & kelebihan semangat ni. Jgn asyik nak tau kelebihannye je.

Pentingnye smangat dr unsur api ni plak, ia menjurus kpd sel2 darah putih-utk zuriat, kemarahan dll. Cara didiknye senang je, banyak bersabar (jgn biarkan dia marak nnti kita jd pemarah,baran & jgn biasekan tidur selepas waktu Asar, nnti ia akan membiakkan sel2 darah putih yg akhir nye akan memakan sel2 darah merah. Penyakit lah 2. Banyak lg hal2 berkaitan dgn smangat ni yg sy x nak nyatakan dgn lebih lanjut spt kod2 menyeru @ memanggil semangat kite sndiri @ semangat org lain. Takut disalah guna nnti sy plak yg dpt sharenye.

Cuma nasihat sy, utk mengelak sihir & lain2 kebatilan, banyakkanlah membaca ayat2 suci terutama Ayatul Kursi. Sebenarnye klau diamalkan ayatul Kursi ni banyak kelebihannya spt -Allah memberi jaminan x akan ada sihir yg dpt mengganggu & memberi kesan kpd ssiapa yg membacanye. Itulah salah 1 khasiat & khafiat dr ayatul kursi. Tp bagaimanakah cara2 nye. Belajarlah dgn guru yg arif & mahir nnti anda akan dpt buktinye. Insyaallah. Klau skit2 2 mungkin sy boleh tunjukkan (klau sy free lah) melalui PM.

Sekian dulu & slamat berpuase & slamat hari raye!!!!
Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 02:28 AM | Show all posts
nak tumpang tanya..my fren ada berubat dgn sorang pengamal perubatan tradisional...dia cerita ada jarum dan paku keluar dari kaki dia...adakah ini juga sihir?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2007 11:18 AM | Show all posts

Reply #37 serimaya's post

nak tumpang tanya..my fren ada berubat dgn sorang pengamal perubatan tradisional...dia cerita ada jarum dan paku keluar dari kaki dia...adakah ini juga sihir?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Klau dr segi ur fren 2, mmg dia jd mangsa ilmu sihir.
Cuma yg kurang jelas adalah cara 'bende' 2 dihantar. Mungkin dgn cr 'mengeposnye' melalui semangat si pembuatnye @ melalui telur (tuju-tuju) @ jin2 @ lain2 jenis belaan.


Klau dr cara mengeluarkan 'benda' 2, ade yg mengatakan cara2 2 adalah menggunakan sihir islam dgn bantuan malaikat harut & marut. ade plak kata dgn rahsia kekuatan rohani & semangat si pengamal prubatan 2. Ade plak yg mengatakan ia adalah bantuan dr khadam2 sesuatu ayat2 dr Al-Quran yg mana si pengamal pernah belajar, mengamal & mengkhatamkan doa/ayat tersebut dgn berpuasa sunat hajat mengikut cara yg ditunjukkan oleh seorg guru yg mahir.

Bile dgr pasal sihir2 yg menganiaya org ni, sy memang geram kerana pengkhianat2 Allah ni x pernah nk amik tau ttg kesiksaan mereka ni alam barzakh & di akhirat nnti.

Oklah, harap anda jelas dgn skit info dr sy.
Sekian, Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:15 PM | Show all posts

Reply #38 bads's post

Harut dan Marut tidak mengajarkan sihir, tak ada istilah "sihir Islam"....

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), pada hal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir).  Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedangkan keduanya tidak mengerjakan  (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami nanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.'"

Maka meraka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.  Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah.  Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manafaat.  Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarkannya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, lalu mereka mengetahui."  Al-Baqarah 102.

Mengerjakan sihir dalam ayat ini adalah "kafir" dan tidak ada akhirat bagi mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 02:28 PM | Show all posts

Reply #38 bads's post

tapi kawan saya begitu yakin dgn cara perubatan ni coz dia cakap after benda2 tu semua dah keluar dari badan dia dan dia rasa semakin sihat...saya macam kurang yakin jer dgn apa yg dia ceritakan..kalau betul kena sihir memang kesian la dekat my fren tu coz dia kena bayar dlm rm270...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 05:20 PM | Show all posts

Reply #39 kupia's post

Harut dan Marut tidak mengajarkan sihir, tak ada istilah "sihir Islam"....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang secara pribadi sy sndiri x mempercayai adenye sihir Islam, cuma statement sy menyatakan 'ade yg mengatakan...............'(means ade beberapa kenyataan & pendapat dr org lain ttg perkara ini ade kaitan dgn sihir islam). Mungkin maksud dr org2 ni mcm ni..klau ade sesuatu yg dilakukan & ia terjadi diluar logik akal maka ia dinamakan sihir. Apakala terjadi sesuatu itu dgn menggunakan ayat suci, maka mereka menggelarnye sihir islam, means 1 sihir yg x mendatangkan apa2 keburukan. x taulah sbb ini pandangan dr segelintir manusia. Sy memang x brape stuju dgn pandangan ini sbb bg sy Baginda Rasulullah & para sahabat mempunyai banyak kelebihan2 yg diluar logik akal spt mukjizat dr Nabi, maunnah dr para sahabat dll. Xkan ini dipanggil sihir islam ! Btul x?

Harap anda faham mksud sy & sy x bermaksud nk bg apa2 pandangan @ berhujah ape2 sbb sy ni pun bukan org yg ahli dlm mana2 ilmu pun.
Sekian Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 05:29 PM | Show all posts

Reply #40 serimaya's post

Maaf dr sy,
Sy x menyatakan yg cara perubatan 2 salah @ betul.
Sy cuma perjelaskan skit ttg perihal sihir. 2 je & klau fren anda dah sihat, alhamdulillah. Soal bayaran 2 sy x nak sentuh. Itu urusan dia & pengamal perubatan alternatif 2.
Tp ape2 pun, menjadi mangsa perbuatan sihir memang sengsara dibuatnye.
Bile kite terkena sihir, kite slalu mempertikaikan apalah salah & dosa kita smpai disihir.
Bg sy, klau dah terkena sihir, x pyh nk pertikai ape2 lg dah. Pergi berusaha utk pulih lg baik.
Jd sediakanlah payung sblum hujan.
Sekian Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 12:03 AM | Show all posts
Tidak dinamakan SIHIR jika tidak melibatkan jin - kalau ada istilah lain bermaana kita berbeza istilah.  Tidak ada konsep puja roh puja semangat dalam Islam, semua itu permainan dan tipudaya jin dan syaitan.  Soal roh lebih bagik serah pada penciptaNya, amat sedikit yang kita ketahui...  wallahualam.
Reply

Use magic Report

fms This user has been deleted
Post time 12-10-2007 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by serimaya at 10-10-2007 03:28 AM
nak tumpang tanya..my fren ada berubat dgn sorang pengamal perubatan tradisional...dia cerita ada jarum dan paku keluar dari kaki dia...adakah ini juga sihir?


dah tentu sihir..camne nak masukkan jarum dan paku kecuali jin yg buat..kwn ko bernasib baik masih hidup..paku klu jin tu letak kat jantung kwn ko, konpem luka dan membawa kpd kematian..
aku ade rambut dlm badan..dpt gak kuarkan walau amik masa..tapi xtau laa dah bersih ke tak..klu masih ade, mmg jin dpt masuk lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by fms at 12-10-2007 10:44 AM


dah tentu sihir..camne nak masukkan jarum dan paku kecuali jin yg buat..kwn ko bernasib baik masih hidup..paku klu jin tu letak kat jantung kwn ko, konpem luka dan membawa kpd kematian..
aku ...


bomoh tu ada suruh my fren tu datang balik kononnya benda tu tak habis keluar lagi..so macammana?just ignore jer ke...eeee..seram pulak baca reply korang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 12:16 PM | Show all posts

Reply #35 alifinara's post

Belum!! tapi pernah masa tu terserempak dia saya beranikan diri berhenti berjalan & tenung tepat2 kat muka dia! orang tu tak berani pandang saya! selalunya klu nampak kelibat saya mcm ulat bulu...yuck..! nak muntah saya dibuatnya da la muka mcm jin dgn celak dia yg lebih tebal dari saya yg pompan ni..ngeri..

terbaru..!2 minggu sebelum hariraya saya nak shopping sekali tu hujan jadi kain2 jemuran saya jemur aje diluar rumah tapi pintu saya biarkan buka kat rumah ada ayah saya..yg saya takut sekarang ni cuma underware saya yg ilang..! sori ek klu tercakap "kotor" sikit ! saya takut jugak sebab kata orang klu orang boleh dapat seluar dalam kita, dia boleh buat macam2..betul ke??

semalam dengar jiran lagi 1 ada tetangga saya kene penyakit mistri sama mcm saya.. muntah2 tapi bila pergi doktor tak dapat tau ape penyakit dia...sekali salah 1 orang yg melawat dia alih2 rebah tak tentu pasal..ada kah ini ada kene mengene dgn sihir yg juga dikenekan dgn saya..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 12:39 PM | Show all posts

Reply #36 bads's post

nak tanya bads sikit, saya selalu amalkan membaca ayatul kursi tapi baca sambil lalu aje tak dgn menghayati maknanya, itu kira ok ke? rasa2 orang yg nak kenekan saya macam nak test dia punya sihir power la! klu tidak tak kan dia tabur benda2 yg dibungkus tu merata2..kata jiran saya, jiran yg kene tu da kene penyakit ni selama 2 bulan sampai muka dia pucat lesi..! last2 suami dia cuba kasi air jampi sekali suami dia pun kene muntah2 jugak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2007 02:41 PM | Show all posts

Reply #47 ira_229's post

nak lawan sihir neh kena ada ilmu..

x leh main baca ayat je..

baca ayat saja pun x guna..

kalo nak ikutkan.. jin neh pun pandai baca quran..

kena ada ilmu.. baru leh lawan..

nak lawan kena ada pendinding.. kalo x susah..

apa2 pun.. kena belajar..

[ Last edited by  selendangmerah at 19-10-2007 02:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 06:48 AM | Show all posts
Ni cerita aku baru dapat dari pak sepupu wife aku yg keja jadi polis masa raya hari tu. Masa di amula mula jadi polis dulu ada la sekali dia kena jaga rumah MB kat salah satu negeri kat malaysia ni.

Ada 1 malam tu, masa dia meronda kot sekitar rumah MB tu, dia ternampak ada sebuah keter berenti kat tepi hutan dekat rumah MB tu la... pastu dia nampak org tu letakkan satu bungkusan( or patung .. lupa lak) pastu dia cepat cepat lari masuk keter dan terus blah.

Dia pun pegi la siasat nak tengok apa benda... pastu dia terjumpa la bungkusan yg diikat.. x tau la kaler apa, dia tak cakap.. pastu dia telefon bos dia... bos dia cakap suruh buang je.. dia pun buang aje la... x tau la kat mana dia buang tu...

Pastu esok harinya, isteri MB tu dtg jumpa dia tanya.. smlm dia ada jumpa 1 bungkusan kan... dia cakap ya la, tapi dah buang... rupanya mlm tu, MB 1 family x leh tido sbb kepanasan....

[ Last edited by  UnicornBerapi at 20-10-2007 06:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 12:11 PM | Show all posts

Reply #47 ira_229's post

Assalamualaikum ira,

Harap buka PM anda.

Sekian Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2007 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by UnicornBerapi at 20-10-2007 06:48 AM
Ni cerita aku baru dapat dari pak sepupu wife aku yg keja jadi polis masa raya hari tu. Masa di amula mula jadi polis dulu ada la sekali dia kena jaga rumah MB kat salah satu negeri kat malaysia  ...

aku rasa MB tuh tak cek betol2....mana la tau dalam bungkusan tuh kuih raye ker......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.150691 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list